Friday, 18 November 2016

Pengalaman Mendaki Gunung Datuk

November 18, 2016 4
Pengalaman Mendaki Gunung Datuk

Salam,

Harini nak cerita balik pengalaman mendaki Gunung Datuk yang entah ingat lagi ke idak. Nama pun kerlas kan... Gunung Datuk. Entah datuk mana, datuk bandar ke datuk seri ke... Kita pon tak pasti. Yang penting ni kat Negeri Sembilan.

Oleh kerana nak kena bertolak dari Shah Alam g Negeri Sembilan, so terpaksalah bangun seawal 4 pagi. Siap-siap and then bertolak ke Nogori.... Subuh tengah jalan kat R& R dan sampailah kat kaki Gunung dalam jam 8 ++ pagi.

Berbeza dengan trip-trip sebelum ni, kita pergi berdua je dengan kawan. 

Ha, ni gambo dah nak sampai. Banyak tol awan.
Oleh kerana berdua jek, and then dua-dua nak cepat. Aktiviti bergambar pun takdelah ligat sangat. Sebab apa je nak amik. Dia amik gambo kita, kita amik gambo dia. Takde orang nak amikkan gambo kita berdua pon. Choy.

Baru je panjat dah terasa kedatukan Gunung Datuk ni. Mana taknya? Awal-awal lagi dah mencanak. Mentang-mentang ko datuk, ko eksyen kan? Pfftt... Lenguh rasanya betis kita nak mendaki awal-awal tu. Pfffttt!!

Kalau nak dibuatkan perbandingan, Gunung Datuk ni ala-ala Bukit Kutu. Boleh tahan menyengat gaklah trek dia. Agak mencabar.

Sebab daki berdua je, memang tak banyak kerenah.  Kitorang dalam kol 12 dah sampai. Tros makan McD yang dah ditapau awal-awal sebelum naik ke batu-batu 

Jemput makan. Lapo wooo....
Nilah batu-batu yang kita maksudkan.
Oleh kerana kawan tu dah naik berkali-kali, dia malas nak panjat lagi. Kita plak gayat. Takot wooo! Seram. Kalau jatuh bawah macam mana? Kah kah kah... dasar pengecut!

Sampai sini jelah kita panjat. 
Overall Gunung Datuk ala-ala Bukit Kutu sebab atas pun ada batu-batu and pemandangan memang superb. Kalau korang jenis yang nak panjat sebab pemandangan, silalah naik ke Gunung Datuk.

Memang sesuai bagi sesiapa yang nak hiking short distance ala-ala santai.


Kesimpulannya,

Gunung Datuk
Masa Mendaki : 3.5 jam naik 3 jam turun
Tinggi: 885 meter / 2903 kaki
Tahap kesukaran :5.8/10





Wednesday, 16 November 2016

Pengalaman Mendaki Pine Tree Hill dan Twin Peak

November 16, 2016 3
Pengalaman Mendaki Pine Tree Hill dan Twin Peak

Salam,

Lamanya dah tak pergi hiking. Rasa macam kalau tiba-tiba kena hiking, mesti semput je rasa. Rindu-rindu nak gi hiking ni, tros teringat pengalaman mendaki Pine Tree Hill yang amaaaattt tak dapat dilupakan. Huk! Huk! Memang ngeri.

Lepas seronok hiking kat Mossy Forest, Irau yang sejukkkk dan nyamannn je cuacanya tu, kitorang jadi ketagih lak nak g hiking tempat sejuk lagi. Kah kah kah. Feeling-feeling mat salleh la ni kononnya. Takleh nak berpeluh langsung.

So, survey punya survey, kitorang pun decide untuk pergi kat tempat tinggi-tinggi dan sejuk-sejuk lagi. Dan tempat terpilih kali ini ialah Pine Tree Hill dan Twin Peak.  Ni kalau nak tahu, kat Fraser Hill ya, kanak-kanak sekalian.


Kata Pine Tree, peliklah kalau takde pine.


Memandangkan ia jauh... so macam Irau tempoh hari. Kena Jumaat lagi dah bertolak, tido dalam kereta then pagi2 bangun tros g memanjat. Tapi biasalah.... Manusia cuma merancang, Tuhanlah yang mengatur segalanya. Cewah!!!

G Pine Tree Hill ni pun rombongan Cik Kiah gak. Sebab masa tu group Hikervengers baru saja ditubuhkan. So mulalah ajak-mengajak di media sosial. Tu yang jadi rombongan Cik Kiah. Baguslah, dapat menambah kenalan.

Tapi bila orang ramai, biasalah... ragam dan cabaran pun banyak juga. Walaupun dischedulekan memanjant seawal subuh. Tapi kitorang start lambat sebab guide aka Moin sampai lambat. So, sambil2 tunggu tu kita kroh kroh kroh, tido je la dalam kereta tu....

Pine Tree Hill ni sebenarnya bagi kita trek takdelah susah mana. Cuma trek dia panjang ya ampun. N then dia banyak turun naik turun naik... So agak memenatkan Lepas sampai puncak Pine Tree, panjat lagi lebih kurang 45 minit sampailah puncak twin peak plak.
Rombongan Mak Jemah


Sampai juga akhirnya! Dengan adikku Amalina.


Ngan Fazri si kasut sentiasa bersih

Kalau nak diikutkan, pengalaman mendaki Pine Tree Hill & Twin Peak ni pun sangat-sangat sukar dilupakan sebab ada bayang2 trauma Gunung Nuang di situ... Memang menjadi igauan.

Cabaran Pine Tree Hill & Twin Peak sebenarnya pada trek dia yang turun naik, turun naik. Bukan macam gunung lain. Bila naik mendaki, bila turun menjunam. So bila naik gunung makan masa lama and turun makan masa lebih pendek. Idak! Bencinya Pine Tree Hill  & Twin Peak ni sebab jalan berliku-liku, turun naik turun naik sepanjang trek. Jadinya, turun ngan naik lebih kurang je tempohnya. Tak pon turun lagi lama ambil masa sebab dah penat. Tak larat nak mendaki dan menurun dengan lebih laju.


Traffic jam sebab kena panjant tinggi


Korang tau apa yang lagi membuat kitorang trauma masa turun? The never ending stairssss! Tidakkk! Memang ngeri. Bila penat-penat turun masa tu, ada 2 orang dah injured kalau tak silap. So, bila sampai tangga, ingatkan yes! Dah nak sampai. Tapi masalahnya berjam2 turun naik tangga tapi tetap tak sampai-sampai juga. Memang macam citer hantu, lepas tangga, ada tangga lagi. Lepas tangga, ada tangga  lagi. Omaigad!! Dah la naik tangga turun tangga tu amat mencabar lutut dan betis anda! Sob sob sob. Taubat kakak.

So lepas abis trauma tangga, Alhamdulillah seluruh rombongan Mak Jemah tiba ke kaki bukit dengan selamat pada jam 7 malam. Fiuh!! Ada some of us yang g makan-makan. Tapi kakak penat sangat. Tros balik umah jelah.



Kesimpulannya,
Pine Tree Hill & Twin Peak
Masa Mendaki : 5 jam naik 5 jam turun
Tinggi: 1448 meter / 4750 kaki
Tahap kesukaran :7/10

Jom baca juga pengalaman saya mendaki yang lain:

Jom baca pengalaman mendaki saya yang lain:
1. Gunung Kinabalu -Part 1
2. Gunung Kinabalu -Part 2
3. Gunung Datuk
4. Gunung Irau
5. Gunung Nuang
6. Bukit Kutu

Baca juga:


Wednesday, 9 November 2016

Pengalaman Mendaki Mossy Forest, Gunung Irau

November 09, 2016 6
Pengalaman Mendaki Mossy Forest, Gunung Irau

Salam everybody,

Kali ni nak share pengalaman mendaki Mossy Forest yang juga dikenali sebagai Gunung Irau. Kalau korang nak tau, Gunung Irau ni gunung yang ke-15 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2110 meter.



Sebenarnya sejak berkecimpung dalam dunia pendakian ni (eceh!), dah lama teringin nak daki Gunung Irau sebab terpesona dengan gambar-gambar yang hikers-hikers lain post pasal Mossy Forest aka Gunung Irau ni. Tapi masa tu tak berkesempatan sebab:

1. Mossy Forest/Gunung Irau ni kena tutup buat sementara waktu
2. Semua hikers kena dapatkan permit untuk mendaki Gunung Irau.

Memula ada la sorang kawan ni hajak daki bulan 3-4 aritu. Tapi tak kesampaian sebab tutup lagi. And then Moin tup2 dah panjat dua kali. So kitorang pun hasutlah dia untuk guide kitorang daki Gunung Irau. Sbb kena dapatkan permit, so sebulan sebelum daki lagi kitorang dah planning, cari orang, apply permit dan macam-macam lagi. Last2 trip ni jadi rombongan Cik Kiah sebab ramai sangat yang nak ikut and kitorang terpaksa hadkan kepada 15 orang sahaja.

Berbeza dengan hiking trip sebelum-sebelum ni yang daypack saje... Gunung Irau ni kitorang Hari Jumaat lagi dah bertolak malam2, pastu tido dalam kereta. Seawal pukul 5-6 pagi, bangun, solat, sarap, pastu terus naik fourwheel. Fourwheel ni charge tau...

Total cost untuk panjat gunung: Permit RM5, Transport Fourwheel turun naik RM30 =RM35 per pax

So four wheel tu akan naik sparuh jalan tros sampai ke tmpt start mendaki.

Pagi-pagi dalam fourwheel. Sumer muka bersemangat
Trip Irau ni boleh katakan best sebab sejuk. Tak berpeluh-peluh. So, taklah rasa penat sangat. Kita kalau panas lagi senang rasa penat. Hangen je badan. Keh keh keh. Bagi sesiapa yang takut sejuk tu, silalah bawak light jacket. Yang light-light sudeh sebab bila dah start hiking tu, panas plak badan rasa.

Dah sampai pun depan ni. Apa lagi? Bergambo lar....
Overall bagi kita hiking Mossy Forest ni taklah sesusah Datuk or Kutu or Nuang. Sebab track dia agak straightforward and tak semencabar yang disebut tadi tu. Dalam kol 7 start mendaki, Dalam  kol 12 dah sampai. Tu pun lambat sebab manjang amik gambo je. Jalan dua tiga tapak, snap. Jalan lagi dua tiga tapak. Snap... Haiya!!!











Masa kitorang panjat tu, nasib kitorang agak tak bernasib baik sebab tengah musim hujan. So track basah dan lembap. So agak mencabar and langkah jadi berat. Kalau bertuah, track kering. Mungkin tak sesukar kitorang. Sebab tanah kat Irau ni memang jenis mendap, bila hujan, jadi jerlus lah tanah tu. So kaki senang mendap kat dalam tanah. Eh, apa kita cakap ni? Kita pon tak paham.

Alhamdulillah, just in time for lunch, dah sampai puncak juga after 4 hours of hiking.


Amboi, bulatnya muka. Macam pau.

Nilah rombongan cik kiah!
Nampak tak? Sumer kaki camni sebab berlecak...kecuali Fazri.Benci!

Masa panjat Irau ni memang berangan lah nak amik gambo bak princess. Siap bawak dress lagi. Tapi last-last segan tak amik gambo dress pon. Choy! Tapi ramai je orang yang fesyen macam2 g panjat Irau sebab nak bergambo. Tengah-tengah hiking tu, siap ada pakai macam pak lebai lagi. Punyalah kitorang terkejut. Ingatkan terserempak ngan bunian plak...

Okeh, sampai sini sajalah citer Irau. Sebab dah tua, ilang ingatan. Lambat update dah tak hengat.


Kesimpulannya,
Mossy Forest,Gunung Irau
Masa Mendaki : 3.5 jam naik 3 jam turun
Tinggi: 2110 meter / 6922 kaki
Tahap kesukaran :5.5/10




Thursday, 3 November 2016

Review: Pengalaman Pertama Menginap di Airbnb (Seoul, Korea)

November 03, 2016 5
Review: Pengalaman Pertama Menginap di Airbnb (Seoul, Korea)

Salam semua,

Harini kita nak share pengalaman pertama kita menginap di Airbnb sewaktu melancong. Untuk makluman, kita baru je balik dari Seoul, Korea sebab ada tugasan di sana. Untuk buat pertama kalinya, kita tak pilih untuk menginap di hotel, tapi sebaliknya kita telah memilih untuk menginap di salah satu apartment oleh oppa Korea yang merupakan salah satu host di Airbnb.


Baiklah, mula-mula sekali,.. Mesti ramai yang keliru. Apakah itu Airbnb? Menatang apakah itu? Sejujurnya, sebelum ni kita pun tak tahu langsung fasal Airbnb ni. Pernah dengar tapi tak tahu apakah benda alahnya Airbnb ni. Sampailah kita ada tugasan kat Korea.

Kita dah mula plan trip ke Korea sejak bulan Mac yang lepas lagi. Masa tu, kita dah book awal-awal bilik hotel kat booking.com. Memang gempaklah bilik hotel tu. Ada stove, ada washer machine, ada pc, ada dryer, microwave bagai. Memang puas hatilah... Review pun semua bagus-bagus jek. Rasa macam tak menyesallah book hotel tu.

Nak dijadikan cerita, bila hujung bulan September, waktu kita nak refresh memory fasal perjalanan kita ke Seoul, Korea tu... tetiba terdetik hati untuk buka balik booking.com and baca balik review tentang hotel tu. Skali nampak ramai plak yang komen bilik best tapi kecik sangat.

Kita sebenarnya okay je bilik kecik. Tapi kalau review kata nak jalan dua orang pun sampai berselisih badan. Ala, ni yang tak seronok ni. Sebab kalau dah tahap kecik sangat tu, susahlah nak solat nanti kan? So kita search lah bilik-bilik hotel lain tapi takde yang besar dan memuaskan di samping bajet disukai hati. Mana taknya? Semua hotel mahal nak mampos!

Masa ni juga, colleague kita pun menasihatkan kita untuk try out Airbnb. Kita yang blur pun buat muka pelik sambil tanya: Airbnb tu haper? Hotel juga ke?



Oh tidak! Tidak... Idea airbnb ni konsepnya macam homestay. Sesiapa yang ada bilik or rumah or apartment lebih, diorang boleh berdaftar dengan Airbnb untuk disewakan kepada pelancong/travellers/ pengunjung di serata dunia ko! Konsep ni lagi mahsyuk dari sewakan rumah atau bilik bulan2 sebab bila kakak congak2.. wow! Mahsyuk. Ni kira konsep baru ala-ala grabcar anda Uber yang muncul berkat daripada teknologi canggih zaman sekarang ni lah tuuuuu.... kalau grabcar  ngan uber sewakan/tumpangkan kereta korang. Airbnb plak tumpangkan/sewakan rumah/apartment or bilik korang. Diulangi. Bilik...

So, kalau bajet ciput and tak kisah nak dok skali ngan host, bolehlah sewa bilik saja. And, and... Korang juga bleh jadi host dengan berdaftar dengan Airbnb dan sewakan bilik/apartment/rumah korang pada travelers dari seluruh dunia kalau ada. Wow!! I like!

So dengan berbekalkan bajet sedia ada, kita pun carilah apartment yang menawarkan apa yang kita nak tu.. And alhamdulillah, kita jumpa sebuah apartment yang kerlas yang terletak di Gangnam.
Tips nak pilih Airbnb? Baca semua review daripada guest-guest yang pernah tinggal kat rumah tu.
Kalau review bagus, bolehlah try.

Dengan harga yang lebih murah 2 hingga 3 ratus, daripada sebuah bilik hotel kecik je, kita mampu menyewa sebuah aparment yang sangat-sangat selesa dan mempunyai akses mudah untuk ke mana-mana jek. Kakak suka!!!
Dekat ngan bus stop dan gangnam station. Kalau nak g airport, leh naik airport limousine. Stop dia dekat je.

Inilah apartment yang kakak pilih. Penginapan hakak adalah selama 6 hari 5 malam lau tak silap. Host kita namanya Sungkyu. Sungkyu oppa ni memang baik orangnya. Ngahahaha! Tanyalah cekadak haper pon, dia mesti akan jawab dengan pantas dan efisien. Terima kasih oppa.



Ini antara barang-barang yang disedikakan oleh Oppa Sungkyu sepanjang penginapan. Ada free mineral water, sparkling juice, Pringles, ngan mi segera. Kalah hotel kau!

Sumer ni free of charge. Minumlah sampai pengsan


Dari segi lokasi pula, memang convenient, sebab jalan 3 minit dah sampai subway Gangnam Station. Depannya tu ada stesen bas. Nak pergi balik airport pun senang je sebab depan tu juga ada Aiport Limousine Station. Berdekatan plak, macam-macam kedai hader. Convenient store, kedai drugstor ala-ala Guardian, Watson iaitu Olive Young

Kesimpulannya, hakak memang sangat-sangat berpuas hati dengan Airbnb yang kakak pilih ni.  I loikeeee sangat2. Next time g mana2 pun nak dok Airbnb sajalah.. Muahahahah!

Kakak suka interior dia

Katil selesa sampai rasa takmo bangun. Leh dok up to 4 pax


Disyaki oppa sungkyu ni keje hotel or design. Sebab banyak buku yang berkenaan

Kalau boring boleh baca buku


Ada washer machine. Boleh basuh baju tiap-tiap hari


Nak panaskan makana pun boleh. Ada microwave

Toilet selesa dan bersih. Semua keperluan disediakan

Yang best, flat iron pon dia sediakan. Kakak suka!

Kalau berminat nak stay sini, sini link dia: https://www.airbnb.com/rooms/14435164?s=41&user_id=64254914&ref_device_id=8f2eeafca8be2b05a859ade865b4862f9779645c


Segala pertanyaan, boleh tinggalkan komen k... Da~~~


Baca juga:
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: Dash Box Hotel, Cyberjaya
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka
Percutian ke SEEngapore dengan Promosi Traveloka



Friday, 28 October 2016

Group-group Facebook Menarik yang boleh Korang Join!

October 28, 2016 0
Group-group Facebook Menarik yang boleh Korang Join!

Assalam semua,

Sebelum kita memulakan topik hari ni. Hakak nak tanya dulu apa tujuan utama uol main Facebook. (Erk, janganlah cakap tak men facebook.) Tak kiralah korang main facebook sebab nak connect ngan rakan-rakan, stalk orang, atau sebab suka luah perasaan or nak dapatkan like, hakak sebenarnya lebih suka menggunakan Facebook sebagai tool atau medium untuk mendapatkan maklumat dan berita.

Sebab itulah hakak rajin sangat join-join group yang menarik dalam Facebook di mana korang bolah dapat pelbagai informasi, tips dan maklumat yang sangat berguna! Woowieee! Lagipun bila dalam group, banyak nasihat yang uol boleh dapat berdasarkan orang-orang yang berpengalaman.

Antara group-group Facebook yang hakak dapati sangat bermanfaat adalah (P/S:perkongsian adalah atas dasar topik-topik dan hobi-hobi yang hakak minat saja, tiada kena-ngena ngan yang hidup ataupun mati) :

1. Deco Rumah Ku Syurga Ku
    Klasfikasi: Closed Group
    Members: 208,129 (stakat blog ini ditulis)









Bagi mereka yang suka menghias rumah, ni group FB yang menarik di mana korang boleh mengetahui tips-tips menghias atau deko2 rumah yang menarik dari otai-otai group ni. Macam-macam tips yang menghias rumah mengikut kesesuaian tersedia kat sini. Tak kiralah sama ada hiasan bajet murah, bajet tinggi, hiasan kos rendah dan macam-macam lagi. Idea susun hias rumah pon banyak berlambak-lambak. Kalau malas nak hias rumah pun, bila korang dah scroll-scroll hiasan rumah yang otai-otai share, automatik korang pun berkobar-kobar nak buat rumah korang cantik,


2.  Masak Apa Hari Ini (MAHN)
     Klasifikasi: Public Group
     Members: 549,961 (stakat blog ini ditulis)








Anda lapar? Nak makan tapi tak tahu nak makan apa? Teringin nak masak tapi tak tahu nak masak  apa? Anda surirumah/bakers/tukang masak yang kekeringan idea nak masak apa? Ha! Group ni memang best. Memang tak abis-abis la idea memasak. Kalau dulu kehabisan idea nak masak, bila join group ni, korang kehabisan hari nak try resepi. Mana taknya seminggu ada 7 hari, tapi resepi yang korang nak cuba ada 37596721 jenis. Memang jenuh ler nak masak semuanya. Tapi awas! Bagi mereka yang berniat nak diet. Toksahlah join group ni. Tak fasal-fasal tengok gambar asyik terliur and asyik rasa nak makan hajer. Tapi takpe, meh kakak perkenalkan satu lagi group yang sesuai untuk korang yang mahu berdiet.


3. Diet Atkins Malaysia
    Klasifikasi: Closed Group
    Members: 314,260 (stakat blog ini ditulis)









Bosan dikutuk gemuk? Dah serik menternak lemak? Nakkan tubuh badan yang langsing lagi menawan? Ha! Meh join group ni pulak. Kalau iman korang tetap, memang nak turunkan 40 kg pun tak jadi masalah. Kakak iman tak kuat. Tak mampu buat diet atkins. Tapi serius bila masuk group ni, jadi bersemangat bila tengok kisah-kisah kejayaan diorang.  Dengan support group yang sangat supportive, menu diet extensive, panduan diet atkins yang menyeluruh, sasaran berat badan korang bukan lagi mimpi. Testimoni-testimoni mengagumkan daripada otai-otai yang berjaya pun tentu akan membakar semangat korang untuk membakar lemak. Paling penting sekali, korang akan faham apakah itu Diet Atkins di mana diet ni bukanlah diet tak makan nasi seperti yang korang sangkakan.... tetapi... eh.. nak tahu? Join sendiri group ni k....


4. Hiking & Camping Around Malaysia
    Klasifikasi: Public Group
    Members: 104,326 (stakat blog ini ditulis)









Ha,.... ni pula kakak join sebab kakak suka pergi hiking.... Biasa sebelum nak hike memana, mesti akan check dulu kat group ni tentang tahap kesukaran, persiapan dan persediaan dan isu-isu semasa kat tempat hiking tu. Kekadang bila tengok diorang share tempat best-best, terus akan kakak jadikan next hiking destination. Kalau ada rezeki, haruslah terus ke sana. Kalau tak, kita plan slow-slow.


5. Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
    Klasifikasi: Closed Group
    Members: 123,987 (stakat blog ini ditulis)








Apa? Tak suka hiking, tapi suka jejalan or melancong ke sana sini je? Takde hal. Ni kita nak kenalkan group yang sesuai untuk korang. Sesuai sangat kalau korang kata bajet ciput or ada duit tapi tak tahu nak g mana. Or dah tahu nak gi mana tapi belum set itinerary. Or tips-tips melancong dan sebagainya. Semua boleh cari di sini dan juga boleh sharekan pengalaman korang sendiri waktu travel. Group ni perlulah disertai dengan berhati-hati kerana dikhuatiri akan menyebabkan kemurungan yang berpanjangan. Antara gejala-gejalanya adalah kerap membuka maybank2u atau seantero dengannya kemudian tutup kembali sambil mengeluh sebab tak cukup duit nak gi travel. Kah kah kah! Saya sudah murung, anda bila lagi?

6. Geng Jahit
    Klasifikasi: Closed Group
    Members: 37,341(stakat blog ini ditulis)









Ha, yang ni best. Bukan sebab kita pandai menjahit. Tapi best sebab kita boleh tahu trend-trend pakaian terkini and juga ushar-ushar tukang jahit yang pandai menjahit dalam ni. Kih kih kih. Bagi mereka yang minat menjahit, joinlah group ni sebab banyak ilmu seperti pola, cara gunting, ukuran yang dikongsikan oleh otai-otai group. Memang terbaiklah!

Setakat inilah perkongsian kita. Kalau boring-boring memang kita suka scroll-scroll kat group-group ni. Boleh tambah ilmu atau bagi idea untuk macam-macam. Barulah besemangat skit dan ceria skit dunia kita... Sebab sentiasa ada sasaran dan matlamat untuk dicapai. Muahahahahaha!

Korang join group apa? Ceritalah sedikit. Tinggalkan kat komen ya?


OXOXO

Tuesday, 16 August 2016

8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga : Tips Mohon Kerja dan Dapatkan Interview

August 16, 2016 1
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga : Tips Mohon Kerja dan Dapatkan Interview

Salam semua,

Harini nak bagi tips lain daripada yang lain daripada topik kebiasaan. Kalau topik biasa pasal kecantikan la, pasal travel la, pasal hiking la, harini ada kelainan sikit. Topik harini ada berkaitan dengan periuk nasi kita dan peratusan untuk berjaya dalam mendapatkan peluang temuduga sekaligus peluang pekerjaan yang lebih baik.

Motif utama kakak tulis tak lain dan tak bukan sebab nak tolong orang dan juga tolong sendiri. Mana taknya, kita ni kerja dalam bidang HR, buat recruitment. Tapi setiap kali nampak permohonan kerja orang je rasa nak muntah darah. Bukan hakak tak nak bantu dik. Tapi kalau korang tak nak bantu diri sendiri, camner lah orang lain nak bantu awak oi!! Zas!!


Ramai yang terpaksa direject kerana tersenarai dalam golongan di bawah



Jadi mari kita tengok apakah tips-tips itu:

1. Pastikan resume anda spelling error free ataupun dengan kata lain, tiada kesilapan ejaan.
Untuk makluman hadek-hadek sekalian, setiap kali HR post satu advertisement kerja kosong je, berduyun-duyun manusia apply. Tapi keje HR bukan sekadar buat recruitment je dik. Bertimbun lagi keje-keje lain. So, biasanya HR akan scan dengan kelajuan 120km/hour resume yang diterima. Kalau kureng pastu ada pula spelling mistake, memang babailah jawabnya. Why? Sebab bagi HR, orang camni careless dan malas. Resume setakat dua helai tu pun tak check betol2. Kalau hire, mau lagi bersepah error.

2. Pastikan job description atau tanggungjawab dan tugas kerja anda disenaraikan
Ni lagi satu hal yang sering buat HR sakit jantung sakit jiwa sakit kepala. Kepala pusing bak kata orang Indonesia. Alang-alang dah ada pengalaman kerja tu, senaraikanlah sikit apa yang korang buat kat company tu. Barulah HR dapat tahu relevant atau tidak. Setakat tulis tahun sekian kerja kat mana sebagai apa, HR tak dapat nak nilai sama ada pemohon ada pengalaman atau kemahiran yang diperlukan. Sudahnya, orang yang tulis semua dengan details je yang dapat peluang temuduga.

Korang kena ingat, resume ni untuk buat HR berminat dengan kemahiran dan apa yang kita boleh tawarkan pada majikan. Jadi kenalah pancing-pancing sikit apa kemahiran uol.. Kalau takde job description atau senarai tugas untuk jawatan yang pernah korang sandang, kitorang pun tak tahu berbaloi ke tidak nak interview awak. So, alamatnya sekali lagi resume anda akan ke tong sampah.

Setakat tulis pengalaman kerja macam ni, camaner nak tahu whether candidate tu sesuai atau tak?


3. Pastikan resume anda bergambar
Yang ni simple, sila letak gambar. Sebab ada sesetengah yang majikan yang memang buang tros resume kalau resume tak bergambar. Kan dah hilang can untuk dapat kerja! Sebab bagi sesetengah majikan, bukannya dia nak tengok pun uol cun atau hensem ke idak. Tapi nak tengok, awak tu ada keyakinan diri ke tidak. And yes, tolonglah letak gambar skema. Diulangi! Gambar skema. Janganlah letak gambar selfie, gambo gedik2, gambar posing. Ni resume dik, bukan profile picture Whatsapp atau Facebook. Tolonglah serius. Kalau uol tak ambil serius dengan resume sendiri, kenapa kitorang nak pandang serius permohonan kerja awak?

Aiyo, tolonglah jangan pakai gambo camni untuk apply kerja

4. Mohon kerja yang bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman anda
Ni satu lagi. Speechless kakak. Ya, mungkin anda berminat nak tukar bidang sebab boring dengan anda buat sekarang. Tapi kalau ya pun berminat nak masuk bidang lain, tolonglah pastikan permohonan uol tu make sense. Tak payah nak cuba nasib sangat.

Contohnya, kalau uol doktor, tapi boring nak jadi doktor. Uol rasa nak keje pejabat je jadi HR ke Admin ke. Boleh, dipersilakan. Tapi ni ijazah dalam bisnes, tapi ada hati plak nak jadi doktor. Ko kenapa dik? Tak makan ubat lagi ke per? Nanges!

Jangan gelak ya. Selalu kakak dapat resume mengarut-ngarut ni. Keje sales, belajar diploma seni persembahan. Tapi apply jadi lawyer. Adeh!! Sila amik course perundangan dulu ya? Keje cikgu seni, belajar kulinari, tapi nak jadi engineer/pharmacist/arkitek. Kakak tak tau nak nanges ke nak gelak.

Kekadang kita terfikir, diorang ni betul2 cari kerja ke saja je semua iklan kerja kosong diorang tekan apply?

5. Mohon kerja seiring dengan gaji dan jawatan yang ditawarkan
Ni kakak pelik. Kerja sekarang gaji RM8k tapi apply pula kat jawatan kosong yang gaji maksimum cuma RM5k. Uol nak ke downgrade gaji uol tu jadi RM5k?

Ada juga orang yang katanya current position CEO bergaji RM10k tapi apply jadi Finance Exec dengan gaji RM3k. Sangat tak logik. Senior General Manager nak jadi intern pun ada.

So biasanya orang camni pun kitorang akan terus reject. Yang diinterview pun last2 buang masa je sebab kalau dah tu je budget company tu untuk sesuatu jawatan tu. Korang takkan dapat lebih. Jadi, kalau gaji yang ditawarkan tu tak menepati kriteria korang, takyah lah apply. Jangan buang masa yang berharga HR dan juga masa berharga anda.

Adakah anda terlalu banyak duit sampai tak nak gaji tinggi?


6. Senaraikan pengalaman kerja mengikut pengalaman yang paling terkini
Oh ya, ni pun penting. Pengalaman korang sebagai guru tuisyen 16 tahun yang lalu tu, kitorang tak berminat pun nak tahu. Kitorang nak tahu pengalaman terkini dan the recent ones. Susun ikut paling latest. Kalau dah fix career route tu, contohnya memang nak jadi HR je takmo keje bidang lain dah, and apply pun bidang HR je, boleh take out dah pengalaman yang tak berkenaan. Contohnya pengalaman tolong mak jaga gerai sebelum masuk U. Tak perlu pun letak. Barulah HR nampak kita ni seorang yang fokus dan tahu apa yang kita nak dalam hidup.

Oh ya, kalau pengalaman stakat 2 bulan sana 3 bulan sini kalau boleh pun takyah include. Sebab possibility orang tu seorang job hopper/ takde matlamat hidup/ tak kental/ kuat merungut/ anak mak/ difficult employee adalah sangat tinggi sekali. And kalau jenis lompat-lompat keje semua tak sampai setahun. Setahun tukar 3-4 kali kerja tu memang lagilah HR tak yakin nak interview.

Sebab tulah disarankan kalau nak kerja, pilih betul2 and stay at least one year barulah jump. Susah macam mana pun tahankan je lah! Hadap je.

7. Custom made resume/cover letter mengikut permohonan kerja
Ni ramai tak tahu. Dia main pakai je resume dan cover letter yang sama untuk semua permohonan. Sebenarnya ni kesilapan biasa yang ramai buat. Sebenarnya, resume ni kenalah alter ikut kerja yang korang mohon. Tambah dan kurangkan ikut kriteria yang dikehaendaki majikan.

Sebagai contoh: kerja sekarang admin, tapi nak apply bidang sales. Boleh je citer pengalaman pasal pernah buat sales sampingan walaupun sebelum ni takde dalam resume

8. Pastikan resume sentiasa dikemas kini
Kalau nak apply kerja, pastikan resume tu dah dikemas kini. Bukan resume yang uol buat dalam word tu je. Dalam apa-apa platform mohon kerja pun kena kemas kini sebelum apply mana-mana kerja. Contohnya yang paling selalu berlaku, applicant apply keje melalui jobstreeet, dia kemas kini resume yang dia upload je, yang kat jobstreet tak update. HR pula tengok jobstreet je. Dah sah-sahlah kurang peluang untuk disenarai pendek untuk temuduga.


Sekian tips untuk kalini (ni tips ke membebel??) Maaf kalau uol rasa sentap. Tapi ni untuk kebaikan bersama. Ya, memang rezeki tu di tangan yag maha Esa. Tapi bukankah kita perlu usaha untuk dapatkan rezeki?

Jadi nak mohon kerja jangan takut susah, takut leceh takut payah.  Lagi banyak usaha, lagi tinggi kemungkinan kita dapat pulangan.

Semoga berjaya!

Baca juga:
Tips Pilih Kerja : Pertimbangkan 13 Faktor Ini Kalau Nak Tukar Kerja
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

Thursday, 11 August 2016

Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik

August 11, 2016 0
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik

Salam semua,

Harini nak sentuh pasal paras rupa sekejap. Percaya tak kita sebenarnya mampu ubah wajah kita menjadi semakin cantik, semakin menawan tanpa sebarang suntikan dan pembedahan? Apa? Tak percaya? Percayalah.

Bagi mereka yang percaya, kakak nak beritahu caranya juga bukan dengan pergi spa salun belek muka dan sapu krim kecantikan bagai secara konsisten... Bukan... Cara ni lebih berkesan daripada apa-apa cara sekalipun.

Sebelum kakak nak sentuh lebih lanjut, nak tanya dulu. Pernah tak korang tengok seseorang tu, makin dia berusia, makin dia cantik jelita? Makin dia berusia, makin berseri-seri pula. Awet muda semacam je. Padahal bila tanya apa rahsia diorang, diorang kata tak buat apa-apa pun.

Sejujurnya, kita banyak jumpa orang macam tu. Contohnya arwah bapa saya, Bila belek2 gambar lama-lama, terdetik juga dalam hati, "Eh, dulu bapak aku takdelah hensem mana. Kenapa sekarang dah tua-tua hensem giler?"

Senang kata ramailah lagi orang di sekeliling yang semakin tua semakin jelita dan tampan.  Ada yang memang macam halia, makin tua makin menyengat gitu...Sebenarnya dah tahu dah apa rahsianya sejak kita remaja lagi. Tapi bila menginjak usia dewasa ni, semakin terbukti tentang kebenaran perkara tersebut.

Ada satu pepatah Cina yang mengatakan:

人的外貌, 三十岁前是父母给的,三十岁以后是自己修的。相由心生。

Maksudnya, sebelum usia 30 tahun, wajah kita ni mak bapak yang tentukan Tapi lepas 30 tahun, sendiri yang tentukan. Wajah pancaran hati. (Hati kita macam mana, macam tulah rupa kita)


Ikon kecantikan kita: Audrey Hepburn.
Pelakon dan juga aktivis kemanusiaan

Jadi bagi sesiapa yang rasa wajah dan paras rupa kurang menarik, masih lagi ada harapan. Sebab kita yang tentukan wajah kita lepas usia 30 tahun.

Kenapa lepas 30 tahun kita yang tentukan wajah dan paras rupa kita? Rupa-rupanya perbuatan, tindakan dan fikiran kita akan memberikan impak kepada wajah kita.Pendek kata, kecantikan dan kejahatan kita akan terpancar dari hati ke riak wajah bermula usia kita mencecah 30 tahun. Semakin tua, semakin jelas kesan kebaikan atau kejahatan kita pada paras rupa kita.

Senang kata kalau hati kita busuk, kita senang cemburu, kita suka hasut orang, semua keburukan tu akan tertulis kat wajah kita dan akan buat kita nampak garang, kurang cantik, bengis dan sebagainya. Tak kiralah betapa cantiknya rupa kita sebelum ni dan tak kiralah betapa kerap dan gigihnya kita jaga wajah kita sekalipun. Sedikit sebanyak mesti akan efek kat raut muka.

Sebaliknya, kalau kita tak dikurniakan wajah yang cantik, tapi hati kita baik, ikhlas, jujur insyallah raut wajah kita akan menjadi semakin lembut, manis, ayu dan menawan walaupun penjagaan kecantikan kita sekadar wuduk.

Senang kata, luaran kita lepas umur 30-an adalah refleksi darpada perbuatan dan hati kita sendiri. Jadi nak cantik, pastikanlah hati kita juga cantik. Bersihkan hati. Barulah cantik tu dari dalam ke luar.

Bila berceloteh pasal benda ni, teringat pula pada satu kisah ni:

Ada seorang jutawan Hong Kong buat temuduga. Calon temuduga haritu memang sangat berkelayakan sekali dan memang kompeten. Tetapi lepas jumpa je, jutawan tu terus buat keputusan tak nak ambil calon tu bekerja.

HR pun tanya: Kenapa tak ambil dia bekerja, dia kan terlebih layak?

Jutawan jawab: Saya tak suka wajah dia.

HR tanya lagi: Tapi wajah kan kurniaan tuhan, bukan salah dia rupa dia begitu.

Jutawan jawab balik: Dengan usia dia tu, wajahnya memancarkan sesuatu yang tak patut. Itulah hasil daripada apa yang dia usahakan.

Kesimpulannya, ya, betul. Don't judge a book by its cover. Tapi ada sesetengah orang, memang kita rasa tak kena je sebaik saja kita lihat rupa dan wajah dia. And no, bukan kita jeles ke apa. Tapi tu tanda 6th sense kita memberi amaran. Mungkin untuk berhati-hati atau supaya jauhkan diri.

Selain itu, ni juga antara tips-tips kecantikan dari ikon kecantikan kita, Audrey Hepburn yang cantik sepanjang usia.


"Tips Kecantikan Dari Dalam:

  • Untuk bibir yang cantik, ucapkan kata-kata yang baik-baik
  • Untuk mata yang cantik, lihatlah pada kebaikan orang lain
  • Untuk susuk badan yang ramping, berkongsilah makanan dengan orang yang memerlukan.
  • Untuk rambut yang cantik, biarkan  anak kecil menyisir rambutmu dengan jari-jemarinya setiap hari.
  • Untuk kekal anggun, berjalanlah dengan yakin bahawa kamu tak pernah sendiri
Manusia, lebih dari apapun, harus dipulihkan, diperbaharui, dibangunkan, direklamasikan, dan ditebus; Jangan pernah membuang siapapun di dalam hidup ini.

Ingat, jika kamu memerlukan bantun, kamu akan menemukan satu di hujung lenganmu
Sewaktu kamu semakin berusia, kamu akan menyedari bahwa kamu diberikan dua tangan, satu untuk menolong diri sendiri, dan satu lagi untuk membantu yang lain.

Semoga kita semua cantik luar dan dalam. Amin.

Baca juga:

10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan

Friday, 22 July 2016

Tips-tips Hiking - Part Kelengkapan Hiking (Hiking Gear) Wajib Ada

July 22, 2016 0
Tips-tips Hiking - Part Kelengkapan Hiking (Hiking Gear) Wajib Ada

Salam Jumaat semua,

Harini setelah dua bulan tak mengarang karangan kat sini, akhirnya kita ambil keputusan untuk terus menulis tatkala mendapati post yang kengkonon kita dah tulis hari itu, hanyalah berlaku di alam fana, ataupun alam mimpi sahaja.

Korang pernah tak macam tu? Nak buat sesuatu, ingatkan dah buat, dah settle. Rupa-rupanya hanya halusinasi. Buat dalam mimpi aja...tak pun buat dalam minda. Ekekekeke... Bukan blog saja, kekadang nak balas mesej, subconsciously dah balas, tapi hakikatnya tak pun. Kekadang dah siap taip, tapi tak send. Ampunkan sindrom halusinasi terlebih kita ya.

Baiklah, post kali ini khas untuk adikku Amalina tersayang yang ingin kembali berhiking semula setelah sekian lama tak pergi hiking. Cakap pasal Amalina, kitorang ada keserasian kimia ataupun chemistry di mana banyak apa yang kitorang buat/nak buat/plan nak buat secara kebetulannya berlaku pada waktu yang sama walaupun tak dirancang. Gitu!!! 

Mengikut pengalaman kita yang setahun jagung dalam hiking ni, berikut adalah peralatan yang WAJIB ada bagi memudahkan pergerakan dan meminimakan kecederaan sekaligus menyeronokkan lagi perjalanan dan pengalaman:

1. Kasut Hiking

Hokeyh... Apa-apa kita bebel dulu. Pepatah entah dari negara mana mengatakan: Sepasang kasut yang baik akan membawa anda ke perjalanan yang baik. Dulu dengar masa zaman Flower 4 Jepun versi Kartun. Rui punya awek yang cakap. Dulu kakak kemut, kakak berkira dengan kaki sendiri. So kakak tak pernah paham apa pentingnya kasut yang bagus. 

Bila dah tua camni barulah Allah s.w.t bagi hidayah untuk mendalami ayat tu. Nak-nak lepas serik panjat Gunung Nuang and Bukit Kutu dengan memakai kasut yang tidak bersesuaian. Nanges!! Kuku kaki kita mengalami pendarahan dalamn di mana setahun lepas tu baru kuku tu tercabut dan tumbuh balik sepenuhnya.

Kesimpulan: Nak buat apa, pakailah kasut apa. Nak g hiking janganlah pakai kasut bola pula. Tak sesuai!! So, laburlah untuk cari sepasang kasut hiking demi kesejahteraan.

Pilihan kakak: Karrimor Hiking Shoe
Boleh didapati:  Mana-mana outlet Sportsdirect
Harga: RM 100++ - RM 200++

Tips: Make sure beli satu saiz lagi besar daripada saiz asal. Biar longgar bagi memastikan turun gunung/bukit nanti kaki tak sakit. Kalau tak ada space, kuku akan bergesel ngan kasut, boleh patah kuku wooooo!  And make sure potong kuku kaki pendek2

And oh ya, kasut hiking memang keras. Tapi bila bawak g hiking nanti sedang elok je kekerasan tu. So jangan pelik jika masa testing kasut tu rasa kasut tu keras semacam.




2. Gloves aka Sarung Tangan

Ni antara keperluan wajib untuk kita memandangkan kita paling pantang kulit tangan kita jadi kasar. Dah lumrah wanita, tetap pentingkan kecantikan dan kemulusan kulit walaupun menyebok nak aktiviti-aktiviti ekstrem.

Sangat-sangat penting especially kalau gunung-gunung and bukit-bukit yang curam dan banyak menggunakan aktiviti memaut. Bayangkan nak paut pada tali atau batu dengan bare hand. Omaigad!
Sakit woooo!!

Pilihan kakak: Open finger thick gloves (kalau tutup semua macam panas. Rasa macam bayi plak.
Boleh didapati: Kedai sukan feveret kakak aka Sportsdirect
Harga: Bawah RM70




3. Bladder

Baiklah, kalau dah memanjat mendaki tu, mestilah haus kan. Sesetengah orang akan pilih untuk bawa botol air. Kakak masa adik-adik dalam dunia hiking pun bawa water bottle je. Tapi lecehlah, sebab asyik haus je and then asyik kena buka beg, buka tutup botol, tutup botol letak dalam beg dan ulang semula. Arghhh! Rimas.

So bagi menyenangkan lagi urusan-urusan minum-minum sepanjang hiking, entah genius mana entah telahpun mencipta bladder ni. Syabas kepada penciptanya! Korang cuma masukkan dalam beg and keluarkan tiub air je. Bila nak minum sedut lah macam sedut air pakai straw tu. Tak yah susah-susah. Sekian!

Pilihan kakak: Mestilah I choose bladder over the boring water bottle
Harga: Ikut kapasiti, ada yang muat sampai 1 liter, 2 liter, 3 liter tapi bawah RM100 kalau tak silap.
Boleh didapati: Sportsdirect!! Berapa kali nak cakap?

Tips: Beli jelah kapasiti maksima uol!! Takyah nak save sangat duit tu. Cuba korang fikir, yang 3 liter boleh je bawah 1 liter, 2 liter, 3 liter. Tapi kalau beli kapasiti kecik, tetiba nak bawak air banyak, tak ke payah?? More is good dalam kes ini.



4. Lampu suluh/Torchlight/Headlamp

Ha, ni lagi satu keperluan. Kalau bagus carilah dua2 aka headlamp and lampu suluh. Tapi kalau ada salah satu je dah mencukupi. Kalau nak mudah, better headlamp, senang nak panjat sana sini sebab tangan you all tak occupied kena pegang lampu suluh.

Pilihan kakak: Kedua-duanya sekali.
Harga: Dalam RM30 dah leh dapat yang sangat helok!!
Boleh didapati di: Lampu suluh berciri-ciri keselamatan tu kita beli kat MR DIY, headlamp orang lain belikan. Entah mana dia beli.

Tips:  Headlamp and lampu suluh yang berciri-ciri lampu kecemasan leh bling2 sangat recommended. In case kalau sesat ke haper ke. Dan paling penting, waterproof, Kot kena bawa arus air. Takdelah lampu suluh tu takleh nyala pula.

5. Baju hujan/Raincoat

Ni lagi satu, bawa je just in case. Untuk protection diri sendiri dan juga beg tersayang. 

Pilihan kakak: Raincoat pakai buang 
Boleh didapati: Watson, Guardian, MR DIY 7-Eleven etc

Tips: Takde tips sebab tak berkesampaian untuk pakai lagi.


Ni jelah senarai kakak. Memandangkan kita selalu hiking in group. Peti kecemasan biasa ada org bawak. So malas kita nak bawak ubat-ubatan tu. Ada sesetengah orang akan rekemen bawa tongkat. Tapi kita pernah bawah tongkat last-last tak pakai pun. Tersadai je kat rumah.

So sekian list hakak buat kali ini.

Selamat berhiking!