Friday, 11 June 2021

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu -Hospital Sungai Buloh


Assalamualaikum semua,

Seperti yang dijanjikan berzaman dahulu, ini dia entry pengalaman cabut gigi bongsu oleh hakak. Hakak dah dua kali pengalaman cabut gigi bongsu ni. Janji dulu masa cabut gigi bongsu sebelah kanan lagi nak citer. La ni dah kiri kanan dah cabut, dah baik dah pun. Poooon tak tulis-tulis lagi entry ni. Hapara! Takleh diharap sungguh. Hep! Tapi sekurang-kurangnya hakak tunaikan janji tau... Walaupun berzaman, berjanggut!

Dental Clinic
Mesti ada yang tak suka pergi jumpa doktor gigi kan?

Baiklah, mesti orang tertanya-tanya. Eh? Kenapa plak nak kena cabut gigi bongsu? Bagi yang tak tahu, gigi bongsu ni sebenarnya tak semua orang kena cabut. Ada yang bernasib baik, gigi bongsu tu tumbuh elok je. Jadi tiadalah keperluan untuk cabut. Ada juga yang kena cabut, tapi sebab gigi tu tak tumbuh senget, boleh cabut tanpa pembedahan. Tapi hakak adalah antara insan-insan yang diuji sebab dua-dua belah gigi bongsu tumbuh senget dek kerana tiada ruang untuk gigi-gigi ini tumbuh. So, gigi-gigi ni pun buat perangailah. Ada yang nak tumbuh senget ke sini, ada yang nak tumbuh senget ke sana. Senang kata macam-macam ragamlah. Ada je peel gigi geraham dan gigi bongsu geraham tumbuh senget ni. Apa? Tak paham? Tengok jelah gambo kat bawah tu:

Impacted tooth
Ginilah gayanya gigi yang tumbuh senget atau impacted tu


Ha? Dah paham blom? Kalau tak paham juga, tak payah susah-susah fikir. Teruskan je membaca. Alkisahnya, kalau gigi bongsu ni tak sakit, memng hakak takdenya takde keje nak suka-suka cabut. Yerlah. Gigi bongsu terimpak ni, biasanya dia tak keluar dari permukaan gusi lagi. So, bukannya cabut macam cabut gigi susu tu, main cabut je. No no no. 

Nak keluarkan gigi bongsu yang manja-manja minta dibelai ni, korang kena operate. Dengan erti kata lain, mulut anda perlu dibedah! Ya! Dibedah!!!

Hakak ingat lagi masa tu  sakit gigi bongsu tu memang denyut-denyut sampai kakak pening kepala, sakit muka, sakit gigi, sakit segala-galanyalah. Pergi consult doktor, doktor kata cabut je jalan paling mudah. What??? Sob sob sob... Sedih. Bukan sedih sebab kena cabut. Tapi sedih sebab mahal woooo.

Hakak ingat lagi, harga cabut gigi  bongsu di klinik swasta  aka operate buang gigi bongsu ni, koman-koman paling murah pun kena 500 hinggit. Kalau ada komplikasi ke haper, kenalah 800-1000++. Manalah kakak mampu dik ooooiiii.... 

Nak tak nak, akak kenalah cari alternatif. Alternatifnya ialah pergi ke Hospital Kerajaan jelah wehhh... Kos atau harga cabut gigi bongsu kat hospital kerajaan ni, baru RM50. Beza wo, antara 500 ngan 50. Syukur, terima kasih kerajaan. Ingat, seeloknya takyah lah pergi cabut gigi bongsu kat klinik kerajaan sebab mungkin peralatannya tak cukup. Sekurang-kurangnya kalau ada komplikasi, boleh terus masuk hospital je. Hehehe...

Oh, ya! Kalau nak pergi hospital kerajaan, korang tak boleh main terjah je. Memula sekali, pergi klinik kesihatan untuk buat appointment check gigi.

Lepas tu, cakap kat doktor bertugas korang nak cabut gigi bongsu. N then, doktor akan refer kita ke hospital kerajaan yang berdekatan. Hakak dulu buat appointment kat Klinik Kesihatan Seksyen 19., Shah Alam Pastu doktor berkenaan pun tanya, awak nak Hospital Klang ke Hospital Sungai Buloh? Hakak ternganga. Sebab dua-dua tu hakak tak tau jalan. Last-last doktor jawab sendiri: "Pergi Hospital Sungai Buloh la dik, sebab kat sana baru. Cantik. Queue pon tak panjang.

Omak kau! Queue tak panjang katanya, tapi kena tunggu dua minggu jugalah! Pffttt... Dah la kita dah sakit tak terperi. Kakak dirujuk ke Pakar Bedah Mulut  (Jabatan Maxilo Fasial), Sungai Buloh. 

Maxilo Falias
Jabatan Maxilo Fasial, gempak nama dia kan


Sampai hari appointmen, ingatkan tros akan dicabut gigiku yang sakit tak terperi ni, tapi rupa-rupanya, doktor cuma check dan amik x-ray saja. Pffttt... Pas dah buat x-ray, doktor akan bagi lagi appointment untuk cabut gigi. Kat Hospital Sungai Buloh ni, sesi cabut-mencabut adalah hanya pada hari Rabu sahaja. So, dia pun bagi tarikh untuk kakak pilih.

Hakak dah google2 dah tentang kesakitan mencabut gigi bongsu ni. Katanya takleh makan nasi bla bla bla... So hakak dengan bijaknya pilih sebelum puasa. Rasanya 2-3 hari sebelum puasa. Sebab yerlah, puasa mana makan sangat, konon bijaklah kan.... Alang-alang takleh makan, biar buat masa puasa. T masa raya dah cun melecun sebab bengkak dah surut dan boleh lah mencekik darah makan juadah raya. Kah kah kah. Masa tu rasa diriku sangatlah bijak. 

Sampai hari untuk cabut gigi, kakak gagahkan diri untuk jumpa doktor. Doktor pun terangkanlah segala komplikasi mencabut gigi ni. Katanya, gigi bongsu hakak sangat rapat dengan saraf-saraf. So kalau masa cabut dan terkena saraf-saraf ni, hakak ada kemungkinan boleh buta, gila dan sebagainya. Perghhh.... amaran tu sungguh menakutkan sekali. Tapi hakak tetap sign je surat kebenaran tu.

Duduk je kat kerusi pesakit tu, hakak dah warning doktor dulu. "Doktor, badan saya ni tak lut bius. Mohon bius sampai saya betul-betul kebas baru operate, boleh tak?" Doktor kata hokey.

So memula dia bius kat gigi atas pastu bawah. Pastu dia ketuk2 tmpat tu tanya sakit tak. Hakak jawab sakit So, lepas 4 kali bius atas dan 5 kali bius bawah, barulah akak benar-benar kebas. Doktor pun memulakan kerja-kerja pencabutan gigi. Lama jugalah. Sebab doktor kena potong sikit tulang rahang kita. Pastu nak korek gigi yang terbenam jauh plak tu. Lama gaklah rasanya.

Bila dah selesai, doktor sroh gigit kapas, pastu sroh amik ubat kat bawah. Doktor bagi MC 3 hari sebab baru jalani minor operation...

Lepas cabut gigi tu hakak rasa nak ngamuk je keje. Sebab sakit nak mampos. Nak-nak bila bius dah habis. Rasa nak sepak2 orang je walaupun dah telan pil tahan sakit. Lama jugalah baru baik. Dekat dua minggu. Keje asyik makan bubur and amik liquid diet je. Lagi la kakak jadi bad mood. Dah la sakit, lapo plak tu. Yang bijaknya, sebab hakak lepas tu kena puasa, tak leh amik pil tahan sakit. Grrrr.... Buka puasa je tros makan ubat tahan sakit. Nasib baiklah sakit ni penghapus dosa. Smoga banyaklah dosa hakak terhapus. Amin.

Setahun lepas tu, hakak kena cabut gigi belah kanan pula. Sob sob sob. Apalah nasibku? Masa x-ray gigi kiri tu, doktor dah warning siap-siap. Gigi belah kiri lagi teruk sengetnya. Alhamdulillah. Dua tahun berturut-turut akak menghapus dosa.

Kali kedua cabut, hakak buat juga kat Hospital Sungai Buloh. Kalini dah lebih berpengalaman, so akak tak repeat kesilapan yang sama.

1. Hakak tak cabut masa bulan puasa, so boleh makan pil tahan sakit bila-bila masa saja
2. Hakak makan sedap-sedap kenyang-kenyang dulu sebelum operate

MD

3. Hakak dah pandai guna coolfever untuk surutkan bengkak. Xpayah nak guna icepack pastu meleleh-leleh bila cair. Habis bantal basah dan menyebabkan diri bad mood.


Bengkak
Tempat yang cabut tu konfem akan bengkak dan panas. Gunakanlah cool fever untuk melegakannya. Tips hebat dari saya
4. Hakak dah pandai dengar kata doktor untuk berpantang makan dengan strict. Hakak amalkan liquid diet saja

Bubur
Makanlah makanan lembut ya


5. Hakak dah bijak hakak banyak berehat.

Biasalah, bila dan berpengalaman kita lebih bijak lagi mengemudi keadaan. Hasilnya:

1. First time cabut gigi bongsu, tiap-tiap hari akak kena ambil suntikan tahan sakit. Second time, tak perlu pun, telan ubat tahan sakit dan banyakkan berehat je.

2. Bila appointment cabut benang masa first time cabut gigi bongsu, ada infection. Kena sambung appointment lagi dan sambung makan ubat. Tapi bila second time, doktor kata luka cepat sembuh. Muahahahahha!

Gumbira hakak! Yang penting doktor yang akak jumpa masa second time cabut benang tu, amboi! Melting hati.

Kesimpulannya:

Kalau tak mampu, pergi jelah hospital kerajaan cabut gigi bongsu. Kalau ada komplikasi apa-apa, tros warded je kat hospital kerajaan. Kalau korang gi swasta, pastu ada apa-apa komplikasi, biasanya insurance biasa tak cover admission to ward yang berkenaan dengan dental ni. 

Oh ya, kalau dah xray and dapati gigi kiri kanan memang jenis senget dan kena cabut, korang boleh pilih untuk cabut empat-empat terus. Dia tros bius tido. Takyah merana dua kali macam kakak ni.

Finally, ada juga hikmah di sebalik kesakitan penghapus dosa ni. Kalau korang nak tau, ramai selebriti oversea yang sengaja cabut 4 gigi bongsu belakang ni sebab nak kecikkan dan nak v-shape kan muka. Muahahahah! Mau tak v-shape? Rahang korang dipotong tau! Tu yang muka kakak v-shape forever... (Kah kah kah) ----> tips cantik la kononnya.

p/s cabut gigi geraham bongsu ni biasanya akan cabut atas bawah sekali. Kira sepasang. Kalau tak gigi yang ada akan menggesel gusi masa makan. Lagipon tak balance. Gitulah katanya. Just nak info je

100 comments:

  1. Ermm..nak tanya, kalau ada surat dari klinik swasta untuk cabut gigi bongsu tu, hospital akan ambik gak ke kes tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada surat referral dari klinik kesihatan kalau nak rate RM50. Kalau referral dari klinik swasta, rate jadi mahal.. Dalam 300-800 gak rasanya. Sama macam cabut kat swasta

      Delete
    2. Seriau jgk dgr pengalaman tu

      Delete
    3. Aduh mcm seram pulk dengar ye. Gigi saya belh kiri je sakit. Rupe ye kna operit ye. Aduh.

      Delete
  2. mmg terbaek cerita hakak.. lawak2. setuju sgtla.. dah sakit gg ni, buat kerja pon serba tak kena. sy skrg ni tgh dok ada dekat klinik gg. pagi tadi dh g klinik gov. dia soh refer HKL. pastu diorg ckp plg awal pon bln 10..gilosss..x mampu dah aku nak tanggung derita. dahla skrg br bln 7.huhu.. maka aku nekad jgk g swasta.. moga penderitaan ini akan berakhir.. =p

    ReplyDelete
  3. Saya pun rsnya ada mslah gigi bongsu..sbb bila mnguap rasa sakit dlm lubg tlinga..ni risau x tau nk cakap..takut semua ada. Nk mnguap pun cover2

    ReplyDelete
  4. Syer pon sma...ada masalah gg bungsu jugak..dh la tumbuhhh senget berlubang plak tu...harii tu dh g klnik nak cabut tapii fobia la..kesudahannya tiap2 harii makan ubat tahan sakit...lagii 2 minggu nak kawinn hope hilang la skit ni sekejap...nantii lepas kawinn kita g cabut...mohon gigi duduk diam2 saja..huhuhu.....

    ReplyDelete
  5. Sma la ....kdang2 smpaii naik ke kepala..

    ReplyDelete
  6. Sma la ....kdang2 smpaii naik ke kepala..

    ReplyDelete
  7. Jauhnye beza gov&swasta,...;-(

    ReplyDelete
  8. Try berubat cara kg. alhamdulillah dah xsakit lg...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Sis nak tanya....infection sis ckp ms cabut benang tu infection mcmn? Apa yg jd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangkitan kuman, so pendarahan berterusan and luka lambat baik

      Delete
    2. ada jadi ulcer x sis bahagian tepi2 bibir ke..bahagian jahitan tu ke??

      Delete
  11. Baru cabut gigi pg td... Blh tahan gk noh... Cabut.. Alhamdulillah cabut biasa jaa.... Mkn pon blm lg rasa slim je ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana u cabut.. Kalau gigi geraham x sakit tapi mesti cabut... Agak Agak sakit tak

      Delete
  12. Baru cabut gigi pg td... Blh tahan gk noh... Cabut.. Alhamdulillah cabut biasa jaa.... Mkn pon blm lg rasa slim je ni hihi

    ReplyDelete
  13. Geraham bongsu ku pun berlubang belah kanan, gigi lain ok, mcm mana nak gosok x sampai, ni ada lagi nak naik geraham bongsu belah kiri, sakit nyeee

    ReplyDelete
  14. hakak, skang sy tgh sakit gile geraham belakang ni... tadi da g kat dentist, dia cakap br sikit je gigi tu keluar, tu sebab sakit..dia suruh tunggu lagi sikit utk tengok gigi tu pertumbuhannye normal ke idok..sedihnye hati saya hakak oi... :'(

    ReplyDelete
  15. Akak... kalau ada infection time buka benang tu, mereka buat apa a??? Memang area bekas jahitan tu ada lubang sikit ke kak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep...akan ada lubang sikit..tapi lama2 lubang tu akan tertutup sendiri

      Delete
    2. Kalau gusi membengkak dan bernanah sakit mmg sakit gila,mcm mne tu

      Delete
    3. Kalau gusi membengkak dan bernanah sakit mmg sakit gila,mcm mne tu

      Delete
  16. Akak... kalau ada infection time buka benang tu, mereka buat apa a??? Memang area bekas jahitan tu ada lubang sikit ke kak??

    ReplyDelete
  17. bagusnyaa review sis.

    saya tengah mengalami 3 gigi bongsu. bawah paling bawak masalah. cuti2 tu mcm leceh sbb keje tapi apakan daya. utk diri sendiri gak. lots of info. tqq

    ReplyDelete
  18. Adoiii dalam dua ni nk g ke x...tkutnyeee...gigi i melintang kluar...g klinik kerajaan dia bg surat suruh reffer hospital besar...tkutnye nk g...alahiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh...setakut-takut nak refer hospital, takut lagi poket berlubang kalau kena bayar mahal

      Delete
    2. sy plak dh kena refer ke pakar hospital kerajaan... dh siap amik xtray dia kata tak bolih buat sbb giginya kena urat. kalo bius pun kata dokt tak effect pape..so dia kata tahan jela.. aduh merana dh 3 thun cover ubat ja..btul ke tk bolih cabut???/

      Delete
  19. Nk tnye mase doctor tgh bust tu rse sakit tk? Sbb dy pun kena operate gg bongsu tp sy tkt

    ReplyDelete
  20. Pengalaman yg akan saya alami xlama lagi T.T.. adess tell me why~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda adalah antara insan-insan terpilih...heeee

      Delete
  21. hakak ni dah 40an pun gigi bongsu tak abis keluar lagi..ni pun tgh sakit..adoii tak tahan dah..pegi skrg mau thn depan br dpt appointment ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  22. hr ni akk g checkup kt hkl. Akk akn operate gigi bongsu lepas raya ni.gg akk pun melintang patah.& dekat ngan saraf. Haha.. Takut sbnrnya ni. Klu kita keje private berapa kos kene byr.. Adik akk kata dlm 800 gak.. Lebih krg swasta je klu camtu.. Lupa plak nk tya kt doc td(sbb confident kos dia x mhl)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun keje private... tapi bayar rm50 je... yang penting dapatkan surat referral dari klinik kesihatan

      Delete
    2. Salam sis, kos RM50 tu untuk 1 batang gigi bongsu sahaja ye ? saya ada 3 batang gigi bongsu ni ��

      Delete
  23. Takuttttttttt...huhuhuuuuu

    ReplyDelete
  24. Klau gigi bongsu sya tumbuh senget tpi tak sakit. nak cabut jugak ke cane ?????? mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...kalau tak sakit takyah la wak... t nyesal lak tak pasal2 cari sakit

      Delete
    2. Kalau senget kena buang juga sebab nanti gigi pecah dalam gusi like my mom

      Delete
  25. Hai. Nk tnye. Skarang gigi bongsu awak kesan dr surgeri tu macammana ek?ok x?mmg ada lubang ke atau dh tertutup trus?sbb sy ni baru lepas sminggu sugeri gigi bongsu. Tp benang jahitan mcm xkelihatan je. Dh tercabut rsenye. Ganas sgt makan. Then ada lubang la.kalau makan slu nk kena make sure makanan xmasuk huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan masa baru lubang tu tutup sepenuhnya... memang leceh skit masa awal-awal

      Delete
    2. Sy pun ada lubang xpe ke.. humm risau plk g dah klinik doc kata xpe as long xdak discharge yg kuar dr lubang tu.. pastu doc kata kena rajin cuci tapi bila tengok ngeri pun ye lubang tu besar kot..adoii doc ckp sebulan setengah ke 2 bulan bru baik

      Delete
  26. Saya bru smggu cabut gg bngsu..now dah.smggu.tdur nngis sbb denyut nyut smpai me mata kepala..ubat tahan.sakit dah berpapan ku telan....huwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe2... fikir positif.. sakit penghapus dosa

      Delete
    2. Sis saya bru cabut gg tadi pg tp untill now sakit denyut2 boleh ke kita pergi balik ke hospital

      Delete
  27. Kurang dr 12jam nk kna operate terasa nk google la tgk reaction org huhuuu tetiba menyesal and risau sbb kesan2 dia tu yg sis gtau 😨 wish me luck

    ReplyDelete
  28. Sy baru operate geraham bongsu tgh hari td kt klinik kerajaan. Servis tip top. Doc n nurse sgt baik. Rilek je layan sy yg mmg penakut walaupun cuma nk cuci gigi.
    Doc beri ubat tahan sakit yg biasa2 je. Senang ckp yg kurang power. Doc ada suggest ubat yg power tp x sesuai utk sy sbb sy ada masalah buah pinggang. Skrg lps 12 jam masih sakit n berdarah sikit. Bengkak x blh nk ckp rasa mcm ada telur kt dlm mulut. Tp redha je la. Insya Allah esk baik kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt mana ye awk buat? awk pegi kk dulu ke cek then doc refer hosp?

      Delete
  29. Sye g cek gigi td..sbb gigi taring sakit..bile doc cek,kate nye bkn msalah dri gigibtaring..tp gigi bongsu..rosak..adoi...doc bg antibiotik je dlu...kate nye lpas 5 hari baru bley cbut...tp gigi bongsu lgsg xrase pape...lpas bce crite sis,sriau plok rse...cek gigi saje pon da rm 70..cabut gigi nnt xtau la brape...adoiiii...2x sakit....

    ReplyDelete
  30. Saya ada jugak pengalaman cabut graham bongsu ni...satu seblah kanan satu sebelah kiri...mula2 cabut yg kanan...naseb doktor pandai...dia dpt cabut normal..so xpyh operate..rm4 dekat kk cherAs baru..heheh..yg belah kiri doktor suh p hkl sbb peralatan kat sana cukup.dia bg surat refer..tp appoimnt byk la sebelum cabut..so sy p klinik rohaya di sentul..sbb xtahan sgt..tanya kaunter cabut graham bongsu brape..rm700 ..hahahh...melopong sekejap..so nk cepat buang sakit ni keruk la mana2 duit dulu sbb xtahan...masuk jer jumpe doktor,doktor adi namanye..doktor pakar beb...otai masih berbisa..rambut putih dah..baik...die check punye check..bukan gigi bongsu yg prob..depan gigi bongsu...berlubang dah belah dlm gigi tu...doktor rekemen 2 cara...buat rawatan akar n cabut graham bongsu atau cabut graham yg sakit tu yg bongsu biarkan jer..sebab yg bongsu xde masalah...kompom la pilih cabut gigi yg sakit tu...xpyh operation..slamat 700 aku...hahahah...doktor cabut gigi graham yg sakit tu (gigi sebelom graham bongsu) xsmpai 5 minit setel...bgn pg pun still xsakit or gusi bengkak...kene la rm150 siap ubat antibiotik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So pada sape2 yg sakit tu jgn takut p jumpe doktor...p dulu check...klo x p mmg merana la jwbnye...hehhee..sy dh lege dah...xpyh pikir pape lg ...hahahah

      Delete
    2. Huhuhu... bila dah lepas memang lega

      Delete
  31. nak tnye g hospital sg buloh tu klinik gg nye belah mane ye..kite nk kne register kat kaunter dulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. G dekat l0bi..
      Pastu amik sebelah kiri dan tgk bhgian kiri..

      Masuk kat tmpt pakar..
      Nnti amik nombor dan tnjuk surat appointment dri klinik krajaan yg awak dah pegi utk masuk pakar bedah mulut,

      Nnti tggu je no pastu nnti dia tnjuk kat ne pakar bedah mulut,

      Delete
  32. Sy nak tanyaa. Betul ke cabut kat klinik swasta tak sakit berbanding kerajaan? Sy dlm dilema doc set kan appoinment utk surgery gigi bongsu bulan depan. Mak sy ckp sakit kalau cabut kat klinik kerajaan. Tp kalau swasta phm² jela kena sediakan byk duit. Tp sy dilema nak pilih sama ada buat kat swasta atau kerajaan. 😰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdenya wak.... Sama je... Ni kita pergi pun walaupun gomen tapi pakar wakk

      Delete
  33. Sy nak tanyaa. Betul ke cabut kat klinik swasta tak sakit berbanding kerajaan? Sy dlm dilema doc set kan appoinment utk surgery gigi bongsu bulan depan. Mak sy ckp sakit kalau cabut kat klinik kerajaan. Tp kalau swasta phm² jela kena sediakan byk duit. Tp sy dilema nak pilih sama ada buat kat swasta atau kerajaan. 😰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdenya wak.... Sama je... Ni kita pergi pun walaupun gomen tapi pakar wakk

      Delete
  34. Uish...hairan tu kalau tak jahit tak bagi ubat tak apa...kena rujuk doktor pantas

    ReplyDelete
  35. Baru je cabut gigi bongsu..4 btg gigi kene cabut...huhuhu pergi klinik kesihatan gov pastu dia tanya sbb ada 1 dental tgh buat program khas utk gigi bongsu..dia bagi nama khamis ritu..jumaat buat xray..tadi dah cabut...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt mana tu awk? sy pon tgh azab ni.. nk buang cepat2 kalau betul gigi bongsu yg problem.. kos berapa?

      Delete
  36. Baru je cabut gigi bongsu..4 btg gigi kene cabut...huhuhu pergi klinik kesihatan gov pastu dia tanya sbb ada 1 dental tgh buat program khas utk gigi bongsu..dia bagi nama khamis ritu..jumaat buat xray..tadi dah cabut...huhuhu

    ReplyDelete
  37. Salam, setelah 3 hari selesai pembedahan masih rasa sakit di Bahagian bawah telinga...nak telan makanan pun sakit...

    ReplyDelete
  38. saya pun nak cabut gigi bongsu sambil cari info. rasa takut la plak

    ReplyDelete
  39. Naik gg bongsu jgk dh belah kanan... Ritu dh hilang sikit, ni dtg blik skit tu. Bengkak, mampu telan bubur jaaa. Xtaula normal ke tak gg ni tumbuh. Ckit je bru kuar.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Kak saya Pakai braces. Kalau cabut gg bongsu dekat governments bole x? Sbb swasta rm1k.rasa bole ke x?

    ReplyDelete
  42. skrg ni kalau ade surat dari klinik kerajaan suruh refer ke hosp kerajaan.. bayaran RM50 jugak ke ?

    ReplyDelete
  43. Nak tya ...saya ni sblm ni blubang katbgg sebelah gg bongsu tu...dah tampal dah..lps tu ni pulak dok rasa sakit denyut kat gg bawah area tu gak..kdg2 kat belah atas sakit..p swasta cek dia suh buat rawatan akar gg huh kat rm600 oo...xmau laa..ni saya xtau gg mana yg sakit tapi rasa sakit ni..sebelah gg tampal tu ada tampalan sementara..doc swasta kata ada gg bongsu n gg tampal ak rapat..renggang...tu buh tampalan...nak p gov takut...sebb saya xmau appoiment lama sbb saya akan jalani operate katarak lak...

    ReplyDelete
  44. Kak, kalau kita minta bius tido terus boleh tak.. Saya tak boleh la bius separuh ni.. Tgk picagari pun rasa nak pengsan, ni kan pulak korek2.. Boleh tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon br lps buat operet buang gg bongsu kt hoptl gomen..doc akn bius tmpt gg tu dan badan n mata kita akn ditutup..cuma mulut je..hehe

      Delete
  45. sy baru pas 3 jam cabut gg bongsu kt hosp shah alam. kebas2 tgh ade lg ni tp rase denyut2 dah nak datang,, saje la gatal2 tangan carik kot ade tips2 utk kurang kn sakit, oh yeah, nt nk try letak coolfever.

    mase cabut mmg x rase sakit langsung sbb kene biuskan, doc potong gg la, tarik jahit sume x rase,, & now tgh positifkan mind utk rase sakit yg akan dtg jap2 lg. "sakit penghapus dosa". ok. hee

    ReplyDelete
  46. Sy ngh tggu appoiment pkar bius...nk buang 4 gg bongsu tu..tkut la plk..

    ReplyDelete
  47. bru cabut 3 ari lepas .....hari kedua bantai nasi dah....it okey je...xde pon smpai 2 minggu bagai....mcm ni lah mungkin org lain2 pesen dia... pada saya ia normal..saraf saya siap cedera lgi... kepada sape2 yang tkut nk cabut...cabut ja xpe semua kententuan ilahi...dengan izin dia insyaAllah xde ap2... dari terus tanggung sakit baik kita tanggung sakit untuk cabut hnya sekali dri sakit yang datang tiba2 x kira masa dan ketika smpai merencatkan aktiviti dan kerja...maaf pada HAKAK saya bukan nk berlagak cuma berkongsi macam HAKAK jugak....huhuuuh

    ReplyDelete
  48. Hmm dok google2 nie nak cari pengalaman org yg pernah cabut gigi bongsu .. Sebab skrg tgh menanggung kesakitan gigi bongsu nak keluar tp mcm thalang dgn gusi .. Nak operate mcm takut je .. Kalau biarkan je , agak boleh hilang tak sakit nie ? Atau sakit nie bila2 masa boleh dtg n hilang ? Klau biar je , boleh dtg risiko ke tak ? Arghh stress fikir kan.

    ReplyDelete
  49. Ms buat operite biang gg bongsu tu mmg xde sakit langsung sbb da bius.. cuma akn rs tekanan nk kuarkn gg tu..klo gg tu ssh nk kuar mcm sy punya rs mcm nk tertanggal rahang dibuatnya..hehe..tp lps bius tu da hbs bersedialah rs kesakitan yg amat sakit..huhu..

    ReplyDelete
  50. Saya baru lepas buang gigi bongsu saya. Mula mula ok sebab bius kan. Then lepas 2 jam tu, dia punya sakit...huhu saya baru first day. Harap bengkak saya ni susut & boleh makan mcm biasa lepasni. Sebab nak telan bubur/air pun sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaaa. Sakit yang teramat nii haa. Nk buka mulut sakit. mkn ubat pun sakit.apatah lagi nk makan bubur tu haaa. 😭😭

      Delete
    2. Mcm sy dh hri ke-6 mkin mmbgkak dn brnanah.. Still normal ke ap yea.skit xpyh ckpla,brpapan n ubt srut bgkk beli frmasi. Mlm2 xbleh tdo skit😥

      Delete
    3. Mcm sy dh hri ke-6 mkin mmbgkak dn brnanah.. Still normal ke ap yea.skit xpyh ckpla,brpapan n ubt srut bgkk beli frmasi. Mlm2 xbleh tdo skit😥

      Delete
  51. Saya pun ada pengalaman ngeri cabut geraham bongsu ni. Doktor gigi panggil 48, gigi sebelah dia 47. Asalnya nak cabut gigi 47 sbb sakit sgt. Dentist tak bg cabut. Appointment cabut 5 hari selepas tu.

    Then merana la akak 2 hari. Tetiba jd bengkak2 bawah dagu. Makin hari makin bengkak sampai sukar nak bernafas.makan tak boleh.. telan air liur pun sakit. Kemudian pergi la klinik gigi tu balik. Bengkak tu dah besar. Doktor risau takut tutup saluran pernafasan. Bg referral letter. Itu separuh cerita dia. Pesanan.. kepasa sesiapa yg sakit gigi sampai bengkak bawah dagu.. cepat2lah jumpa doktor.

    ReplyDelete
  52. Saya pn dh pg cabut gg graham bongsu tu
    .msaalahnye gigi dh cabut tp patah skrng tinggal tunggul je..dr bg ubat sruh mkn bg hbis dlu bru dtg blik..adess..klau nk buang tunggul tu kne operate jgk ke..

    ReplyDelete
  53. Baru kena cabut hari tu. Tapi kes teruk sebab horizontal kiri&kanan. Kena cucuk bius pengsan pakai morfin. Buat dalam dewan bedah pulak tu. Perghh!!! Seminggu lebih merana sakit melampau siap demam bila badan susah nak sembuh sebab alergik dengan antibiotik. Lebih seminggu barunkeluar ward. Trauma.

    ReplyDelete
  54. Salam seronok baca cter sis..saya pn alami pertumbuhn gigi bongsu jenis horizental.Dah check n doc suggest utk wat pembedahan..insyaAllah esok dijangka akan buat pembedahan..harap semua dipermudahkan.serius gusar juga dihati..😃

    ReplyDelete
  55. kena warded ke masa minor operation tu ?

    ReplyDelete
  56. Terima Kasih atas perkongsian hakak..hehe
    Saya rasa, Saya jua perlu bertindak seperti hakak..
    Cabut gigi geraham bongsu..yuhuu😂

    ReplyDelete
  57. Ya allah seram ade tgk komen2..tp rasa lega utk yg pengalaman tak berapa sakit tu..dalam 4 tahun sy berjaga2 tak makan bende keras..tp tersungkur jua kna refer kat hospital.. esok nak xray dan tarikh operate belom dapat..semoga sy dalam golongan yg x bape sakit tu..amin

    ReplyDelete
  58. Gusi yg belubang tu akan sembuh x? Risau la.. jenuh la tiap kali lpas mkn kena cuci sbb sisa makanan sngkut smpai ada infection kecil

    ReplyDelete
  59. rm59 tu termasuk kos admit 3 ari kt hospital ke sis ?? ke hrga lain pulak ??

    ReplyDelete
  60. haiii..nak tanya..klu operate gigi bongsu bwh kiri dan kanan...lps tu..cbut gigi atas kiri kanan..kire 4 btg trus..bpe ehhh kos kt hosptl kerajaan ?? ( klu bius tido trus)

    ReplyDelete
  61. Sy bru dpt surat refer hsptl slyg..utk buang gg bongsu kanan sbb tumbuh senget..tkut nye ble bce pengalaman org..

    ReplyDelete
  62. macam pelik jaa sakitnya..... Aku cabut swasta ....kena bedah juga Gigi bongsu....kena jahit 4-5 jarum....dekat sejam setengah lebih dr cuba cabut sebelum bedah xdapat reput kat luar dalam keras.... xlarat siksa buka mulut.... sakit xrasa apa2....sebelum cabut makan macam2 Lepas cabut makan roti.... Dr nak bagi MC tapi xmau.... balik masuk kerja macam biasa pukul 1:30 sampai balik..... Esok dah makan nasi macam biasa.... xda rasa sakit..... sebulan lepas tue tergigit tulang ayam dengan gusi bengkak menanah..meletup nanah....sampai sekarang ok....masa menanah ada laa rasa sakit sikit....boleh diterima lagi..... sakit Gigi pecah masuk masuk makanan tu xleh bawa bincang...boleh guling2 macam tengiling

    ReplyDelete
  63. Amalan Penyembuh Sakit Gigi Berupa Video
    Sudah Dilihat Lebih Dari 23K Orang
    Sudah Lebih Dari 23K Yang Sudah Mengamalkannya
    Sudah Terbukti Manjur Dan Ampuh
    Klik Link Berikut Ini Untuk Tahu Cara Pengamalannya
    https://dik.si/SGigi

    ReplyDelete
  64. Nak tanya, after cabut gigi tu nak gosok gigi susah tak? risau pulak takut terkena jahitan gigi

    ReplyDelete