Assalamualaikum sayang-sayang sekalian,
Harini saja je nak tulis review gedik. Kah kah kah! Memandangkan baru je tadi kita sarapan Samyang Hot Chicken Ramen Korea dan harini tetiba terasa kerajinan nak menulis blog, jadi mempersembahkan, review pasal Samyang Hot Chicken Ramen Korea yang tengah viral sekarang ni.
Kalau kita terus review je, mestilah tak best kan? So, kita citer dulu acaner kita leh teringin nak mencuba ramen ni.
Kisah bermula daripada tah siapa ntah viralkan video dia makan Samyang Hot Chicken Ramen yang katanya pedas nak mampos ni. Kita ada perasn video tu. Tapi wat dek jek sebab ingatkan saja nak cari publisiti murahan. Uhuhuhu...
Lepas tu tetiba Kak Mira (bestie kita) kata dia dah beli Samyang Hot Chicken Ramen. Dia jumpa kat Giant masa dia nak elak jam. Kakak pon tergoda sat sebab kita mana leh nak kalah ngan Kak Mira. Hahahhaha....
Dalam kehangatan nak cuba Hot Chicken Ramen Korea ni, ada pula kontroversi yang mengatakan ramen ni tak halal dan bla bla bla. Terus Kak Mira terbantut nak makan.
Kemudian tu, kontroversi pun surut sebab katanya yang cop halal tu boleh makan. Eh, dalam sibuk kontroversi ni, hadek Mira intern opis kita plak yang dah beli katanya. Dia pon mengaku membeli ramen itu di Giant. Eh!!
Baper hari pas beli, Dek Mira bagi feedback kata pedas. Oleh kerana kita dah beberapa kali pegi beli tapi tak jumpa, kita pon pujuk (ugut) Dek Mira untuk jual satu kat kita. RM25 untuk 5 bungkus kau! Sentap hakak! So, kita pon bayolah RM5.
Semalam dapat, pagi ni terus kakak tak sabo-sabo nak cuba. Orang sarapan makan nasi lemak. Kita sarapan makan Samyang Hot Chicken Ramen tau! Ko hader?
Gigih pepagi tak masuk opis dulu tapi makan ramen dulu. |
Memula makan tak rasa pedas. Tapi lepas makan banyak2. Omak kau! Pedas! Bibir iol makin lama makin tebal. Nanges!! Kita plak genius, pepagi bancuh teh ijau panas. Dah pedas minum teh ijau panas. Super genius lah!
Okay, memang recommended untuk mereka yang gila pedas seperti saya. Mailah coba! Zasssss!