Harini nak cerita pasal bedak. Haritu dah cerita pasal bedak Pixy, bedak yang selalu mak andam guna. Harini nak cerita pasal bedak fevret saya. Ada alkisahnya naper saya sukakan bedak ni. Panjang gak citernya. Tapi yang nak sampaikan, nilah bedak yang best yang saya pakai dari dulu sampai sekarang.
Dulu-dulu kulit saya bermasalah. Berminyak dan berjerawat. Gelap lak tu. Masa muka okey memang malas nak calit-calit bedak ni. Tapi ha bila muka bermasalah, nak cover punya pasal, macam2 benda lah sapu kt muka. Sapu bedak, konon nak cover jerawat. Nak dijadikan cerita. makin saya sapu concealer, bedak kat muka, makin teruk lah masalah kulit. Sedih!!! Sob sob...
Pastu baru lah saya tau naper itu macam. Rupa-rupanya, bila muka berminyak, liang roma senang tersumbat. Nak2 kalau kita pakai heavy macam2 kat muka. Dengan concealer dengan bedak. Habis tersumbat liang roma. Muka lak lau berjerawat, jangan sesekali tonyoh macam2 kat situ untuk cover. Lagi bagus bagi bare (telanjang) je dia. Sebab bila muka berjerawat, sebenarnya ada radang yang dah berlaku. Cuba korang kacau orang yang sedang meradang. Apa yang berlaku? Ha! Menggila la dia kan? Begitu gak ngan jerawat, dia dah merah2 dah meradang, korang sibuk usik lagi. Eish... lagi teruk la dia. Lagi merebak sana sini t.
Jadi saya nak selitkan satu tips kat sini. Bila muka bermasalah, apa yang korang nak sangat buat tu la yang korang patut elakkan. Tak faham? Contohnya, kalau jerawat besar merah. Mesti korang rasa malu kan? Rasa nak cover dengan mekap kan? Ha!! Tulah pantang larangnya. Jangan! Lau ada, biar je. Jangan usik. Sampai dia baik. Tak pun korang rasa nak picit kan? Hep!! Jangan juga. Biar je. Lantak dia. Lau dia meradang and mengamuk balas dendam, membiak lagi banyak jerawat t, siapa yang susah? Korang juga yang susah.
Ok, enough membebel. Senang kata course saya kat universiti memerlukan kitorang untuk cantik comel dan mekap. Especially kalau ada presentation. Tapi saya ada masalah kulit, apa yang patut saya lakukan????
Ni saya bagi tips. Nak pakai bedak, cari yang non-comodegenic. Maksudnya, tak menutupi liang roma. Bertahun gak lah baru sampai seru nak cari jalan penyelesaiannya. Rupa-rupanya mudah je. Beli apa2 mekap. Pastikan ia non-comodegenic.
Tapi saya suggest, bedak Za. Saya tau, ramai yang tak familiar or kurang yang pakai bedak Za. Lagi ramai prefer Maybelline, Silkygirl, Revlon bla bla bla. Tapi saya dapati, bedak Za ni lebih halus partikelnya dan memang cantik dan sekata bila disapu. (Cewah!!) Yang penting, non-comodegenic tu!!
Nilah rupa bedak Za ni. |
Nak dijadikan cerita, bila pakai bedak Za ni, xdelah liang roma tersumbat or jerawat beranak sana sini. Even kadang-kadang saya tertido n xcuci mekap pun kulit tak jadi bermasalah. Tak cuci mekap, terus amik air sembahyang pun kulit tetap maintain gitu.. Muahahahahah!! Tapi bukanlah bermakna korang dah pakai ni boleh malas2 nak cuci mekap. Saya pun terrrrrr je. Bukan sengaja. Lau saya tak pengsan, memang saya cuci mekap bersih2.
Anda yang bestnya, bedak Za halus sebab bedak tu dari 'micro fine powder'. Bukan je tak sumbat pori-pori. Malah, pori-pori pun tak berapa kelihatan. Bila sapu tak bercapuk macam sesetengah bedak yang agak heavy. Nampak kemas macam kulit muka kedua gitu.
Masa dulu2 nyesal tak tau pasal non-comodegenic ni. Lama nyesal. Yelah, kulit dan tak cantik, jerawat sana sini. Sob sob. So, demi adik2, perempuan2 di luar sana, saya kongsikan pengalaman saya.
Non-comodegenic tau!! Make sure bab ni bila nak beli mekap.
Ok, sekian.
No comments:
Post a Comment