Harini kita mood tak baik. So nak citer antara perkara yang boleh buat orang mood tak baik juga. Aci tak? Memandangkan dah nak Krismas ni, ramai yang buat aktiviti gift-exchange, lagilah sesuaiii sangat topik ni. Ala, takyah kecam sangat cakap orang dah bagi hadiah pun dah cukup baik dah. Apalah tak bersyukur. Ni kekadang soal dan isu sejauh mana keikhlasan orang tu juga.
Hadiah memang disukai, tetapi sebab berharap lah kita akan rasa kecewa. |
Contohnya kat company kita setiap tahun ada gift exhange activity. Apa perasaan korang kalau korang sendiri punyalah perah otak nak bagi hadiah terbaik mengikut terma and syarat yang diberikan, tetapi tiba-tiba dapat hadiah sampah? Malah tak ikut pun spesifikasi bajet yang ditetapkan? Perghhh... Berapi tau. Tapi malangnya, kitalah antara orang yang tak bernasib baik tu. Asyik dapat hadiah yang mengecewakan je sokmo. Ke memang kita ni jenis yang susah sangat nak ambik hati? Rasanya tak kot. Hmmm... Jom tinjau!
Zassss!!
7. Makanan
Adoi... ni kakak benci tol. Unless makanan tu memang mahal nak mampos and kita tak mampu nak beli then leh simpan bertahun-tahun, tolonglah jangan bagi kita makanan k sebagai hadiah. Kalau nak belanja, belanjalah kita makanan. Tapi tolonglah jangan dibuat hadiah. Bagi kita kalau hadiah tu, tolonglah beri something yang significant sikit. Boleh simpan and ada sentimental value. Ni tak, bagi kita coklat cadbury. Dah makan lupa dah, tak ingat. Tu kalau bagi coklat cadbury. Eloklah juga. Sedap nak makan. Ni bagi kita makanan tah apa-apa, sampaikan kita bagi Hariz yang pelahap tu pun dia gigit sikit je dah takmo makan dah. Letak kat atas meja pun takde semut nak hurung. Pfftt....
Ha ni lagi satu. Tolonglah jangan bagi buku sebab di zaman era teknologi ni. Tak semua orang baca buku kot. Adoi.... Kalau baca buku pun, tak semestinya suka buku yang korang hadiahkan tu. Adeh..adeh.. Kesudahannya, entahlah nak sumbat ke mana. Bazir saje..
Adoi... Tolonglah... Pergi event dapat mug, kahwin dapat mug, zaman sekolah dulu pun mug/cawan/gelas tak abis-abis. Kat rumah pun banyak dah cawan/mug/gelas yang tak pakai-pakai lagi. Kalau bagi satu set okaylah juga. Tapi kalau satu je beli Darlie/Colgate or sabun pun kekadang diorang bagi wak!!! Tolonglah jangan bagi kita benda-benda ni eh... Dah tak tau nak simpan mana.
4.Barang Perhiasan
Hmmm... hmm.... Sejujurnya, barang perhiasan yang tujuannya hiasan semata-mata dan tiada kegunaan praktikal adalah antara barang yang disenaraikan sebagai hadiah yang paling kita tak gemar. Sebabnya? Rumah kita sekangkang kera je wakkkk... Tak tahu nak letak kat mana. And maybe tak kena pun ngan taste kita.
3. Binatang Peliharaan
Ha, ni lagi satu. Tak semua orang sukakan binatang peliharaan. And kalau suka pun, so what? Cemana kalau dia takleh commit nak jaga binatang tu? Tak ke jadi kes pengabaian, penganiayaan dan penderaan binatang dah? Dosa weh. Takleh wat memain benda ni. Ada statistik yang mengatakan kadar atau bilangan haiwan yang diabaikan adalah daripada binatang peliharaan yang dijadikan hadiah. Dah beli, penerima tak tau nak bela, tak pandai nak jaga or takde bajet nak bela, then dia buang camtu jek. Kesian binatang tu tau. So, please stop animal abuse eh. Walaupun hatta seekor ikan sekalipun. Sebab nak bela binatang ni, kena orang yang betul-betul ada belas, sayang dan juga duit masa tenaga. Kalau kita, anak pun dah tak terbela, nak bela pets. Memang tidaklah!
Ha, yang ni memang sesuai kena kecam. Geram tau! Selain mug/cawan/gelas bla bla bla. Kita paling menci orang yang bagi hadiah recycle. Kalau recycle tapi orang tak tahu takpe jugak. Ni skali tengok je dah tahu, tah mak jemah mana bagi dia hadiah, dia tak suka, dia simpan kat setor bertahun-tahun. Then bila ada je kena bagi hadiah, terus dia korek hadiah recycle tu then bagi kat orang lain. Eh pleaselah! Takde keikhlasan langsung. Bengang tau! Kalau bagi yang berharga cam emas ke blender ke apa ke takpe lagi. Ni dia pun takmo, terus campak kat orang sebab tak nak keluar duit sendiri. Mencilah pattern kemut camni. Pffttt.....
1.Barang Terpakai
Okay, yang ni lagi setan dari hadiah recycle. Biasanya hadiah recyle ni, orang tak pernah pakai lagi. Dia tengok, dia buka, dia tak suka, then dia simpan buat pekasam. Tapi yang barang terpakai ni memang lagi up sikitlah ketakikhlasan dia daripada orang yang bagi hadiah recycle. Hadiah barang terpakai ni biasanya dia sambar je apa yang dia dah pakai tapi takmo pakai lagi sebab dah beli baru ke, dah tak nak pakai ke, then dia balut je bagi kat orang. Eeii... Nak citer pun menyiraplah!! Jangan tak percaya. Kita pernah terima hadiah berupa modem dan telefon yang terpakai dan rosak. Paling best, ada habuk lagi kat modem tu and fon tu. Lol... at least laplah dulu weh habuk tu... Ni memang bikin hangin.
Sekian senarai daripada Prettily Rare.
Korang lak? Apa hadiah paling mengecewakan yang pernah korang terima? Ceciter ceciter.
Baca juga:
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
no7 & no1 tu kawan saya pernah terkena dah la barang terpakai rosak plak tu kah kah kah kah
ReplyDeleteKan.. kesian kawan awak tu... Tak patut diorang buat camtu...
Deleteala, kita keja gomen..tak ada exchange gift macam ni,hah..tapi asben keja private..dia ada exchange gift sempena krismas macam ni..kebiasaanya mmg saya akan cari hadiah yang menarik & nampak mahal walaupun kena ikut certain amount yang dah ditetapkan...
ReplyDeletebagusnya asben Fiza. Memang jenis pemurah. Kalau dapat orang camni memang beruntung
Deletehahaha pernah jugak exchange hadiah, kita bagi frame kemain helok tapi kita dapat mug jeeeee eee nak nangis!
ReplyDeleteHahahah... kan... faham perasaan itu. Sep sikit
Deletekita lagi kiciwa wak.. kita takdde dapat hadiah ponn.. harap ade review produk je.Itulah hadiah kita.. hukhukhuk
ReplyDeleteXmas kejap lagi ni. Hopefully tak dapat hadiah seperti atas. Haha
ReplyDeleteHahaha... hope so... Harap-harap saya pun takkan dapat lagi hadiah macam tu.
DeleteHopefully you get what you like. Different people like different things.
ReplyDeleteThanks...
DeletePertukaran hadiah di atas memang menyakitkan hati. Nak atau tak terpaksa terima.
ReplyDeleteKann.... kecewa I... .takleh berharap... nanti kecewa
DeleteMug dan gelas kaca tu kira wajib masa tukar2 hadiah kan. Klu dah org bagi terpaksa terima je lah .. hehe
ReplyDeleteYang lain masih ok lagi tapi hadiah terpakai memang cannot la, its not right to do that kan.
ReplyDeleteALthough xmas is my favorite time of the year but I seriously doesnt like exchange gifts because I might not get what i want!
ReplyDeleteMy colleagues at work tell me am a Xmas killer for not participating in Christmas exchange gifts. For me it takes a lot of pressure. Gifts should be given wholeheartedly to someone you know, and giving random gifts because we think they will like it is kind of unfai for them.
ReplyDeleteReally had fun reading your article. Really gerak lah kalau dapat hadiah-hadiah tersebut. But second hand branded handbag OK jugak kot? So far, hadiah-hadiah I semuanya OK, takde complaints, sebab jarang sangat terima hadiah.
ReplyDeletethat's why bila buat gift exchange.. we have to list down ur top 3 priority gift.. mestilah kena dalam budget.. then we choose one to buy for them.. kan ni lagi sfe?
ReplyDeleteracheal_foodilifecious
Semua best, tapi I kecewa.. I kecewa dapat sponge hahahahdari husband katanya memudahkan kerja I nanti ... I lagi terharu kalau dia bagi I orang gaji haha
ReplyDeleteAgreed with you. Those recycle products should not given out at all.
ReplyDeleteI totally get it whenever come to receive all these kind of present haha! But it was really hard to give the nice and right present to friends too.
ReplyDeleteOmgeee...
ReplyDeleteTotally suck wei
Teruknyaaa
Benci jugak kalau dpt hadiah ntah hapa2
Kelakar weiii... but seriously I dont mind books... provided its the type of books I read... hehehe
ReplyDelete