Tuesday, 3 March 2015

Tips Picit Jerawat


Salam semua,

Harini saya nak kongsi tips picit jerawat. Tercetusnya idea nak share pasal jerawat ni sebab mukaku sedang diserang jerawat. Well, biasalah bila baru balik bercuti, mesti jerawat suka berkebun kat wajahku yang mulus ni. Cet!! Mana taknya? Masa bercuti sakan tulah saya sering abaikan penjagaan kulit. Satu, tidur bilik aircond. Dua, tak cuci mekap/tak sempat cuci mekap dah tertido. Tiga, biasalah, asyik berjemur jeeee keje... Empat, kekadang g cuti tertinggal barang2 penjagaan kulit lah amender lah tulah nilah..... Hish... Geram I.

Okey, okey. First of all, kakak nak bgtau adik2 sekalian yang ada 2 golden rules dalam menangani jerawat iaitu...........


1. Jangan picit langsung. Jangan sentuh, jangan pegang, jangan apa-apa pun. Biooooooo je. Wat dunno. Sampailah dia kecut and surut sendiri. Ni cara aman. Kira perang dinginlah ni.

2. Kita declare war!!! Picit je... Geram kita kan! Tapi ingat, golden rules pada nak picit jerawat ni adalah... SILA PICIT HABIS-HABISAN.


Hokey. Oleh kerana tajuk harini ialah tips picit jerawat, dah tentulah akak paham. Korang mesti geram punyalah dengan jerawat tu. Nak kutil2, nak sentuh2m nak picit2. Boleh, bukan tak boleh. Tapi make sure korang wat habis-habisan, Jangan pernah menyerah kalah. Okey?

Biasanya ramai orang akan kata tunggu jerawat tu masaklah, matanglah amenderlah baru picit kan?
Ye, sebaik-baiknya tunggu camtu. Tapi kalau dah tak bleh sabar, nak wat camner?

Petua saya? Kekadang kalau kita yang masuk campur, jerawat tu akan lagi cepat sembuh and hilang daripada nak tunggu dia masak and kecut sendiri. Tapi make sure biji jerawat tu dipicit keluar no matter how hard it is. Pastu tuam dengan ais.  Biasa dalam 2-3 hari dah heal and jadi berkopeng. Pas kopeng tu tanggal, kulit cantik semula.

Ingat! Make sure biji tu keluar. Insyallah, jerawat tu takkan berulang and takkan tinggalkan parut. Biasanya orang jerawat bila picit jadi lagi bermasalah, tumbuh balik semua semuanya sebab dia tak kuarkan biji jerawat tu masa first picit. Just kuar nanah saje.... Tu yang dia lagi teruk meradang. Hish... Tak kuasa kakak. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Tak nak lagi pas picit, benda tu tak kuar, pastu makin besar je jerawat tu... hish...


Nilah oil sebum or biji jerawat yang saya maksudkan. Make sure keluar dari jerawat tu 

Huhuhuhu... Sekian.

Okey, kita ulang kaji semula. Kalau ada jerawat apa perlu kita buat?

Yep, jgn sentuh. Tapi kalau nak sentuh, make sure picit sampai biji jerawat tu terkeluar. No mercy!!


P/S: Make sure nak picit tu, tangan kita bersih. And pas picit, tuam jerawat dengan ais untuk mengelakkan bengkak.

Baca juga tentang:

Tips Pilih Sunscreen dan Sunblock
Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

No comments:

Post a Comment