Monday, 30 October 2017

Percutian Pendek Ke Sekinchan Bersama-sama Potboy Groceries


Hai semua,

Harini nak cerita sikit kita menang giveaway. Yeay!! Ceritanya Potboy (Website) ni selalu adakan contest dan giveaway menerusi Facebooknya iaitu Potboy Groceries . Senang je. Biasanya korang cuma perlu share status diorang dan tag 5 orang rakan di FB sahaja. Giler tak mudah? Jadi selalu juga lah kita share, tapi untuk hadiah yang kita berkenan sajew... And sungguh tak sangka sekali, kita telah diumumkan sebagai pemenang. Yeay!! Alhamdulillah:

Potboy Giveaway
Yeay, kita menang, kita menang!
So, apa lagi? Laju-laju lah kita apply cuti sebab excited nak pergi bercuti yang ditaja oleh Potboy ni. Gumbira mak. Yelah, mana taknya? Walaupun Sekinchan tu punyalah dekat je ngan Shah Alam, tapi selama ni manalah ada masa nak berjalan-jalan sangat. Ni bila menang, inilah peluangku untuk sekali-sekala berjalan-jalan dan menenangkan hati dan fikiran. Weee!!

Waktu dihubungi pihak Potboy, kita dimaklumkan kita boleh bawa seorang lagi teman untuk mengikuti percutian pendek ke Sekinchan ni. Mula-mula sekali, kita hajak Kak Mira. Tapi Kak Mira kata cuti dia tinggal sikit jek. Sob sob... Jadi Kakak Mira pun kenalah tinggal, terpaksalah dia pergi ofis dengan rajinnya. Pastu, apa lagi? Terus ajak bestie since universiti lagi iaitu Ms Pei San. Pei San pulak on je. Yeay!!!

Dalam beberapa hari sebelum trip pula, Balqis pula mesej kita, katanya nak tumpang naik satu kereta ngan Zai. Kita pun okey je. Bak kata mat salleh, the more the merrier kan. Lagipun, tong-tong naik satu kereta dapat mengurangkan kesan karbon (carbon footprint) sekaligus ke arah menyelamatkan bumi daripada lebih tercemar (wah gitu!!).  Makanya, tercetuslah percutian pendek seramai 4 orang ke Sekinchan ni.... Weee! Sekinchan, aku datang!

Okay, mari kita baca macam mana nak explore or becuti dekat-dekat dalam tempoh pendek. Biasa orang cuti mesti nak at least 2-3 hari. Tapi kalini kita buat super short getaway. Sehari saja. Semua tempat ni adalah tempat-tempat menarik di Sekinchan yang boleh korang lawati.

1. Bertolak dari Subang ke Sekinchan

Sebelum 20hb, kita dah habaq kat semua yang terlibat iaitu serama 3 orang lagi untuk berkumpul di LRT Subang pada jam 9 pagi. Tapi biasalah, ada je yang lambat. Sob sob sob. Kalau bercuti or pergi mana-mana pun, mesti ada seorang yang lambat. Tu lumrah. Sebab nak tunggu orang yang lambat, kita orang bertolak pada jam 10 lebih. Dari Subang LRT tu, kitorang terus shoot ke Sekinchan. ETA dari Subang ke Sekinchan, lebih kurang 1 jam.

Sekinchan Trip
Kami berempat nak ke Sekinchan.


2. Singgah Makan di Warong Soto Penambang.

Dalam lebih kurang 1 jam kemudian, semua orang pun perut berkeroncong. Semua sebulat suara wajib makan dulu. Muahaha.... Memula kita nak makan mi udang. Tapi tutup la pulak. Nak cari mentarang yang katanya makanan wajib makan pun tak jumpa-jumpa pulak kedainya, yang jumpa, tak buka pulak. Haish.... Sudahnya, kitorang sebulat suara terjah je lah kedai makan mana-mana yang buka. Takdir menemukan kitorang dengan Warong Soto Penambang ni. Kita ngan Pei San makan soto, manakala Balqis ngan Zai pula makan nasi ayam penyet. Boleh tahan woo sotonya. Siap ada begedel lagi. Puas hati. Maybe yang masak memang orang pure jawa.

Sekinchan
Warong Soto Pasir Penambang

Warong Soot Pasir Penambang
Soda botol yang sangat nostalgia

Warong Soto Pasir Penambang
Eh...rasanya macam ada begedel. Tapi dalam gambo ni tak jumpa pulak


3. Bertolak ke Paddy Gallery (Galeri Padi) 

Kalau ikut itinerary yang diberikan Potboy, kitorang semua dikehendaki untuk berkumpul jam 2 petang di Paddy Gallery, Sekinchan. Kalau korang nak tahu, Paddy Gallery ni sebenarnya sebuah kilang beras yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang luas terbentang. Masa kitorang datang ni, padi tak masak lagi. Makanya sawah padinya hijau je, sungguh sedap mata memandang. Tenang je rasa. Selain kilang beras, Paddy Gallery juga merupakan sebuah galeri mini tentang padi dan beras. Sungguh educational trip ke Paddy Gallery ni. Dah tua-tua baru sibuk nak pergi rombongan camni. Ngahahahaa... Takpe, kita takkan pernah terlalu terlambat or terlalu tua untuk menimba ilmu. Kat sini, korang juga berpeluang untuk beli produk-produk hasil tanaman dari Sekinchan seperti beras, cuka buah, jagung dan paling best minuman seperti cendol dan jus kedondong. Panas-panas memang sedap layan weh!!

Antara yang menarik adalah beras berperisa keladi yang dipegang oleh Pei San tu. Kita tak suka keladi, Pei San suka. Tapi kalau nak ke sini untuk beli, susahlah kan? Takpe, boleh beli straight daripada Potboy di mana ia akan dihantar terus ke depan pintu rumah. Tak payah susah-susah datang sampai ke Sekinchan.















4. Minum Petang di N.16 Bus Café, Sekinchan

Sesudah menikmati lawatan ilmiah di Paddy Gallery, kitorang dibawa oleh Potboy untuk menikmati minum petang di N.16 Bus Café di Sekinchan. Uniknya N.16 Bus Café ni, pelanggan yang datang akan menikmati makanan dan minuman mereka di dalam bas yang telah diubah suai. Bas tu pulak dua tingkat weh.... Menarik sebab di tengah sawah padi nan menghijau. Memang pengalaman yang unik.

Menu yang ditawarkan di N.16 Bus Café ni agak terhad, tapi sejujurnya crab cake ngan long fries yang disajikan memang sedap. Memang tak cukuplah apabila dikongsi berempat. Nak-nak bila semuanya memang kuat makan. Hahahahha! Kita suka crab cake cafe ni sebab ia dibuat menggunakan ketam asli ehhh... Bukan ketam tipu tu. Benci!





5. Wishing Tree, Sekinchan di Pantai Redang

Setelah perut kenyang senang hati, kitorang pergi pula melawat Pantai Redang. Jangan ingatkan kat Terengganu je ada Redang ehhhh! Kat Sekinchan ni pun ada Pantai Redang tau. Tourist attraction di sini adalah Wishing Tree Sekinchan dengan landmark I love Sekinchan tu. Memang ramai tourist yang datang bergambar ataupun buat hajat di sini.

Di sebelah Wishing Tree tersebut ada sebuah tokong Cina. Pei Sanlah orang paling gumbira bila sampai ke sini. Dia ada ke Tokong untuk berdoa dan buat hajat. Cara pastikan hajat korang tercapai? Lemparkan reben merah tu ke atas pokok. Moga-moga hajat Pei San tercapailah hendaknya. Bak kata orang Cina, kalau ikhlas tentu hajat akan tertunai. Semoga korang-korang yang berhajat dengan hati yang suci dan ikhlas semuanya tertunai hajat. Amin, Insyaallah.

Selain wishing tree, sudah tentulah korang boleh check it out Pantai Redang tu sendiri. Ada juga makanan ringan di jual berhampiran situ.






6. Check in di Pearl Rice Garden Homestay/ AirBnb (米樂坊頂層日式高级公寓)

Dalam pukul 7 malam, kitorang pun bergerak ke Pearl Rice Garden Homestay. Pearl Rice Garden Homestay ni boleh ditempah menerusi AirBnb di SINI . Penginapan kitorang di sini telah ditaja oleh Potboy Groceries. Yeay! Terima kasih sekali lagi kepada Potboy Groceries.

Kalau korang nak tahu, homestay ni bukan homestay biasa-biasa, sebaliknya ia didekorasi dan dihias mengikut tema yang berbeza. Pada malam tersebut, kitorang telah ditempatkan di homestay yang bertemakan Jepun. Cantik woooo! Memang terbaik!!







7. Barbecue di Pearl Rice Garden Homestay dan mini games dengan rakan blogger.

Last but not least, kitorang makan malam ala-ala barbecue dan steamboat di rooftop garden Pearl Rice Garden Homestay tu. Kalau korang nak buat mini family gathering, memang sesuai untuk adakannya di sini sebab boleh memuatkan dalam 6 buah keluarga dan diatasnya pula ada balkoni untuk tujuan barbeku.  Sesuailah untuk short getaway bersama keluarga. Pandai Potboy ni pilih tempat.




Sebenarnya hari Sabtu tu boleh je jalan-jalan lagi Sekinchan, tapi kita ada hal sebab ada jemputan. So terpaksalah rush balik Shah Alam pagi Sabtu tu. Kira tak sempat explorelah semua tempat menarik di Sekinchan ni. Tapi semua tempat-tempat yang kita ceritakan tadi juga boleh dikategorikan sebagai antara tempat-tempat menarik di Sekinchan.

Sekian, laporan percutian pendek ke Sekinchan yang sememangnya pendek ni daripada kita yang ikhlas.

Da~~~

Baca juga:
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: Dash Box Hotel, Cyberjaya
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka

32 comments:

  1. this look like so much fun... I wish I can joined but sadly... I couldn't and I never get to enjoy Sekinchan yet

    ReplyDelete
  2. rupa2nya awak... hahaha... so hapy to see you there ❤

    Racheal

    ReplyDelete
  3. rupa2nya awak... hahaha... so hapy to see you there ❤

    Racheal

    ReplyDelete
  4. Wow so much fun there! It has been a while since my last visit to sekinchan, perhaps i should make a trip there.

    ReplyDelete
  5. wow, sekinchan! always a good place to go with family and friends. :) . nice to see so many happy pictures here.

    ReplyDelete
  6. The room is so beautiful..i never got a chance to explore sekichan yet..it have somany interesting place to visit right?

    ReplyDelete
  7. Wow byk nyer attraction kat Sekinchan sekarang. Your homestay nampak glamour giler.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  8. Pearl Rice Garden Homestay looks so luxurious! Tak sama seperti apa yang I bayangkan. Best nya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is luxurious. Can be booked via AirBnb

      Delete
  9. It looks like a very fabulous trip! A learned a thing or two. Homestay is always a cool way to live like locals in the area.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep.. Homestay is a cool way to learn local culture

      Delete
  10. Bestnya homestay dia sis... seronok dapat jalan2 macam awk sis.

    ReplyDelete
  11. Can't understand the language, but based on the photos looks like it is a great and fun adventure, so beautiful place and interesting foods!

    ReplyDelete
  12. I've been to Sekinchan several times and have visited many of these places. However, Pearl Rice Garden Homestay is new to me. Doesn't look like it is in Sekinchan at all!

    ReplyDelete
  13. Sekinchan is a nice place to visit for short trip, I like the place too :)

    ReplyDelete
  14. I visited Sekinchan last year and it was an awesome trip. That bus cafe, I wanna try too.

    ReplyDelete
  15. Wow looks like an amazing trip! The homestay look so nice and comfortable, I should visit Sekinchan next time 😃

    ReplyDelete
  16. Looks like you had loads of fun! To bad i had to miss out on this. hehe. Would love to visit sekinchan again. LOOKS SO HAPPENING!

    ReplyDelete
  17. The trip looks so much fun and interesting! The place you stay is so classy and pretty too! It's been a while since I visit Sekinchan =)

    ReplyDelete
  18. Sekinchan memang cantik dan makannya sedap. Rakan-rakan saya sanggup pergi ke sana sebab nak photoshoot sebab lokasinya memang menarik.

    ReplyDelete
  19. Wow it is a beautoful place, very different from he city which is refreshing! Will save your post for my future trip!

    ReplyDelete
  20. Eh, tiba-tiba rasa macam Sekichan ni best pulak.

    ReplyDelete
  21. wah !! TAHNIAH !! best nya menang dapat stay in for free !

    ReplyDelete
  22. Wow, homestay tu glamorous gila! Tak pernah pergi Sekinchan, kena cuba sehari gi jugak tu.

    ReplyDelete
  23. Best cuti2... lg best sbb free hihihi

    ReplyDelete
  24. kinda miss sekinchan too....it's been years since I last been!

    ReplyDelete
  25. walaupun dekat, still seronok sebab bukan senang nak ada masa lepak lepak camtu kan. btw tahniah menang giveaway tu :)

    ReplyDelete
  26. Bestnya dapat tajaan ke sekinchan dgn tinggal kat air bnb pula.

    ReplyDelete