Saturday, 30 September 2017

Pelbagaikan Sumber Pendapatan Satu Keperluan Masa Kini...


Hai semua,

Salam kewangan. Haha.. Okay, mulai harini kalau nak cakap fasal duit je kita cakap salam kewangan. Pekabo kewangan anda? Macam yang kita cakap dalam topik sebelum ni, dua je cara untuk memastikan status kewangan kita sentiasa sihat. 1. Tambahkan pendapatan 2. Kurangkan perbelanjaan. Apa? Terlepas topik tu? Baca di SINI

Tapi yalah, tau-tau jelah kan. Bagi mereka yang ada komitment tetap seperti  komitment keluarga, pinjaman pelajaran, pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya, tak banyak perbelanjaan yang boleh dikurangkan sangat...So caranya? Memang nak tak nak kenalah tambah pendapatan. Kenalah buat lebih daripada kerja hakiki. Menteri pun kata kenalah buat keje part time, katanya! Hidup kena proaktif gitu... Haish!

Senang kata sekarang ni, satu pendapatan sahaja memang tak mampulah nak menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. Kalau harap gaji yang naik 5% setahun, memang sah-sah tak mampu nak catch up dengan kadar inflasi yang meningkat lebih daripada 7% setahun. Tu inflasi. Tak tambah lagi kos anak membesar, insurans bla bla bla dan sebagainya. Pastu takkanlah hidup ni nak keje, keje, keje je... Mestilah nak juga berhibur, melancong, tambah aset dan macam-macam lagi.

Jadi, topik hari ini kita nak bincangkan, cemana? Cemana nak tambah pendapatan? Ha... teruskan membaca. Kita cakap dulu tentang cara yang lazim dan popular dilakukan untuk jana pendapatan tambahan dan pelbagaikan sumber pendapatan:

1. Melabur 
Melabur ni pelbagai cara., saham, FOREX, emas dan macam-macam lagilah. Keuntungan kita dapat sama ada daripada interest, dividen ataupun dalam konteks hartanah, lebihan pendapatan dari sewa aka sewa tolak pinjaman. Tapi korang pun tahulah, nak melabur, kenalah ada $$$.... 
Sikit lama-lama jadi bukit
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

2. Freelance
Ni biasanya untuk mereka yang boleh tawarkan perkhidmatan dengan kebolehan dan bakat mereka.
Biasanya buat design, terjemahan, menulis, fotografi, mengacara. Ada juga yang berjaya dalam kerja freelance mereka sampai last-last jadi full time terus. Sebab pendapatan dah mahsyuk
source of income
Kerja freelance pun boleh

3. Berniaga
Ha, ni korang takkan tak tahu kan? Dengan adanya internet sekarang ni, semakin mudah kita untuk meniaga. Kalau dulu meniaga kena ada tapak, ada kedai, ada gerai, warung bagai, sekarang semua boleh di hujung jari. Banyak pula platform meniaganya. Blog, instagram, media sosial, semuanya boleh dijadikan platform meniaga. Best kan? Berniaga boleh sama ada dengan borong dan jual secara runcit, hasilkan produk sendiri atau memasak, baking, buat kuih dan sebagainya.
marketing plan
Bisnes sebagai punca pendapatan

4. Kerja Sampingan
Kerja sampingan ni mesti korang tahu, selain daripada kerja hakiki, korang juga boleh kerja sambilan during weekend atau waktu lapang. Biasanya retail lah banyak offer kerja sambilan or sampingan ni.  Kalau korang pandai mengajar, boleh juga mengajar tuisyen, menari, personal trainer dan lain-lan. Kalau dulu orang buat kerja sampingan dengan bekerja hujung minggu saja, sekarang bila-bila masa juga boleh buat kerja sampingan, asalkan kita free. Contohnya, buat part-time Uber dan Grab. Teknologi memang memudahkan kan?
jana pendapatan
Kerja sambilan pun boleh

5. Hartanah
Ha, ni best. Semua orang mesti idam-idamkan  hartanah milik sendiri kan? Kalau ada duit lebih, bolehlah melabur dalam hartanah. Sama ada beli kemudian jual ataupun beli untuk disewakan, semuanya boleh jana pendapatan pasif untuk korang. Teballah sikit poket tu.
side income
Sewakan rumah yang ada

6.Online platform
Last but not least, you have to be smart to monetize everything that you have. Platform online macam blogger, wordpress, instagram, facebook semuanya boleh jana pendapatan untuk korang asalkan korang tahu macam mana nak hasilkan duit daripada platform tersebut. 
Generate income
Social media as another way to generate income

Kuncinya dan pokoknya, kenalah rajin-rajin cari cara untuk jana pendapatan atau hasilkan pendapatan tambahan. Macam mana? Tanya orang,  build network and connection, minta tunjuk ajar, banyakkan membaca, banyakkan ke kursus. Tambahlah pengetahuan dan ikhtiar...

Oh ya, lagi satu, jangan terlalu desperate untuk jana income sampai terlibat dalam PONZI Scheme, money game, MLM dan sebagainya.  Ramai yang kita nampak tertipu kerana nak sangat kaya cepat dan tak mahu berusaha. Sampai pinjam riban-riban untuk kononnya berankkan duit, tapi last-last kena con.


18 comments:

  1. Betul tu. Depends pada one income saja dah tak relevan skang ni.

    ReplyDelete
  2. Setuju. Sekarang ni ekonomi dan nilai mata wang tak stabil. Kena ada sumber pendapatan yang lain sebagai persediaan masa depan ;)

    ReplyDelete
  3. Btul...skrg kena ada mcm2 sumber kewangan..nk2 zaman2 1mdb ni

    ReplyDelete
  4. Kena la pandai nak hidup zaman sekarang. Kalau pasif je susah kot nak survive zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. Cara I mencari extra sumber kewangan dengan melabur dekat provident fund, blogging and jual barangan online.

    ReplyDelete
  6. Memang wajib dah sekarang nie untuk ada extra income. Cuma perlu berhati-hati dan JANGAN MALAS.

    ReplyDelete
  7. ermm..perkongsian yang menarik... nak berjaya tak boleh dok diam tanpa usaha kan!

    ReplyDelete
  8. Totally agree with you, I guess the more we do now the more we will have.

    ReplyDelete
  9. Haha understand that's why I am having few jobs now

    ReplyDelete
  10. One job is definitely not enough. Sigh

    ReplyDelete
  11. I agree. No work no pay. So that's why we need to stay in our job to have a minimum budget.

    ReplyDelete
  12. Great tips! I'll be bookmarking this in my planner and listen to the talks by these experts.

    ReplyDelete
  13. this article is perfect for those who are good with multitasking. working multiple jobs can make you ear more and learn more too. thanks for this

    ReplyDelete
  14. Great. Thanks for sharing about this online summit. I didn't know about it. I can do with some help in generating a second and third stream of income!

    ReplyDelete
  15. Thanks for sharing your tips. We should be clever and resourceful on diversifying our income.

    ReplyDelete
  16. Good tips!! Thank you for sharing and will mark down those important tips =)

    ReplyDelete
  17. this is great I know it is important to get multiple streams of income but it is also neccessary to take care not to overdo things

    ReplyDelete
  18. Hey there, good write up. thank you for joining the press launch. I'm the project leader for this project. Will keep you in touch for more opportunities for passionate bloggers like you and the others. :)

    Regards,
    Alexander Ang

    ReplyDelete