Harini kita nak cerita pengalaman kita panjat Gunung Kinabalu pada 1 dan 2 Ogos 2017 yang lalu.
Sebenarnya kalau setahun dua tahun yang lalu, langsung tak pernah terfikir pun kita mampu nak menawan puncak Gunung Kinabalu, tapi tak sangka Alhamdulillah dipermudahkan juga walaupun banyak kisah suka dan duka.
Kalau nak diringkaskan, kita ni dikira derhaka sangat sebab dari puncak Gunung ke 15 tertinggi di Malaysia terus terjah puncak gunung tertinggi terus.... Skip terus puncak-puncak gunung dari 14 yang tertinggi hinggalah kedua tertinggi.
Tapi macamlah tak biasa derhaka kan? Dulu pun dah pernah buat. Dari panjat Bukit Broga terus berangan nak tawan Gunung Nuang, puncak tertinggi Selangor, tak sangka kalini pun Alhamdulillah mampu loncat dari tawan Gunung Irau terus ke Gunung Kinabalu.
Kisahnya kitorang dah mula plan nak tawan Kinabalu dari tahun 2016 lagi, plannya nak panjat time cuti sekolah aka Mac 2017, tapi tak kesampaian sebab yang kosong hanyalah pada bulan Ogos 2017.
Date yang diberikan 1-2 Ogos 2017. Kalau ikutkan, kita tak suka date ni, sebab: 1. Bukan time cuti sekolah, so, susahlah nak cari orang jaga anak. 2. Dah bermalas-malasan dari training sebab Jun bulan puasa manakala Julai lak Raya. Giler ke per nak training time puasa ngan raya? Mestilah stamina dah down. Tapi oleh kerana dah takde date lain, kita terpaksa akur.
Pada 31 Julai 2017, kitorang pun bertolak ke Kota Kinabalu seawal 9 pagi. Kitorang ada seramai 7 orang semuanya dan terbahagi kepada 2 batch. First batch Rina dan Fiey. dan kita pulak berlima iaitu: Maya(sayalah tu), Aida, Sepul, Faiz ngan Eizs.
Lepas sampai je airport, kitorang terus contact transporter yang akan hantar kitorang dari Airport KK ke Kinabalu Park. Transporter kitorang tu kelas sungguh. Gold bus katanya. Tengok-tengok orang yang datang tu bawa van yang memang dicat warna emas. Perghh... hebat betul marketingnya.
Malam tu, kitorang stay kat Mountain Rest House betul-betul bawah Kinabalu Park tu. Sebelum bertolak p panjat gunung, kawan-kawan dari group Hikers Vengers yang dah pernah sampai puncak semua sempat lagi bagi advise supaya kitorang dapat mencapai misi dengan jayanya.
Malam tu jugak, kami bertujuh kemas barangan yang perlu dibawa untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Masa tu juga kita dapati yang beg kita terlalu berat setelah diisi semua barangan dan kelengkapan yang diperlukan. Setelah minta nasihat daripada kawan yang dah berjaya tawan Kinabalu, hakak ngan Aida pun bersetuju untuk upah porter. Yerlah, dah riban-riban habis untuk pergi trip ni, sia-sialah kalau last-last tak sampai puncak kan.. Lagipun upah porter hanyalah RM120 pergi balik untuk beg 8kg. Dibahagi dua baru RM60 seorang untuk pergi balik. Sangat berbaloi-baloi.
Keesokan paginya, kami bangun seawal 5.30 pagi kerana terlebih excited nak bersiap. Cuaca kat Kundasang. Omaigad dia punya sejuk. Mandi kambing jelah jawabnya.
Selepas sarapan, kitorang pun naik ke Kinabalu Park dan uruskan urusan borang-borang idemnity, ambil pas permit dan sebagainya. Pastu timbang beg diikuti dengan sedikit briefing daripada malim gunung aka guide.
Guide yang baik hati bagi kitorang amik gambo dulu sambil-sambil tunggu transport untuk pergi ke Timpohon Gate. Kat situlah kitorang akan mula mendaki. Oleh kerana kitorang bertujuh tambah guide 9 orang, dapatlah bolot satu van untuk kitorang sumer... Ngeh ngeh ngeh...
Sebelum mendaki, kitorang sempat lakukan sedikit senaman warm-up dan beli-belah sedikit makanan. Ngehehehhe....
Maka sebaik sahaja kitorang melepasi Timpohon Gate ni, bermulalah juga satu pengamatan baru saya dari pelbagai sudut antaranya pengamatan falsafah kehidupan, duniawi, dan macam-macam lagilah. Ternyata, pengalaman mendaki Gunung Kinabalu ni memang dapat membuka mata kita pada pengertian keikhlasan, persahabatan dan kehidupan.....
Bersambung Part 2.....
Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu -Part 2
Jom baca juga pengalaman saya mendaki yang lain:
1. Gunung Nuang
2. Gunung Datuk
3. Gunung Irau
4. Pine Tree Hill & Twin Peak
5. Bukit Kutu
Sebenarnya kalau setahun dua tahun yang lalu, langsung tak pernah terfikir pun kita mampu nak menawan puncak Gunung Kinabalu, tapi tak sangka Alhamdulillah dipermudahkan juga walaupun banyak kisah suka dan duka.
Kalau nak diringkaskan, kita ni dikira derhaka sangat sebab dari puncak Gunung ke 15 tertinggi di Malaysia terus terjah puncak gunung tertinggi terus.... Skip terus puncak-puncak gunung dari 14 yang tertinggi hinggalah kedua tertinggi.
Tapi macamlah tak biasa derhaka kan? Dulu pun dah pernah buat. Dari panjat Bukit Broga terus berangan nak tawan Gunung Nuang, puncak tertinggi Selangor, tak sangka kalini pun Alhamdulillah mampu loncat dari tawan Gunung Irau terus ke Gunung Kinabalu.
Kisahnya kitorang dah mula plan nak tawan Kinabalu dari tahun 2016 lagi, plannya nak panjat time cuti sekolah aka Mac 2017, tapi tak kesampaian sebab yang kosong hanyalah pada bulan Ogos 2017.
Date yang diberikan 1-2 Ogos 2017. Kalau ikutkan, kita tak suka date ni, sebab: 1. Bukan time cuti sekolah, so, susahlah nak cari orang jaga anak. 2. Dah bermalas-malasan dari training sebab Jun bulan puasa manakala Julai lak Raya. Giler ke per nak training time puasa ngan raya? Mestilah stamina dah down. Tapi oleh kerana dah takde date lain, kita terpaksa akur.
Pada 31 Julai 2017, kitorang pun bertolak ke Kota Kinabalu seawal 9 pagi. Kitorang ada seramai 7 orang semuanya dan terbahagi kepada 2 batch. First batch Rina dan Fiey. dan kita pulak berlima iaitu: Maya(sayalah tu), Aida, Sepul, Faiz ngan Eizs.
Tara! The 5 of us. Eizs, Maya, Aida, Sepul and Faiz. Masa ni baru sampai KK. |
Malam tu, kitorang stay kat Mountain Rest House betul-betul bawah Kinabalu Park tu. Sebelum bertolak p panjat gunung, kawan-kawan dari group Hikers Vengers yang dah pernah sampai puncak semua sempat lagi bagi advise supaya kitorang dapat mencapai misi dengan jayanya.
Malam tu jugak, kami bertujuh kemas barangan yang perlu dibawa untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Masa tu juga kita dapati yang beg kita terlalu berat setelah diisi semua barangan dan kelengkapan yang diperlukan. Setelah minta nasihat daripada kawan yang dah berjaya tawan Kinabalu, hakak ngan Aida pun bersetuju untuk upah porter. Yerlah, dah riban-riban habis untuk pergi trip ni, sia-sialah kalau last-last tak sampai puncak kan.. Lagipun upah porter hanyalah RM120 pergi balik untuk beg 8kg. Dibahagi dua baru RM60 seorang untuk pergi balik. Sangat berbaloi-baloi.
Keesokan paginya, kami bangun seawal 5.30 pagi kerana terlebih excited nak bersiap. Cuaca kat Kundasang. Omaigad dia punya sejuk. Mandi kambing jelah jawabnya.
Semua beriya tak sabar nak panjat gunung. |
Permit hakak! Acah-acah amik gambo Kinabalu dengan caption: Kinabalu aku datang! |
Dalam van nak ke Timpohon Gate |
OOTD untuk 2 hari di Kinabalu. Ni bukan macam nak tawan puncak gunung dah ni. Tapi macam nak pergi tawan bulan dah gayanya |
The seven of us |
Sebelum mendaki, kitorang sempat lakukan sedikit senaman warm-up dan beli-belah sedikit makanan. Ngehehehhe....
Maka sebaik sahaja kitorang melepasi Timpohon Gate ni, bermulalah juga satu pengamatan baru saya dari pelbagai sudut antaranya pengamatan falsafah kehidupan, duniawi, dan macam-macam lagilah. Ternyata, pengalaman mendaki Gunung Kinabalu ni memang dapat membuka mata kita pada pengertian keikhlasan, persahabatan dan kehidupan.....
Bersambung Part 2.....
Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu -Part 2
Jom baca juga pengalaman saya mendaki yang lain:
1. Gunung Nuang
2. Gunung Datuk
3. Gunung Irau
4. Pine Tree Hill & Twin Peak
5. Bukit Kutu
NICE :D Belum prnh smpai lagi ke sana ni
ReplyDeleteBepa kos stay kundasang, naik dan turun gunung kinabalu?
ReplyDeleteBestnya. Saya yang Sabahan ni pun belum terfikir nak naik sana lagi. Hihihi...
ReplyDeleteI have not been up Mt. Kinabalu before. Not an adventurous person as you but had a great time reading your experience! Will I be able to find the courage to climb it one day?
ReplyDeletewah bestnya baca pengalaman hiking gunung kinabalu...teringin jugak nak pergi lepas2 covid ni...
ReplyDelete