Monday, 18 September 2017

Expense Aplikasi Terbaik Pantau Kesihatan Kewangan


Salam kewangan semua,


Wah! Gitu...Mentang-mentanglah nak buat entry fasal kewangan, terus kita salam kewangan pada korang-korang semua. Kali ini kita nak cerita tentang kewangan. Apa khabar kesihatan kewangan korang? Mesti bila bicara je tentang kewangan, ramai yang mula mengeluh, tak pun mulalah buat muka berjaga-jaga, sebab fikir, eh, ko kenapa nak menyibuk hal kewangan orang.

Tak, tak... Kita tak nak menyibuk pon. Nak inform je. Ada satu aplikasi telefon pintar yang sangat sesuai untuk semua golongan lapisan untuk mula celik kewangan atau jejak kewangan mereka. Bukanya apa, kita rasa selama ni topik kesihatan kewangan ataupun topik kewangan peribadi seolah-olah menjadi taboo perbualan sesiapa pun. Semua sensitif je bila nak ungkit topik ni. Kenapa? Sebab ada yang malas nak fikir, ada yang rasa malu, tak selesa nak berkongsi, ada yang rasa tak penting, tak kurang juga yang rasa mereka tak mampu nak ubah status kesihatan kewangan dia, so malas nak cakap.
Ni ha logo aplikasi tu. Pocket Expense namanya. Tapi dalam henpon tulis Expense je

Secara peribadi, kita rasa ilmu pengurusan kewangan ni perlulah dititikberatkan sejak dari kecil dan patut dijadikan salah satu silibus pelajaran sejak dari sekolah rendah lagi. Malah, mak bapak pun kena ajar cara dan konsep pengurusan kewangan sejak anak-anak kecil lagi.

Ni antara apa yang anda boleh ajarkan kepada anak kecil tentang perngurusan kewangan


Sejujurnya kita bertuah sebab kita banyak belajar tips pengurusan kewangan daripada kakak kita yang pada waktu tu, seorang akauntan dan sekarang Alhamdulillah seorang pensyarah dalam bidang kewangan Islamik. Daripada dia kita belajar banyak tentang konsep pengurusan kewangan. Dan daripada kita serta bahan-bahan bacaan lain juga kita sedar, bukan muka badan wajah rambut je kena sihat, kewangan pun kena sihat juga. Bukan saja muka kena cantik, CTOS CCRIS pun kena cantik juga.

Antara tips-tips pengurusan kewangan


Kita ingat lagi, masa tu kita pernah tolong dia buat research tentang Personal Finance. Alangkah terkejutnya bila tahu kadar muflis di Malaysia adalah sangat tinggi dan bila dikaji, kebanyakannya berpunca daripada sikap individu sendiri di mana mereka:


  • Berhutang kerana dahulukan kemahuan daripada keperluan
  • Culas atau melewat-lewatkan pembayaran hutang/pinjaman
  • Tidak pandai menguruskan perbelanjaan
  • Mempunyai sikap acuh tak acuh atau kurang pengetahuan kesan hutang terhadap kesihatan kewangan mereka mahupun masa depan mereka
Jadi pokoknya di sini, salah satu teras untuk memastikan perbelanjaan kita diurus dengan rapi, kita perlu pastikan bahawa kita ada membuat rekod perbelanjaan wang iaitu money in and money out. Kalau kita rekod, barulah kita tahu mana duit kita pergi selama ni kan? Kalau tak, memanjang tak tahu. Memanjang rasa macam misteri nusantara. Maka selalulah terdetik: Eh, rasanya baru je aku keluar RM500 aritu, baru 2 hari dah habis?

Saranan peratusan perbelanjaan isi rumah

Untuk tahu sejauh mana kesihatan kewangan kita, kita kena timbang tara perbezaan antara pendapatan dan perbelanjaan Mudah je. Kalau pendapatan melebihi perbelanjaan. Tahniah! Kewangan anda berada dalam keadaan sihat. Tapi kalau perbelanjaan melebihi pendapatan, nampaknya ada masalah kewangan ni. Maka kita kenalah mula cari ikhtir untuk sama ada:

  1. Tingkatkan pendapatan
  2. Kurangkan perbelanjaan.
Jadi untuk ini, kita kenalah rajin rekod keluar masuk kewangan kita. Lagilah sekarang kita mempunyai bantuan teknologi untuk jejak perbelanjaan, apa lagi alasan kita untuk tidak berbuat begitu?

Jadi setelah membebel entah berapa perenggan, kita nak perkenalkan Pocket Expense With Sync. Satu aplikasi pengurusan kewangan peribadi yang sangat mudah untuk digunakan:

Tada... Nilah Expense dalam henfon kita


Ni rupanya bila buka


Warna dia biru gitu... Cantik je... Korang sangat bertuah sebab dulu Pocket Expense ni tak boleh sync. So bila henpon kita rosak je, habis semua rekod perbelanjaan kita terkubur walaupun penat je kita email orang Pocket Expense ni suruh recover. Tapi bila beli je henpon baru, kita terus download Pocket Expense With Sync ni. So, kalau henpon hilang atau rosak, tak perlu risau rekod perbelanjaan hilang. No more worries.

Jadi, jangan lupa untuk register akaun Pocket Expense ni untuk membolehkan ia diakses melalui emel atau Facebook dan bukannya di memori henpon. Nanti kalau apa-apa jadi kat henpon anda pun tak perlu risau:

Register jangan tak register

Lepas tu korang bolehlah mula add akaun. Kalau kita, kita suka add sumer akaun yang ada termasuklah Cash Money aka duit yang ada dalam dompet. So, apa-apa tak perlu buka dompet ataupun Maybank2u pon, buka Pocket Expense je dah tahu berapa harta yang kita ada:



Lepas dah siap add account, bolehlah korang set budget perbelanjaan pula. So takdelah nanti perbelanjaan melebihi budget pulak.




Lepas dah set semua ni, silalah rajin-rajin key in dan rekod setiap perbelanjaan yang korang buat. Hatta beli gula-gula RM1 pun rekod. Nanti barulah senang nak generate monthly dan yearly report untuk tahu kat mana kita bazirkan duit kita selama ni:

Jom tengok contoh laporan bulanan:


Inilah yang dikatakan teknologi memudahkan. Key in tetiap hari je kita dah tahu sama ada pendapatan kita melebihi perbelanjaan atau sebaliknya.


Lepas tu boleh pula tengok account summary daripada sepanjang tahun dan sebagainya:



Banyak lagi function daripada Pocket Expense yang korang boleh explore. Cumanya perlu diingatkan yang korang KENALAH rajin untuk key in setiap perbelanjaan tak kira sekecil mana pun. Jangan culas. Mula-mula memanglah malas, tapi bila dah jadi kebiasaan, korang pula yang rasa pelik kalau tak key in perbelanjaan.

Dan bagi kita salah satu kebaikan mencatat semua perbelanjaan ni ialah, bila kita tahu atau sedar ke manakah kita belanja duit kita selama ni, secara automatiknya kita akan jadi lebih berhati-hati dalam berbelanja. Yalah, kalau tengok-tengok report je perasan dah belanja RM1000 je untuk mekap. Tak ke telan air liur? Pulak tengok baki akaun tak mampu bertahan sampai hujung bulan.

Oh ya, aplikasi ni kalau search kat Google Play susah nak cari, jadi terpaksalah kita tepek link Pocket Expense With Sync tu kat entry ni.

Sebelum kita sudahi entry ni, nak berterima kasih kepada bekas jiran sebelah meja kita Encik Ramzi yang perkenalkan aplikasi ni kat kita. Kisahnya kita nak start semula untuk track expenses macam dulu dengan menggunakan buku nota, tapi dia kongsikan cara genius dia track perbelanjaan dengan menggunakan aplikasi ni. Malah menurut Ramzi, antara semua aplikasi expenses yang ada, yang ni paling mudah digunakan dan paling comprehensibe. Tu kata Ramzilah. Dia tu akauntan. Dah dia kata dia dah cuba semua, kita percaya je kat dia.

Babai semua, diharap perkongsian ini akan memudahkan anda untuk merekod dan mengurus perbelanjaan dengan lebih efisien. Semoga semua lebih celik kewangan dan titikberatkan kesihatan kewangan masing-masing.

OXOXO

14 comments:

  1. Wow...nice sharing article

    ReplyDelete
  2. Bagus ni. sebab kita selalu gak "terover" spend kan. bila ada apps cam ni membantu utk manage duit dgn betul. Thanks for sharing! :)

    ReplyDelete
  3. This is so useful! Esp to women hahaha. Since women do shopping more. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. Looks like a good app to use. Tapi kena rajin lah... I cannot imagine redoing everything if I accidentally wiped out my data by clearing cache.

    ReplyDelete
  5. seems pretty easy to use. will try it out ok

    ReplyDelete
  6. wah macam menarik je aplikasi ni. Tq for sharing

    ReplyDelete
  7. Good info. Aplikasi yang sangat berguna. Ye la, sekarang ni semua senang je kan. Boleh akses melalui telefon pintar. Nice!

    ReplyDelete
  8. best nie..tq infonya ya...sesuai bagi yang tak pandai manage expenses... :)

    ReplyDelete
  9. I need to get this downloaded so I can control my expenses too

    ReplyDelete
  10. I need this in my life! This is a very awesome app. Thanks for sharing, you're a life saver!

    ReplyDelete
  11. Good for saving & future.. 😄👏👍

    ReplyDelete
  12. Lin pun pakai apps budgeting - Expense IQ tp limited. Yang ni trial ke macam mana?

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete