Wednesday, 17 December 2014

Review: Toujours Advanced Collagen Shots

December 17, 2014 7
Review: Toujours Advanced Collagen Shots


Fenomena terkini!! Koyak dan minum.. yes! sekarang semua benda kena mudah dan senang… dan yang penting, berkesan tauuu…

Alhamdulillah.. sekarang baru saya berani nak wat review pasal Toujours Advanced yg menjadi kegilaan ramai tau.. dulu awal-awal nak wat blog, takut plak nak promote… takut tak berkesan.. wat dose jek banyak kan…Semata-mata nak laku, duit da tak berkat..

Now!! Now!! setelah lebih sebulan mengamalkan toujours advanced, saya menjadi yakin dan berani untuk wat review… yang paling best sekali.. ramai selebriti kesayangan anda turut mengamalkan product ini tauuu.. kelas uolls

Antaranye:
Hanis Zalikha

Hairul Azreen

Datin Nina Juren

Alif Hadi

Diana Danielle

Nana Mahazan


Nazim Othman



Ikmal Amry


                                       
Dafi
                                                , 



Redha Roslan, Nadiya Nisaa, Fynn Jamal, Shera Aiyob, Elfira Loy dan ramai lagi!!


meh saya kisah kan sedikit pasal product ini.. sebab mezti masih ramai lagi orang masih hairan apa kah itu toujours advanced.

Apakah itu kolagen?
Kolagen ialah protein dalam badan manusia dan haiwan. Kolagen memberi struktur penting kepada kulit, tendon, rawan dan tulang. Kolagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita.
Kenapa badan kita memerlukan kolagen tambahan?
Semakin usia kita meningkat, penghasilan kolagen badan mula berkurangan. Kita tidak lagi  seanjal, secerah dan semulus seperti waktu kita bayi dan kanak-kanak dan awal remaja. Tambahan pula,  selain sistem penghasilan kolagen yang makin lambat, kolagen badan kita banyak dimusnahkan oleh tindakan radikal bebas, keracunan dalam sistem badan ekoran amalan pemakanan yang tidak baik, stress dan kesan pencemaran kosmetik, wangian, aksesori dan pencemaran persekitaran. Makanan kolagen tambahan mampu memperbetul sistem penghasilan kolagen badan secara semulajadi.


Apakah itu Toujours Advanced™ Collagen Shots?
 Toujours Advanced™ Collagen Shots ialah minuman kolagen tambahan untuk kecantikan dan kesihatan yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan ekstrak buah-buahan dan makanan sunnah seperti delima, madu dan kurma. Diperbuat daripada kolagen kelas tertinggi gred AAA daripada ikan kod, Toujours Advanced™ Collagen Shots adalah yang terbaik dalam kalangannya. Ia sudah sedia dalam bancuhan yang sedap dan mudah ditelan, hanya koyak dan minum.
Apakah ekstrak buah-buahan yang terdapat dalam Toujours Advanced™ Collagen Shots serta khasiatnya?
Acai Berry, Epal, Strawberry, Lemon dan Blueberry. Khasiatnya terlalu BANYAK untuk disenaraikan. Setiap satunya penuh dengan kandungan vitamin dan antioksida yang tinggi. *boleh selidik online*
Apakah khasiat pemakanan sunnah seperti delima, madu dan kurma?
Delima, Madu dan Kurma. Khasiatnya terlalu BANYAK setelah kajian beribu tahun. *boleh selidik online*
TENTANG PENGAMBILAN PRODUK
Bilakah waktu terbaik untuk minum Toujours Advanced™ Collagen Shots? 

Sewaktu perut kosong, sekali di waktu pagi dan sekali sebelum tidur.
Berapa sachet yang diperlukan setiap hari? 
 Minimum 1 sachet dan maksimum (untuk hasil yang lebih cepat) sebanyak 2 sachet.
Apakah pantang larang setelah mengambil Toujours Advanced™ Collagen Shots?
Tiada pantang larang. Tetapi pengambilan kafein atau alkohol mampu melambatkan proses kolagen sebati. Elakkan mengambil kafein / alkohol sekurang-kurangnya 3jam setelah minum kolagen.
Apakah yang mampu membantu mendapatkan keberkesanan optimum?
Proses detox, pembuangan air kecil dan besar serta aktiviti yang mengeluarkan peluh. Toksik dalam badan yang terkeluar boleh membantu penghasilan kolagen dengan lebih cepat. Setelah pengambilan Toujours Advanced™ Collagen Shots, anda disarankan minum air melebihi 8gelas sehari.
Adakah badan akan terasa panas atau kepala akan terasa pening kesan daripada pengambilan Toujours Advanced™ Collagen Shots?
Tidak. Apabila air masak diminum dengan kuantiti yang mencukupi, ia seimbang dengan kolagen tambahan dan khasiat yang masuk ke dalam tubuh badan. Air masak adalah sangat penting dalam proses ini.
Elemen yang mampu menganggu proses pemulihan sistem kolagen badan?
Kafein dan alkohol yang kerap dalam sistem, merokok, tidur yang tidak mencukupi dan kurang aktiviti pespirasi (tidak aktif).
Bolehkah Toujours Advanced™ Collagen Shots diletakkan di luar peti sejuk?
Peti sejuk adalah tempat paling baik untuk menjaga khasiat Toujours Advanced™ Collagen Shots. Suhu bilik masih baik dan tidak akan menjejaskan khasiatnya. Tetapi tempat yang panas seperti kenderaan adalah wajar dielakkan.
Apakah akan terjadi sekiranya saya berhenti mengambil produk ini?
Toujours Advanced™ Collagen Shots adalah produk minuman kecantikan yang memberi khasiat. Seperti memakan sayur-sayuran, apabila kita berhenti memakannya, kita terhenti daripada mendapat khasiatnya yang baik. Tiada kesan sampingan lain.
Apakah kaitan alat solek, set penjagaan kulit dan juga kolagen?
Untuk tampak cantik, kita boleh memanfaatkan ketiga-tiganya. Tapi yang paling utama adalah asas kesihatan badan dan kulit dari dalam. Kesihatan badan dan kulit yang optimum membantu set penjagaan kulit menjalankan tugasnya dan juga alat solek mendapat ‘canvas’ yang lebih baik.
Apakah usia yang dibenarkan mengambil Toujours Advanced™ Collagen Shots?
Seawal kanak-kanak 3tahun sehingga umur yang paling tua. Tiada had kerana ianya 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia terlarang/memudaratkan.
Bolehkah ibu mengandung/menyusukan mengambil Toujours Advanced™ Collagen Shots?
Boleh diambil oleh ibu mengandung, dalam pantang dan menyusukan anak. Tiada masalah.
Siapakah golongan yang paling memerlukan Toujours Advanced™ Collagen Shots?

1. Remaja dengan macam-macam masalah kulit sampai insecure.
2. Si dia berkulit kusam yang kuat bersukan dan terdedah matahari.
3. Kakak yang suka bersolek tapi still tak berseri.
4. Gadis minimal yang suka keluar rumah tanpa mekap, #nofilter.
5. Brader-brader nak handsome tapi malas pakai apa-apa kat muka.

6. Officemate yang suka kira kalori makanan sebab takut gemuk.

7. Makcik up-to-date yang suka bercantik dengan produk terkini dan terhangat.

8. Pakcik dengan masalah kesihatan yang malas makan buah-buahan dan sayuran.

9. Bakal pengantin yang dah kesuntukan masa nak cantikkan kulit + body.

10. Berkulit gelap tapi benci gelap kusam, nak glowing macam Beyonce.

11. Isteri yang 'pasang badan' sayangkan suami.

12. Kawan baik yang perlukan makeover untuk gembirakan hati.

13. Aunty yang dah tak sanggup body kendur dan kulit kedut.

14. 'Young parents' bermuka lesu, tak cukup rehat asyik berjaga malam.

15. Abang jaga badan nak juga jaga kulit.

Weee sekarang jom tengok testimoni ataupun feedback Toujours Advanced ini!!












and many more!!

KENAPA SAYA PERLU TOUJOURS ADVANCED™ COLLAGEN SHOTS

Ianya produk kolagen terbaik di pasaran.
Harga yang sangat berpatutan dan mampu milik, sekotak mampu tahan sebulan.
Inilah masa untuk berubah. Kecantikan dan kesihatan memerlukan usaha.
Belum cuba belum tahur. Sudah cuba, terus setia.
Tidak lagi tertanya-tanya produk yang digunakan oleh selebriti tempatan untuk sentiasa tampil cantik dan berseri walau kulit mereka sentiasa digasak dengan solekan dan matahari.
Dah berleteh macam- macam.. tertarik la tu nak beli.. price die RM 199/RM209ss ya uolls…dalam tu ade 30 sachets.. so boleh la tahan dalam sebulan.. yes amat berbaloi



My advise is "money can be earned, Youth can never returned” thanks to Toujours Advanced , it taste like candy, works like science and worth every penny.

Kami membuat postage setiap hari Isnin sehingga Jumaat.


Jika anda teringin nak menbuat Cash on Delivery (COD) 1 Malaysia di seluruh kawasan, anda boley whatapps/ sms di talian 013-7462141. Stokis sah Toujours Advanced.

Kalau anda berada di sekitar SHAH ALAM ataupun MELAKA, anda boley terus terjah butik kami di alamat di bawah:

SHAH ALAM
1. Wafa’s Closet (landmark bersebelahan dengan RHB, Warisan Me Tarik dan Sincerely by us shawl ( SBU Shah Alam)
 B- 21- G, Jalan Serai Wangi K 16/K,
Section 16 Shah Alam
( Operating Hours :everyday 11 a.m. – 9 p.m.)

2. The Lab Boutique
No 43- B Jalan Plumbum R7/R Seksyen 7 Shah Alam
( Operating Hours: Tuesday to Sunday 11 a.m to 6 p.m.)

MELAKA
The Lab Boutique
69- 1 Jalan SP 4
Taman Semabok Perdana
Melaka

Baca juga tentang:

Tips Picit Jerawat
Tips Pilih Sunscreen dan Sunblock
Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

Sunday, 9 November 2014

Review: Corea Miracle Skin

November 09, 2014 4
Review: Corea Miracle Skin

Salam uolls… hari ni nak update  sikit pasal product baru kak Nur Amirah dan Abam El Azman ni.. dulu serum depa NA Beauty Argan Oil menjadi kegilaan ramai sebab dengan izin Allah product tersebut telah menyelamatkan ramai orang punye wajah.. chewahhh…

Now depa kuarkan product baru yg namenye agak Korean sikit ye.. name product tersebut ialah CoreaMiracleSkin Solution.. atau pun Corea Miracle Skin Solution.. saje jek pusing pusing ade name Abg EL denga kak Mirah… cube bace 3- 4 kali.. hahahah…

So kali ni, ape yg best pasal product ni ya?? OMG OMG OMG
         




Ingredient cms tu:
collagen, vitamin C, serbuk mutiara..

Sabun alovera

Sabun 30g
Cream pg dan mlm 30g
Boley tahan sebulan


Fungsi/kelebihan CMS skincare
1. Menghidrat dan melicinkan kulit. Kulit wajah menjadi gebu dan bercahaya serta berkilau.

2. Mengurangkan dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata,kulit kusam serta garisan halus dan kedutan di wajah.

3. Menjadikan wajah awet muda, mengecilkan liang-liang pori terbuka dan  wajah kelihatan lebih segar serta lembut.

4. Memulihkan dan merawat kulit kusam, kasar dan tak bermaya.

5. Merawat kulit dan memudarkan parut jerawat/jeragat menjadi licin dan berseri.

Cara permakaian CMS
Hari 13
cuci muka dgn sabun sahaja

Hari ke 4
  Apply day dan night cream ( night cream pakai selang2 utk 13 hari permulaan )
Jangan mekap utk 1-2minggu awal pengunaan CMS
Normal pada awal pengunaan kulit akan sedikit mengelupas atau ruam bagi proses pembuangan sel kulit mati.
Pastikan cream malam dipakai selang dalam masa 3 hari..
InsyaAllah bila dah sebati boleh dipakai hari2.. 💕💕

Harga:
RM120(SM)
RM125(SS)


Tetapi.. skg.. di sebabkan mempelai nak kawen kan.. so depa buat promo tau.. hanye RM 110/ RM 115ss sahaja tau..kelas gituuu

Mezti tau kan pasal testimony. Nah nah kite belanje.. heee




Ini ialah selepas sebulan tau memakainyeee…. Awww

Ade ag ade ag


Terang ag jelas kan.. product ni bukan sahaje boley putih.. malah boley ilangkan parut.. mmg marvelous kann….


so bagi yg berminat nak beli.. boley la whatapps kite laju2 kan.. kalu yg area puncak alam boley cod tau.. tp hanye di uitm puncak alam…

kalu area shah alam.. anda boley walk in kat wafa’s closet tau.. bersebelahan dengan Sincerelybyusshawl shah alam….



Tuesday, 4 November 2014

Simple and Natural Makeup by Me -Ayu and Anis

November 04, 2014 9
Simple and Natural Makeup by Me -Ayu and Anis


Salam semua,

Harini saja nak sharing2 pasal servis mekap. Ya, saya ada buat servis mekap. Tapi oleh kerana jadual saya yang sangat n teramat-amat bz, tak selalu pun uar-uarkan.

So, tema mekap hari ini adalah natural and simple make up. Untuk day look. Nak yang nampak simple2 and natural2 je... Mai lihat.

Ni mekap masa 25/10/2014 lepas.... Ada dua mekap....

Ni Ayu... Cantik Ayu ni... Suka sangat lesung pipit dia tu...

Sebelum disolek

Sebelum pakai bulu mata
Setelah pakai bulu mata.. Hamboi! Meletop


Ni plak gambar sebelum dan selepas.... weee!


Lepas mekapkan Ayu si cantik...Saya terus pergi mekap Anis pula....

Anis yang cantik... Natural beauty gitu
                                         
Cantik kan Anis ni?



Baju tak tukar lagi...tapi dah pakai dulu tudung mak datin

Saya nak cepat masa tu...So xsempat amik gambo sgt.  Ni Anis yang hantar.
Under natural light. Hamboi! Cantik kulitmu. Berseri-seri

                                                     
Gambar before and after....
                             


Kalau minat dengan style makeup saya yang soft, simple and natural...Boleh je...Tapi kena book awal sebab jadual saya memang packed. Leh Whatsapp 017-7140400.


Da~~~~

Tuesday, 21 October 2014

Percutian ke Chengdu (3): Tips Melancong ke China

October 21, 2014 12
Percutian ke Chengdu (3): Tips Melancong ke China

Salam semua,



Dah lama saya nak tulis entry ni...Tapi tunda punya tunda... Camni lah jadinya. Harini baru terhegeh-hegeh nak menulis. Kah kah kah! Pemalas!

Oleh kerana ini kali pertama saya ke China, memang Culture Shock gilerlah. Nak tau kenapa? Teruskan membaca yer.....

Tips 1: Say goodbye to Facebook, Youtube, Blogspot, Google etc

Bagi korang-korang yang gila addicted pada facilities seperti yang saya senaraikan di atas. Ni berita buruk kalau korang nak melancong ke sana yer...... Sepanjang anda di China, sepanjang tuuuuuulah...
NO ACCESS to these facilities. So better wat mental preparation sblum ke sana. Ciumlah and bid goodbye kt sumer2 ni. Sbb korang konfem rindu hokey!!! I pegi seminggu tau! Seminggu! Seminggu tu juga mati kutu sebab xleh nk fb. Yang paling teruknya, saya tak salin pon nama2 tempat yang saya nak kunjungi tu kat mana2 sbb dengan konfiden... eleh... nanti search je la kt blogspot or google jelah. Sekali??? Hamik ko... semua kena block kt China yerr...  Mujurlah saya ada instagram sayang. Sob sob... So, take note.

Update: Boleh cuba akses semua ini menerusi Virtual Private Network (VPN) atau ada juga sumber yang mengatakan jika kita gunakan local mobile (Maxis, Digi, Celcome etc) network roaming, semuanya boleh akses seperti biasa. Saya tak pasti kerana tak pernah cuba lagi.




Tips 2: Blajo ler Bahasa Cina yer....

Apa? Nak ke Cina kena blajo Bahasa Cina.... Alah... apa ada hal? Boleh je cakap B.I. Kalau itu yang korang fikirkan... muahahhahahahahhahaa..... korang SILAP BESAR!!! Hampir 90% orang kat sana xreti cakap Bahasa Inggeris kot... Apatah lagi Bahasa Melayu??? Saya yang pandai Berbahasa Mandarin ni pong... Terkebil-kebil nak faham apa yang diorg bebel2 sebab slang Tanah Besar diorang yang pekat giler.

Yer.... Lau korang nak g ngan tour guide or rombongan memang xde masalah. Tapi siapa yang jenis suka backpack or main terjah2 je. Sila lah xpandai cakap pon, at least sediakan tulisan Cina bagi tempat-tempat yang korang nak g tu. Leh la main tunjuk2 je nanti... hehehe...  Nasib baik saya baik hati, tempat-tempat yang saya suggest semua saya sediakan dlam Bahasa Mandarin.

Lagi skali diingatkan. Print siap-siap. Jangan berangan nak google or buka blogspot bila sampai kt sana nanti. Kerajaan Cina dah block uollll.....

Update: Kadar celik Bahasa Inggeris di bandar-bandar besar seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou adalah lebih tinggi. Namun mengikut pengalaman saya di Chengdu, memang hampir semuanya tidak pandai berbahasa Inggeris.

                                               

Tips 3: Bawa bekal makanan halal

Ha.... Senang kata,... Selain daripada susah nak cari yang halal, makanan kat China ni juga mungkin tak menepati selera anda yer.... So, apa yang anda perlu lakukan ialah bawalah nasi himpit yang belum rebus tu... N sambil goreng ker... Maggi ker... Apa2lah. Supaya xdelah nangis2 n jadi kurus melidi sepanjang kat China tu.

Even saya yang tekak xbyk cekadak pun terus laju2 telan makanan fligt AirAsia yang stakat biasa2 jer tu... Apa lagi mereka-mereka yang benar-benar tekak melayu. So, please take note lagi.



Tips 4: Cara desperate nak mengenal pasti makanan halal.




Hokey... Makanan halal dalam Bahasa Cina adalah Qing Zhen 清真. So, sila print ni siap2 in case x reti cakap. Leh tunjuk je. Kalau rasa-rasa nak beli sesuatu packaged product pun. Sila cari label ni kat makanan dan minuman anda. Kalau ada, bolehlah beli.  Saya sendiri pun terjah je pasaraya diorg n yakin dan tanpa was-was beli produk2 yang ada tanda ni.



Tips 5; Jangan terpedaya dengan ulat-ulat kereta

Ya. G mana-mana, mesti diorang akan muncul. Tawarkan konon harga pling murah untuk ke destinasi yang ingin anda pergi. Don't bother to nego price with them. Terus je cari pak teksi. Sebab kat sana, wajib pakai meter. So, xdelah anda tipah tertipu. Saya dah terkono. Hahahaha... Nasib boleh claim.

Teksi kat sana Volkswagen hokey. So yg bawak VW tu xyah eksyen sangat. Kat China sekadar teksi saja.


Tips 6 : Berhati-hati dengan pencopet dan motosikal/kenderaan diorang

Okay.. Satu... G mana-mana pun, sila berhati-hati dengan pencopet sebab biasanya diorang akan sasarkan tourist aka pelancong. Kedua. kenderaan berenjin kat China ni bukannya ada bunyi sangat.
Tau2... Eh, ada kat sebelah. Serius enjin motor and kereta diorg xde bunyi. Lau diorg datang kt korang pun xsedar sebab langsung xde bunyi. Sebab tulah kat sana diorang fully utilized hon. Kalau kat Malaysia kita hon, boleh kena jari tengah. Kat sana memang dah jadi adat memandangkan kenderaan diorang xde bunyi.


Sekian tips saya dari pembaca yang tercinta. Apa? Ada soalan? Sila tinggalkan komen di ruangan komen dan saya akan membalasnya.

K. Da~~~

Baca juga:
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: Dash Box Hotel, Cyberjaya
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka

Tuesday, 14 October 2014

Cara Saya Cuci Mekap/ Cuci muka : Tips Kulit Sihat, Licin Gebu

October 14, 2014 6
Cara Saya Cuci Mekap/ Cuci muka : Tips Kulit Sihat, Licin Gebu

Salam semua,

Oleh kerana hari ini mood saya baik, saya nak cerita tentang cara saya cuci mekap. Dalam blog terdahulu, pernah saya ceritakan macam mana kulit muka saya yang halus bersih jadi bermasalah disebabkan cara mencuci muka/mekap yang tidak bersih dan menyeluruh. Akibatnya, habis kulit muka saya penuh berjerawat, pori-pori jadi besar. Uwa!!!

Lepas dah jadi masalah, barulah terhegeh-hegeh cari punca. Yelah, kalau sibuk nak ilangkan jerawat tanpa mengenal pasti punca jerawat pon tak guna gak. Pucuk pangkalnya tak ubat, sudah tentulah masalah jerawat tu takkan stop gitu je. Ha... Betul tak?

Jadi, memandangkan saya terlebih rajin hari ini, saya akan share cara saya cuci mekap/cuci muka sebersih-bersihnya (yolah tu) sebelum saya masuk tidur.

Sesetengah org amik remeh perkara ni sebab diorg tak mekap, Walhal, tak mekap kadang2 muka kita lagi terdedah kepada sinaran UV, habuk, debu n macam2. Sudahnya, sama je. Kulit muka jadi bermasalah juga. Pokoknya, mekap ke tak mekap, cuci muka bersih2 sebelum tidur n sapu krim malam. Lau tak, sia-sia je.

Langkah 1:   Hadalabo Olive Cleansing Oil.

Memula sekali, saya akan picit 2-3 pam Hadalabo Olive Cleansing Oil ni and sapukan pada seluruh wajah n leher. Lepas dan sapu dengan rata, basahkan tapak tangan anda and sapu sekali lagi pada wajah n leher. Gosok2 skit muka, korang akan perasan dengan ajaibnya mekap korang akan 'cair' begitu saja. Pastu lap pakai span sampai muka bersih.

Langkah 2: Bio Essence Cleansing Milk


Dah lap pakai span muka, saya akan sapu Bio Essence Cleansing Milk ni pada seluruh wajah n leher pula. Pastu biarkan seketika.

Langkah 3: Simple Cleansing Sheet

Kemudian, saya akan keluarkan Simple Cleansing Sheet ni dan lap muka n leher saya. Jangan terkejut bila nampak walaupun dah bersihkan muka pakai cleansing oil, still akan ada sisa mekap yang melekat pada cleansing sheet ni. Ish.... Nampak sangat kan susah nak betul-betul bersihkan muka kita ni.

Langkah 4: Bio Essence Exfoliating Gel

Lepas tu saya akan lumur skit exfoliating gel ni pada wajah saya untuk buang sisa kulit mati pada wajah n leher saya. Barulah btol2 bersih gitu. Lepas dah exfoliate, cuci dengan air.

Langkah 5: Simple Facial Wash


Cuci muka pula dengan Simple facial wash ni. Pastu dab-dab dengan tuala.

Tada! Dah bersih dah muka. Barulah boleh sapu apa-apa yang patut. Lau muka tak bersih sapu haper pun tak guna. Bagai mencurah air ke daun keladi je. Malah, leh worsen your skin condition. Omaigad! Speaking.

Okay, sekian perkongsian tentang cara saya cuci mekap/cuci muka.

Nak rehat dah.

Da~~

Baca juga:

Nikmati facial di rumah dengan Nadia Beauty Cartel
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?