Wednesday, 18 October 2017

Pertandingan 'My Fun Cooking' Serlah Bakat Memasak Pasangan Ibu dan Anak


Hai semua,


Harini nak cerifa fasal Pertandingan My Fun Cooking anjuran Lee Kum Kee dan Desa Home yan telah berlangsung pada 15 Oktober bertempat di One Space @ The Square, One City. Kita ni memang suka program masak-masak. Kalau kat tv tu, nampak program masak-masak je memang terus terpakulah, tak tukar-tukar channel langsung dah.

Tapi tu yang kat TV. Mana ada sehebat bila tengok live kan? Uish, sejujurnya, nilah pertandingan masakan yang paling kita kagum sebab bukan sahaja dibuat secara live, malah penonton juga berpeluang untuk melihat pasangan ibu dan anak menyerlahkan bakat memasak mereka secara berhadapan.

Bila tengok secara langsung dan berhadapan, apa lagi? Nampaklah semuanya secara terperinci. Daripada masa peserta pilih bahan-bahan makanan, sampailah sediakan, bahan, masak, hias. Semuanya kita dapat lihat. Yang best tu, bila diorang masaklah kan.... Pergh!! Bila diorang mula tumis makanan je, aroma makanan tu pula naik. Uish... terliur kita. Malah, kitorang sebagai penonton juga berpeluang untuk merasa sendiri rasa makanan yang disediakan peserta. Memang gempaklah pertandingan ni.

Jadi alkisahnya, pertandingan 'My Fun Cooking' yang kita hadiri ni adalah pertandingan pusingan yang pertama. Untuk pusingan pertama ni, seramai 4 pasangan anak-beranak telah terpilih untuk berentap.

Mula-mula sekali, para peserta akan diberikan tempoh selama setengah jam untuk membeli bahan-bahan makanan yang mereka nak sediakan.di SKM Market yang berada tidak jauh daripada lokasi pertandingan. Fuh, jadi apabila pengacara umumkan diorang dah boleh beli barang je, apa lagi? Terus berlarilah masing-masing sebab nak cari bahan masakan.

Aha, lepas dan beli, dirorang diberikan dalam tempoh sejam untuk menyediakan bahan dan memasak. Dalam pertandingan ini, peserta diberi kebebasan penuh untuk menyerlahkan kreativiti mereka dalam memasak tetapi dengan syarat, masakan mereka perlulah menggunakan sos dan bahan perasa keluaran Lee Kum Kee.

Ha, sebut fasal Lee Kum Kee, mesti korang teringat sos tiram je kan? Jangan tak tahu, banyak lagi sos, perencah dan bahan perasa keluaran Lee Kum Kee contohnya, minyak bijan, kicap pekat, kicap, sos XO dan macam-macam lagi. Senang kata jenama Lee Kum Kee ni memang dah dikenali sejak dahulu lagi dan memang terjamin kualitinya.

Okay, sambung balik cerita memasak. Kita suka sangat konsep pertandingan yang menggandingkan pasangan ibu dan anak sebab secara tak langsung, ia dapat memupuk hubungan baik dan 'bonding' di antara ibu dan anak. Sebenarnya pertandingan ini terbuka kepada pasangan ibu bapa dan anak-anak. Tapi kebetulan kali ini, semuanya disertai ibu-ibu dan anak-anak mereka.

Kita saja je bawa budak-budak ni untuk join pertandingan memasak camni. Dengan harapan, diorang ni pandai-pandai dan rajin-rajinlah menolong kat dapur nanti. Hehehhee... Sekarang ni pun sebenarnya diorang rajin je tolong kopek bawang, pukul telur dan basuh pinggan mangkuk. Tapi harap-harap dah besar sikit nanti, diorang jelah masak. Mummy makan je. Yeay!!

Okey, enough membebel, jom tengok gambar sekitar pertandingan memasak 'My Fun Cooking' ni:

Mia on stage
Fun sangat sampai budak-budak ni buat perangai.... Adoi!!

Mia with product
Mia jadi model penaja sat
Premium sauce of Lee Kum kee
Antara sos premium Lee Kum Kee
Membeli belah
Membeli bahan-bahan masakan
Preparation
Menyediakan bahan-bahan
Food Presentation
Menghias makanan aka food presentation

Sos pilihan
Sos pilihan kami semestinya sos Lee Kum Kee
Lebih kurang lepas sejam bertungkus-lumus, para peserta pun lebih kurang dah siap masak. Cuma tinggal hias-hias, posing-posing dan bedebar-debar je. Yelah, mana tak berdebarnya? Biasanya masak kat rumah masak untuk tekak sendiri je. Tapi ni nak hidang pada empat orang juri pulak tu. Lagilah ramai orang tengok kita masak, uish, mau tak berpeluh-peluh dan berdebar-debar dibuatnya?

Jadi siapakah gerangannya panel juri terhebat pertandingan masakan 'My Fun Cooking' kali ini? Mari kita lihat. Hebat-hebat tau panel jurinya:

Panel Judges
Nilah panel jurinya. Empat orang semuanya. Wakil dari Lee Kum Ke, One Space, SKM dan Electrolux

Kalau kita masuk pertandingan memasak, kita tentu doa-doa juri tu semua sedang kelaparan. Hahaha... Kalau diorang lapar, mesti apa yang kita masak pun diorang rasa sedap je kan? Kah kah kah! Mau tak? Pusingan kali ini ada 4 pasukan. Maknanya kena food tasting and judging for 4 kind of dishes.

Antara masakan yang disediakan oleh peserta bagi pertandingan pusingan pertama yang bertemakan ayam ini adalah Kung Pao Chicken, Stew Ayam Srikandi, dan Kum Kee Golden Patties.

Nyam nyam nyam. Proses menilai makanan
Oh ya, mesti korang teringin nak tahu bagaimanakah penilaian markah diberikan. Betul tak? Jadi bagi pertandingan ini, berikut adalah ciri-ciri yang mereka titikberatkan:

1. Rasa (25%)
-Cukup rasa atau tidak dan penggunaan rencah dan sos

2. Tekstur (25%)
-Sama ada ia cukup empuk, rangup, lembut dan sebagainya

3.Persembahan Makanan (20%)
-Cara makanan dipersembahkan

4. Anak (10%)
-sama ada mempunyai keyakinan untuk masak dengan tunjuk ajar ibu/bapa

5. Keserasian dan kerjasama (20%)
-sama ada pasukan tersebut serasi dalam menghasilkan masakan

Setelah semua masakan dirasa dan dinilai, kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan di mana pemenang pusingan pertama ini akan diumumkan. Pemenang akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk bertanding merebut juara keseluruhan pertandingan 'My Fun Cooking'.

Semua juri sepakat dan sebulat suara bahawa pemenang pusingan ini adalah:

Kum Kee Golden Patties
Kum Kee Golden Patties
Tahniah kepada pasangan ibu dan anak: Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee
Tahniah kepada Pn. Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee dengan masakan mereka Kum Kee Golden Patties kerana berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada 12 November 2017 nanti.

Kepada yang lain, tahniah juga kerana anda sudah cukup hebat kerana terpilih untuk menyertai pertandingan ini:

All participants
Tahniah semua!
Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan pusingan-pusingan pertandingan yang lain, ia telah dijadualkan di The Square, One City Mall pada:

Pusingan Pertama: 15 Oktober 2017 (Ahad)
Pusingan Kedua: 22 Oktober 2017 (Ahad)
Pusingan Ketiga: 29 Oktober 2017 (Ahad)
Pusingan Akhir: 12 November 2017 (Ahad)

Terima kasih sekali lagi kepada penaja pertandingan ini iaitu Desa Home dan Lee Kum Kee atas tajaan Pertandingan 'My Fun Cooking'. Pertandingan ini memang amat bermakna sekali.

Bagi mereka yang nak jenguk-jenguk fasal pertandingan ini, boleh juga tekan sini My Fun Cooking

Okay, sekian laporan saya, Mia dan Haris buat kali ini. Jumpa lagi pada 12 November 2017 di mana kitorang akan menyaksikan pusingan akhir My Fun Cooking pula. Weee!!!

Da~~


29 comments:

  1. I was there too... best tengok diorang berentap....!!

    ReplyDelete
  2. Hahaha bab2 doa juri kelaparan tu win sangat .. Seronok tengok bekerjasama camni..Best..Meriah..

    ReplyDelete
  3. Bestnya, baru pertama kali dengar jenama ni, comelnya miaaa 😍

    ReplyDelete
  4. this is so much fun and a great way to bond with your little one...

    ReplyDelete
  5. bagus pertandingan macam ni, anak2 pun dapat belajar more

    ReplyDelete
  6. Wow ingat tuan badan masuk tadi hehehe tapi saya suka juga pertandingan macam ni asah bakat moga ada lagi tahun depan lebih mencabar.

    ReplyDelete
  7. kita pun suka rancangan masak masak !
    bagus budak2 dah belajar masak dari kecik lagi.

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau dapat masuk pertandingan...i love cooking tp masa ni i ada event lain...

    ReplyDelete
  9. Suka tengok orang masak. nampak macam sedap je kan

    ReplyDelete
  10. Bgus mcm ni..asah minda anak2

    ReplyDelete
  11. Aktiviti yang best utk ibu dan anak selain pendedahan kpd anak2 berfikir secara kreatif dlm memasak...
    Nsb la tmpt tu jauh, kalau x..nak jugak join��

    ReplyDelete
  12. Bestnya. Kita suka channel masak-masak juga; AFC, Food Network etc. Harap 1 hari nanti ada keyakinan nak join contest macam ni. Tengok je pun daj excited.

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
  13. Dapat gak aritu invitation utk event ni tapi that time mak sedare meninggal so tak dapat la join

    ReplyDelete
  14. What a fun event this is for both parent and child! It's an activity to learn and an opportunity to bond. Really nice effort.

    ReplyDelete