Sunday, 17 September 2017

Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak Corner, Sungai Besi


Salam semua,

Harini kita nak rekemenkan mi kolok yang paling sedap kita rasa. Bukan kita je rekemen... Kawan kita anak jati Sarawak pun rekemen. Dia je yang dari kecik makan mi kolok sampai besar. Dia jelah tau apa rasa mi kolok asli Sarawak. Kita Sarawak pon tak pernah sampai lagi. Uwa!!!

Kalau korang nak tahu, kita pun baru-baru ni je gila makan mi kolok ni... Semua ni sebab kena racun ngan si orang Sarawak... Cis! Dah asyik termimpi-mimpi mi kolok mi kolok je
Ni antara koleksi makanan Sarawak yang korang boleh dapatkan di Salted
Sebenarnya selain mi kolok banyak je koleksi makanan Sarawak yang sedap-sedap. Antaranya laksa Sarawak,  Mi Jawa, mi kolok dan macam-macam lagi. Salah satu tempat yang korang boleh jenguk makanan-makanan Sarawak kalau korang berada di kawasan Damansara adalah di SALTED .  Ni dekat ngan ofis, selalu officemate suka sangat datang sini.

Berbalik pada topik mi kolok kita, mi kolok ni ada dua perisa. Satu mi kolok ayam satu lagi mi kolok daging. Specialnya mi kolok ayam kat Dayang Sarawak Corner ni sebab ayam yang dia guna ayam cincang. Sebelum ni kita pernah makan mi kolok ayam yang ayamnya dihiris...sama macam mi kolok daging. Yang tu pun sedap juga. Kita makan kat Puchong, kedai tu namanya DapoPuro. Nak try mi kolok sedap atau makanan Sarawak asli di Puchong boleh follow mereka di SINI

Tapi kalini kita nak rekeman Dayang Sarawak Corner. Kedai ni terletak kat Food Court di area Sungai Besi je.  Ada LRT lagi kat situ kalau nak mai naik public transport: Nama stesen LRT Sungai Besi. Turun jalan skit je dah sampai.

Inilah gerai Dayang Sarawak Corner. Gerai Nombor 4. Tekun je kakak tu sediakan mi kolok.


Biasanya weekend je kita akan datang Sungai Besi ni, hari kerja tak kuasa mak memandangkan opis kita kat Damansara. Setiap kali datang memang ramai betul orang. Ramai orang je manjang.Bukan je orang Melayu, bangsa lain pun ramai datang. So memang terbuktilah kesedapan dan keenakannya sampai boleh memikat hati, perut dan anak tekak semua kaum dan bangsa. Tapi walaupun ramai, tak perlu risau perlu beratur panjang. Makanan pun cepat je sampai. Servis tip top dan terbaikkkk!!



Tu dia, yang nak tapau pun ramai.
Menurut Sepul, anak jati Sarawak kelahiran Kuching, bukan sahaja mi koloknya sedap. Laksa Sarawak dan kuih-muih Sarawak yang lain pon asli dan sedap bangat. Kita tak pernah lagi try Laksa Sarawak, sebab setiap kali datang nak makan laksa je, hati tetap terpaut kat mi kolok juga.. Cis!! Tapi kalau Sepul dah bagi cop mohor sedap kat Laksa Sarawak tu, korang tak yah risau. Mesti double thumbs up punya.

Antara menu-menu yang ada. Sesuailah tu. Orang Sarawak ngan menu Sarawak.

Menu air pulakkk!
Kalau tengok menu minuman dia pun, uiyooo. Punyalah variety. Antara yang kita rasa istimewa sebab lain daripada yang lain adalah Apple Susu ngan Extra Joss susu. Ek eh... Bila kita type entry ni baru pasan dalam menu ni takde menu minuman yang kita nak rekemen.

Apa yang kita nak rekemen tu? Aha! Three Layer Gula Apong. Dah lama dah dok ushar-ushar Three Layer Gula Apong ni. Yerlah, biasa three layer kan pakai gula melaka je. Tapi orang Sarawak guna Gula Apong. 

Sebenarnya selama ni tak terorder-order Three Layer Gula Apong ni sebab kita jenis tak makan makanan berat bersulamkan air manis. Terutamanya air yang bersusu. Sebab nanti cepat kenyang. Air manis ni ibarat dessert je untuk kita. Unless air buah. Tapi sebab nak tulis entry ni, kita pun coba!

Tada!! Dah sampai dah makanan kita:

Masa sampai tu pada pandangan mata kita nampak macam nilah tastynya makanan tu
Tapi tanpa special effect, camni je sebenarnya rupa dia.
Terliur tak bila korang tengok gambar tu? Kah kah kah! Saja je nak buat perbandingan. Mi kolok yang sebenarnya serta mi kolok pada pandangan mata kita. Dari kaca mata kita, memang nampak macam ada special effectlah. Tasty lain macam.

Kita order Mi Kolok Ayam Special, Sayur Sawi dengan Three Layer Gula Apong. Sepul plak order Mi Kolok Daging.


Aish.. Sepul ni amik gambo artistik sangat. Mangkuk pon tak abis snap.

Kalau korang nak tahu rasa mi kolok ni cemana, bagi kita rasa dia macam ala-ala IndoMi goreng tu. Cuma yang tu kan gelap pakai kicap. Yang ni entah dia pakai bumbu apa. Tak gelap tapi cukup rasa. Yumss.. Lagipun mi kolok bukan mi segera... Tentulah lagi berkhasiat. Ye dak? Lagipun dari tekstur dan warna dia, kita syaki mi yang digunakan untuk wat mi kolok ni, mi telur. Biasa Chinese suka pakai mi telur ni. Banyak pakai telur. Kira proteinlah. Bukan mi tepung. So acah-acah lagi kurus la kengkononnya. Choy!

Kalau korang suka pedas. Leh campur dengan sos cili merah or kicap cili blend. Kicap cili blend dia macam kicap cili Johor. Tu yang kita suka kot....

Oh ya, kalau nak merasa kuih bongkol Sarawak pun boleh didapati di sini. Yums!


Nilah rupa kuih bongkol
Ha, tergodak tak? Kalau rasa-rasa nak terjah or nak contact owner, sila rujuk gambar di bawah:

Namecard owner yang diceduk dari instagramnya.

Kesimpulan kita setelah berkali-kali ke sini. Kedai ni memang patut masuk blog kita untuk diperkenalkan kepada masyarakat umum. Dahlah murah, sedap, servis tip-top pulak tu! Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu?

Tunggu apa lagi? Jom laju-laju follow Dayang Sarawak Corner di Instagram


OXOXO

24 comments:

  1. Sedapkan mee kolok.. Atau mee sapee..

    Saya suka laksa Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi sapee tu macam mana pula? kena check it out ni

      Delete
  2. sedap itu..rasa macam sekarang mau makan nii

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan mee kolok yg rasa asli dari sarawak.. Kena cuba ke dayang sarawak corner ni..
    Tq sis suggest tmpt mkn best ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Foods looks delicious! I guess it would be exciting to try Kolok for the first time :)

      Delete
  4. first time dengar mi kolok hehe nampak macam sedap je

    ReplyDelete
  5. Eh ada org jual mi kolok oat sg besi? omg i must try this. i memang kerap ke sg besi. Dulu stay area sana around 2 years. Now wpun dah tak stay sana, still kerap ke sana because my bro & sister stay kat situ.

    ReplyDelete
  6. Mi kolok is really delicious! I tried them in Sarawak before. Can't wait to try it out here.

    ReplyDelete
  7. Awww. I have never try mee kolok before. But then it seems so delicious!

    ReplyDelete
  8. this is my favourite...memang sedap makan kat Dayang Sarawak Corner tu...terbaikk :)

    ReplyDelete
  9. wah, berita yang baik dapat tau mi kolok asli dah dapat di Sungai Besi. Tak payah dah pergi Sarawak saje dapat rasa!

    ReplyDelete
  10. wah... another place for to makan mee kolok... lapar!

    Racheal

    ReplyDelete
  11. salam kenal. sy singgah sini dan follow. nice blog.

    ReplyDelete
  12. I was in Sarawak a couple of months ago and totally love Sarawak lasksa. It looks as if you had a delicious meal!

    ReplyDelete
  13. I love this kind of kolok noodle =) Is my favorite, hope to try it next time when I visit Sarawak!

    ReplyDelete
  14. Nang nyaman tek.. 😄👏👍

    ReplyDelete
  15. Fav SA mee kolok...selalu makan kalau pi Kuching...skrg kat KL pun dah banyak...

    ReplyDelete
  16. Saya kerap makan laksa sarawak.Belum cuba mee kolok lagi. Kenalah saya cuba sekarang :-)

    ReplyDelete
  17. Wah memang dah lama yer gerai Dayang Sarawak ni. Saya makan Ahad lepas. Post awak ni 2011. Maksudnya dah hampir 6 tahun beroperasi.

    Memang terbaikkk Mee kolok kat sini 💃💃💃

    ReplyDelete
  18. After reading this, terus saya rasa lapar pula. haha... Drooling now!!

    Racheal

    ReplyDelete