Monday, 25 December 2017

MBI Prihatin Keperluan Sekolah 55,000 Anak Selangor



Setiap kali tibanya hujung tahun, ada golongan yang gembira tapi ada juga golongan yang berduka. Mana taknya? Kalau yang lain sibuk dengan cuti hujung tahun dengan membelanjakan bonus akhir tahun, tapi ada juga yang berduka apabila perlu mencongak dan berjimat-cermat perbelanjaan demi persiapan dan keperluan sekolah pada tahun hadapannya.

Mujurlah masih ada yang prihatin dengan bebanan golongan tersebut dan tak kurang juga yang mengambil inisiatif bagi meringankan tanggung keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Sebagai contohnya, sesetengah syarikat memberikan bantuan persekolahan khas bagi memastikan ibu bapa dapat membeli dan menyediakan persekolahan anak-anak. Namun tak semua syarikat melakukannya dan yang paling menyedihkan lagi, ada ibu bapa yang terpaksa mengikat perut dan berhutang demi kepentingan dan keperluan anak-anak bersekolah

Saya sendiri pun apabila anak menginjak umur 6 tahun dan bakal memasuki sekolah rendah tahun depan, barulah tahu mahal juga baju sekolah budak-budak. Kalau setakat RM50 tu memang tak dapat apa. Sepersalinan (baju kemeja putih, pinafore, stoking dan kasut) pun paling murah RM100.


Mia sekolah
Terkejut mak bila tahu baju sekolah anak mahal, almaklumlah, baru ada anak masuk sekolah rendah

Mungkin ada yang menempelak, alahai, berapa sangatlah keperluan anak-anak bersekolah tu sampai ibu bapa tak mampu nak tanggung? Tapi hakikatnya, ramai yang telah diberhentikan kerja beberapa tahun ini, harga barangan melonjak, kos sara hidup yang semakin tinggi serta faktor ketidakstabilan ekonomi membuatkan keadaan menjadi sukar. Katakanlah seorang anak dengan 3 persalinan dah 300. Itu baru seorang. Bagaimana pula dengan mereka yang beranak ramai? Itu pun tak termasuk beg sekolah, buku sekolah, alat tulis sekolah, yuran PIBG, makan dan minum, tuisyen dan sebagainya lagi.

Menyedari hakikat ini, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) sebagai entiti yang prihatin telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan berbentuk pakaian seragam sekolah dan peralatan tulis kepada 55,000 keluarga berpendapat rendah termasuklah keluarga dari ibu dan bapa tunggal menerusi Program Kasih Ilmu Anak Selangor.

Hope for the Future
Program Hope For the Future di Sunway Lagoon

Tadika Cahaya Takwa
Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Tadika Cahaya Takwa
Sungai Buaya, Rawang
Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Sungai Buaya, Rawang

Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga di samping dapat menceriakan anak-anak yang bakal memasuki alam persekolahan atau kembali ke sekolah. Mana taknya? Kalau kita dulu pun gembira dapat baju sekolah baru untuk pergi ke sekolah. Malah pada waktu sekolah dulu pun, kita selalu perasan ada rakan-rakan sekolah yang memakai baju sekolah yang telah lusuh dan semakin mengecil kemungkinan faktor daripada kekangan ekonomi ibu bapa untuk membeli baju baru untuk mereka.

Kadangkala faktor sebegini dipandang enteng bagi sesetengah pihak kerana memikirkan ia sekadar benda kecil. Tapi sebenarnya terbukti daripada sudut psikologi di mana kanak-kanak yang berasa rendah diri berikutan terpaksa memakai baju sekolah yang telah dikitar semula atau telah lusuh atau tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk bersekolah, lebih cenderung untuk menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam pelajaran serta tidak dapat bergaul dengan baik dengan rakan-rakan mereka. Tak kurang juga yang dibuli dan diejek oleh rakan-rakan hanya kerana keluarga mereka tidak berkemampuan atau kurang berkemampuan.

Apa yang menariknya, inisiatif MBI bagi pakaian seragam sekolah ini adalah dengan kerjasama pereka fesyen tempatan iaitu Fairuz Ramdan dengan clothing line untuk kanak-kanaknya iaitu FR Junior. Dengan ini, inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan malah juga dapat mempromosi produk tempatan dan jenama pereka fesyen tempatan.

Fairuz Ramdan
Fairuz Ramdan antara pereka feysen tempatan dan jenama fesyen yang berjaya

Mercedes Benz stylo
Pemenang Mercedes-Benz Stylo Fashion Grandprix 2015 Malaysia

Male clothing line
Fairuz Ramdan terkenal dengan pakaian Ready-to-wear dan tailor made untuk lelaki
Jom lihat apa yang ada dalam dalam beg FR Junior X  MBI tu:
MBI x FR Junior
Logo FR Junior yang comel sekali

MBI X FR
Baju sekolah dan alat tulis

Semoga lebih ramai yang prihatin tentang keperluan keluarga yang berpendapatan rendah. Kepada anak-anak pula, selamat bersekolah dan semoga berjaya dalam pelajaran.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti dan inisiatif tanggungjawab korporat terkini MBI, bolehlah ikuti MBI di Instagram rasmi mereka iaitu CSRMBISELANGOR.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat rekaan fesyen oleh Fairuz Ramdan pula, boleh ikutinya di:

Instagram FR Junior: FR Junior
Instagram itsfr: ITSFR


25 comments:

  1. Program macam ni bagus. Boleh la bantu ibu ayah yang kesempitan tu. Memang tak dinafikan harga baju sekolah sepasang tu memang mahal. Tahniah kepada yang memberikan sumbangan. Semoga dapat beri sinar kepada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  2. Bagus program nie. Membantu keluarga yg memerlukan supaya anak sama2 dpt seperti kanak2 lain. Pasti mereka lebih teruja utk hadir ke sekolah.

    Comelnya Mia pakai pinafore. Habis dh cuti sekolah. Selamat bersekolah !

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni memang AS tak rasa lagi sebab belum ada anak yg dah bersekolah. Dua tahun lagi, mesti AS pun akan merasa "sesak" nye bila tiba nak buka sekolah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ada juga yang prihatin. kadang AR sendiri nampak orang terdekat yang sangat memerlukan bantuan2 seperti ni

    ReplyDelete
  5. Wah.. Alhamdulillah.. seronok anak-anak nak bersekolah kalau macam ni.. bila tiba tahun baru pastinya baju baru dan peralatan sekolah yang abru jadi pemberi semangat utnuk anak-anak memulakan persekolahan kan

    ReplyDelete
  6. baguslah... melalui bantuan ni, mereka yang layak menerima pun akan dapat menjalani persekolahan dengan sempurna sebagaimana pelajar-pelajar lain. good job!

    ReplyDelete
  7. Bagus jugak diaorang buat macam ni. Mintak-mintaklah nanti anak saya dah besar pun diteruskan jugak bantuan begini. Ye lah, makin lama nak prepare anak ke sekolah ni makin mahal macam nak masuk universiti

    ReplyDelete
  8. Bagus ada program mcm ni. Memang sgt membantu golongan yang sangat memerlukan. Lagi2 kalau yg ada anak ramai kan.

    Byk prgram menarik bawah kerajaan selangor ni. Ana 4 tahun duduk rumah sendiri tak pernah kena bayar bil air. Ni mak ayah tgh apply skim utk warga tua lagi.

    ReplyDelete
  9. Zaman karang semua pun mahal. Nasib baik ada pihak yg prihatin utk bagi bantuan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. In shaa Allah. semoga adik adik nanti sekolah baik baik ya :)

    ReplyDelete
  11. Bagusnya ada program macam ni. Sangat membantu kan? Rasa ringan beban bila ada bantuan macam ni.

    ReplyDelete
  12. Good programs offered. I myself was shocked when I got to know a set of uniform is approx RM 60-80 for my little girl 😓 Planned to buy 5 sets ended up only buying 3.

    ReplyDelete
  13. Program yang sangat bagus ni. Syukur masih ada yang membantu golongan ini

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Belum merasai lagi tapi bila melihat anak-anak kawan yang baru masuk sekolah, ya Allah, betapa peritnya. They have spent a lot of money for a boy saja. Semoga ada perubahan dari segi harga and moga banyak program-program seperti ini dilakukan untuk membantu para ibu bapa yang memerlukan

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  15. terbaik MBI..sedikit sebanyak membantu meringakan beban ibu bapa

    ReplyDelete
  16. Harap dengan bantuaan yang diberikan dapat ringankan beban yang terlibat ! tahniah ! ;)

    ReplyDelete
  17. Mudahan akan bergerak ke lebih banyak kawasan agar lebih ramai yang dibantu dan menerima bantuan ini semua. Good job MBI!

    ReplyDelete
  18. Such a good initiatives, the kids are surely very happy and can't wait for school.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  19. Tak semua bernasib baik untuk belikan anak baju sekolah baru setiap tahun... tbis is one of the efforts yg bagus dan patut dicontohi untuk bantu mereka yang sgt memerlukan

    ReplyDelete
  20. A good caused in helping those needed... Many children will have more chance to study together with other friends.

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete
  21. Things are not getting any cheaper. Luckily ada leader yang prihatin dengan keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  22. This is such a great program for children. Such a great way ti help and to support kids in their studies. You really did a great job.

    ReplyDelete
  23. This is such a noble program to help kids and hope it spread to more places and other kids can get benefited too.

    ReplyDelete
  24. what a good effort this is.. really beneficial to those in need. Fully support

    ReplyDelete
  25. Good program to help these students. I support this.

    ReplyDelete