Kau kata
kau terbuka, tapi sebenarnya kau dusta.
Yang
terbuka biasanyalah yang banyak menyulam dusta di sebalik keterbukaannya.
Sebab kau
terbuka, kau takut diadili dan dihukumi.
Lantaran
itu, kau bina imej dengan status elok-elok agar kau disanjungi.
Sedangkan
apa yang kau kongsi hanyalah sebuah harapan, yang masih belum kau capai lagi.
Kemudian,
kau kongsi pula ‘kejujuran’ dalam masalah kau.
Kononnya si
polan si polan menganiaya, membuka aibmu.
Walhal
engkau yang menyerang si polan si polan tanpa dia berdaya untuk membela
dirinya.
Sebab itu
kawasan kau, bukan kawasan dia. Kau raja dalam kawasan kau. Apa yang kau titah,
dijunjung. Tanpa orang mengetahui kebenarannya. Lantas yang menjunjung
memberikan tak putus memberikan sokongan mereka. Kau rasa kau gagah! Kau rasa
kau berkuasa.
Sebegitu
mudah lembaran fitnah tersebar, dengan ‘kejujuran’ kau yang bohong itu, dengan
pembongkaran kau yang prejudis, satu demi satu bidasan, tuduhan dan serangan
dilancarkan, bagaikan Yahudi menyerang tanah Palestin dengan bedilan peluru dan
bom.
Tanpa
Palestin berupaya untuk melindungi dirinya. Hancur, musnah!
Kau senyum
puas. Kawan kau tersenyum puas. Syaitan juga tersenyum puas.
Sedarlah,
dah berapa kali kau sedih kerana ada yang komen secara tidak berlapik di status
mu.
Terus kau
padam. Terus kau berdendam.
Kau sentap.
Kau hidangkannya hadis-hadis konon tak baik buka aib terang-terangan.
Tapi
bukankah kau juga buka aib terang-terangan? Dan kau menambah bebanan dosa bagi
yang tidak mengetahui kisah sebenar. Malahan, bukan aib yang kau buka,
sebaliknya fitnah pula yang kau tabur.
Setiap ‘like’
itu mencatat satu dosa bagi yang konon mengagumi ketabahan kau.
Sedangkan
mereka tidak tahu tabah lagi yang dikatanya. Kerana walau boleh untuk membalas.
Dia tetap memilih untuk menutup aibmu. Aib yang sebenar-benar aib. Tapi kau tak
bersyukur.
Kau tetap
lempar fitnah kepadanya. Dari tahun ke tahun. Tapi yang peliknya, dia pula yang
kau salahkan.
Kata kau,
itu balasan dosa silam, dosa semalam. Walha dosa silam, dosa semalam kau dia
kuncikan walaupun dia boleh untuk menyebarkannya kerana dendam.
Tapi apa gunakah
dendam? Ya, hatinya perit. Hatinya sakit. Tapi dia tetap diam berpeluk tubuh.
Hanya
kerana seringkali, apabila dia terus bersabar, dia nampak ada yang membalas
untuknya.
Lantas kau
marah, kau hiba lagi! Dia turut kasihan. Tapi kau tetap tak pernah berubah.
Walau
harapan kau tinggi menggunung. Tapi hati kau tetap sama.
Walaupun
luaran kau hijabkan. Hati kau tidak kau hijabkan.
Ketahuilah,
hijab yang sebenar-benar hijab adalah dari hati. Dengan menutup sebaik-baik
bukan sahaja aib diri tetapi aib orang yang kau dendam. Serapat-rapatnya.
Walaupun hati meronta-ronta,
Gelora berombak-ombak
untuk membalas perbuatanmu.
Semoga Yang
Esa kuatkan azamnya. Mungkin satu hari imannya turut tipis akibat provokasi kau
Tapi aku
doakan dia tidak. Sebab dah bertahun-tahun dia tidak. Moga selama-lamanya
tidak.
Bangkai gajah ditutup dengan nyiru pun tiada gunanya.
Tanpa perlu
dia yang mengungkapnya.
Satu hari
nanti tetap berbau.
Tetap.
Berbau.
No comments:
Post a Comment