Salam Ramadan,
Harini nak cerita fasal Advance Bridal Make Up Class dengan MUA (Make up artist) dari Kedah, Shafinatul. Biasa orang panggil dia Fyna je. Lau nak tau lebih lanjut tentang dia, leh check her out kat blog dia fynahere.com
Nak dijadikan cerita, dah lama dah berjinak-jinak dengan belajar mekap. Dah bertahun-tahun gak. Rajinlah belajar dengan beberapa MUA. Total 4 orang MUA jugalah yang berbeza. Tapi semua belajar basic sahaja.
Oleh kerana minat sangat dengan sentuhan Fyna yang nampak soft and sophisticated, bila dia wat banner dia nak datang Klang je tros excited join. Tapi, kalini tak mainlah nak belajar mekap basic lagi kan? Boring! So, kali ni saya belajar Advance Bridal Makeup yang one to one dengan Fyna. Baru mencabar.
Apa lagi? Saya tros whatsapp nombor contact yang tertera kat Fb fynahereblog. Tau2 rupa-rupanya kena bawa model. Haish! Manalah nak cari model? Jeng jeng jeng! Tros terfikir bahan eksperimen diriku selama ini aka adikku. Ngahahahhahaha! Apa guna ada adik comel lotey lau tak bleh nak tolong akak sendiri kan?
Kah kah kah! Tros tanya dia leh x tolong jadi model? Dia kata cuma 10 Julai je boleh. Sebab masa tu dia last paper. Hokeylah. Laju2 tros whatsapp blik gtau nak book 10 Julai tapi sesi petang.
Ok, pada masa yang sama, masa tu saya gak ada masalah sakit gigi bongsu. Dari tahun lepas lagi. Lau makan je sakit, tak makan pon sakit. Denyut2 kacau kehidupanku yang tenang ni. Haish! Geram tol. Bila jumpa dentist aka doktor gigi, doktor kata gigi bongsu yang manja tu tumbuh serong, better cabut kalau tak nak dia mengganggu ketenteraman awam. Tapi takleh cabut biasa, kena minor surgery kat pakar bedah mulut. Katanya kena belah gusi, potong tulang and cabut gigi tu. Adoi! Dengar pun dah rasa sakit. Tapi oleh kerana dah tak tahan dengan kerenah gigi yang ngada2 tu, nekad gak nak cabut. Last2 amik schedule ngan doktor, dapat appointment 9 Julai. Omaigad!! Leh ke lepas operate tu tros masuk kelas mekap? Nak kensel sayang sebab tahun ni tu lah kelas last yang Fyna offer. Sob sob....
Pk punya pk, argh! Teruskan jelah, ada aku kisah? (Dengan riaknya konon boleh tahan sakit)
So 9 Julai tu cabutlah gigi dengan pelbagai dugaan. Lain harilah baru cerita pasal cabut gigi tu. Memang nostalgia gilalah.
10 Julai tu lak, sakit yg amat sebab konon gigih n tabah tak nak buka puasa walaupun baru lepas operate. Oleh kerana tak makan painkiller, gigil2 saya tahan sakit kena operate. Awal2 lagi dah tercongok depan UiTM tunggu adik keluar dari exam hall. Katanya keluar kol 12. Tapi hampeh dah nak kat kol 1 baru keluar. Pastu masa berkobar-kobar nak g kelas mekap tu, dengan ajaibnya henpon adik mati n buat kitorg xbleh waze ke lokasi. Arghhhhhhhh!!! Tension! Tension!!! Sesatlah jalan... Sob sob. Dugaan tol. Biasalah kan, nak belajar, nak buat baik mesti adaaaaaaaaaaaaaaaaaa je dugaannya.
So, dipendekkan cerita, sampailah kat lokasi yang ditetapkan dan bermulalah adegan conteng menconteng muka. Ada 2 model. Satu adikku sayang n satu lagi model, Fyna yang cari. Adik pakai tudung mankala seorang laig freehair.
Masa mekap adik, Fyna mekap sebelah and saya mekap sebelah. Dengan hati dab dub dab dub datang lmbat takut kena marah (kah kah kah! Tau ko takut ya?) and blur sebab gusi asyik bleeding (kekurangan darah tau!) plus gigil2 menahan sakit tak makan painkiller, saya pun mekaplah sambil diberi tunjuk ajar oleh Fyna. (Tak lupa juga, pp ku yg sedia tembam tu plak makin kembung and bengkak baru lepas surgery. Snang kata, sakit, hodoh, lapar, gigil and....... T_T)
Ni gambar2nya.
Pastu dah seronok mekap seorang sebelah tu plak, Fyna kata tadi adik awak exam, ni awak lak. Apa??? Ala, tengah blur lagilah..... Bleh ke ni? Yang second model ni, saya mekap semua tapi mestilah dengan tunjuk ajar Fyna. Model yang kedua ni, cunnya!!! Comel lotey, kulit putih and memang feature muka dia jenis yang strong and terbentuk. Cantiknya ciptaan Allah swt.
Gambar: Credit to Fyna
Senang kata, dalam banyak2 kali saya g belajar mekap, dengan Fyna nilah paling clear sebab dia tak lokek ilmu. Memang dapatlah efek mekap yang soft and sophisticated yang Fyna selalu buat tu. Terharu!!!
Okeyh, balik rumah tu, tros cari doktor ngadu sakit. Doktor bagi jab baru reda sakit. Pastu dia suruh jab tiap-tiap hari untuk surutkan bengkak and redakan sakit. Pastu dia cakap padan muka, dah kata dah jangan cabut gigi masa bulan puasa. Cissss!!