Nak tanya sikit ni, korang suka tak hartanah? Kalau kita, memang suka gila-gila kat hartanah. Tiga benda yang kita paling suka kat dalam dunia ni, bukannya beg jenama atau kereta mahal, tapi tunai, emas dan hartanah. Muahahahaha! (Uish, macam mak lampir gelak jahatnya)
Kalau korang mengikuti perkembangan hartanah sekarang, dah jadi trend bagideveloper untuk bukan sahaja jual rumah atau kediaman untuk diduduki, tapi sebaliknya, mereka tawarkan sesuatu yang lebih daripada itu, iaitu satu pembangunan lengkap, gaya hidup dan kemudahan yang mudah diakses. Yerlah, kalau setakat rumah tau nun jauh di sana, apa pun takde, pun mesti korang tak suka juga kan? Kalau nun jauh di ulu, berteman monkey, nak shopping, hantar anak sekolah, beli barang keperluan semuanya susah, leceh juga.
Jadi harini kita nak perkenalkan satu pembangunan berkonsep urban oleh Protasco Group iaitu DeCentrum City. Berikan tepukan!!! Konsep pembangunan bandar urban oleh Protasco Group ni terbahagi kepada beberapa peringkat dan juga beberapa pembangunan yang berbeza. Antaranya, De Centrum Mall, De Centrum Tower SOHO, De Centrum Residences Apartment, De Centrum Unipark, Waterfront, Central Park, Sky Liner Garden serta pusat rekreasi dan konvensyen dan hotel.
Uish, dengar pun kita tertarik. Mana taknya, semua dalam satu bandar berdekatan. Kira Protasco Group punya konsep adalah untuk menjayakan pembangunan yang mesra pengguna dengan memasukkan elemen kehijauan, gaya hidup sihat, mudah diakses, dengan ciri-ciri mudah dipelihara.
Bagi kita pandai juga Protasco Group ni sebab mensasarkan kawasan yang dekat dengan kawasan universiti iaitu UNITEN dan Universiti Kuala Lumpur. Kenapa kita kata pandai? Sebab kalau korang perasan, mana-mana kawasan yang ada universiti, mesti lambat-laun ia akan berkembang pesat walhal sebelum ni tak de sesiapa pun nak duduk situ. Contoh terdekat? Shah Alam dan Nilai. Ha! Dulu Shah Alam dan Nilai tu sendu jek. Tapi lepas universiti dah buka, mall dah buka, semua dah bangun, hamboi! Cepat je harga rumah kat situ naik.
Gambar lakaran De Centrum Mall. Sumber: Website De Centrum Mall |
Antara pembangunan hartanah yang dirancang |
Kemudahan yang dirancang. |
Semua ni kita tahu masa kita bawak anak-anak untuk menghadiri majlis pelancaran De Centrum Mall dan juga Majlis Tandatangan 'Letter of Intent' antara De Centrum Retail Sdn Bhd dan Carlson Hotel Asia Pacific Investments Pte Ltd untuk pembangunan hotel di De Centrum City. Ha, kan kita dah kata tadi, hotel juga merupakan salah satu rancangan pembangunan kat De Centrum City ni.
Gembira yang amat bila dah sign surat. |
Upacara Potong Reben Untuk Merasmikan De Centrum Mall. |
Tarian singa |
Memang gembiralah Mia ngan Hariz bila kita bawak tengok tarian Singa ni. Almaklumlah maknya busy, and diorang pulak naughty. Tu malas skit nak bawak diorang keluar. Tapi hari tu memang berbaik hatilah maknya bawak keluar tengok Tarian Singan ngan Dinasour. Kesian juga kalau maknya asyik kerja dan biar diorang terperuk je kat rumah.
Lepas je habis ni, terus budak-budak ni tanya mana Dinasournya. Ish, tak menyabar. Mummy nak selfie dulu ngan Elfira Loy pun tak boleh ke? Sabar dulu nahhhh...
Ada jodoh ngan Elfira, haritu pun selefie dengan Elfira juga |
Tak lupa juga Cik Lisa Wangi kita dari Cik Lisa Wangi Dot Com |
Kita pon tak tahu apa nama dinasour ni |
Amik bamgor sikit... Semua tak bersedia masa ni. |
Ada Pasar Raya, kita suka. Kalau dok kat De Centrum City, shop kat sini jelah |
Bagi kita memadailah apa yang ada kat De Centrum Mall, bawak budak-budak ni jalan sini dapat juga menghiburkan hati diorang and duit yang kita belanja pun takdelah banyak mana.
Selain pasaraya, ada juga 7-Eleven dan Mr DIY. Yezza.... Kedai fevret kita tu. Mr DIY. Macam-macam barangan keperluan boleh dibeli dengan harga mampu milik.
Lepas tu ada juga mini arked untuk bagi budak-budak ni gembira.
Geramnya tengok budak ni. |
Senang kata walaupun mall ni keciknya, tapi kedai yang patut ada semuanya ada actually. Kat tepi tu juga ada ruang lobi yang jual baju-baju dan handbag murah. Lagipun parking banyak dan orangnya tak ramai. So sesuailah untuk santai-santai tanpa berhabis banyak. Ataupun singgah untuk beli-belah barang keperluan di Mr DIY dan juga pasaraya. Nak tapau KFC bila malas nak masak pun sesuai sangat.
Sekian sahaja laporan hari kita dan Mia Hariz dari De Centrum Mall...
Semoga maknya larat nak bawak diorang lagi.
Da~~
Wow
ReplyDeleteGood info thanks for sharing you look gorgeous btw
ReplyDeleteThanks
DeleteI nak visit laa! The future Central Park look so canggih.
ReplyDeletexx
Puiyeesss
Must visit
DeleteIs this a new mall?
ReplyDeleteNewly launched
DeleteI was there too, nice place, can't wait for its expension.
ReplyDeleteYep...me too
DeleteThe place looks very modern. I'd love to see it too! ^^
ReplyDeletelooks like a nice mall in the vicinity of bangi.. de centrum, one spot where there's education, business and shops all in one. great!
ReplyDeleteExactly... Would really love to buy property here
Deletenampak bergaya la mall baru ni... selalu lalu mall (sebelum ia dibuka) bila i nak pergi IOI City Mall.
ReplyDeleteSekali-sekala singgahlah
DeleteWow nak kena terjah ni
ReplyDeleteTerjah jangan tak terjah
Delete