Thursday, 12 June 2014

Review: NA Beauty Argan Oil




Ello semua,

Harini setelah lebih daripada 3 bulan dan berbotol2 NA Beauty Argan Oil, barulah saya berani nak buat review pasal NA Beauty Argan Oil ni. Macam mana saya kenal dengan benda ni? Ni semua sebab owner Prettily Rare bg saya satu botol Argan Oil untuk dicuba. Ekkekekeke... Sbenarnya saya yang paksa dia bagi saya and kononnya t saya akan buat review untuk produk ni. Kah kah kah! Setelah hamik ko berbulan2 barulah saya free nak buat review.

Hep! Bukan sebab saya malas tau. Tapi sebab tak sukalah baru pakai sehari dua dah konon nak buat review. And sbenarnya bagi produk apa-apa sekalipon, at least anda kena bagi 3 bulan supaya kesannya nampak kat kulit. Ni tak, baru pakai sehari dua, tak nampak kesan tros merajuk nak tukar produk lain. Takleh lah camtu. Unless baru pakai sehari dua, kulit terus alergi. Yang tu, wajib hadiahkan pada orang yang lebih layak memilikinya. Hehehehe...

Ok, ok. Cukup-cukuplah merapu. Untuk makluman korang, argan oil ni sekarang merupakan bahan paling in dalam produk kosmetik sekarang. Mana taknya? Semua nak letak argan oil dalam produk diorang. Haper? Tak tahu? Hmmm.... Anda dilabelkan sebagai ketinggalan zaman dalam dunia kosmetik ni. Lau tak tahu, produk Siti Nurhaliza pong pakai Argan oil tau!!!

Simplicity pon mengadungi minyak Argan

Apakah itu Argan Oil????

Minyak Argan adalah satu penemuan besar yang diperakui sebagai anti-penuaan yang terbaik. Masa kini, terdapat pelbagai produk di pasaran yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan dengan menggunakan pelbagai bahan termasuk bahan kimia yang berbahaya dan tidak memberikan kesan yang diharapkan. Minyak Argan ini diperolehi 100% asli terus dari biji argan tanpa sebarang bahan kimia atau sebatian merbahaya yang diperakui oleh pakar-pakar kecantikan di seluruh dunia dan kini mendapat permintaan yang sangat tinggi
Pokok and biji argan. Dari biji tu ler argan oil diekstrak.


Naper Argan Oil mahal nak mampus?

Sebab Argan Oil ni antara minyak yang paling rare. Prettily rare gitu. Hanya boleh didapati di Morocco. Proses nak dapatkan minyak argan pun susah banget sebab still perlu diekstrak secara manual. Sebab tulah ia mahal nak mampus.

NA Beauty Argan Oil Serum

Seperti yang saya bebelkan tadi, dah berbulan2 saya pakai. Yang saya boleh conclude, serum ni membuatkan kulit saya jadi moist aka lembab gitu. Kulit saya nampak jadi shiny2. Bak kata orang-orang Cina, macam boleh perah air keluar daripada kulit gitu! Ha...

Tapi ada skit yang saya kureng berpuas hati dengan skincare ni. Dulu sebab packaging dia. Susah giler nak picit kuar serum ni. Abis semua serum terpelanting sana sini. Bazir tau. Bila dia dah tukar packaging hokey r skit. Tapi still saya ada complain. Naper cepat sgt abis ek serum ni? Skejap je dah abis pakai sebotol. Penggunaan saya adalah 2 kali sehari. Sekali pagi sekali malam. Sebelum saya sapu ibu putih.

Sekian review saya. Cik Nur Amirah, tak boleh ke letak banyak skit? Kering r poket saya camni.

Harga:
RM74 including postage. Boleh didapati di Fb and Instagram Prettily Rare.
COD: Kelana Jaya Line-  SMS/Kol/Whatsapp/PM Azi 019-7220855
COD area Shah Alam or postage - SMS/Kol/Whatsapp/PM Iza 013-7462141
Self pick up kat Damansara Perdana - SMS/Kol/Whatsapp/PM Maya 017-7140400

Komen:
Best pakai tapi skit sangatlah....

Rating:
7.8/10 (kne tolak markah sebab skit sgt bagi saya)


Ini testimoni je. Kesan mungkin berlainan dari individu ke individu. Banyak lagi testimoni yang boleh korang dapati di NA Beauty or prettilyrare. Check it out sendiri.

Nilah Cik Nur Amirah pengasas NA Beauty

No comments:

Post a Comment