Thursday, 30 November 2017

Senarai 7 Hadiah Yang Paling Mengecewakan Buat Penerima

November 30, 2017 24
Senarai 7 Hadiah Yang Paling Mengecewakan Buat Penerima

Hai semua,

Harini kita mood tak baik. So nak citer antara perkara yang boleh buat orang mood tak baik juga. Aci tak? Memandangkan dah nak Krismas ni, ramai yang buat aktiviti gift-exchange, lagilah sesuaiii sangat topik ni.   Ala, takyah kecam sangat cakap orang dah bagi hadiah pun dah cukup baik dah. Apalah tak bersyukur. Ni kekadang soal dan isu sejauh mana keikhlasan orang tu juga.

Mengecewakan
Hadiah memang disukai, tetapi sebab berharap lah kita akan rasa kecewa.

Contohnya kat company kita setiap tahun ada gift exhange activity. Apa perasaan korang kalau korang sendiri punyalah perah otak nak bagi hadiah terbaik mengikut terma and syarat yang diberikan, tetapi tiba-tiba dapat hadiah sampah? Malah tak ikut pun spesifikasi bajet yang ditetapkan? Perghhh... Berapi tau.  Tapi malangnya, kitalah antara orang yang tak bernasib baik tu. Asyik dapat hadiah yang mengecewakan je sokmo. Ke memang kita ni jenis yang susah sangat nak ambik hati? Rasanya tak kot. Hmmm... Jom tinjau!

Zassss!!


7. Makanan
Adoi... ni kakak benci tol. Unless makanan tu memang mahal nak mampos and kita tak mampu nak beli then leh simpan bertahun-tahun, tolonglah jangan bagi kita makanan k sebagai hadiah. Kalau nak belanja, belanjalah kita makanan. Tapi tolonglah jangan dibuat hadiah.  Bagi kita kalau hadiah tu, tolonglah beri something yang significant sikit. Boleh simpan and ada sentimental value. Ni tak, bagi kita coklat cadbury. Dah makan lupa dah, tak ingat. Tu kalau bagi coklat cadbury. Eloklah juga. Sedap nak makan. Ni bagi kita makanan tah apa-apa, sampaikan kita bagi Hariz yang pelahap tu pun dia gigit sikit je dah takmo makan dah. Letak kat atas meja pun takde semut nak hurung. Pfftt....



6. Buku
Ha ni lagi satu. Tolonglah jangan bagi buku sebab di zaman era teknologi ni. Tak semua orang baca buku kot. Adoi....  Kalau baca buku pun, tak semestinya suka buku yang korang hadiahkan tu. Adeh..adeh.. Kesudahannya, entahlah nak sumbat ke mana. Bazir saje..

5.  Mug/Cawan/Gelas
Adoi... Tolonglah... Pergi event dapat mug, kahwin dapat mug, zaman sekolah dulu pun mug/cawan/gelas tak abis-abis. Kat rumah pun banyak dah cawan/mug/gelas yang tak pakai-pakai lagi. Kalau bagi satu set okaylah juga. Tapi kalau satu je beli Darlie/Colgate or sabun pun kekadang diorang bagi wak!!! Tolonglah jangan bagi kita benda-benda ni eh... Dah tak tau nak simpan mana.


4.Barang Perhiasan
Hmmm... hmm.... Sejujurnya, barang perhiasan yang tujuannya hiasan semata-mata dan tiada kegunaan praktikal adalah antara barang yang disenaraikan sebagai hadiah yang paling kita tak gemar. Sebabnya? Rumah kita sekangkang kera je wakkkk... Tak tahu nak letak kat mana. And maybe tak kena pun ngan taste kita.

3. Binatang Peliharaan
Ha, ni lagi satu. Tak semua orang sukakan binatang peliharaan. And kalau suka pun, so what? Cemana kalau dia takleh commit nak jaga binatang tu? Tak ke jadi kes pengabaian, penganiayaan dan penderaan binatang dah? Dosa weh. Takleh wat memain benda ni. Ada statistik yang mengatakan kadar atau bilangan haiwan yang diabaikan adalah daripada binatang peliharaan yang dijadikan hadiah. Dah beli, penerima tak tau nak bela, tak pandai nak jaga or takde bajet nak bela, then dia buang camtu jek. Kesian binatang tu tau. So, please stop animal abuse eh. Walaupun hatta seekor ikan sekalipun. Sebab nak bela binatang ni, kena orang yang betul-betul ada belas, sayang dan juga duit masa tenaga. Kalau kita, anak pun dah tak terbela, nak bela pets. Memang tidaklah!

2. Hadiah Recycle
Ha, yang ni memang sesuai kena kecam. Geram tau! Selain mug/cawan/gelas bla bla bla. Kita paling menci orang yang bagi hadiah recycle. Kalau recycle tapi orang tak tahu takpe jugak. Ni skali tengok je dah tahu, tah mak jemah mana bagi dia hadiah, dia tak suka, dia simpan kat setor bertahun-tahun. Then bila ada je kena bagi hadiah, terus dia korek hadiah recycle tu then bagi kat orang lain. Eh pleaselah! Takde keikhlasan langsung. Bengang tau! Kalau bagi yang berharga cam emas ke blender ke apa ke takpe lagi. Ni dia pun takmo, terus campak kat orang sebab tak nak keluar duit sendiri. Mencilah pattern kemut camni. Pffttt.....


1.Barang Terpakai
Okay, yang ni lagi setan dari hadiah recycle. Biasanya hadiah recyle ni, orang tak pernah pakai lagi. Dia tengok, dia buka, dia tak suka, then dia simpan buat pekasam. Tapi yang barang terpakai ni memang lagi up sikitlah ketakikhlasan dia daripada orang yang bagi hadiah recycle. Hadiah barang terpakai ni biasanya dia sambar je apa yang dia dah pakai tapi takmo pakai lagi sebab dah beli baru ke, dah tak nak pakai ke, then dia balut je bagi kat orang. Eeii... Nak citer pun menyiraplah!! Jangan tak percaya. Kita pernah terima hadiah berupa modem dan telefon yang terpakai dan rosak. Paling best, ada habuk lagi kat modem tu and fon tu. Lol... at least laplah dulu weh habuk tu... Ni memang bikin hangin.

Sekian senarai daripada Prettily Rare.

Korang lak? Apa hadiah paling mengecewakan yang pernah korang terima? Ceciter ceciter.


Thursday, 23 November 2017

Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

November 23, 2017 13
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

Hai semua,

Harini nak cerita fasal Bahasa Cina atau dengan lebih tepatnya Bahasa Mandarin. Lazim diketahui kat Malaysia ni tiga bahasa utama adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina. Ketiga-tiga bahasa ni merupakan bahasa utama yang paling kerap digunakan di Malaysia.

Simple Chinese Terms
Anatara ayat-ayat mudah Bahasa Cina

Walaupun penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja dah mencukupi bagi rakyat Malaysia, tetapi tentu ramai yang timbul rasa minat untuk mempelajari Bahasa Cina kerana tidak mahu rasa terpinggir, mahukan peluang pekerjaan yang lebih luas dan untuk lebih berdaya saing.

Sejujurnya, salah satu isu yang sering menjadi permasalahan adalah apabila peluang untuk memohon pekerjaan banyak dihadkan berikutan trend majikan yang meletakkan syarat Berbahasa Cina di dalam iklan permohonan jawatan. Tak kurang juga isu rasa terpinggir apabila kebanyakan pekerja di syarikat adalah daripada kaum Cina dan mereka sering berkomunikasi dalam Bahasa Cina sesama mereka. Lumrah manusia, kalau tidak faham, kita lebih mudah bersangka buruk dan berfikiran negatif walhal, tak semestinya mereka mengutuk atau menyoalkan sesuatu tentang kita.  Inilah yang dikatakan sebagai jurang komunikasi.

Tak perlu cakap jauh, mengambil diri sendiri sebagai contoh pun, dah boleh nampak di mana fitrah dan lumrah manusia memang sering khuatirkan benda yang mereka tidak fahami. Oleh kerana hanya saya dan dua orang adik lagi sahaja yang fasih bertutur dalam Bahasa Mandarin, setiap kali kami datang bertandang ke rumah kakak sahaja, tentu kakak akan tetapkan kami agar tidak berbahasa Cina sesama sendiri. Mungkin dia rasa terasing dan juga dia takut kitorang mengumpat. Walhal, tidak pun. Memang dah terbiasa bersembang sesama sendiri dalam Bahasa Cina. Malah, Bahasa Cina sudah seakan-akan menjadi bahasa kedua dan hampir kepada mother tongue sendiri berbanding Bahasa Inggeris.

Usefulness
Bancian menunjukkan lebih daripada separuh pelajar mengatakan BC berguna untuk meruka

Most widely used language
Antara Bahasa yang paling lazim diguankan
Saya sendiri sangat berterima kasih kepada arwah ayah kerana menghantar kami ke sekolah Cina sejak sekolah rendah sehinggalah tamat tingkatan 6. Saya masih ingat lagi kata-kata arwah pada waktu itu, dia mungkin tidak mempunyai harta yang banyak, tapi apa yang dia boleh berikan pada kami adalah penguasaan satu lagi bahasa sebagai kegunaan kami nanti. Katanya, pada masa akan datang, Negara Cina akan menjadi salah satu kuasa besar dunia. Pada waktu itu, berpusu-pusu orang akan berebut untuk mempelajari Bahasa Cina. Tapi kami tak perlu kerana ayah dah persiapkan kami terlebih dahulu. Sampai sekarang saya terharu, terkenang dan kagum dengan kebijaksanaan arwah ayah saya.

Mana taknya? Apabila kita perhatikan sekarang, berikut adalah antara perkembangan yang berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia:

1. Ekonomi Negara Cina telah berkembang dengan pantas sekali 10 tahun kebelakangan ini.
2. Mata wang Cina telah diterima dengan lebih meluas di seluruh dunia malah cawangan bank-bank Cina pun telah banyak dibuka di serata dunia.
3. Kerajaan Malaysia pula telah meminta kerjasama dari Jack Ma, Pengasas Alibaba untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital di Malaysia di mana Malaysia mempunyai kelebihan dari segi lokasinya yang strategik dan keupayaan rakyat Malaysia untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.4. Proton telah diambil alih oleh Geely
5. Kemasukan lebih ramai pelabur dari Negara Cina, malah Universiti Xiamen, sebuah universiti dari Negara Cina juga telah dibuka di Nilai, Negeri Sembilan
6. Jenama-jenama Negara Cina telah mula diiktiraf dan diyakini di seluruh dunia, contohnya jenama telefon bimbit dari Negara Cina seperti Xiaomi, Oppo dan Vivo sudah mampu menandingi saingan dari Korea seperti Samsung
7. Implementasi OBOR (One Belt One Road - Satu Jalur Satu Laluan) iaitu satu usaha memajukan laluan sutera baharu untuk membantu negara Cina menangani masalah lebihan kapasiti dan juga modal bagi pemba­ngunan serantau dalam me­nambah baik perdagangan dan juga hubu­ngan dengan negara anggota ASEAN, Asia Barat dan Eropah.

China
Jangan tak tahu fasal One Belt One Road ni Kredit: The Star

Malah, berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu melancong ke negara-negara Asia sendiri menyaksikan betapa pentingnya dan betapa bergunanya Bahasa Cina itu berbanding Bahasa Inggeris. Antaranya:

1. Pengalaman di Thailand untuk membeli kad Telco. Penerangan flyer diberikan dalam Bahasa Thai dan Bahasa Cina. Tiada penerangan Bahasa Inggeris.
2. Di Jepun, papan tanda dan nama tempat ditulis di dalam kanji di mana ia berasal dari perkataan Han Zi ataupun tulisan Cina. Jadi saya tidak mempunyai kesukaran untuk mengenal tempat dan boleh faham secara kasar apa yang ingin disampaikan. Pemandu pelancong atau penterjemah yang disediakan bagi pelancong pula terbahagi kepada dua bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris di mana kumpulan Bahasa Inggeris memang cepat penuh tempahannya.
3. Di Korea, kebanyakan destinasi pelancongan, warga Negara Cina ditempatkan untuk melayani pelancong. Malah saya sendiri faham Hangul kerana pernah mempelajari asas Bahasa Korea dan mampu membaca dan memahami papan tanda yang mudah kerana kebanyakan Bahasa Korea dipinjam daripada Bahasa Cina.
4. Negara Cina dan Taiwan - Kebanyakan penduduk terutamanya di kawasan pedalaman hanya tahu Berbahasa Cina dan tidak pandai berbahasa Inggeris.

Hal-hal ini  semua telah menguatkan lagi keazaman dan keputusan saya untuk menghantar anak-anak saya ke sekolah Cina walaupun sedar betapa sukarnya untuk memperuntukkan masa untuk memantau pelajaran mereka.

Saya sebenarnya juga terharu dengan inisiatif sesetengah ibubapa yang telah menghantar anak-anak mereka untuk ke Kelas Mandarin Untuk Si Cilik di yang ditawarkan oleh SifuMandarin , di Pusat Tuisyen Perintis Didik Seksyen 7, Shah Alam of walaupun anak-anak mereka bersekolah di sekolah rendah kebangsaan. Mulanya, saya agak skeptikal dengan kemampuan mereka untuk belajar dan menguasai Bahasa Mandarin. Tetapi, apabila saya sendiri yang mengajar dan menyaksikan betapa cepatnya mereka menguasai pelajaran. Saya rasa sungguh kagum.

Kelas Mandarin Shah Alam
Rujuk laman sesawang rasmi SifuMandairn untuk keterangan lanjut
Itu kelas untuk kanak-kanak, apabila saya menjadi guru sambilan bagi Kelas Dewasa Bahasa Cina
SifuMandarin pula, saya juga kagum dengan kegigihan para pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Cina untuk memudahkan mereka dari segi tugasan kerja. Malah, ada di antara mereka yang mengambil inisiatif mempelajari Bahasa Mandarin kerana mereka pihak pengurusan mereka telah diambil alih oleh syarikat dari Negara Cina dan kontraktor mereka kebanyakan adalah dari Negara Cina.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui tentang Kelas Bahasa Cina yang ditawarkan boleh rujuk laman sesawang SifuMandarin bagi maklumat lanjut. Tenaga pengajarnya adalah Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Hawa Laoshi ( Cikgu Hawa ) di mana beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka sebuah sekolah swasta beraliran Cina (Mandarin).

Baca juga:

13 Tips dan Panduan Pilih/Tukar Kerja
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an

Wednesday, 22 November 2017

Pengalaman Bersalin Secara Normal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

November 22, 2017 9
Pengalaman Bersalin Secara Normal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Assalamualaikm semua,

Credit photo from Newborn Photography Australia

Seperti yang dijanjikan. Kalini kita nak cerita pengalaman bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang juga dikenali sebagai PPUM atau UMMC (University Malaya Medical Centre).

Alkisahnya, genap dua bulan kita bersalin secara ceasarean dan selesai berpantang. Kita telah diuji dengan rezeki kurniaan Allah s.w.t. Orang kata ibu-ibu yang menyusu penuh ni biasanya susah nak lekat dan kadangkala lambat datang haidnya. So bila kita tak datang haid lepas habis berpantang, kita tak terfikir pun akan mengandung lagi. Tapi tulah orang kata, rezeki biasanya datang tak dijangka-jangka. Kita telah disahkah pregnant masa Mia berusia 2 bulan.

Baju Melayu
Dah 5 tahun dah Hariz tahun ni, semoga jadi anak yang soleh.


Sejujurnya, memandangkan Mia dilahirkan secara caesarean, berita kehamilan tu bagaikan satu berita yang agak menakutkan. Mana taknya? Caesaren dulu dahlah dilapah hidup-hidup sebab bius tak berfungsi pada kita. Ni belum habis trauma lagi, dah mengandung semula. Macam-macam dah timbul dalam fikiran kita. Ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan biasanya dinasihatkan untuk berehat selama 2 tahun sebelum mengandung semula. Kita pula? Lepas 2 bulan caesar dah pregnant. Aiyoyoyoyo!

Tu belum tekanan dari segi kerja, kewangan dan keluarga lagi. Pertamanya, Mia kecil lagi, tapi dah kena berbahagi kasih dengan si kecil. Dari segi kerja, kita baru sahaja cuti bersalin 2 bulan. Tup-tup pregnant lagi. Biasalah, tentu macam-macam pandangan orang. Tak menyabarlah. Tak reti merancanglah. Dari segi kewangan, bersalin Mia je dah 5k dihabiskan. Tu baru bab bersalin. Belum lagi yuran asuhan bulan-bulan, pakai, minum dan macam-macam lagi. Masa tu memang terlalu stress kita rasa. Lagi-lagi bila pregnant je, susu badan tak mencukupi disebabkan faktor hormon dan Mia pulak tak nak minum mana-mana susu formula. Semua brand dah try bagi, tapi semua dia tak nak minum. Memang keras kepalalah. Sampai skarang terbawa-bawa keras kepala dia tu. Sanggup berlapar daripada minum susu formula.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan Hariz ni, macam biasa, kita takde alahan, takde komplikasi. Tapi disebabkan kita nak mengurangkan risiko untuk bersalin secara pembedahan buat kali kedua, terpaksalah kita kawal pemakanan dan monitor kenaikan berat diri sendiri dan juga kenaikan berat baby. Biasalah, kalau mak berat, senang ada komplikasi. Kalau baby pulak berat dan besar, mestilah susah nak teran nanti. Lagilah kita anak pertama bersalin caesar. Takde lagi pengalaman teran-meneran ni. Umpamanya bersalin anak pertama kata orang, sebab takde laluan lagi. Tapi lazimnya orang kata baby kalau besar, susah sikit nak teran... Kalau susah, maka tinggilah risiko untuk bersalin caesar atau pembedahan buat kali kedua.

Satu lagi orang kata, kalau dah dua kali caesarean, memang alamatnya, lepas-lepas tu memang dah tak boleh bersalin normal dah. Jadi bagi mengelakkan perkara itu berlaku kita, tu yang kita lakukan semua usaha yang mampu untuk pastikan kali ni kita boleh bersalin normal. Bila hanya sekali je caesarean, bilangan anak boleh ramai lagi. Kalau tak, mesti terhad pada 3 orang je. Tak nak, tak nak. Better leave the options open. Mungkin skarang tak nak anak, tapi siapa tahu, akan datang, teringin lagi nak timang baby. So taknaklah awal-awal lagi dah limitkan bilangan kelahiran kan....

So oleh kerana pernah caesar dan mengandung rapat, setiap kali pemeriksaan je, doktor akan tanya dengan luka pembedahan kita. Ada rasa sakit tak? Ada rasa mencucuk tak? Sebabnya diorang khuatir bila baby membesar, berat baby akan membuatkan luka pembedahan tak mampu menampung  tekanan berat baby. Nasihat doktor, kalau bila-bila sakit, berkemungkinan kita akan perlu dibedah lagi bagi menyelamatkan nyawa kita dan juga baby.

Alhamdulillah....sampai ke 39 minggu, tempat pembedahan tak rasa sakit, takde sebarang komplikasi semua... Pengalaman mengandung kali ni, doktor dah terang-terang bagi amaran yang kita tak bleh diinduce atau tak boleh percepatkan kelahiran kerana takut akan berikan stress pada bekas luka pembedahan. Sudahnya, sampai minggu yang ke 39 kita kena ulang-alik check ngan doktor.

Sampailah pemeriksaan pada minggu ke-39 tu, kita dah rasa sengal-sengal badan, sakit dari pinggang sampai ke punggung. Sebelum ni masa pregnant Mia, tak pernahlah rasa camtu. Bila jumpa doktor rupa-rupanya dah mula contraction. Loh... camtu ke rasa contraction? Tak pernah tau pon. Al-maklumlah masa Mia dulu tu tak pernah pun rasa sakit camni. Then bila doktor seluk, alamak! Dah 4cm katanya, dah in labour process... Terus muka kita jadi biru-biru sebab trauma... Keadaan yang berlaku ni macam sama je ngan Mia dulu. Dejavu. bila seluk dah 4cm....Jangan cakap kalini pun kena caesar sudeh!! Seram I.

Jadinya masa pemeriksaan tu lagi kita dah kena tahan masuk wad. Kita nak balik, doktor tak bagi. Dia kata awak dah in labour process, mana boleh jalan sana sini? Nanti terberanak cemana? Lol...
Jadi kita pun minta adik datang bawa barang-barang bersalin, and minta kebenaran dari doktor untuk pergi makan dulu. Al-maklumlah, masa tu bulan puasa. Kita pun rajin je puasa. Tak makan pun. Bila doktor nak tahan, haruslah kita p makan kenyang-kenyang dulu. Kalau tak, tak daya nak teran nanti cemana?

Maka dengan muka tak malunya, masa tengah-tengah bulan puasa tu kita p je kat foodcourt PPUM untuk makan. Tak pedulilah orang nak kata apa, yang penting kita nak bersalin dengan aman nanti.
Takkanlah nak meneran dengan takde tenaga plak?

Lepas siap makan, kita terus dibawa masuk ke bilik bersalin. Tukar pakaian, makan ubat berak semua. Pastu doktor check, eh still 4 cm, takde peningkatan pun. Tapi dia kata kita takleh induce, so memang kena bagi laluan buka sendiri. Then dia decide untuk pecahkan air ketuban untuk pastikan laluan dibuka dengan lebih cepat.

Adoi...dejavu lagi. Dua-dua kali bersalin, dua-dua doktor yang pecahkan air ketuban. Takde pun scene tengah jalan-jalan tetiba air ketuban pecah dalam kat televisyen tu. Masa doktor nak pecahkan air ketuban tu, doktor amik jarum yang panjang ya amat, pastu dapatlah rasa doktor tangkap baby tu, ngelak-ngelak Hariz dalam perut, tak nak kena tangkap ngan doktor. Tapi last-last kena tangkap gak, then dia cucuklah air ketuban tu. Rasalah air mengalir cam terkencing... Hishh....

Sebelum tu doktor ada tanya, nak ambik epidural tak? Memandangkan kita dah tahu epidural tu tak lut langsung kat badan kita, kita terus-terang je cakap tak nak... Bazir duit i jekk...

Kita masuk labour room dalam kol 12. Dah maghrib, semua orang dah buka pun tak bersalin lagi. Bila nurse check, baru 5cm.. Apakah??? Pastu yang kelakarnya, misi tengok kita dok relaks je lagi. Then dia tengok graph.... "Oh, patutlah diam je relaks je," tegur misi. "Tengok graph awak ni takdelah tinggi mana, kalau orang lain dah menjerit-jerit dah" Perghhh! Tak tinggi dia kata? Kita dah rasa sakit cam nak sepak semua orang jek tau.

Sampai kol 10 malam, baru buka dalam 6-7cm. Doktor dah banyak kali warning, kalau baby tak bersalin lagi, dia nak caesar je. Tapi kita buat bodoh je. Malas nak layan. Sebabnya, setiap 2 jam dia warning camtu. Dahlah kita tengah sakit. Contraction ni memang geram sebenarnya, sebab dia takdelah sakit yang amat. Tapi kesakitan tu mengganggu dan kerap. Baru nak lelap, datang lagi sakit dia. Giler mengganggu lah, sebab tak boleh nak rehat langsung.

Susah nak citer cemana sakitnya contraction ni. Tapi memang trauma lah kalau nak kena lalui lagi sekali. Sampaikan sepanjang contraction yang berjam-jam tu, kita terfikir juga, kalau aku caesar je, lagi senang. Tak payah nak tahan sakit lama-lama. Kalau caesar je, mesti dah lama siap.

Dalam kol 11 lebih malam, kita dah rasa nak terberak dah. Orang kata kalau dah rasa camtu, maknanya dah bersedia nak push dah. Bila kita cakap kat nurse tu, boleh plak dia kata, lambatlah lagi lah wak... lama lagi... tak buka lagi ni.... jangan teran tau...nanti koyak.

Durghh...cemana nak tak teran? Nak paksa diri sendiri tak teran, lagi seksa rasanya daripada menahan contraction. Dalam kol 12, doktor masuk, dia kata eh, dah 10cm.. Dalam hati kita, entah-entah kol 11 tadi lagi dah 10cm kot... Korang je tak check....

Maka doktor pun suruhlah push... Lol... bagi kita nak teran tu tak sakit pun. Contraction lagi sakit kot. Tapi dua tiga kali teran jugalah. Kalau ikutkan baby kecik, takyah gunting pun boleh je teran. Tapi masa kita push kali ketiga tu, doktor pelatih tu tak reti nak sabar, dia pergi gunting sikit, dan automatik, terkeluarlah Hariz yang kurus kering sebab maknya saja kawal pemakanan tak bagi dia gemuk.

Lepas dah bersalin je. Hariz tu nangis macam syahdu gila. Anak orang lain bila lahir semuanya teriak macam kena sepak. Mia pun teriak macam kena penampo. Hariz je nanges tah syahdu apanya, perlahan jek. Sampai doktor pun tegur, alahai...syahdunya nangis.

Yang geramnya, masa jahit tu, tengah kita dok sedut-sedut laughing gas yang sangat-sangat memberikan kebahagiaan kepada kita tu, bleh lak misi tu ambik balik topeng gas tu. Katanya, takyah sedut lagi dik, nah baby, tengok muka anak nanti hilanglah rasa sakitnya.

Perghhhh!! Memang rasa nak ngamuk lah dengan misi tu. Pejadah tengok muka anak je ilang sakit? Siapa tah ajar. Rasanya masa tu kena jahit idup-idup lagi rasa sakit daripada contraction kot. Sampai berapa kali kita sepak doktor. Cuma doktor tu baik je, tepis-tepis kaki kita sambil cakap, eish, jangan, nanti tak cantik. Pffft..

Keseluruhannya, pengalaman bersalin di PPUM ni agak positif, cumanya apa yang kita tak suka, banyak lak doktor pelatih yang datang raba sana sini... tanya tu tanya ni. Tapi kalau korang tak nak, boleh je beritahu korang tak nak. Sebab tu adalah hak pesakit. Layanan pun boleh tahan untuk price ciput yang dibayar tu. Cumanya, memang geram betullah ngan nurse yang amik laughing gas kita masa tengah kena jahit tu. Grrrr....

Sekian pengalaman kita bersalin di PPUM. Kalau ada masa, kita share plak perbandingan bersalin secara normal dan pembedahan. Yerlah, kita dah lalui dua-duanya. Mestilah kita tahu apa pros and cons normal delivery versus caesarean delivery.

Da~~~

Newborn
Hariz 5 years ago
2 bulan
Hariz, 2 months

Disclaimer: Ini pengalaman saya. Pengalaman anda mungkin berbeza. Kalau anda nasib baik, Alhamdulillah. Tapi inilah yang berlaku pada saya. Semua orang nasib lain-lain. Harap takde yang emo nak kondem. Sekian, terima kasih.


Baca juga:

Pengalaman Bersalin Secara Normal di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM)
Pengalaman Bersalin Caesar di PPUKM/HUKM/UKM Specialist
Pengalaman Ditahan 2 Kali di Wad KPJ Selangor
Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel
Review: Wad Hospital Pakar KPJ Shah Alam
Pil Perancang Yasmin Tak Menggemukkan?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik

Monday, 20 November 2017

WidWid Skincare Lancarkan Serum Muka dan Mata Khas Untuk Wanita

November 20, 2017 10
WidWid Skincare Lancarkan Serum Muka dan Mata Khas Untuk Wanita

Hai semua,

Harini kita nak cerita fasal Majlis Pelancaran Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum oleh WidWid Skincare. Majlis pelancaran ini telah bukan sahaja telah dihadiri oleh stokis-stokis dan pengguna-pengguna WidWid Skincare, malah juga tetamu kehormat, wakil-wakil instafamous, pihak-pihak media dan lain-lain lagi.

Dazzle Face Serum and Nourish Eye Serum
Memperkenalkan Dazzle Face Srum dan Nourish Eye Serum oleh WidWid Skincare

Sejujurnya, sebelum ni kita tak pernah dengar tentang WidWid Skincare. Tapi rupa-rupanya produk WidWid Skincare ni telahpun mula dipasarkan sejak tahun 2016 lagi. Sekitar Januari 2016, WidWid Skincare telahpun melancarkan produk WidWid Youth Serum yang direka khas sesuai untuk mengatasi beberapa masalah kulit, antaranya kering, jerawat dan jeragat. Produk Youth Serum dikatakan telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan di pasaran.

Berikutan kejayaan produk Wid Wid Youth Serum, kali ini pengasas WidWid Skincare iaitu Widyatulila Basuni telah mengeluarkan produk Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum di mana kedua-dua produk ini mensasarkan dua masalah utama yang sering dihadapi oleh wanita masa kini. Tapi korang jangan salah faham, kalau isu kecantikan sekarang ni, bukan perempuan sahaja yang ambil berat, lelaki pun dah mula pentingkan kecantikan juga. So, kalau lelaki nak pakai pun, tentulah tiada masalah.

Jom kita tinjau apa istimewanya produk Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum Keluaran Widwid Skincare ni:

Dazzle Face Serum (30ml)
1. Infra-guard
-Produk pertama yang mengandungi Infra-guard iaitu teknologi yang mampu melindungi penuaan kulit akibat selaran dan pancaran dari sinar infra merah (infrared-IR) dan ultraungu (ultra violet-UV)
-Melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran alam sekitar
-Meningkatkan densiti epidermis kulit

2.Witch Hazel
-Mengurangkan jerawat, melembapkan kulit dan melindungi kulit dari pancaran matahari.

3. Revinage
-Melambatkan prose penuaan kulit, fungsi anti oksida, memutihkan kulit dan menghaluskan tekstur kulit

4.ET-VC
-Vitamin C yang bertindak sebagai ejen pemutih kulit, penggalak kolagen serta berfungsi untuk memudarkan parut

NOURISH EYE SERUM (10ml)
1. Cucumis sativus extract
 - ekstrak mentimum membantu cegah sembab di mata

2. Revinage
- Melambatkan proses penuaan kulit, mengandungi anti oksida yang memapu mencerahkan kluit serta menghaluskan teksture kulit

3. Infra-guard
-Produk pertama yang mengandungi Infra-guard iaitu teknologi yang mampu melindungi penuaan kulit akibat selaran dan pancaran dari sinar infra merah (infrared-IR) dan ultraungu (ultra violet-UV)
-Melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran alam sekitar
-Meningkatkan densiti epidermis kulit

4.ET-VC
-Vitamin C yang bertindak sebagai ejen pemutih kulit, penggalak kolagen serta berfungsi untuk memudarkan parut

5.Genowhite
-Ejen pemutihan kulit dan pembaikan kluit.

Dengan adanya Pek Edisi Istimewa WidWid Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum ni, sudah tentu ia satu berita baik untuk penggemar produk kecantikan kerana boleh mendapatkan kedua-dua produk ini dengan hanya satu pembelian yang bernilai RM150 sahaja.

Majlis Pelancaran Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum oleh WidWid Skincare ini turut diserikan oleh kehadiran penyanyi Hael Husaini dengan lagunya Jampi. Uish... merdu je nyanyiannya. Ni lagi favorite Hariz ni.

Mudah-mudahan lepas gunakan Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum ni pun cantik menawan je selalu kan? Orang lain tengok pun terpukau macam kena jampi gitu.

Okay, sekian laporan kita hari ini. Jom tinjau-tinjau gambar sekitar Majlis Pelancaran Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum oleh WidWid Skincare

Widwid skincare
Inilah pengasasnya. Meletup!

Instafamous
Cun je semuanya

with the bloggers
With the bloggers

Hael Husaini
Hael Husaini dan pengasas Widwid



Friday, 17 November 2017

Pusingan Akhir 'My Fun Cooking' Saksikan 5 Pasukan Berentap Sengit

November 17, 2017 6
Pusingan Akhir 'My Fun Cooking' Saksikan 5 Pasukan Berentap Sengit

Hai semua,

Ingat tak fasal entry kita tentang Pertandingan 'My Fun Cooking' Serlah Bakat Memasak Pasangan Ibu dan Anak yang lalu? Kalau terlepas entry tu boleh klik balik link ya?  Tu kisah sebulan lepas jugalah and masa tu baru pusingan pertama 'My Fun Cooking' ni. Selepas sebulan dan setelah tiga pusingan dilakukan untuk memilih pasukan-pasukan ibu/bapa dan anak yang terhebat, akhirnya pada 12 November, kita berjumpa pula dengan finalis-finalis 'My Fun Cooking' anjuran Lee Kum Kee, Desa Homes dan penaja-penajanya iaitu Electrolux, SKM Market dan juga One Space.

Final Round

Sama seperti pusingan-pusingan sebelum ini, para peserta diberikan tempoh 30 minit untuk membeli-belah dan kemudiannya diperuntukkan tempoh selama 1 jam untuk menyiapkan satu juadah pembuka selera (appetiser) dan satu hidangan utama (main dish).

Kalau pada pusingan pertama yang lepas tema masakan adalah ayam, tema masakan kali ini pula adalah makanan fevret kita iaitu udang! Yeah!! Bahagia!! (Cet, macamlah dia yang jadi juri and dapat makan!!) Nak tahu apakah antara menu-menu pembuka selera dan hidangan utama yang disediakan oleh para peserta kali ini? Teruskan bacaan.

Oh ya, sebenarnya hanya 4 sahaja pasukan yang disenaraipendek oleh Lee Kum Kee daripada pusingan-pusingan sebelum ini.  Mereka adalah:

Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee (Pusingan Pertama)
Ma Choy Yin dan Tan Shi Wei (Pusingan Kedua)
Yap Chin Yew dan Hun Zhi Yean (Pusingan Ketiga)
Ayu Rafikah dan Anaqi Bunyamin (Pusingan Ketiga)

Bagi merancakkan dan memeriahkan lagi pertandingan kali ini, para finalis perlu berentap dengan satu lagi pasukan jemputan pak cik dan anak buah  iaitu Celebrity Chef, Peter Davis dan anak buahnya, Alex Chong. Perghhhh!! Mana tak sengit pertandingan pusingan akhir kali ni? Kalau kita finalis-finalis tu, kita pun peluh-peluh kot nak hadap Chef bertaraf selebriti macam Peter Davis tu. Jadi mampukah finalis-finalis menewaskan Chef Peter Davis dan menjadi juara? Atau adakah pasukan jemputan Peter Davis ni yang angkat membawa pulang kejohanan My Fun Cooking?
Dub dab dub dab.... Kita pun berdebar gilerlah nak tahu jawapannya masa tu....

Tak bolehlah kita je yang saspens.. korang pun kena saspens juga... So, jom kita tengok gambar sekitar Pertandingan Pusingan Akhir 'My Fun Cooking' 2017 anjuran Lee Kum Kee dan Desa Homes

Pic 6
Satu-satunya pasukan Melayu

Pic 4
Masa untuk membeli-belah. Setengah jam je u!

Pic 3
Anak-beranak sibuk menyediakan hidangan

Pic 2
Pengacara tanya: Tengah buat apa tu??

Pic 1
Menghidangkan makanan kepada juri

Oh ya, pada pertandingan kali ini, semua pengunjung disajikan dengan finger food menarik yang disediakan menggunakan sos-sos keluaran Lee Kum Kee... Tengok pun rasa menarik je. Rasa pun boleh tahan. Tapi nak buat memang tak pandailah kan... Mana ada resepi.

Lee Kum Kee
Three Treasures Rice

Finger Food
Ni paling cepat habis. Laku keras!!

Food
Makanan yang dihidangkan untuk pengunjung. Yums!

Tapi  pihak penganjur macam dapat baca kita punya fikiran je, sebab dalam pertandingan kali ini, Lee Kum Kee juga telah meminta Cef Chan Ki Hong iaitu Cef dari Lee Kum Kee aka juri dalam pertandingan 'My Fun Cooking' ini untuk membuat demonstrasi ketiga-tiga jenis juadah ringkas yang dihidangkan untuk para pengunjung. Weee!! Suka, suka!

Cooking Demo My Fun Cooking 2017
Antara bahan-bahan mentah demonstrasi masakan hari ini

Cooking Demonstration
Antara sos dan bahan perasa Lee Kum Kee yang digunakan


My Fun Cooking 2017
Aih... Jambu betul Cef sorang ni... Lelaki yang pandai memasak memang nampak comel

Kemudiannya, saat-saat yang dinantikan pun tiba di mana pemenang atau Johan bagi Pusingan Akhir 'My Fun Cooking' akan diumumkan. Siapa? Siapakah pemenangnya?

Final Round My Fun Cooking
Tahniah kepada pasangan ibu dan anak Yap Chin Yew dan Hun Zhi Yean
My Fun Cooking 2017
Tahniah kepada semua yang join, korang semua memang hebat! 

Tahniah kepada para pemenang. Korang memang terbaik. Sebab kita pun dah rasa masakan-masakan diorang semua. Memang semua sedap-sedap belaka. Tentu sukar untuk para juri membuat pilihan, tapi apakan daya, hanya seorang sahaja pasukan juara yang boleh terpilih.

Maka tamatlah Pertandingan Pusingan Akhir 'My Fun Cooking 2017' kali ini yang kita rasakan memang sangat menarik dan sengit sekali. Lagilah kalini tak bawak my dearest munky-munky. Memang khusyuk je kita tengok pertandingan ni sambil makan and rasa semua makanan yang dihidangkan oleh pihak penganjur.

Terima kasih pada pihak penganjur kerana menjemput kita untuk saksikan pertandingan mengeratkan dan merapatkan hubungan ibu bapa dan anak seperti ini. Jeles dengan keserasian dan kerjasama mereka semua. Harap-harap Mia and Hariz dah besar pun camtulah hendaknya. Tak berat tulang untuk menolong maknya di dapur. Amin.

Sekian laporan kita dari One Space @ The Square, One City.

Da~~~

Terlepas entry sebelum ini?

Boleh baca di SINI

Baca juga:
Makanan Asia Tenggara Enak di Row Six
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak Corner
Review Hot Samyang Chicken Ramen
Rawatan Kolagen Beaute Library
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

Wednesday, 15 November 2017

Row Six Tawar Makanan Asia Tenggara Asli Yang Halal, Enak Dengan Harga Berpatutan

November 15, 2017 14
Row Six Tawar Makanan Asia Tenggara Asli Yang Halal, Enak Dengan Harga Berpatutan

Hai semua!! Apa khabar? Hujan-hujan camni memang rasa nak tido je. Biasalah, kalau hujan, tak ngantuk, mesti rasa lapar. Lagilah bila kita teringatkan tentang food review di Row Six semalam. Untuk makluman korang, kita ni memang jenis kuat makan dan pattern yang kuat food hunting. Tapi jarang post kat blog. Cuma update kat Instagram je. Hua hua hua.... Tapi hari ini, kita teruja nak berkongsi satu restoran dengan makanan yang sedap. Restoran apa? Restoran Row Six !

Banner
Banner Row Six
Row Six ni restoran yang berkonsepkan makanan ASEAN atau juga dikenali sebagai makanan asia tenggara yang sesuai untuk seisi keluarga. Menu yang ditawarkan adalah sangat pelbagai. Dengan erti kata lain, kalau korang pergi makan dalam satu kumpulan yang besar, memang sesuai untuk ke restoran ini. Yerlah, lain orang lain ragamnya. Sorang nak makan sandwich la, sorang nak makan mi la, sorang nak makan Vietnamese la, sorang lagi nak makan nasi lah. Ha, senang! Bawa je pergi Row Six, gerenti settle masalah.

Jom tengok apa antara menu makanan dan minuman yang Row Six telah hidangkan untuk kami pada food review kali ini:

HIDANGAN PEMBUKA SELERA (STARTER)

Row Six Combo Set 
Terdiri daripada 2 x popia (spring roll), 6 x sate ayam, 3 x fishcake, 1x kerabu obor-obor, dan 3 ketul kepak ayam dengan rempah barbeku dan dihidangkan dengan 3 jenis sos cicah iaitu kuah kacang untuk sate, fish sauce untuk popia dan juga sos cili dan kicap
Row Six
Yums... Fevret kita? Kerabu, ayam goreng dan juga sate
Harga: RM 39.95

Komen: Rempah kepak ayamnya memang vavavoom. Sedap hingga menjilat jari. Kerabu obor-obor pun secukup rasa. Popianya bukan popia mini tu, tapi gebu-gebas.  Sate ayam memang gemuk giler, puas betul makan and semuanya isi ayam je, takde langsung lemak. Sate ayam tu pun sangat empuk sampaikan sambil tulis ni pun sempat lagi terliur apabila terkenangkan kembali keenakan sate tu.

HIDANGAN UTAMA

1. Tomyam Goong with Rice & Satay
Tomyam makanan laut atau or nama mat sallehnya tomyam seafood dihidangkan dengan nasi dan juga dua cucuk sate gemuk

Row Six
Tomyam Goong with Rice and Satay
Harga: RM24.95

Komen: Tomyamnya cukup pekat dan cukup pedas serta menepati citarasa kita. Awas bagi mereka yang tak makan pedas! Satenya seperti yang telah dinyatakan tadi. Gebu gebas, empuk dan cukup rasa.

2. Nasi Ketuk With Chicken Rendang
Nasi ala nasi kerabu biru dihidangkan bersama minyak bawang, sambal dan limau, telur goreng dan juga rendang ayam.

Row Six
Nasi Ketuk Indonesia
Harga: RM21.95

Komen: Memang sesuai bagi mereka yang sukakan rendang ayam atau makanan ala-ala nasi kerabu. Ayamnya empuk dan rasa rempahnya secukup rasa. Nasi tu kena gaul dulu dengan minyak bawang. Memang bau enak je. Sambal pula kena perah limau. Bila gaul semua dan makan, memang kombinasi rasanya meriah.

3. Pho (Mi Vietnam dengan Hirisan Daging Lembu)
Pho ni cara sebutannya adalah 'foh'. Ia merupakan makanan Kebangsaan Vietnam. Menurut penjelasan dari pihak Row Six, sup dagingnya perlu direneh selama 12 jam sebelum ia boleh dihidangkan. Kuah pho ni berwarna jernih dan ia dipadankan dengan mi putih.

Row Six
Kredit foto FB Row Six Seremban
Harga: RM21.95

Komen: Tak sia-sia diorang reneh sup tu sampai 12 jam lamanya, memang rasalah keenakan dan kemanisan daging lembu dalam sup tu. Hirisan lembu tu pulak memang empuk dan tak liat. Dihiris nipis-nipis secukup rasa. Adeh! Terliur lagi. Berapa kali nak terliur da!

4. Thai Pad Thai
Kalau tadi kita dah citer fasal makanan Vietnam, skarang kita travel ke Thailand pulak. Thai Pad Thai ni rasanya ramai yang tahu. Ramai juga yang pernah rasa kalau tak silap. Bagi kita dia ala-ala kuey teow gorenglah. Cumanya kalau kita goreng kuey teow, semuanya dah campur aduk siap-siap. Tapi Thai Pad Thai ni, kuey teow dan kondimennya diasingkan. Nak makan nanti baru campur secara manual.
Row Six
Thai Pad Thai
Harga: RM18.95

Komen: Suka rasa daging hancur yang dicampur bersama Thai Pad Thai. Cukup rasa dan rempahnya juga mencukupi. Yums!


5. Banh Mi Sandwich
Okey, lepas terbang ke Thailand, kembali balik ke Vietnam untuk hidangan Banh Mi Sandwich. Banh Mi ni dalam bahasa Vietnamnya adalah roti atau baguette. Ia terdiri daripada hirisan mangga, chicken ham, hirisan nanas, campuran sayur dan juga sos cili limau.
Row Six
Bahn Mi Sandwich
Harga: RM15.99

Komen: Memandangkan ada hirisan buah-buahan fevret kita dalam Banh mi ni, urm.... rasanya sangat light dengan campuran rasa masam, pedas. Memang tak muak makan sandwich ni kerana ada buah-buahan tropika dan tiada cheese.

MINUMAN

1. Mojito
Campuran lemon, daun pudina, limau dan juga serai.
Row Six
Mojito
Harga: RM9.95

Komen: Rasanya dalam semua minuman yang ditawarkan, inilah paling fevret dan paling menyengat sebab kita memang sukakan minuman yang masam. Lagilah kalau makan banyak, memang sesuai minum minuman ni sebab ia akan potong rasa muak dan minyak

2. Mango Selasih With Cream
Campuran mangga kisar, krim, selasih dan juga buah mangga potong
Row Six
Mango Selasih With Cream
Harga: RM11.95

Komen: Aha, yang ni pun sedap memandangkan kita memang peminat buah mangga. Pergh! Yang ni jus mangganya cukup pekat dan memikat kalbu. Tapi seriusly, sebab portionnya agak besar, minum ni sampai habis je, tentu korang tak larat nak makan benda lain lagi.

3. Tropical ThanhLong
Campuran buah naga, pisang dan juga coconut shave
Row Six
Tropical Thanh Long


Harga: Rm12.95

Komen: Sejujurnya, kita tak suka sangat kelapa. Tapi bila rasa air ni, eh! Sangat refreshing. Tak rasa langsung rasa kelapa. Air ni rasanya lebih light berbanding air lain di mana ia takkan membuat anda rasa terlalu kenyang apabila menyedutnya walaupun sampai habis.

4. Vietnam Coffee
Kopi istimewa Vietnam
Row Six
Vietnam Coffee

Harga: Lupa nak check

Komen: Kita bukan peminat kopi. So cuma rasa gitu-gitu je. Tapi mengikut keterangan blogger lain yang hadir. Ia kopi yang agak light dan sesuai untuk diminum oleh mereka yang tak boleh tahan kopi. Eh!! Hahaha...  Malah, ramai juga yang kata Vietnam Coffee di Row Six adalah yang terbaik setakat yang mereka pernah minum.

MANISAN/PENCUCI MULUT

1. Black Glutinous Rice
Bubur pulut hitam yang dihidangkan dengan santan
Row Six
Bubur Pulut Hitam
Harga: RM 4.95

Komen: Kita rasa tak cukup manis. Memang sesuai untuk mereka yang sukakan manisan yang tak terlalu manis.

2. Snow Fungus With Sea Coconut
Fungus dengan isi kelapa laut.
Row Six
Snow Fungus With Sea Coconut
Harga: RM6.95

Komen: Ha, ini manisan fevret kita. Ni biasanya manisan yang popular di kalangan Kaum Cina. Cendawan kememe putih dan juga isi kelapa laut. Fungsinya? Tambah kolagen dan kurangkan panas dalam. Memang berkhasiat. Yang ni memang light, sesuai bagi mereka yang nak makan manisan tapi tak nak terlalu heavy.

3. Jack Fruit With Rice Ball
Bebiji tepung pulut yang dihidangkan dengan hirisan nangka.
Row Six
Jack Fruit With Rice Ball
Harga: RM11.55.

Komen: Yang ni memang nampak menarik. Tetapi ia agak heavy. So kalau rasa dah penuh tapi gatal nak makan dessert ni, silalah berkongsi dengan rakan-rakan. Rasanya memang boleh tahan, rugi tak cuba.

Muka bahagia dikelilingi makanan sedap

Selfie geng kuat makan
Ha, cemana? Menarik tak makanan yang ditawarkan di Row Six? Apa lagi? Marilah serbu beramai-ramai ke Row Six. Yang lebih menariknya, sekarang ni Row Six juga ada promosi khas bagi Bulan November di mana kalau korang beli salah satu minuman, then korang akan dapat 50% diskaun untuk makanan. Pergh!! Tak pernah lagi dengar promosi sehebat ni. Beli minuman, dapat diskaun makanan. Biasanya diorang bagi promosi beli makanan promo minuman.
Oh ya, sepanjang bulan November ni jugak, korang juga boleh sign up sebagai ahli Row Six secara percuma! Diulangi, secara percuma. Setiap penyertaan ahli juga, korang akan diberikan baucar yang menarik.

Jom makan di Row Six, Setia City Mall!

Row Six Setia City Mall
Level 6, Setia City Mall,
No.7, Persiaran Setia Dagang
Shah Alam, Malaysia
03-3358 4122

Baca juga: