Tuesday, 1 July 2014

Peluang Baik Untuk Pemilik Bisnes Fesyen


Salam semua,

First of all, selamat berpuasa! Haritu saya ada share pasal cara side income menerusi penulisan. Kali ni saya nak share berita baik bagi sesiapa yang berminat nak buka bisnes fesyen aka butik atau seantero dengannya.
Apa? Dah ada kedai/butik sendiri? No problem, yang dah ada bisnes tapi nak besarkan atau expand bisnes pun boleh. Tiada masalah. Cakap je nak berapa? RM10,000? RM100,000? RM1,000,000?

Ala, no hallah.  Nak RM2,000,000 pon boleh.


Amboi! Berani ya ko tawarkan RM2 juta? Kerlas!!!

Ok, kisahnya macam ni. PM kita aka Datuk Seri Najib Razak tau dah, kt Malaysia ni mmg banyak org yg kreatif dan berbakat. Tak kiralah dari segi apa, melukislah, menulis, kraftangan, menyanyi, mereka fesyen.

Tapi malangnya, tak ramai yang ada dana untuk mulakan bisnes sendiri. Kalau nak simpan dlm tabung, mau 20 tahun pun tak cukup2 kan? Ok, takper! Sebab dia memahami, dia pun tubuhkanlah MyCreative Ventures Sdn Bhd untuk tolong industri-industri kreatif tempatan. Korang cuma perlu apply saja. Jangan tak tahu tau! Banyak bantuan kerajaan bagi, cuma kita je xwat research.

Balik pada MyCreative Ventures pula, syarikat ni tau ramai pereka fesyen gah-gah kt Malaysia ni. Tapi biasalah, duit ni manalah pernah cukup kan? Oleh tu, satu inisiatif untuk tolong pereka fesyen tak kiralah baru mahupun yang veteren telahpun dilancarkan. Inisiatif ni digelar Fashion Pitch.

Tahun lepas, Fashion Pitch diadakan dengan kerjasama Fashion Valet aka kedai maya/dalam talian pertama di Malaysia. Fashion Valet ni pelopornya orang muda2 je, saya minat btol ngan Vivvy Yusof tu... Eh, sat. Ni dah menyimpang. Len kali saya citer pasal Fashion Valet. Hasil daripada Fashion Pitch yang pertama, ramai gak lah yg mohon and yang berjaya Whimsigirl, Fern Design, Pearly Wong ngan Commoddity.
Sweet couple. Vivvy and Fadza. Skarang fashionvalet.com tau. Jgn silap


Tahun ni, Fashion Pitch 2 pula dianjurkan. Bagi yang berminat, bolehlah cuba-cuba nasib. Kalau korang tk berjaya sekalipun, at least korang boleh tahu apa yang masalah dalam bisnes korang sebab korang berpeluang untuk diberi tunjuk ajar oleh panel hakim yang superb!!! Mana tak superbnya? Diorg semua otai-otai bidang fesyen tau!! Nak tau siapa? Eh, joinlah! Saya cuma leh gtau antara panel hakim tahun lepas ialah
Dato' Bernard Chandran (siapa minat fesyen tapi tak kenal dia...... sy rasa nak nangis), Fadza, Dato' Nancy Yeoh dan ramai lagi.

Nilah Dato' Bernard Chandran. Tapi sorry, he's taken.

Senang kata, company ni bukan company cap ayam yer. Judge dia bukan cap ayam, tawaran pinjaman kewangannya pun bukan cap ayam! Eh mestilah! Diorg beriya-iya tau nak tolong orang.
Setiap yang berjaya, boleh minta pinjaman kewangan sehingga RM2 JUTA!!

Ha! Sekarang dah tau cerita kan? Mak-mak bedah semua, sila tolong share and spread the news ya. Bagi yang nak cuba, cepat2 download borang kat www.mycreativeventures.com

Saper tau sebab korang apply punya pasal, tetiba jadi kaya-raya kan? Ha! Jangan lupa saya tau masa tu...
Ngahahahahha! Tak bagi duit pon xper... Bagilah sehelai dua baju n fesyen korang yang hebat-hebat tu.

Da~~~

No comments:

Post a Comment