Sunday, 10 December 2017

Crabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam


Crabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah AlamHai semua,

Kalini kita nak cerita fasal makan pulak. Sejak-sejak buat food review ni, rasanya badan kita dah makin bulat dah. Mana taknya? Semua makanan sedap-sedap belaka.

Okay, siapa kat sini suka makan makanan laut aka seafood? Angkat jari! Siapa pulak yang suka makan ketam? Angkat jari kiri pulak? Kalau ada, wajib teruskan bacaan blog ni. Kalau tak, sila pergi baca post kita yang lain eh :p.  Kita ni penggemar tegar seafood. Lagi-lagi ketam. Yumss... Lagi mahal lagi sukalah. Eh, gitu!

Tapi biasa orang kata nak pergi makan seafood murah-murah, kenala pergi ke area Klang, Kuala Selangor. Jauh juga nak drive. Kos nak pergi jauh-jauh tu baik makan dekat-dekat ni jelah. Unless makan berjemaah ramai-ramai. Kita ni nama je tinggal kat Shah Alam, tapi selama ni ada Crabby Crab Seksyen 7 yang tak jauh dari rumah pun tak tahu. Pfftt....



Papan tanda
Leh lah bergambar kat sini. haha.. .Motif?

Crabby Crab ni dengar nama pun dah tahu, porfolio dia adalah ketam! Diulangi sekali lagi, ketam!! My favorite. Tapi yang kita terkezutnya adalah, harga kat Crabby Crab ni kira agak berpatutan. Untuk review kali ini, saya, Zai dah Za telah dihidangkan 4 menu istimewa di Crabby Crab. Apakah menu-menu tersebut? Jom tengok! Zass~~~

1. Mega Softshell Crab With Salted Egg Sauce (RM15)

Yang ni menu my personal favorite. Burger ketam bercengkerang lembut dengan sos telur masin. Yummy! Bagi mereka yang suka makan ketam tapi pemalas nak kopek kulit, nilah pilihan yang paling sesuai. Softshell crab kan.... boleh telan je terus. Tak payah susah-susah buang kulit. And kentang dia pun serius sedap. Rangup-rangup je. Biasa kita tak suka makan kentang, sebab menggemukkan and tak sedap. Hahahahah! Tapi yang ni, licin kita sapu.


Crabby Crab
Mega Softshell Crab 

2. Crabby Soup (RM14.90)

Okay, kami bertiga sebulat suara Crabby Soup ni paling menawan hati. Memang ketam sungguh rasanya. Serius kalau order Crabby Soup then makan dengan nasi putih je pun memang layan. Tak payah hidangan lain pun takpe. Menurut owner, Crabby Soup ni dimasak dengan menggunakan air rebusan ketam. Sebab itulah rasa ketamnya sangat pekat dan menusuk kalbu. Memang terasa keketaman sup tersebut. Sampai speechless kitorang bertiga makan sup ni.  Menurut owner lagi, minyak cili turut ditambah untuk mengenakkan lagi masakan ini.

Crabby Crab
Crabby Soup

3. Chilli Crab (Harga ikut jenis ketam)

Aha, ni dish yang famous amos sangat ni. Chilli Crab. Menu ini juga adalah antara menu kegemaran kita. Memang tasty yummy and delicous. Cumanya kita rasa sos dia agak manis. Kalau dibuat pedas sedikit memang lagi chilli and lagi yummy.

Crabby Crab
Chilli Crab
4. Fisherman's Platter (Saiz M- RM159.90)

Ha, yang ni tentu korang selalu nampak kan? Fisherman's Platter bersaiz M ni sesuai untuk hidangan 5-6 orang. Kalau order ni memang layan dan berbaloi. Untuk sosnya pula, Crabby Crab menawarkan 5 jenis sos pilihan iaitu Kam Heong, Chili Crab, Butter, Gasolina dan juga Garlic Butter. Kitorang dihidangkan dengan sos gasolina. Memang sedap! Sampai berebutlah 5 orang makan. (Lima orang sebab tambah 2 orang juruvideo Afiq and adik dia). Jagungnya fresh, udangnya besar and ketam pun banyak isi. Masa makan tu, semua khusyuk je makan, diam, senyap and sunyi sepi je sebab terlalu asyik makan. Kah kah kah!

Fisherman's Platter
Untuk minuman pula, restoran ni juga ada menghidangkan pelbagai jenis minuman yang menarik.  Menurut Afiq, shake di sini memang wajib dicuba. Tapi kita kalau pergi makan-makan ni memang tak suka minum yang berat-berat dan bersusu. Nanti takleh makan banyak. Keh keh keh.. Kita kalau nak makan banyak, lebih suka minum minuman yang masam, refreshing. Fruity gitu untuk potong muak.

Ni antara minuman yang kami order:

Crabby Crab
Honey Lemon (Hot) RM 4.50

Crabby Crab
Banana Shake (RM8)

Crabby Crab
Mocktail Mojito (RM5)
Kita suka honey lemon sebab madu yang digunakan sangat pekat dan likat. Entahlah madu apa yang digunakan. Tapi rasanya memang yums! Mocktail Mojito pula begitu refreshing sekali. Kurang masam tapi memang refreshing sungguh, maybe sebab dia lebihkan daun pudina.

Kesimpulannya, semua puas hati dengan makanan di sini. Muka bahagia je bila balik malam tu. Muahahahahahha! Kalau korang berminat nak cuba, silalah datang. Kita nanti nak ajak kawan repat balik softshell crab burger dia. Sebab harga sangat berpatutan. Weeee!!


Food review Crabby Crab
The three of us. 


Sekian laporan ikhlas
Maya
Prettily Rare

Baca juga:



16 comments:

  1. oh my.. look at the food... so drooling~
    I wanna go try this so much...

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ketam3, dah lama xmkn ketam

    ReplyDelete
  3. ...and terima kasih di atas penjamuan mata yang buat saya meleleh air liur kat depan laptop ni. My favourite ni. Memang i nak gi try ketam sup tu.

    ReplyDelete
  4. Suka makan ketam. Tapi mahal dan susah nak makan ketam tu. Burger ketam tu pertama kali tengok. Teringin nak cuba. Teringat Crabby Pattie spongebob pulak. Hehe.

    ReplyDelete
  5. sedapnya, ni terasa nak makan ketam tapi shah alam jauh ,,, mesti 2-3 kali nak ke sana kalau tak de benda penting haha

    ReplyDelete
  6. OMG! Crabby is truly perfect destination for me and my family! The foods are amazing, I want the Mega Softshell Crab With Salted Egg Sauce, Can't wait to be there!

    ReplyDelete
  7. The seafood they have is so fresh and appetizing! I miss crab now, been a while since I eating it!

    ReplyDelete
  8. WAH semua nmpk sedap. Rasa macam nk singgah malam ni. hehe

    ReplyDelete
  9. Wehhh.. the Mega Softshell Crab With Salted Egg Sauce Rm15 je??? so cheap!! and the fisherman platter pun nmpk banyak gilee!! i'm so reccomending this place.. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  10. Omg... the Fisherman's Platter pleaseee i need it now! sedap giller

    ReplyDelete
  11. Sedapnye ketam... semua menu ketam diatas pernah cuba kecuali burger ketam tu... telan air liur tu...

    ReplyDelete
  12. semua nampak sedap mesti kena cuba lepas nie.

    ReplyDelete
  13. Haha ari tu baru je lalu..nmpk menarik..igat nka try jgk..hopefully ni la kedai yg akan maintain lama buka kat situ..dah berapa kali dah bertukar nama..jenuhh

    ReplyDelete
  14. I want that soft she'll carb burger, looks amazing and the place is near my office too.

    ReplyDelete
  15. The Crab looks so tempting. I am big fans of Crab. Will go and try it.

    ReplyDelete