Hai semua,
Salam kewangan. Haha.. Okay, mulai harini kalau nak cakap fasal duit je kita cakap salam kewangan. Pekabo kewangan anda? Macam yang kita cakap dalam topik sebelum ni, dua je cara untuk memastikan status kewangan kita sentiasa sihat. 1. Tambahkan pendapatan 2. Kurangkan perbelanjaan. Apa? Terlepas topik tu? Baca di SINI
Tapi yalah, tau-tau jelah kan. Bagi mereka yang ada komitment tetap seperti komitment keluarga, pinjaman pelajaran, pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya, tak banyak perbelanjaan yang boleh dikurangkan sangat...So caranya? Memang nak tak nak kenalah tambah pendapatan. Kenalah buat lebih daripada kerja hakiki. Menteri pun kata kenalah buat keje part time, katanya! Hidup kena proaktif gitu... Haish!
Senang kata sekarang ni, satu pendapatan sahaja memang tak mampulah nak menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. Kalau harap gaji yang naik 5% setahun, memang sah-sah tak mampu nak catch up dengan kadar inflasi yang meningkat lebih daripada 7% setahun. Tu inflasi. Tak tambah lagi kos anak membesar, insurans bla bla bla dan sebagainya. Pastu takkanlah hidup ni nak keje, keje, keje je... Mestilah nak juga berhibur, melancong, tambah aset dan macam-macam lagi.
Jadi, topik hari ini kita nak bincangkan, cemana? Cemana nak tambah pendapatan? Ha... teruskan membaca. Kita cakap dulu tentang cara yang lazim dan popular dilakukan untuk jana pendapatan tambahan dan pelbagaikan sumber pendapatan:
1. Melabur
Melabur ni pelbagai cara., saham, FOREX, emas dan macam-macam lagilah. Keuntungan kita dapat sama ada daripada interest, dividen ataupun dalam konteks hartanah, lebihan pendapatan dari sewa aka sewa tolak pinjaman. Tapi korang pun tahulah, nak melabur, kenalah ada $$$....
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit |
2. Freelance
Ni biasanya untuk mereka yang boleh tawarkan perkhidmatan dengan kebolehan dan bakat mereka.
Biasanya buat design, terjemahan, menulis, fotografi, mengacara. Ada juga yang berjaya dalam kerja freelance mereka sampai last-last jadi full time terus. Sebab pendapatan dah mahsyuk
Kerja freelance pun boleh |
3. Berniaga
Ha, ni korang takkan tak tahu kan? Dengan adanya internet sekarang ni, semakin mudah kita untuk meniaga. Kalau dulu meniaga kena ada tapak, ada kedai, ada gerai, warung bagai, sekarang semua boleh di hujung jari. Banyak pula platform meniaganya. Blog, instagram, media sosial, semuanya boleh dijadikan platform meniaga. Best kan? Berniaga boleh sama ada dengan borong dan jual secara runcit, hasilkan produk sendiri atau memasak, baking, buat kuih dan sebagainya.
Bisnes sebagai punca pendapatan |
4. Kerja Sampingan
Kerja sampingan ni mesti korang tahu, selain daripada kerja hakiki, korang juga boleh kerja sambilan during weekend atau waktu lapang. Biasanya retail lah banyak offer kerja sambilan or sampingan ni. Kalau korang pandai mengajar, boleh juga mengajar tuisyen, menari, personal trainer dan lain-lan. Kalau dulu orang buat kerja sampingan dengan bekerja hujung minggu saja, sekarang bila-bila masa juga boleh buat kerja sampingan, asalkan kita free. Contohnya, buat part-time Uber dan Grab. Teknologi memang memudahkan kan?
Kerja sambilan pun boleh |
5. Hartanah
Ha, ni best. Semua orang mesti idam-idamkan hartanah milik sendiri kan? Kalau ada duit lebih, bolehlah melabur dalam hartanah. Sama ada beli kemudian jual ataupun beli untuk disewakan, semuanya boleh jana pendapatan pasif untuk korang. Teballah sikit poket tu.
Sewakan rumah yang ada |
6.Online platform
Last but not least, you have to be smart to monetize everything that you have. Platform online macam blogger, wordpress, instagram, facebook semuanya boleh jana pendapatan untuk korang asalkan korang tahu macam mana nak hasilkan duit daripada platform tersebut.
Social media as another way to generate income |
Kuncinya dan pokoknya, kenalah rajin-rajin cari cara untuk jana pendapatan atau hasilkan pendapatan tambahan. Macam mana? Tanya orang, build network and connection, minta tunjuk ajar, banyakkan membaca, banyakkan ke kursus. Tambahlah pengetahuan dan ikhtiar...
Oh ya, lagi satu, jangan terlalu desperate untuk jana income sampai terlibat dalam PONZI Scheme, money game, MLM dan sebagainya. Ramai yang kita nampak tertipu kerana nak sangat kaya cepat dan tak mahu berusaha. Sampai pinjam riban-riban untuk kononnya berankkan duit, tapi last-last kena con.