Tuesday, 17 January 2017

Review: Nature Republic's 92% Aloe Vera Gel


Salam,

Harini nak cerita pasal Nature Republic's Aloe Vera Gel yang 92% tu. Sebenarnya review ni review berkurun. Dah berzaman nak cerita. Sebab ni salah satu produk yang kita borong kat Korea sebagai buah tangan bagi orang-orang tertentu.

Aloe Vera Gel
Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel
Alkisahnya begini, masa nak pergi Korea tahun lepas. Kita sempat pergi salun dulu, bila kita beritahu kat Hair-stylist tu yang kita nak pergi Korea. Terus dia gigih promote kita beli Aloe Vera Gel ni. Katanya kalau kawan dia pergi Korea, mesti dia akan kirim. Menurut hair stylist yang bernama Ana tu, memang multi purpose Aloe Vera Gel tu, boleh sapu muka, kulit, rambut, mana-manalah yang korang nak sapu. Dia pun dah pakai lama. Kakak tu pun beritahu kat Malaysia ada jual, tapi dia tak suka sebab macam lain je. Dia suspek kandungan dia tak sama kalau yang dah sampai Malaysia ni. Kih kih kih....

Kita pun dengan blurnya pun terbanglah ke Korea dengan berjanji nak cari produk Aloe Vera Gel yang digembar-gemburkan kehebatannya. Since kita pergi Korea dengan kawan, kita pun beritahulah alkisah Aloe Vera Gel ni. Oh, rupa-rupanya dia dah lama tahu. Almaklumlah dia tu expert dalam kecantikan. Semua produklah dia tahu. Janji produk oversea (Korea, Jepun, Taiwan, Hong Kong, China) since dia Chinese. Baca magazine bagai semua dalam Bahasa Cina saja.

Sampai kat Korea saja, mana-mana shopping complex or drugstore memang bersepahlah Aloe Vera Gel ni. Kalau kat MyeongDong aka beauty street Korea tu lagilah. Kalau Nature Republic jual yang 92% pure Aloe Vera saja, brand-brand lain ada yang sampai 95%, 97%, 100% pun ada tau! Juling-juling kakak nak beli.

Tapi memandangkan setelah dikaji, kita dapati pelopor atau brand yang paling awal keluarkan Aloe Vera Gel ni ialah Nature Republic dengan kandungan 92% Aloe Vera, soa kita pun belilah Nature Republic punya. Dapatlah a few free masks. Kenapa kita insist nak beli jenama Nature Republic?
Sebab bak kata adik kita, "Since they still insists on 92%  of Aloe Vera even when its competitor has already produced products which contain more percentage of Aloe vera than that, then they must have a really concrete reason behind it". Kalau dimelayukan, jadilah, kalau pesaing pun dah keluarkan produk Aloe Vera lebih daripada 92% tapi diorang still tak tergugat, mestilah ada sebab yang kukuh khennnnn!! Lagipun, diorang kan pelopor, yang lain tu copycat je. Bencilah copycat. Eh!! Gitu!

Jom intai-intai kejap apa rupa Nature Republic's 92% Aloe Vera Gel ni dan kebaikannya:





Ha,... Gitu. Nampak tak betapa banyaknya kegunaannya. Bila kita bawa balik dan berikan pada hadek-hadek dan kakak kita. Hadek kita beritahu yang dia dah lama pakai produk ni. Cis! Kenapa kau tak habaq kat kakak kau yang ketinggalan zaman ni? Kah kah kah....

So, kita pun tanyalah, pernah pakai kat muka tak? Since adik kita kulit pun sensitif bukan main, kalau dia pakai kat muka, kita pun beranilah pakai kat muka. Kah kah kah... Kalau tak kita sapu kat badan je sudeh! Jawapan hadek kita, dia pakai okey je. So, kita pun dengan beraninya pakailah kat muka malam-malah hari. Buat masker malam aka sleepover mask.

Setakat ni pakai Alhamdulillah kulit memang moist je rasa. Masa sapu malam tu memang macam tebal je kat muka rasa. Tapi bila bangun pagi, eh dah kering. Maknannya memang dah fully absorbed by my skin lah tu... Weee!

Lepas beberapa bulan... kita terkejut dengan berita ada pengguna yang kulit mukanya terbakar sebab pakai Aloe Vera ni:



Tapi tak jumpa berita yang kita first-first jumpa. Sebab dalam berita tu tak habaq pun mangsa pakai produk tiruan ke tidak.

Lagi-lagi kalau baca komen, ada juga yang kata mungkin mangsa allergic Aloe Vera. Tapi kemungkinan juga mangsa merupakan mangsa produk tiruan.

Pihak Nature Republic pun dah keluarkan kenyataan untuk galakkan orang ramai gunakan produk tulen.



Sekian Prettily Rare melaporkan. Eh!! Hahaha... Jadi pada pengguna di luar sana, ingat pesan seperti berikut:

1. Beli produk kecantikan yang tulen dan diyakini ketulenannya sahaja
2. Test produk dulu kat bahagian sensitif, kalau tak sesuai jangan terus menggunakannya

Da~~

Baca juga tentang:

Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

No comments:

Post a Comment