Sunday, 17 December 2017

Jom Rewang 2018 Sedia Platform Setempat Untuk Bakal Pengantin


Hai semua,
2018

Ada tak sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 atau tahun-tahun kemudiannya? Kalau ada, wajib teruskan pembacaan blog ini. Terutamanya kepada mereka yang ingin berkahwin dalam tempoh 6 bulan hingga 12 bulan daripada sekarang. Kalau sampai sekarang masih belum melakukan apa-apa persiapan lagi, wajib singgah ke Jom Rewang yang akan diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 26-28 Januari 2018.

Sebenarnya ramai yang ambil mudah persiapan perkahwinan, ramai yang rasa, "Ala, banyaklah kedai pengantin, mak andam, katering yang ada kat Malaysia ni. No hal punyalah!" Kalau korang rasa camni, sebagai seorang yang dah pernah uruskan persiapan perkahwinan dan juga seorang yang bekerja dalam bidang pengurusan majlis (event management), korang kena ubah minda korang ni sekarang juga!!

Mengimbas kembali 7 tahun yang lalu, boleh dikatakan semua urusan perkahwinan, saya yang settlekan sendiri. Walaupun dah plan 6-12 bulan sebelum perkahwinan ni, banyak je dugaan yang berlaku. Salah satunya, baju nikah yang dah ditempah setengah tahun sebelum tarikh kahwin, tak sempat nak siap katanya. Pffttt..... Khemah pulak ada yang tak sama warna. Tema merah, tapi ada pula khemah merah jambu yang terselit. Memang penuh pancaroba betul! Tu yang dah buat persiapan awal, kalau buat persiapan minit-minit akhir, mesti lagi banyak yang kelam-kabut. Masa tu, pengantin pun dah tak naik seri dah sebab tertekan. Tentu korang tak nak jadi macam tu kan?

Masa kahwin
Satu ketika dahulu
Bagi kita, persiapan perkahwinan sebaik-baiknya dilakukan sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan sebelum tarikh pernikahan atau perkahwinan. Kalau korang buat last minute, memang besar kemungkinan banyak mak andam, juruvideo, jurukamera, pelamin, baju pengantin yang menarik semuanya dah ditempah dahulu. End up, korang terpaksalah settle with second best ataupun ambil jelah apa yang ada. Bila jadi camni, kemungkinan besar majlis pernikahan atau perkahwinan yang sepatutnya memberikan memori indah, terus jadi pengalaman ngeri. Bukannya tak biasa baca kan dalam Facebook dan akhbar? Macam-macam perkara jadi. Solekan cair lah, makanan kenduri basilah, katering tak sampai, gambar tak menjadi dan macam-macam lagi.

Okay, jom semak apakah senarai yang sebaik-baiknya dipersiapsediakan 6 bulan hingga 12 bulan sebelum kahwin?

1. Tentukan dan muktamadkan perbelanjaan perkahwinan yang diperuntukkan untuk majlis

2. Tentukan konsep majlis perkahwinan
    a. Di rumah? Hotel? Dewan? Atau masjid?
    b. Perlukan kanopi atau tidak?
    c. Katering atau gotong-royong?

3. Tentukan belanjawan untuk setiap kategori perkahwinan
    a. Hantaran / Cincin /Mas Kahwin
    b. Pelamin (Rumah/ Dewan/Hotel)
    c. Hiasan bilik pengantin (jika di rumah)
    d. jurusolek/mak andam /hairdresser
    e. busana pernikahan /busana persandingan
    f. Katering/rewang/gotong-royong/dewan/hotel
    g. kad jemputan
    h. goodies untuk tetamu
    i. Henna/inai
    j. Juruvideo/jurukamera
    k. juruacara
    l. Sistem audio/video
   m. Tok kadi/Jurunikah
   n. Bunga kahwin/bunga telur/bunga rampai
   o. Banner pengantin

4. Semak perkhidmatan yang dipercayai dan tempah seawal mungkin dengan deposit.
Ingat ya, kalau nak tempah perlulah disertai deposit. Kalau setakat janji air liur je, memang taklah diambil kira tempahannya.Pastikan resitnya disimpan baik-baik. Kotlah ada yang nak berdolak-dalih. Payah nanti. Jadi, simpan semua bukti perbelanjaan dan deposit yang telah dikeluarkan.

Jadi, bagi mereka yang perancangannya nak berkahwin dalam pertengahan hinggalah hujung tahun 2018, sebenarnya masa dah suntuk. Wajib berkunjung ke Jom Rewang 2018 untuk cepat-cepat sambar apa-apa promosi yang terbaik dan berpatutan.

Kenapa perlu ke Jom Rewang 2018? 

Sebab Jom Rewang 2018 bagaikan satu pusat setempat untuk semua jenis perkhidmatan yang kita telah senaraikan tadi. Antaranya henna, khidmat andaman, butik pakaian  andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya. Makanya, tak payahlah korang pergi semak dari satu butik pengantin ke satu butik pengantin. Kalau datang Jom Rewang 2018, semua perkhidmatan gempak dah pun dikumpulkan di satu tempat sahaja. Kuranglah penat, senang nak buat perbandingan dan tak perlu bazir minyak dan masa untuk pergi ke tempat berbeza yang mungkin semua jauh-jauh lokasinya.

Yang lebih menariknya, Jom Rewang 2018 ni menghimpunkan lebih 300 syarikat perkahwinan di seluruh Malaysia menerusi penggunaan montaj. Kalau korang nak kahwin kat JB or Perlis sekalipun, korang still boleh dapatkan maklumat dan perkhidmatan perkahwinan di kampung halaman korang di Jom Rewang 2018. Tak perlu susah-susah ulang-alik KL/Selangor ke kampung halaman semata-mata nak uruskan urusan perkahwinan.

Last but not least, parkir di bangunan kompleks membeli-belah di Plaza Alam Sentral ni pun banyak dan murah.  Ingat kahwin, ingatlah Jom Rewang 2018 ya?

Plaza Alam Sentral
Marilah datang beramai-ramai

Kepada Vendor yang Berminat

Oh ya, kepada vendor yang berminat, anda juga dialu-alukan untuk membuka booth untuk menarik bakal pelanggan anda. Setiap perniagaan layak bagi pembukaan satu tapak.

Berminat untuk mengetahui lebih lajut tentang syarat-syarat penyertaan? Sila hubungi:

Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management
Instagram: Jom Rewang
E-mel: puspawangieventmanagement@gmail.com

Baca juga:

Dewan Perdana Zafran Lokasi Sesuai Majlis
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

31 comments:

  1. As salam. Leceh n susah betul ya nak buat kerja kahwin ni?
    abam kie follows here. no 96.#blogger1malaysia

    ReplyDelete
  2. WAH! cantiknyaa. tu la. mmg dengar orang cakap mmg bnyk keje kalau tk pernah plan wedding sendiri. Mmg untuk bakal pengantin sesuai pergi pameran ni.

    ReplyDelete
  3. wahh.. mmg bestla untuk bakal pengantin.. macam2 ade!

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing your experience. Will mark my calendar.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  5. yup, lagi mudah pergi pameran kerka kahwin begini. senang nak pilih mana yang berkenan. Boleh compare siap-siap.

    ReplyDelete
  6. sukanya dengar nama even ni - rewang. kedengaran meriah betul! rindu suasana kahwin di kampung begini. apapun, mesti meriah event ni nanti. :D

    ReplyDelete
  7. Senang nak buat servey nanti.. Dalam satu bumbung byk vendor terlibat.. Tp mst rambang mata nanti.. Hehe apa pun sgt menarik program ni.. Moga dibuat stiap tahun

    ReplyDelete
  8. zaman sekarang dah panyak pakej perkahwinan yang ditawarkan untuk memudahkan pasangan pengantin dan keluarga. Ada harga pakej ditawarkan cukup munasabah dan membebankan. Paling best kita dapat lihat peniaga kecil boleh memasarkan produk mereka di platform seperti ini

    ReplyDelete
  9. This is one good sharing and as a event planner, I do still do checklist though have been in this line 5years

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete
  10. ehehehe.. mesti terimbau kan bila attend event sebegini.Apepun, memang menarik event cemni...seronok tengok pelamin terkini serta design pakaian pengantin

    ReplyDelete
  11. Jom ler sis kita merewang reramai. sambil tumbuk cili haha

    ReplyDelete
  12. bakal pengantin wajib terjah pameran jom rewang ni. banyak boleh buat pilihan dari segi persiapan perkahwinan

    ReplyDelete
  13. Untuk mereka yang sednag merancang perkhawinan tu.. boleh la pi .. sebab semuanya senang dan lengkap dengan pakej.. mudah dan tak perlu pening-pening dah..

    ReplyDelete
  14. Bakal-bakal pengantin ajib pergi event ni. Banyak tawaran dan diskaun yang disediakan.

    ReplyDelete
  15. bertuah sangat siapa yang nak melangsungkan perkahwinan pergi event macam ni dapat peluang tengok pakej yang sangat lengkap tu...

    ReplyDelete
  16. Pakej lengkap lagi murah dari cari satu-satu tau. So buat pengantin semua, lupakanlah nak buat segalanya sendiri. Sediakan duit dan cari pakej. Rilek je. So korang bleh fokus sediakan dokumen dan sedia untuk akad dan majlis. Hehehe

    ReplyDelete
  17. dugaan sebelum/semasa majlis perkahwinan tu biasalah.. so bakal2 pengantin kenalah ke event mcm ni kan..boleh dpt pencerahan lebih lg - JMR23

    ReplyDelete
  18. Siapa nak wedding next year mmg bgs survey dekat jom rewang

    ReplyDelete
  19. bakal pengantin kena terjah Jom Rewang 2018 ni. bolehlah tengok-tengok servis yang ditawarkan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Betul juga tu. Perancangan majlis perkahwinan ni bukan boleh dirancang sepintas sehari dua. Perlu teliti supaya taklah menanggung malu dengan tetamu dan rosaklah majlis yang diidamkan. Bagus program ni!

    ReplyDelete
  21. sekarang zaman mudah. semua dah tersedia. tinggal hulur duit je. Comelnya gambar suatu ketika dulu tu. hihi

    ReplyDelete
  22. Majlis perkahwinan bukan benda main-main kan. Kena well prepare maklumlah sekali seumur hidup. tak salah nak spent kan.. tak sabar plak nk kawen ni.

    ReplyDelete
  23. Rawlins suka ada pusat sehenti sebegini - memudahkan orang untuk pengurusan semua dalam satu bumbung

    ReplyDelete
  24. Macam-macam nak pikir bila nak buat kenduri kahwin. Bagus ada mcm ni boleh bagi idea.

    ReplyDelete
  25. "Jom...rewang!"..
    Dulu yela mak-mak sedara selalu panggil untuk bantu di majlis kenduri kahwin.
    Sekarang sediakan duit je...masing-masing sudah sibuk bekerja. Bagi bakal-bakal pengantin yang sedang mencari-cari tu bolehlah pi JOM REWANG kat Shah Alam tempah siap-siap untuk majlis dihujung tahun 2018.

    ReplyDelete
  26. Senang takyah gaduh2 nk pi 1 butik 1 butik...
    Pi bawah 1 bumbung ja survey

    ReplyDelete
  27. Kos utk perkahwinan makin meningkat hari ni. Sebaiknya kita buat secara sederhana aje sbb slps byk duit nak guna utk kehidupan slps kenduri kahwin nanti. Tq

    ReplyDelete
  28. menarik... sungguh menarik untuk mereka yang belum kahwin dan nak kahwin.....

    ReplyDelete
  29. Program bantuan persekolahan mmeng sgt membantu kepada golongan yg kurang berkemampuan dan kepada family yg besar. Mcm family kecil kami mmg tak dapat bantuan mcm ni. Tapi kami tumpang seronok tgk event mcm ni.

    ReplyDelete
  30. Great place for bakal pengantin to survey for wedding stuffs, thanks for sharing ya :)

    ReplyDelete
  31. Wedding fair is a really good place to check on budget wedding preparation! I love to visit the wedding fair to see some pretty gown and package that is worth to take it!

    ReplyDelete