Monday, 12 October 2015

Kenali Jenis- jenis jerawat : Jerawat Matang Vs Jerawat Remaja

October 12, 2015 0
Kenali Jenis- jenis jerawat : Jerawat Matang Vs Jerawat Remaja

Pssst.....

Korang tau tak apa beza jerawat matang ngan jerawat remaja? Hahahahahaha... Korang tak tau ehhhh?

Hari ni kakak nak share pasal jerawat matang (adult acne) ngan jerawat remaja (teen acne)

Kisahnya, kakak perasan jerawat kakak yang tumbuh sebab tersilap pakai produk tuuuu, semuanya tumbuh kt tempat yang sama saja. So, kakak simpulkan bahawa jerawat tersebut juga mungkin tumbuh bagai cendawan lepas hujan bukan saja sebab salah pakai produk. Tapi sebab masalah dalaman juga. Mana taknya? Waktu tu juga kakak stop makan pil perancang. So, mungkin juga sebab fluctuating hormone, jerawat2 tersebut terjadi.

Meh, meh... kita sambung penerangan. Dulu2 pernahlah orang kata kalau tumbuh jerawat tu maknanya masih muda remaja. Keh keh keh. Okay. Sekarang kalau orang kata cmtu, boleh jeling tajam kt dia. Sebab dah terbukti, orang tua/matang pun boleh dapat jerawat k.... Tu bukan hak keistimewaan remaja jeeeee.


1. Jerawat Remaja
Remaja biasa dapat jerawat sebab oil production glands dia tengah aktif. Ciri-ciri jerawat remaja ni.... Dia tumbuh kat T zone. Situlah biasanya tempat mudah menternak minyak. Kat dahi ngan kt hidung.
Standard lah kannnnn....

2. Jerawat matang
Berbeza dengan teen acne, adult acne ni plak biasa sebab stress, perubahan hormon dan lain-lain. Ciri-cirinya, jerawat matan aka adult acne ni, biasa tumbuh di  U zone. Maksudnya tumbu dari pip tepi hinggalah dagu, hingga membentuk seperti huruf U.

Untuk gambaran yang lebih jelas, korang leh rujuk gambar di bawah:


Photo credit: Differin.com
Untuk makluman korang, tak pelik pon kalau dah tua2 pon dapat jerawat.... sebab:




Siapa yang ada masalah adult acne tu, meh sep skit sebab katanya:

Real Women Get Adult Acne
Acne develops when pores become clogged with dead skin cells and an oil in the skin known as sebum. Causes include:
  • Fluctuating hormones
  • Undiagnosed medical condition
  • Medication side effect
  • Family history
  • Hair/skin care products
  • Stress









Hokey, korang dapat jerawat yang macam mana?

Sambung citer kakak balik, jerawat kita memang banyak kt tepi telinga ngan kat dagu n bawah mulut. Senang kata, kakak nyampah sebab bahagian dagu tu kira bahagian tengah muka. So, kalau tumbuh jerawat kat situ, memang orang akan perasan. Nak2 masa tgh bersembang, mesti orang perhati je mulut kita kannnn.....

So, waktu ni juga kakak terus terkenang masa zaman remaja dulu, dapat teen acne n jumpa doktor pakar untuk dapatkan nasihat doktor.

Doktor nasihatkan pakai skincare regime mudah je: Facial cleanser yang non-irritating, sunblock ngan satu produk jerawat ni. Namanya differin gel.



Kakak pun dengan pantas ke farmasi beli differin ni dan amalkan macam kakak remaja2 dulu.

Hep! Kalau korang pun tergoda, kakak sarankan jangan terburu-buru. Better consult doctor untuk tahu adakah korang sesuai atau tak untuk memakai produk tersebut. Kita dulu dah pnah pakai. So, kita tau kesan dia macam mana.

Untuk menakut-nakutkan korang supaya tidak sewenang-wenangnya pakai produk ni n then salahkan kakak, biar kakak citer skit apakah side effect pakai produk ni:

1. Kulit muka mudah terbakar n gelap kalau terkena pancaran sinar UVA dan UVB. Hatta kena lampu pon, kalau korang tak pkai sunblock, mungkin kulit korang akan mudah jadi gelap.

2. Jerawat akan tumbuh dengan suka hatinya dahulu sebelum bertambah baik. Dengan erti kata lain, baik-baik korang ada seketul dua je jerawat, mungkin akan digandakan jadi 10-15... Tapi kalau korang dapat bertahan dengan dugaan ini, insyallah kulit korang akan clean and clear macam akak...eekekeekek... eh, tapi tak semua orang serasi tau. Kakak jenis bernasib baik sebab serasi.

3, Kulit korang akan mudah menggelupas dan terkopek. Elakkan pakai di tepi2 idung n mulut (mucous area) sebab kat situ kulit paling nipis. So, bila sapu benda ni, kulit akan jadi lebih nipis n last2 pedih. Sakit woooo....

So, sesiapa yang nak cuba, sila gunakan dengan pengawasan doktor pakar kulit.

Kakak kan penyabar orangnya, setelah berakhirnya tempoh dua bulan pemulihan alami dan dibantu dengan produk ini, kakak punya kulit pun kembali seperti asal. Alhamdulillah. Walaupun ada parut samar2 skit, kakak yakin dengan izin Allah, nanti ilang ler tuuuu....

Bagi yang stress dengan jerawat, kakak nak nasihatkan supaya jangan stress and anggap semua musibah ni satu peluang untuk dapat something better.

Kenapa?

Yalah, dulu kakak pun teruk masalah kulit ni. Pastu lepas gunakan ubat doktor yang macam2 ni. Doc kata, memang banyak side effect ubat-ubatan ni kalau tak pandai pakai. Tapi, side effect yang best-best pun ada gak. Contohnya, kulit lagi lambat tua n susah nak berkedut. Muahahahhaha! Alhamdulillah, rezeki dalam musibah. Apa2 pon pk positif je. Sentiasa bersyukur k?

Saya doakan semua yang ada masalah kulit, dapat atasi masalah mereka n lebih berkeyakinan dalam hidup. Amin, Insyallah.

Oxoxo

Baca juga tentang:

Pil Perancang Yasmin Tak Menggemukkan?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik

Bahana Tersilap Pakai Produk Part 2 (Tips jika tersilap pakai produk)

October 12, 2015 0
Bahana Tersilap Pakai Produk Part 2  (Tips jika tersilap pakai produk)

Hi uol,

Rindu tak kat kita? Eh.... gitu... Sebenarnya bukan sengaja nak tinggalkan blog ni lama2. Tapi saya sedang sibuk bermeditasi setelah tersilap pakai produk... Azam kita... sebelum bermeditasi untuk pulihkan kulit, nak tulis satu post tentang bahana tersilap pakai produk. N then, bila kulit dah cantik balik 100% barulahhhhhhh kita nak post pasal kulit kita dah elok. Kih kih kih.... Saja je, so t kita tau lah bila dah tersilap pakai produk, berapa lama kena ambil masa untuk pulihkan balik kulit.

Ok...Meh kita tinjau balik, post Part 1 tu bila.... Okeh... Menurut rekod. Post kita terkena bahana itu adalah lebih kurang dalam bulan Julai. 28 Julai tu kita dah insaf dan mula bermeditasi yer adik-adik.


Post penyesalan sebab salah pakai produk

Ok, Sejak 28 Julai tu, bermacam-macam usahalah kakak buat untuk menyelamatkan kulit yang tidak lagi secantik dahulu... Stress tau. Sebab jerawat ke amender ntah yang keluar kt muka kita tu, biji2 besar n bernanah. Kita plak sakit je ati tgk benda2 tu semua. Tangan gatal jeeeeeee nak picit. N memandangkan kita dah lama xde masalah kulit, kita punya angin pun jadi sangat2 teruk. Pemarah tau! Marah ngan jerawat, marah dengan diri, marahhhhhhhhhhhh... hahahahhahaha! Padan muka ko! Sper sroh tangan gatal?

Ok, ni step by step kakak pulihkan diri sambil memanjatkan doa ke hadrat ilahi minta Allah (Ni serius ye, kita bukan melawak) pulihkan semula kulit wajah and keyakinanku.

1. First thing first, makan balik suplemen fevret ngan teratur.
Ha...kan padan muka. Mentang2 kulit dah cantik. Malas n culas makan suplemen. Sekejap makan sekejap lupa. Sekejap nak jimat punya pasal makan half dose... Haissssssh... Lepas dah terkono, kaka dah tak berani dah. Terus disiplinkan diri makan suplemen, minum air suam banyak2....

Apa? Makan suplemen apa? Hishhh.... Sila refer post terdahulu. Suplemen khas untuk kulit mulus Pynocare White lerr....




2. Kakak mula rajinkan diri berexfoliate. Macam biasa... manusia kan mudah lupa diri. Meluat kan dengan diri sendiri kekadang. Kenapa exfoliate? Kenapa bukan scrub? Haish... jangan tanya bebanyak, rujuk balik post kita sebelum ini....



3. Yang penting tentulah tinggalkan produk yang membuat kulit korang tu bermasalah. Buang je dalam tong sampah. 


4. Stop pakai semua produk yang berpewangi atau yang boleh wat kulit sensitif. Apa2 je skincare yang bau dia wangi semacam. Stop dulu! Stop! Nak kulit cantik tak? Nasib baik regime kecantikan saya memang banyak pakai produk yang alami. Whichi is no perfume, non-comodegenic and non -allergant.


5. Kurangkan mekap. 
Ya, kita tau kalau kulit muka tak cantik, first thing yang kita terpk, nak tepek mekap untuk samarkan cela yang ada pada muka kita. Tapi no dik, no! Jangan begitu. Kalau boleh, naked face jeee. Tapi jangan naked face sampai tak pakai uv protectant plak.


Kisahnya, dari 28 Julai sampailah hari ini iaitu 12 Oktober...... Brulah kulit kita dah sihat. Kalau tak... memang nangis. Tapi nak bertahan 2 bulan dengan buat semua ni, hampir nangis kita jadinya. Tapi nak dapatkan kulit cantik punya pasal. Sabor je lahhhh.... 

Sekarang, alhamdulillah. Dah nice balik... Kah kah kah.

Bolehlah kakak selfie dengan penuh keyakinan diri!


P/S: Kita ada pakai something else untuk mempecepatkan proses pemulihan. Next post k...  Da~~~~