Seperti yang dijanjikan berzaman dahulu, ini dia entry pengalaman cabut gigi bongsu oleh hakak. Hakak dah dua kali pengalaman cabut gigi bongsu ni. Janji dulu masa cabut gigi bongsu sebelah kanan lagi nak citer. La ni dah kiri kanan dah cabut, dah baik dah pun. Poooon tak tulis-tulis lagi entry ni. Hapara! Takleh diharap sungguh. Hep! Tapi sekurang-kurangnya hakak tunaikan janji tau... Walaupun berzaman, berjanggut!
Mesti ada yang tak suka pergi jumpa doktor gigi kan? |
Baiklah, mesti orang tertanya-tanya. Eh? Kenapa plak nak kena cabut gigi bongsu? Bagi yang tak tahu, gigi bongsu ni sebenarnya tak semua orang kena cabut. Ada yang bernasib baik, gigi bongsu tu tumbuh elok je. Jadi tiadalah keperluan untuk cabut. Ada juga yang kena cabut, tapi sebab gigi tu tak tumbuh senget, boleh cabut tanpa pembedahan. Tapi hakak adalah antara insan-insan yang diuji sebab dua-dua belah gigi bongsu tumbuh senget dek kerana tiada ruang untuk gigi-gigi ini tumbuh. So, gigi-gigi ni pun buat perangailah. Ada yang nak tumbuh senget ke sini, ada yang nak tumbuh senget ke sana. Senang kata macam-macam ragamlah. Ada je peel gigi geraham dan gigi bongsu geraham tumbuh senget ni. Apa? Tak paham? Tengok jelah gambo kat bawah tu:
Ginilah gayanya gigi yang tumbuh senget atau impacted tu |
Ha? Dah paham blom? Kalau tak paham juga, tak payah susah-susah fikir. Teruskan je membaca. Alkisahnya, kalau gigi bongsu ni tak sakit, memng hakak takdenya takde keje nak suka-suka cabut. Yerlah. Gigi bongsu terimpak ni, biasanya dia tak keluar dari permukaan gusi lagi. So, bukannya cabut macam cabut gigi susu tu, main cabut je. No no no.
Nak keluarkan gigi bongsu yang manja-manja minta dibelai ni, korang kena operate. Dengan erti kata lain, mulut anda perlu dibedah! Ya! Dibedah!!!
Hakak ingat lagi masa tu sakit gigi bongsu tu memang denyut-denyut sampai kakak pening kepala, sakit muka, sakit gigi, sakit segala-galanyalah. Pergi consult doktor, doktor kata cabut je jalan paling mudah. What??? Sob sob sob... Sedih. Bukan sedih sebab kena cabut. Tapi sedih sebab mahal woooo.
Hakak ingat lagi, harga cabut gigi bongsu di klinik swasta aka operate buang gigi bongsu ni, koman-koman paling murah pun kena 500 hinggit. Kalau ada komplikasi ke haper, kenalah 800-1000++. Manalah kakak mampu dik ooooiiii....
Nak tak nak, akak kenalah cari alternatif. Alternatifnya ialah pergi ke Hospital Kerajaan jelah wehhh... Kos atau harga cabut gigi bongsu kat hospital kerajaan ni, baru RM50. Beza wo, antara 500 ngan 50. Syukur, terima kasih kerajaan. Ingat, seeloknya takyah lah pergi cabut gigi bongsu kat klinik kerajaan sebab mungkin peralatannya tak cukup. Sekurang-kurangnya kalau ada komplikasi, boleh terus masuk hospital je. Hehehe...
Oh, ya! Kalau nak pergi hospital kerajaan, korang tak boleh main terjah je. Memula sekali, pergi klinik kesihatan untuk buat appointment check gigi.
Lepas tu, cakap kat doktor bertugas korang nak cabut gigi bongsu. N then, doktor akan refer kita ke hospital kerajaan yang berdekatan. Hakak dulu buat appointment kat Klinik Kesihatan Seksyen 19., Shah Alam Pastu doktor berkenaan pun tanya, awak nak Hospital Klang ke Hospital Sungai Buloh? Hakak ternganga. Sebab dua-dua tu hakak tak tau jalan. Last-last doktor jawab sendiri: "Pergi Hospital Sungai Buloh la dik, sebab kat sana baru. Cantik. Queue pon tak panjang.
Omak kau! Queue tak panjang katanya, tapi kena tunggu dua minggu jugalah! Pffttt... Dah la kita dah sakit tak terperi. Kakak dirujuk ke Pakar Bedah Mulut (Jabatan Maxilo Fasial), Sungai Buloh.
Jabatan Maxilo Fasial, gempak nama dia kan |
Sampai hari appointmen, ingatkan tros akan dicabut gigiku yang sakit tak terperi ni, tapi rupa-rupanya, doktor cuma check dan amik x-ray saja. Pffttt... Pas dah buat x-ray, doktor akan bagi lagi appointment untuk cabut gigi. Kat Hospital Sungai Buloh ni, sesi cabut-mencabut adalah hanya pada hari Rabu sahaja. So, dia pun bagi tarikh untuk kakak pilih.
Hakak dah google2 dah tentang kesakitan mencabut gigi bongsu ni. Katanya takleh makan nasi bla bla bla... So hakak dengan bijaknya pilih sebelum puasa. Rasanya 2-3 hari sebelum puasa. Sebab yerlah, puasa mana makan sangat, konon bijaklah kan.... Alang-alang takleh makan, biar buat masa puasa. T masa raya dah cun melecun sebab bengkak dah surut dan boleh lah mencekik darah makan juadah raya. Kah kah kah. Masa tu rasa diriku sangatlah bijak.
Sampai hari untuk cabut gigi, kakak gagahkan diri untuk jumpa doktor. Doktor pun terangkanlah segala komplikasi mencabut gigi ni. Katanya, gigi bongsu hakak sangat rapat dengan saraf-saraf. So kalau masa cabut dan terkena saraf-saraf ni, hakak ada kemungkinan boleh buta, gila dan sebagainya. Perghhh.... amaran tu sungguh menakutkan sekali. Tapi hakak tetap sign je surat kebenaran tu.
Duduk je kat kerusi pesakit tu, hakak dah warning doktor dulu. "Doktor, badan saya ni tak lut bius. Mohon bius sampai saya betul-betul kebas baru operate, boleh tak?" Doktor kata hokey.
So memula dia bius kat gigi atas pastu bawah. Pastu dia ketuk2 tmpat tu tanya sakit tak. Hakak jawab sakit So, lepas 4 kali bius atas dan 5 kali bius bawah, barulah akak benar-benar kebas. Doktor pun memulakan kerja-kerja pencabutan gigi. Lama jugalah. Sebab doktor kena potong sikit tulang rahang kita. Pastu nak korek gigi yang terbenam jauh plak tu. Lama gaklah rasanya.
Bila dah selesai, doktor sroh gigit kapas, pastu sroh amik ubat kat bawah. Doktor bagi MC 3 hari sebab baru jalani minor operation...
Lepas cabut gigi tu hakak rasa nak ngamuk je keje. Sebab sakit nak mampos. Nak-nak bila bius dah habis. Rasa nak sepak2 orang je walaupun dah telan pil tahan sakit. Lama jugalah baru baik. Dekat dua minggu. Keje asyik makan bubur and amik liquid diet je. Lagi la kakak jadi bad mood. Dah la sakit, lapo plak tu. Yang bijaknya, sebab hakak lepas tu kena puasa, tak leh amik pil tahan sakit. Grrrr.... Buka puasa je tros makan ubat tahan sakit. Nasib baiklah sakit ni penghapus dosa. Smoga banyaklah dosa hakak terhapus. Amin.
Setahun lepas tu, hakak kena cabut gigi belah kanan pula. Sob sob sob. Apalah nasibku? Masa x-ray gigi kiri tu, doktor dah warning siap-siap. Gigi belah kiri lagi teruk sengetnya. Alhamdulillah. Dua tahun berturut-turut akak menghapus dosa.
Kali kedua cabut, hakak buat juga kat Hospital Sungai Buloh. Kalini dah lebih berpengalaman, so akak tak repeat kesilapan yang sama.
1. Hakak tak cabut masa bulan puasa, so boleh makan pil tahan sakit bila-bila masa saja
2. Hakak makan sedap-sedap kenyang-kenyang dulu sebelum operate
3. Hakak dah pandai guna coolfever untuk surutkan bengkak. Xpayah nak guna icepack pastu meleleh-leleh bila cair. Habis bantal basah dan menyebabkan diri bad mood.
Tempat yang cabut tu konfem akan bengkak dan panas. Gunakanlah cool fever untuk melegakannya. Tips hebat dari saya |
4. Hakak dah pandai dengar kata doktor untuk berpantang makan dengan strict. Hakak amalkan liquid diet saja
Makanlah makanan lembut ya |
5. Hakak dah bijak hakak banyak berehat.
Biasalah, bila dan berpengalaman kita lebih bijak lagi mengemudi keadaan. Hasilnya:
1. First time cabut gigi bongsu, tiap-tiap hari akak kena ambil suntikan tahan sakit. Second time, tak perlu pun, telan ubat tahan sakit dan banyakkan berehat je.
2. Bila appointment cabut benang masa first time cabut gigi bongsu, ada infection. Kena sambung appointment lagi dan sambung makan ubat. Tapi bila second time, doktor kata luka cepat sembuh. Muahahahahha!
Gumbira hakak! Yang penting doktor yang akak jumpa masa second time cabut benang tu, amboi! Melting hati.
Kesimpulannya:
Kalau tak mampu, pergi jelah hospital kerajaan cabut gigi bongsu. Kalau ada komplikasi apa-apa, tros warded je kat hospital kerajaan. Kalau korang gi swasta, pastu ada apa-apa komplikasi, biasanya insurance biasa tak cover admission to ward yang berkenaan dengan dental ni.
Oh ya, kalau dah xray and dapati gigi kiri kanan memang jenis senget dan kena cabut, korang boleh pilih untuk cabut empat-empat terus. Dia tros bius tido. Takyah merana dua kali macam kakak ni.
Finally, ada juga hikmah di sebalik kesakitan penghapus dosa ni. Kalau korang nak tau, ramai selebriti oversea yang sengaja cabut 4 gigi bongsu belakang ni sebab nak kecikkan dan nak v-shape kan muka. Muahahahah! Mau tak v-shape? Rahang korang dipotong tau! Tu yang muka kakak v-shape forever... (Kah kah kah) ----> tips cantik la kononnya.
p/s cabut gigi geraham bongsu ni biasanya akan cabut atas bawah sekali. Kira sepasang. Kalau tak gigi yang ada akan menggesel gusi masa makan. Lagipon tak balance. Gitulah katanya. Just nak info je
p/s cabut gigi geraham bongsu ni biasanya akan cabut atas bawah sekali. Kira sepasang. Kalau tak gigi yang ada akan menggesel gusi masa makan. Lagipon tak balance. Gitulah katanya. Just nak info je
Baca juga:
Tips Atasi Kulit Kering Tapi Berminyak
Losyen Clindamycin Ubati Jerawat Degil dan Bernanah
Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Jerawat Pelitup Muka (Mascne-Mask Acne)
Cellina 5 Days Flawless Skin Challenge
Hada Labo Whitening Series Untuk Kulit Cantik
Koleksi Lip Tint Wajib Cuba dan Beli
Rawatan Kolagen Beaute Library
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
La Biosthetique Jamin Rambut Kuat dan Sihat
Home
Ermm..nak tanya, kalau ada surat dari klinik swasta untuk cabut gigi bongsu tu, hospital akan ambik gak ke kes tu?
ReplyDeleteKena ada surat referral dari klinik kesihatan kalau nak rate RM50. Kalau referral dari klinik swasta, rate jadi mahal.. Dalam 300-800 gak rasanya. Sama macam cabut kat swasta
DeleteSeriau jgk dgr pengalaman tu
DeleteAduh mcm seram pulk dengar ye. Gigi saya belh kiri je sakit. Rupe ye kna operit ye. Aduh.
Deletemmg terbaek cerita hakak.. lawak2. setuju sgtla.. dah sakit gg ni, buat kerja pon serba tak kena. sy skrg ni tgh dok ada dekat klinik gg. pagi tadi dh g klinik gov. dia soh refer HKL. pastu diorg ckp plg awal pon bln 10..gilosss..x mampu dah aku nak tanggung derita. dahla skrg br bln 7.huhu.. maka aku nekad jgk g swasta.. moga penderitaan ini akan berakhir.. =p
ReplyDeleteSaya pun rsnya ada mslah gigi bongsu..sbb bila mnguap rasa sakit dlm lubg tlinga..ni risau x tau nk cakap..takut semua ada. Nk mnguap pun cover2
ReplyDeleteSyer pon sma...ada masalah gg bungsu jugak..dh la tumbuhhh senget berlubang plak tu...harii tu dh g klnik nak cabut tapii fobia la..kesudahannya tiap2 harii makan ubat tahan sakit...lagii 2 minggu nak kawinn hope hilang la skit ni sekejap...nantii lepas kawinn kita g cabut...mohon gigi duduk diam2 saja..huhuhu.....
ReplyDeleteSma la ....kdang2 smpaii naik ke kepala..
ReplyDeleteSma la ....kdang2 smpaii naik ke kepala..
ReplyDeleteJauhnye beza gov&swasta,...;-(
ReplyDeleteTry berubat cara kg. alhamdulillah dah xsakit lg...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSis nak tanya....infection sis ckp ms cabut benang tu infection mcmn? Apa yg jd?
ReplyDeletejangkitan kuman, so pendarahan berterusan and luka lambat baik
Deleteada jadi ulcer x sis bahagian tepi2 bibir ke..bahagian jahitan tu ke??
DeleteBaru cabut gigi pg td... Blh tahan gk noh... Cabut.. Alhamdulillah cabut biasa jaa.... Mkn pon blm lg rasa slim je ni hihi
ReplyDeleteKat mana u cabut.. Kalau gigi geraham x sakit tapi mesti cabut... Agak Agak sakit tak
DeleteBaru cabut gigi pg td... Blh tahan gk noh... Cabut.. Alhamdulillah cabut biasa jaa.... Mkn pon blm lg rasa slim je ni hihi
ReplyDeleteGeraham bongsu ku pun berlubang belah kanan, gigi lain ok, mcm mana nak gosok x sampai, ni ada lagi nak naik geraham bongsu belah kiri, sakit nyeee
ReplyDeletehakak, skang sy tgh sakit gile geraham belakang ni... tadi da g kat dentist, dia cakap br sikit je gigi tu keluar, tu sebab sakit..dia suruh tunggu lagi sikit utk tengok gigi tu pertumbuhannye normal ke idok..sedihnye hati saya hakak oi... :'(
ReplyDeleteAkak... kalau ada infection time buka benang tu, mereka buat apa a??? Memang area bekas jahitan tu ada lubang sikit ke kak??
ReplyDeleteYep...akan ada lubang sikit..tapi lama2 lubang tu akan tertutup sendiri
DeleteKalau gusi membengkak dan bernanah sakit mmg sakit gila,mcm mne tu
DeleteKalau gusi membengkak dan bernanah sakit mmg sakit gila,mcm mne tu
DeleteAkak... kalau ada infection time buka benang tu, mereka buat apa a??? Memang area bekas jahitan tu ada lubang sikit ke kak??
ReplyDeletebagusnyaa review sis.
ReplyDeletesaya tengah mengalami 3 gigi bongsu. bawah paling bawak masalah. cuti2 tu mcm leceh sbb keje tapi apakan daya. utk diri sendiri gak. lots of info. tqq
Adoiii dalam dua ni nk g ke x...tkutnyeee...gigi i melintang kluar...g klinik kerajaan dia bg surat suruh reffer hospital besar...tkutnye nk g...alahiiiii
ReplyDeleteHeheh...setakut-takut nak refer hospital, takut lagi poket berlubang kalau kena bayar mahal
Deletesy plak dh kena refer ke pakar hospital kerajaan... dh siap amik xtray dia kata tak bolih buat sbb giginya kena urat. kalo bius pun kata dokt tak effect pape..so dia kata tahan jela.. aduh merana dh 3 thun cover ubat ja..btul ke tk bolih cabut???/
DeleteNk tnye mase doctor tgh bust tu rse sakit tk? Sbb dy pun kena operate gg bongsu tp sy tkt
ReplyDeletePengalaman yg akan saya alami xlama lagi T.T.. adess tell me why~
ReplyDeleteAnda adalah antara insan-insan terpilih...heeee
Deletehakak ni dah 40an pun gigi bongsu tak abis keluar lagi..ni pun tgh sakit..adoii tak tahan dah..pegi skrg mau thn depan br dpt appointment ni huhuhuhu
ReplyDeletelain orang lain waktunya..hehehe
Deletehr ni akk g checkup kt hkl. Akk akn operate gigi bongsu lepas raya ni.gg akk pun melintang patah.& dekat ngan saraf. Haha.. Takut sbnrnya ni. Klu kita keje private berapa kos kene byr.. Adik akk kata dlm 800 gak.. Lebih krg swasta je klu camtu.. Lupa plak nk tya kt doc td(sbb confident kos dia x mhl)..
ReplyDeleteSaya pun keje private... tapi bayar rm50 je... yang penting dapatkan surat referral dari klinik kesihatan
DeleteSalam sis, kos RM50 tu untuk 1 batang gigi bongsu sahaja ye ? saya ada 3 batang gigi bongsu ni ��
DeleteTakuttttttttt...huhuhuuuuu
ReplyDeleteKlau gigi bongsu sya tumbuh senget tpi tak sakit. nak cabut jugak ke cane ?????? mohon pencerahan
ReplyDeleteHuhuhu...kalau tak sakit takyah la wak... t nyesal lak tak pasal2 cari sakit
DeleteKalau senget kena buang juga sebab nanti gigi pecah dalam gusi like my mom
DeleteHai. Nk tnye. Skarang gigi bongsu awak kesan dr surgeri tu macammana ek?ok x?mmg ada lubang ke atau dh tertutup trus?sbb sy ni baru lepas sminggu sugeri gigi bongsu. Tp benang jahitan mcm xkelihatan je. Dh tercabut rsenye. Ganas sgt makan. Then ada lubang la.kalau makan slu nk kena make sure makanan xmasuk huhu
ReplyDeleteMakan masa baru lubang tu tutup sepenuhnya... memang leceh skit masa awal-awal
DeleteSy pun ada lubang xpe ke.. humm risau plk g dah klinik doc kata xpe as long xdak discharge yg kuar dr lubang tu.. pastu doc kata kena rajin cuci tapi bila tengok ngeri pun ye lubang tu besar kot..adoii doc ckp sebulan setengah ke 2 bulan bru baik
DeleteSaya bru smggu cabut gg bngsu..now dah.smggu.tdur nngis sbb denyut nyut smpai me mata kepala..ubat tahan.sakit dah berpapan ku telan....huwaaaa
ReplyDeletetakpe2... fikir positif.. sakit penghapus dosa
DeleteSis saya bru cabut gg tadi pg tp untill now sakit denyut2 boleh ke kita pergi balik ke hospital
DeleteKurang dr 12jam nk kna operate terasa nk google la tgk reaction org huhuuu tetiba menyesal and risau sbb kesan2 dia tu yg sis gtau 😨 wish me luck
ReplyDeleteSy baru operate geraham bongsu tgh hari td kt klinik kerajaan. Servis tip top. Doc n nurse sgt baik. Rilek je layan sy yg mmg penakut walaupun cuma nk cuci gigi.
ReplyDeleteDoc beri ubat tahan sakit yg biasa2 je. Senang ckp yg kurang power. Doc ada suggest ubat yg power tp x sesuai utk sy sbb sy ada masalah buah pinggang. Skrg lps 12 jam masih sakit n berdarah sikit. Bengkak x blh nk ckp rasa mcm ada telur kt dlm mulut. Tp redha je la. Insya Allah esk baik kot.
kt mana ye awk buat? awk pegi kk dulu ke cek then doc refer hosp?
DeleteSye g cek gigi td..sbb gigi taring sakit..bile doc cek,kate nye bkn msalah dri gigibtaring..tp gigi bongsu..rosak..adoi...doc bg antibiotik je dlu...kate nye lpas 5 hari baru bley cbut...tp gigi bongsu lgsg xrase pape...lpas bce crite sis,sriau plok rse...cek gigi saje pon da rm 70..cabut gigi nnt xtau la brape...adoiiii...2x sakit....
ReplyDeleteSaya ada jugak pengalaman cabut graham bongsu ni...satu seblah kanan satu sebelah kiri...mula2 cabut yg kanan...naseb doktor pandai...dia dpt cabut normal..so xpyh operate..rm4 dekat kk cherAs baru..heheh..yg belah kiri doktor suh p hkl sbb peralatan kat sana cukup.dia bg surat refer..tp appoimnt byk la sebelum cabut..so sy p klinik rohaya di sentul..sbb xtahan sgt..tanya kaunter cabut graham bongsu brape..rm700 ..hahahh...melopong sekejap..so nk cepat buang sakit ni keruk la mana2 duit dulu sbb xtahan...masuk jer jumpe doktor,doktor adi namanye..doktor pakar beb...otai masih berbisa..rambut putih dah..baik...die check punye check..bukan gigi bongsu yg prob..depan gigi bongsu...berlubang dah belah dlm gigi tu...doktor rekemen 2 cara...buat rawatan akar n cabut graham bongsu atau cabut graham yg sakit tu yg bongsu biarkan jer..sebab yg bongsu xde masalah...kompom la pilih cabut gigi yg sakit tu...xpyh operation..slamat 700 aku...hahahah...doktor cabut gigi graham yg sakit tu (gigi sebelom graham bongsu) xsmpai 5 minit setel...bgn pg pun still xsakit or gusi bengkak...kene la rm150 siap ubat antibiotik...
ReplyDeleteSo pada sape2 yg sakit tu jgn takut p jumpe doktor...p dulu check...klo x p mmg merana la jwbnye...hehhee..sy dh lege dah...xpyh pikir pape lg ...hahahah
DeleteHuhuhu... bila dah lepas memang lega
Deletenak tnye g hospital sg buloh tu klinik gg nye belah mane ye..kite nk kne register kat kaunter dulu kan..
ReplyDeleteG dekat l0bi..
DeletePastu amik sebelah kiri dan tgk bhgian kiri..
Masuk kat tmpt pakar..
Nnti amik nombor dan tnjuk surat appointment dri klinik krajaan yg awak dah pegi utk masuk pakar bedah mulut,
Nnti tggu je no pastu nnti dia tnjuk kat ne pakar bedah mulut,
Sy nak tanyaa. Betul ke cabut kat klinik swasta tak sakit berbanding kerajaan? Sy dlm dilema doc set kan appoinment utk surgery gigi bongsu bulan depan. Mak sy ckp sakit kalau cabut kat klinik kerajaan. Tp kalau swasta phm² jela kena sediakan byk duit. Tp sy dilema nak pilih sama ada buat kat swasta atau kerajaan. 😰
ReplyDeleteTakdenya wak.... Sama je... Ni kita pergi pun walaupun gomen tapi pakar wakk
DeleteSy nak tanyaa. Betul ke cabut kat klinik swasta tak sakit berbanding kerajaan? Sy dlm dilema doc set kan appoinment utk surgery gigi bongsu bulan depan. Mak sy ckp sakit kalau cabut kat klinik kerajaan. Tp kalau swasta phm² jela kena sediakan byk duit. Tp sy dilema nak pilih sama ada buat kat swasta atau kerajaan. 😰
ReplyDeleteTakdenya wak.... Sama je... Ni kita pergi pun walaupun gomen tapi pakar wakk
DeleteUish...hairan tu kalau tak jahit tak bagi ubat tak apa...kena rujuk doktor pantas
ReplyDeleteBaru je cabut gigi bongsu..4 btg gigi kene cabut...huhuhu pergi klinik kesihatan gov pastu dia tanya sbb ada 1 dental tgh buat program khas utk gigi bongsu..dia bagi nama khamis ritu..jumaat buat xray..tadi dah cabut...huhuhu
ReplyDeletekt mana tu awk? sy pon tgh azab ni.. nk buang cepat2 kalau betul gigi bongsu yg problem.. kos berapa?
DeleteKat hkl
DeleteBaru je cabut gigi bongsu..4 btg gigi kene cabut...huhuhu pergi klinik kesihatan gov pastu dia tanya sbb ada 1 dental tgh buat program khas utk gigi bongsu..dia bagi nama khamis ritu..jumaat buat xray..tadi dah cabut...huhuhu
ReplyDeleteSalam, setelah 3 hari selesai pembedahan masih rasa sakit di Bahagian bawah telinga...nak telan makanan pun sakit...
ReplyDeletesaya pun nak cabut gigi bongsu sambil cari info. rasa takut la plak
ReplyDeleteNaik gg bongsu jgk dh belah kanan... Ritu dh hilang sikit, ni dtg blik skit tu. Bengkak, mampu telan bubur jaaa. Xtaula normal ke tak gg ni tumbuh. Ckit je bru kuar.
ReplyDeleteAde bengkak X sis Kat dinding mulut?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKak saya Pakai braces. Kalau cabut gg bongsu dekat governments bole x? Sbb swasta rm1k.rasa bole ke x?
ReplyDeleteskrg ni kalau ade surat dari klinik kerajaan suruh refer ke hosp kerajaan.. bayaran RM50 jugak ke ?
ReplyDeleteNak tya ...saya ni sblm ni blubang katbgg sebelah gg bongsu tu...dah tampal dah..lps tu ni pulak dok rasa sakit denyut kat gg bawah area tu gak..kdg2 kat belah atas sakit..p swasta cek dia suh buat rawatan akar gg huh kat rm600 oo...xmau laa..ni saya xtau gg mana yg sakit tapi rasa sakit ni..sebelah gg tampal tu ada tampalan sementara..doc swasta kata ada gg bongsu n gg tampal ak rapat..renggang...tu buh tampalan...nak p gov takut...sebb saya xmau appoiment lama sbb saya akan jalani operate katarak lak...
ReplyDeleteKak, kalau kita minta bius tido terus boleh tak.. Saya tak boleh la bius separuh ni.. Tgk picagari pun rasa nak pengsan, ni kan pulak korek2.. Boleh tak??
ReplyDeleteSy pon br lps buat operet buang gg bongsu kt hoptl gomen..doc akn bius tmpt gg tu dan badan n mata kita akn ditutup..cuma mulut je..hehe
Deletesy baru pas 3 jam cabut gg bongsu kt hosp shah alam. kebas2 tgh ade lg ni tp rase denyut2 dah nak datang,, saje la gatal2 tangan carik kot ade tips2 utk kurang kn sakit, oh yeah, nt nk try letak coolfever.
ReplyDeletemase cabut mmg x rase sakit langsung sbb kene biuskan, doc potong gg la, tarik jahit sume x rase,, & now tgh positifkan mind utk rase sakit yg akan dtg jap2 lg. "sakit penghapus dosa". ok. hee
Sy ngh tggu appoiment pkar bius...nk buang 4 gg bongsu tu..tkut la plk..
ReplyDeletebru cabut 3 ari lepas .....hari kedua bantai nasi dah....it okey je...xde pon smpai 2 minggu bagai....mcm ni lah mungkin org lain2 pesen dia... pada saya ia normal..saraf saya siap cedera lgi... kepada sape2 yang tkut nk cabut...cabut ja xpe semua kententuan ilahi...dengan izin dia insyaAllah xde ap2... dari terus tanggung sakit baik kita tanggung sakit untuk cabut hnya sekali dri sakit yang datang tiba2 x kira masa dan ketika smpai merencatkan aktiviti dan kerja...maaf pada HAKAK saya bukan nk berlagak cuma berkongsi macam HAKAK jugak....huhuuuh
ReplyDeleteHmm dok google2 nie nak cari pengalaman org yg pernah cabut gigi bongsu .. Sebab skrg tgh menanggung kesakitan gigi bongsu nak keluar tp mcm thalang dgn gusi .. Nak operate mcm takut je .. Kalau biarkan je , agak boleh hilang tak sakit nie ? Atau sakit nie bila2 masa boleh dtg n hilang ? Klau biar je , boleh dtg risiko ke tak ? Arghh stress fikir kan.
ReplyDeleteMs buat operite biang gg bongsu tu mmg xde sakit langsung sbb da bius.. cuma akn rs tekanan nk kuarkn gg tu..klo gg tu ssh nk kuar mcm sy punya rs mcm nk tertanggal rahang dibuatnya..hehe..tp lps bius tu da hbs bersedialah rs kesakitan yg amat sakit..huhu..
ReplyDeleteSaya baru lepas buang gigi bongsu saya. Mula mula ok sebab bius kan. Then lepas 2 jam tu, dia punya sakit...huhu saya baru first day. Harap bengkak saya ni susut & boleh makan mcm biasa lepasni. Sebab nak telan bubur/air pun sakit
ReplyDeleteSamaaaa. Sakit yang teramat nii haa. Nk buka mulut sakit. mkn ubat pun sakit.apatah lagi nk makan bubur tu haaa. ðŸ˜ðŸ˜
DeleteMcm sy dh hri ke-6 mkin mmbgkak dn brnanah.. Still normal ke ap yea.skit xpyh ckpla,brpapan n ubt srut bgkk beli frmasi. Mlm2 xbleh tdo skit😥
DeleteMcm sy dh hri ke-6 mkin mmbgkak dn brnanah.. Still normal ke ap yea.skit xpyh ckpla,brpapan n ubt srut bgkk beli frmasi. Mlm2 xbleh tdo skit😥
DeleteSaya pun ada pengalaman ngeri cabut geraham bongsu ni. Doktor gigi panggil 48, gigi sebelah dia 47. Asalnya nak cabut gigi 47 sbb sakit sgt. Dentist tak bg cabut. Appointment cabut 5 hari selepas tu.
ReplyDeleteThen merana la akak 2 hari. Tetiba jd bengkak2 bawah dagu. Makin hari makin bengkak sampai sukar nak bernafas.makan tak boleh.. telan air liur pun sakit. Kemudian pergi la klinik gigi tu balik. Bengkak tu dah besar. Doktor risau takut tutup saluran pernafasan. Bg referral letter. Itu separuh cerita dia. Pesanan.. kepasa sesiapa yg sakit gigi sampai bengkak bawah dagu.. cepat2lah jumpa doktor.
Saya pn dh pg cabut gg graham bongsu tu
ReplyDelete.msaalahnye gigi dh cabut tp patah skrng tinggal tunggul je..dr bg ubat sruh mkn bg hbis dlu bru dtg blik..adess..klau nk buang tunggul tu kne operate jgk ke..
Baru kena cabut hari tu. Tapi kes teruk sebab horizontal kiri&kanan. Kena cucuk bius pengsan pakai morfin. Buat dalam dewan bedah pulak tu. Perghh!!! Seminggu lebih merana sakit melampau siap demam bila badan susah nak sembuh sebab alergik dengan antibiotik. Lebih seminggu barunkeluar ward. Trauma.
ReplyDeleteSalam seronok baca cter sis..saya pn alami pertumbuhn gigi bongsu jenis horizental.Dah check n doc suggest utk wat pembedahan..insyaAllah esok dijangka akan buat pembedahan..harap semua dipermudahkan.serius gusar juga dihati..😃
ReplyDeletekena warded ke masa minor operation tu ?
ReplyDeleteXpun ☺️
ReplyDeleteTerima Kasih atas perkongsian hakak..hehe
ReplyDeleteSaya rasa, Saya jua perlu bertindak seperti hakak..
Cabut gigi geraham bongsu..yuhuu😂
Ya allah seram ade tgk komen2..tp rasa lega utk yg pengalaman tak berapa sakit tu..dalam 4 tahun sy berjaga2 tak makan bende keras..tp tersungkur jua kna refer kat hospital.. esok nak xray dan tarikh operate belom dapat..semoga sy dalam golongan yg x bape sakit tu..amin
ReplyDeleteGusi yg belubang tu akan sembuh x? Risau la.. jenuh la tiap kali lpas mkn kena cuci sbb sisa makanan sngkut smpai ada infection kecil
ReplyDeleterm59 tu termasuk kos admit 3 ari kt hospital ke sis ?? ke hrga lain pulak ??
ReplyDeletehaiii..nak tanya..klu operate gigi bongsu bwh kiri dan kanan...lps tu..cbut gigi atas kiri kanan..kire 4 btg trus..bpe ehhh kos kt hosptl kerajaan ?? ( klu bius tido trus)
ReplyDeleteSy bru dpt surat refer hsptl slyg..utk buang gg bongsu kanan sbb tumbuh senget..tkut nye ble bce pengalaman org..
ReplyDeletemacam pelik jaa sakitnya..... Aku cabut swasta ....kena bedah juga Gigi bongsu....kena jahit 4-5 jarum....dekat sejam setengah lebih dr cuba cabut sebelum bedah xdapat reput kat luar dalam keras.... xlarat siksa buka mulut.... sakit xrasa apa2....sebelum cabut makan macam2 Lepas cabut makan roti.... Dr nak bagi MC tapi xmau.... balik masuk kerja macam biasa pukul 1:30 sampai balik..... Esok dah makan nasi macam biasa.... xda rasa sakit..... sebulan lepas tue tergigit tulang ayam dengan gusi bengkak menanah..meletup nanah....sampai sekarang ok....masa menanah ada laa rasa sakit sikit....boleh diterima lagi..... sakit Gigi pecah masuk masuk makanan tu xleh bawa bincang...boleh guling2 macam tengiling
ReplyDeleteKorean Air is often cited https://bookvedulich.blogspot.com/2021/03/ve-may-bay-di-canada-gia-re-nhat.html
ReplyDeleteas an example of https://trithucdulich.blogspot.com/2021/03/thoi-gian-de-du-lich-dai-loan.html
the problematic nature of https://monanngondiadiemdulich.blogspot.com/
the Korean chaebol system, which was established https://ngauhungdulich.blogspot.com/2020/04/du-lich-han-quoc-theo-mua.html
with government support. For most of https://nhungchuyendicuocdoi.blogspot.com/2018/04/mang-le-san-pham-ac-trung-ak-psi.html
its existence, Korean Air was the only airline in South Korea.
Amalan Penyembuh Sakit Gigi Berupa Video
ReplyDeleteSudah Dilihat Lebih Dari 23K Orang
Sudah Lebih Dari 23K Yang Sudah Mengamalkannya
Sudah Terbukti Manjur Dan Ampuh
Klik Link Berikut Ini Untuk Tahu Cara Pengamalannya
https://dik.si/SGigi
Nak tanya, after cabut gigi tu nak gosok gigi susah tak? risau pulak takut terkena jahitan gigi
ReplyDelete