Wednesday, 31 January 2018

Boat Noodle Lancar Tambahan Menu Lazat Sempena Tahun Baru

January 31, 2018 11
Boat Noodle Lancar Tambahan Menu Lazat Sempena Tahun Baru

Hai semua,

Harini kita nak buat food review tambahan menu Boat Noodle sempena tahun 2018. Kisahnya, kita berbesar hati kerana berkesempatan untuk menyertai Majlis Blogger Boat Noodle pada 20 Januari lepas. Oleh kerana terlalu banyak drama swasta yang telah berlaku selepas tu, antaranya Hariz masuk wad dan sebagainya, makanya entri ini telah lama tertangguh.

portion kecil
Mi sampan ni portionnya kecil je, tu leh makan bermangkuk-mangkuk

Oh ya, sebelum sambung tentang menu tambahan Boat Noodle, mari kita ceritakan sedikit sebanyak tentang Boat Noodle terlebih dahulu. Idea restoran Boat Noodle ni diinspirasikan daripada konsep makanan jalanan Thailand iaitu Kuey Teow Ruer atau mi sampan (boat noodle). Mi sampan /boat noodle atau kuey teow ruer dalam Bahasa Siamnya ini berasal dari Ayutthaya, iaitu pasar terapung di Thailand.
Ha, nilah pasar terapung yang kita maksudkan tu
Outlet pertama Boat Noodle yang pertama pula dibuka pada tahun 2014 di Empire Damansara dan pada mulanya hanya menghidangkan mi sampan semata-mata. Tetapi kemudiannya, lebih banyak menu makanan jalanan Thailand turut diperkenalkan kerana dapat sambutan orang ramai.

Ha, pada yang dah pernah makan kat Boat Noodle ni, janganlah marah yer baca pengenalan ni. Sebabnya, ramai je yang tak pernah makan lagi kat sini.

Majlis blogger kalini diadakan dengan ofis lama kita di Empire Damansara. Apa yang kita paling suka tentang menyertai majlis-majlis blogger ni adalah kerana kita dapat jumpa dengan rakan-rakan blogger dan kenal blogger-blogger baru. Ramai juga blogger-blogger yang datang event kali ini.
Semuanya bukan main berdedikasi lagi buat review, ada yang ambil gambar sampai berdiri atas kerusi, tertonggeng, terliuk, terlentok Semata-mata untuk menghasilkan gambar dan kandungan media sosial yang terbaik.

Restoran ditutup kepada orang ramai kerana ada majlis blogger ni

Zass!! Jom kita lihat apakah antara menu-menu tambahan tahun 2018 ini...

1. Prosperity Yum (Beef/Chicken) Springy Noodles


boat noodle
Yang dua belah atas tu yang Springy Noodlenya. Yang bawah tu bukan
Harga: RM1.99 / mangkuk
Komen: Springy noodles ni memang kenyal. Rupanya macam mi maggi tetapi jauh lebih kenyal. Kuah tomyamnya pada mulanya saya rasa kurang menyengat rasanya terutamanya bagi mereka yang sukakan makanan pedas macam saya. Tapi bila difikirkan kembali, mestilah diorang kena buat yang sedang-sedang sebab nak sajikan kepada pelanggan yang lain kehendak dan citarasanya. Sebab itulah diorang letak pelbagai bahan perasa supaya pelanggan boleh adjust sesedap rasa. Lepas tambah chili flakes, ternyata kuah tomyamnya sangat memikat kalbu. Yums!!

2. Prosperity Yum (Beef/Chicken) Thai Rice Noodle
Boat Noodle
Aha, yang ni semuanya rice noodle
Harga: RM1.99 / mangkuk
Komen: Saya lebih gemarkan rasa Thai Rice Noodle jika dibandingkan dengan Springy Noodle. Rasanya sedikit seperti suun tetapi lebih tebal dan warnanya juga agak jernih. Bab kuah tomyamnya. Sama sahajalah seperti komen di atas.

3. Thai Fried Chicken

Harga: RM12.90
Komen: Aha, inilah menu baru kegemaran saya dan saya pasti semua blogger lain pun turut bersetuju. Mana taknya? Setiap kali hidang je, terus licin. Hidang lagi, licin lagi. Memang rangup betul Thai Fried Chicken ni, rasanya yang berempah dan sedikit pedas lagilah menambah kejutan anak tekakku dan rasa macam nak makan lagi, dan lagi dan lagi. Biasanya kalau makanan bergoreng ni, kita akan rasa cepat muak. Tetapi Thai Fried Chicken ini tidak. Asyik rasa nak sumbat dalam mulut tanpa henti je. Walaupun digoreng, tapi tak rasa berminyak langsung. Memang super recommended.

4. Blue Butterfly
boat noodle
Sekejap biru... piring belah kiri tulah air perahan limau

boat noodle
Sekejap purple.. Aha, dah letak je air perahan limau, terus jadi purple


Harga: RM5.50
Komen:Bila dah makan makanan bergoreng, memang bestlah kalau dapat air manis yang sejuk-sejuk. Memang gandingan yang bagus. Magiknya minuman Blue Butterfly ni, ia boleh bertukar warna apabila minuman ini dicampur dengan perahan limau nipis yang disediakan. Daripada warna biru, terus tukar jadi warna ungu. Sungguh mempesona begitu. Rasanya macam minuman soda + air limau nipis, rasanya memang sangat menyegarkan sekali. Manis pula sedang-sedang sahaja. Kalau bukan kerana fikirkan faktor kalori minuman lebih tidak berbaloi, dah lama kita order dua tiga gelas lagi.

5. Mango Smoothie
Yummy, mango smoothie

Harga: RM5.50
Komen: Aha, pandai betul Boat Noodle kerana keluarkan smoothie berperisa mangga. Yalah, kalau kat Malayia ni, siapa mampu katakan tidak kepada mangga? Eh, gitu. Mangga ni memang dah macam buah-buahan yang malar segar kat Malaysia ni. Apa-apa sekalipun terutamanya pencuci mulut kalau letak mangga je terus nampak menariklah. Gitu! Tapi bagi kita minuman ni kalah kat Blue Butterfly sebab rasanya terlalu manis. Tapi lain orang lain citarasanya kan?

Jadi bagi mereka yang ada rancangan nak pergi makan tengah hari atau makan malam atau bila-bila masa sahajalah, jangan lupa untuk cuba menu baru dan menu tambahan Boat Noodle ni tau. Rugi weh kalau tak cuba.
Semuanya menyelerakan. Rasa nak telan semua je
Yumms... ada yang sudi belanja?

Semua menu ini adalah terhad sehingga hujung bulan Februari sahaja. Oh tidak! Makanya kenalah bertindak segera ya? Dan, kalau anda dah cuba dan suka, jangan lupa untuk  rekemenkan kepada rakan-rakan yang lain. Kenapa? Kerana kalau sambutan terhadap menu ini tinggi, maka pihak Boat Noodle akan mengekalkan menu-menu tersebut dalam menu mereka. Yeay!!!

Boat Noodle, tolonglah kekalkan menu kegemaran kita iaitu Blue Butterfly dan Thai Fried Chicken tu ya? Please~~~~

Thai Fried Chicken
Memang delicious dua-dua ni. Nak repeat!

Sekian ulasan ikhlas oleh
Prettily Rare

Baca juga:



Tuesday, 30 January 2018

Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel

January 30, 2018 4
Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel

Assalam semua,

Harini nak cerita sikit fasal pengalaman yang sangat baru berlaku. Pengalaman telinga anak bongsuku, Hariz Rizki tersumbat pensel. Secara spesifiknya, karbon pensel warna. Hijau pulak tu. Heshhh!!

Patah
Aha...hujung pensel tu lah yang masuk dalam telinga Hariz ya, tuan-tuan dan puan-puan.

Selama 6 tahun bergelar mak, tak pernah sangka satu hari nanti kena deal dengan perkara macam ni. Apalah budak-budak ni nakal sangat main pensel tersumbat telinga kan? Kita pun hairan wak... Kita dulu pun tak main sumbat-sumbat barang kat telinga. Kalau paling teruk pun tarik rambut sampai putus jek.

Kisahnya begini, hari Ahad biasanya memang hari untuk kita uruskan kerja-kerja rumah, baju, anak dan macam-macam lagi sebelum kena kerja keesokan harinya. So biasanya dari segi anak-anak, kita akan potong kuku dan korekkan telinga diorang malam Ahad, sebelum tidur. Yerlah, kan sunat potong kuku Hari Isnin, Khamis dan Jumaat gitu...

Biasanya kita jenis main korek je telinga anak-anak. Dah setiap kali tu memang puas hati lah tengok telinga dia yang kotor tu jadi bersih.Tapi kalini entah kenapa kita terdetik nak teropong tengok telinga Hariz tu. Dan bila kita teropong, kita terkejut bila tengok ada benda warna hijau tersumbat dalam telinga Hariz. Dua tiga kali jugalah kita tengok untuk pastikan kita tak tersilap tengok. Eh, betullah. Ada benda hijau menutupi keseluruhan telinga Hariz. Pelik ni....

So mulalah sesi interview dan soal siasat seorang mak kepada anaknya. Tanya apa dia buat kat telinganya, sakit ke tak dan macam-macam lagi. Hariz biasalah...Bulatkan mata dia buat muka tak bersalah, then cakap ,"Mia masukkan colour pencil dalam telinga Hariz. Warna Hijau." Aik? Mak tak cakap pun ko tau yer warna apa nak? Apa lagi? Terus I jeling tajam kat Mia. Malam tu juga pergi jumpa doktor kat klinik panel. Doktor klinik tu tak berani buat apa-apa. Dia bagi referral letter, rujuk hospital.

Memula nak pergi SALAM, tapi doktor suruh pergi hospital yang lebih besar. Terfikir juga nak pergi Hospital Shah Alam, tapi memandangkan fobia dengan pengalaman adik dan kawan yang tunggu berjam-jam tapi tak diambil tindakan, terus kensel niat. Pergi Klinik dan Surgeri pula, bila call dia kata boleh buat. Tapi lepas sampai, doktor check tak boleh buat apa-apa juga, disarankan rujuk Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Doktor sarankan pergi Kecemasan SJMC. Waktu tu dah pagi buta, esok nak kerja nak hantar Mia lagilah. So kita macam was-was ada ke doktor ENT pagi-pagi buta ni?
Tapi doktor yakinkan pergi juga sebab katanya biasanya ada doktor pakar ENT on-call.

Emergency Room
Dua kali wo datang sini dalam masa seminggu gara-gara karbon pensil tu

Makanya, kita pun usunglah Hariz pergi kecemasan. Mia dah mengantuk sangat. Sebelum pergi kecemasan, sempat hantar dia balik tidur dulu. Kesian pula kalau nak angkut dia sekali.  Sampai Emergency Room aka Bilik Kecemasan Subang Jaya Medical Centre (SJMC), ada standard procedure lah yang kena lalui. Lepas tu, masuk bilik doktor, doktor minta kita rujuk pakar ENT dan bagi kita appointment esok pagi. Dia kata keadaan telinga Hariz tu ada kemungkinan boleh menyebabkan infection tapi nothing to be worried.

Memandangkan doktor kata tak urgent, kita pun cadangnya nak bawa Hariz pergi Pakar ENT pada hari Sabtu. Lagipun kita baru tukar kerja, tak ada dan tak dapat minta cuti. Dah check siap-siap mana pakar yang paling dekat. Menghampakan sungguh bila tahu kat Shah Alam ni tak ada Klinik Pakar ENT okay? Yang paling dekat pun dekat Subang Jaya. Alternatif lain, Klang dan Puchong. Haish....
ENT
Nilah Doktor Puravi nya, gambar ihsan Google

Memandangkan appointment yang boleh slot in hanyalah pukul 2, dan kebetulan kita ada hal pukul 2 tu, kita pun mintalah kawan untuk hantar Hariz ke Subang Ear, Nose and Throat Specialist, Subang Jaya. Dalam pukul 3 lebih, kawan telefon, doktor dah hampir berjaya keluarkan tapi bila dah hampir je, Hariz jerit-jerit tak nak berikan kerjasama. Makanya kita pun bergegaslah pergi ke klinik pakar tu untuk teman Hariz. Adik kita pun ikut sekaki sebab Hariz ni lagi takut dengan mak cik dia berbanding maknya.

Sampai klinik, Hariz still tak mahu beri kerjasama. Setiap kali dah hampir dengan bendasing dalam telinga Hariz aka karbon pensel tu je, Hariz gerak dan tak mahu duduk diam. Lepas 4-5 kali cubaan. Doktor menyerah kalah. Dia kata Hariz jenis tak boleh duduk diam dan disarankan masuk wad untuk buat prosedur keluarkan bendasing (foreign object) dalam telinga Hariz. Doktor kata kalau nak masuk wad, tak perlu buat hari yang sama pun tak apa sebab tak urgent. Tapi kita fikir-fikir balik, malas nak hal ni berpanjangan, dan kita pun setuju untuk dimasukkan ke wad. Makanya, Dr Puraviappan Periyannan, selaku doktor pakar ENT pun laju-laju menghubungi SJMC untuk book bilik pembedahan (operating theatre). Kita pula, dengan sehelai sepinggang tak bawak apa-apa dari rumah, pasrah je lah pergi Wad Kecemasan SJMC.

Untuk tujuan pembedahan, Hariz kena puasa sekurang-kurangnya 6 jam. Jadi oleh kerana Hariz last makan pada pukul 1 petang. Paling awal pun pukul 7 malam baru boleh lakukan prosedur keluarkan karbon pensel tu. Tapi operating theatre hanya kosong pada pukul 9 malam. Kita laju-laju je kata okay kerana tak mahu igauan berpanjangan. Then doktor suruh laju-laju pergi Bilik Kecemasan SJMC untuk dimasukkan ke wad dan seterusnya dibedah.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 7.30 berjayalah masuk wad. Then dalam pukul 8 misi dah suruh masuk ke bilik pembedahan.
warded
Prosedur biasa, check tekanan darah bagai

coz he's going to be admitted
Dia tak tahu lagi nasib dia masa ni.

ditolak ke wad pesakit
Menuju ke wad pesakit

Dalam 8.45 doktor bius datang explain kaedah bius Hariz. Katanya Hariz takkan disuntik dengan jarum, sebaliknya akan gunakan sejenis gas yang akan membuatkan dia tidur. Magic gas katanya. Terus terfikir, adakah gas ini gas yang sama masa kita bersalin dulu? Dia pun cakap, efek gas tu berlainan mengikut individu. Ada yang akan tertawa, ada yang akan menangis, tapi yang penting, penjaga atau mak bapak kena bertenang, barulah anak pun akan bertenang.

SJMC
Memasuki Dewan Pembedahan

Operating Theatre, SJMC
Hariz sementara menunggu giliran

Tepat pukul 9, Hariz dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan untuk prosedur keluarkan karbon yang tersumbat dalam telinga dia. Kita pula tunggu luar sambil mengisi perut yang lapar. Dalam masa 10 minit macam tu, Doktor Puravi dah keluar kata semuanya okay, foreign object dah berjaya dikeluarkan. Dia juga explain karbon pensil tu dah kena kat gegendang Hariz, tu yang dia menjerit masa nak keluarkan kat klinik. Katanya lagi, mujurlah prosedur tak dilakukan di klinik kerana risiko gegendang telinga Hariz akan luka atau cedera memang sangat tinggi. Dengar je doktor cakap camtu, terus rasa bersalah sebab ingatkan Hariz ngada-ngada jerit sakit. Sob sob sob, sori sayang.
in the ear
Bendasing aka foreign body yang dikeluarkan dari telinga Hariz

Dalam masa 5 minit camtu, dah boleh masuk tengok Hariz. Hariz mamai-mamai lagi. Kita pun tanya doktor adakah Hariz dah boleh makan sebab kesian si gemok tu lapar sangat dah  8 jam tak makan. Misi and doktor kata minum air and dah boleh makan sikit-sikit. Kalau Hariz muntah, kena maklumkan pada diorang.

So, balik je bilik, kita terus ajak Hariz makan kat FamilyMart, SJMC. Bahagia je mamat tu. Malam tu kita bermalam kat wad dengan senyum di muka sebab satu masalah dah selesai.
Family Mart
Memula Hariz makan aiskrim

Family Mart, SJMC
Lepast tu Hariz melantak Oden pulak

Family Mart
Last sekali, Hariz minum minuman yogurst

SJMC
Lepas tu balik dah wad, rehat pulak

Esoknya, doktor datang lagi untuk tengok Hariz. Bila check keadaan Hariz semua normal, dia kata Hariz dah boleh discharge. Tak ada rawatan susulan dan tak ada ubat. Doktor tekankan sekali lagi mujur prosedur dilakukan dengan segera dan dilakukan di hospital kerana dah kena kat gegendang.

Bagi yang berhajat nak jumpa doktor ENT, kita memang sarankan sangat Dr Puravi sebab sangat profesional. Walaupun berkali-kali cuba untuk keluarkan karbon pensel tu daripada telinga Hariz tapi tak berjaya, dia tetap sabar dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan dan konsultasi yang terbaik.

Maklumat Dr Puravi adalah seperti berikut:

Dr Puraviappan Periyannan
Board-certified ENT specialist and Head and Neck Surgeon
Subang JayaSubang Ear, Nose & Throat Specialist Clinic (691321-P)
29B, Second Floor, Jalan SS15/5A, Subang jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor
No Tel: 03-5621 1909
Working Days: Monday to Saturday
Working Hours: 9.30 - 6pm (Mon-Fri)
                           9.30 - 3pm (Sat)
*Please call and make appointment before coming.


Da~~~


Sunday, 21 January 2018

Mudahnya Rancang Penerbangan Dengan Traveloka

January 21, 2018 22
Mudahnya Rancang Penerbangan Dengan Traveloka

Salam hujung minggu semua,

Apa khabar? Tengah buat apa tu? Rentetan kerja yang teramat sibuk, hujung minggu macam ni barulah kita ada masa nak berangan sekejap. Tu pun sambil-sambil nak tunggu mesin basuh cuci baju.

Alkisahnya tahun lepas target kita untuk ke Hong Kong tak kesampaian. Mana taknya? Hujung tahun lepas, satu-satu masanya yang kita ada kelapangan, ada pula kursus terjemahan selama 2 minggu. Jadi, terpaksalah batalkan niat untuk pergi ke Hong Kong. Makanya 'travel wishlist' tahun lepas pun tak completelah dan terpaksa ditunda ke tahun ini.

Hujung-hujung minggu macam ni banyak perkara yang kena diselesaikan. Memang stressful. Sekarang kita faham kenapa mak-mak cepat sangat tua berbanding bapak-bapak. Sob sob... Jadi, di waktu kelapangan ni, kita pun nak acah-acah plan percutian kita ke Hong Kong sempena hari jadi kita nanti. Konon-kononnya self-rewardlah ni. Kih kih kih...

Then The World
Travelokalah ke seluruh dunia... Gitu!


Mudahkan Rancangan Penerbangan
Bagus betul Traveloka ni, mudah nak rancang penerbangan


Destinasi kali ini
Destinasi sasaran kita kali ini - Hong Kong

Kalau planning cuti, memang banyak platform online yang boleh memudahkan kerja-kerja. Kalini kita nak cuba tempah penerbangan ke Hong Kong dengan Traveloka. Kenapa Traveloka? Sebab Traveloka menawarkan ciri-ciri online flights booking dengan senang. Mana taknya? Dengan merancang perjalanan menggunakan Traveloka, kita dapat membuat perbandingan harga-harga penerbangan pelbagai syarikat penerbangan dalam masa yang sama. Tak perlulah susah-susah buka 2-3 windows atau tab syarikat penerbangan yang sama semata-mata nak tengok mana satu harganya lebih murah dan berbaloi. Hahaha.... Siapa pernah buat macam tu? Tak  yah segan nak mengaku. Sebab dulu kita pun tergolong dalam senarai tu juga. Tapi sekarang, lepas dah jadi bijak, kita gunakan Traveloka je.

Ha, jom tengok macam mana caranya nak rancang penerbangan ke Hong Kong.... Mula-mula sekali, mestilah kena buka laman sesawang Traveloka. Lepas tu kita taiplah Hong Kong. Tarikh? On my birthday iaitu 9/9/2018 sampailah 16/99/2018. Betul-betul self-reward ni, sampai seminggu nak bercuti!

Trip to Hong Kong
Ahad sampai Ahad gitu plannya


Kemudian list penerbangan yang ada akan keluar. Traveloka ini partner dengan kebanyakkan syarikat penerbangan yang ada jadi info yang ada nanti adalah tepat. Jangan risau kena tipu kerana diorang sudah establish, mempunyai perkhidmatan pelanggan 24 jam, sangat professional dan sangat menyokong kehidupan travellers. List yang keluar nanti akan beri flight info yang detail, masa dan juga harga. Dalam contoh rancangan penerbangan kita ni, banyak jugalah syarikat penerbangan yang keluar, antaranya Vietnam Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia dan banyak lagi.

Flight Comparison
Scoot tu apa? Murahnya.. Klik, jangan tak klik

Lepas difikir-fikirkan, kita ni memang jenis dah tua kerepot, so, mana-mana penerbangan yang lebih daripada 4 jam, kita lagi suka naik national carrier. Dan walau jimat naik penerbangan yang ada flight transfer, kita tak larat, kita lagi suka naik direct flight. Makanya, Malaysia Airlines telah menjadi pilihan hati.

Using Traveloka
Boleh tahan murah juga dah ni.

Malaysia Airlines
Mestilah round trip. Tak sampai 900. Murah lagi ni

Terharu sekejap boleh book round trip flight to Hong Kong, naik Malaysia Airlines tapi harganya tak sampai RM900 pun. Maka nikmat apa lagi yang kau dustakan? Eh, gitu! Rezeki ni. Alhamdulillah.

Malaysia Airlines
Kalau dah confirm nak yang ni, bolehlah tekan continue to booking

Lepas fikir masak-masak dan congak segala bajet serta kemungkinan, bolehlah korang terus continue to booking tanpa berpaling lagi. Hahaha..

Sebaik sahaja korang tekan continue to booking, inilah masanya untuk isikan maklumat peribadi korang. Kalau rasa-rasa nanti nak book pakai Traveloka lagi, terus jelah sign up supaya lepas-lepas ni, tak payah lagi susah-susah isi maklumat peribadi sebab semua maklumat akan tersimpan dengan selamatnya.

Traveloka
Lepas tu kena la log in or register.. Kalau tak nak, boleh isi je contact details.

Biasalah, kalau semua dan yakin. Apa lagi? Dah tiba masanya untuk buat bayaran. Masa nilah korang akan rasa separuh hati ku pergi bersama-sama duit bayaran yang korang bayar tu...sob sob sob. Biasalah tu, nak sesuatu, kenalah korbankan sesuatu yang lain. Dalam kisah ini, nak travel, kenalah korbankan duit titik peluh korang tu...Uwa!!

Payment for flight booking
Babai RM900 ringgit....
Traveloka
Debaran proses menempah tiket terbang...
Selesai semuanya, emel pengesahan dan resit akan dihantar ke dalam inbox email korang. Makanya bolehlah mula plan itinerary di Hong Kong pulak. Dalam kes kita ni, kita dah ada dah pun itnerarynya. Flight dan Hotel saja yang takde.

Aiyoyoyoyo! Kenapalah kita blur sangat? Traveloka bukan sahaja menawarkan perkhidmatan untuk menempah penerbangan, malah nak tempah penginapan pun boleh jugak. Makanya, laluilah langkah-langkah yang tadi tu sekali lagi tapi kali ini untuk hotel pulak....

Bila siap dan selesai semua ni, langkah terakhir cumalah tunggu hari tersebut untuk menjelma. Bagi kita, tulah langkah yang paling susah untuk dilalui oleh semua traveler. Sob sob sob....
Percutian
Hai Hong Kong, tunggu daku datang
Maka sekian perkongsian kita kali ini, baju dalam mesin basuh pun dah fed up kita tak datang-datang untuk menyidainya. Kita nak pergi sidai baju dulu.

Bagi korang-korang yang nak travel, jangan lupa bandingkan harga penerbangan dan tempah sahaja di Traveloka ya?

Da~~~~


OXOXO
Prettily Rare

Sunday, 14 January 2018

Batalkan Niat Dekati Ibu Tunggal Jikalau Kamu.....

January 14, 2018 88
Batalkan Niat Dekati Ibu Tunggal Jikalau Kamu.....

Harini kita nak kongsikan sedikit panduan dan tips kepada lelaki di luar sana yang ingin mendekati atau berminat untuk mendirikan rumah tangga dengan kaum ibu tunggal, terutamanya kalau golongan ibu tunggal tersebut berkerjaya atau mampu berdikari.

dan ibu tinggal
Statistik perceraian yang semakin tinggi membuatkan semakin ramai ibu tinggal dan tunggal berusaha meneruskan hidup
di luar sana..
Perkongsian ini adalah daripada pengalaman sendiri dan juga pemerhatian dan luahan daripada rakan-rakan dan kenalan rapat sendiri...

Kisahnya, kita dulu mempunyai seorang kawan rapat dan ibunya seorang ibu tunggal yang telah kematian suami. Katanya, walaupun ramai yang berhajat untuk memperisterikan ibunya, tetapi ibunya seringkali menolak. Saya sendiri pernah bertanyakan perkara yang sama dengan mak cik tersebut, jawapannya ringkas, tetapi padu sekali, "Tiada beban, batu digalas" Sewaktu itu, ibunya telah pun berstatus ibu tunggal selama berpuluh tahun.

Kalau dulu, kita tak faham kenapa katanya, "Tiada beban, batu digalas." Sekarang apabila diri sendiri telah bergelar, ibu tunggal, saya faham apa yang dikatakannya 100%. Malah, ungkapannya itu memang sangat berpaut di hati sendiri dan terpaksa saya akui walau pendek tetapi sangat padu jawapannya itu. Kalau sesiapa yang bertanyakan soalan yang sama pun, saya sendiri ingin jawab begitu, tetapi saya takkan menolak kemungkinan pintu hati ini terbuka lagi.
juggling
Dilema ibu tunggal, perlu seimbangkan antara kerja dan keluarga

Di sini, biar saya rungkaikan jawapan satu demi satu. Kaum lelaki, tolonglah. Jangan dekati wanita lagi-lagi ibu tunggal kalau anda

1. Bukan 'Husband Material' dan Masih Belum Bersedia
Golongan ini  diminta untuk melenyapkan diri dalam kamu kehidupan kami ya? Kalau dinikahi wanita kerana empat perkara, maka kami pun ingin menikahi lelaki itu kerana keempat-empat perkara yang sama. Yang pertama, agamanya. Kalau kamu sembahyang subuh pun liat, solat pun tak cukup lima waktu, mengaji pun merangkak, merokok, berjudi masih mahu melepak selepas berumahtangga, tangguhkan sajalah niat kamu itu. Kerana seharusnya kamulah imam yang membimbing kami, bukan sebaliknya Yang keduanya, hartanya. Kalau nak kahwin pun kena buat loan, tengah bulan sempit, rumah pun masih menyewa, kenderaan pun tak ada, mohon jauhi kami ibu tunggal. Bukan kami tak mahu hidup susah, tapi kalau susah kerana sendiri yang cari fasal, takkan ada yang kasihan. Yang ketiganya keturunan. Kalau keturunan kuat berhutang, mencarut pun silalah muhasabah diri dan terakhir sekali paras rupa, yang ini, ikut citarasa masing-masing. Saya tiada komen lebih.
jangan dekatinya
Jangan bazir masanya kalau kamu masih belum bersedia

2. Tidak Boleh Menerima Dirinya Seadanya
Biasalah orang dilamun cinta, gula jawa rasa coklat. Semuanya indah. Tapi bila realiti kembali menjelma, baru tahu senang atau susah. Ramai sahaja yang inginkan janda atau ibu tunggalnya tetapi mereka tidak dapat menerima pakej janda atau ibu tunggal itu sendiri iaitu kenyataan bahawa yang pertamanya, perkahwinan mereka pernah gagal satu ketika dahulu, dan keduanya, mereka mempunyai zuriat dengan bekas suami mereka. Kadangkala, ada yang mahukan ibunya sahaja, anaknya pula dibuang. Ada pula yang mahukan wanita tersebut, tetapi malu mengaku dengan rakan, teman dan keluarga bahawa wanita tersebut berstatus janda atau ibu tunggal. Kami memang datang dalam satu pakej. Jika kamu merasa malu atau segan dengan saudara, keluarga dan kenalan kamu itu, maka batalkan sajalah niat kamu untuk memperisterikan kami!

jika tidak mampu menerima statusnya
Kalau tak boleh terima sejarahnya, tak perlulah mulakannya


3. Tiada Keinginan Untuk Membantu Dalam Soal Perbelanjaan dan Urusan Anaknya
Okaylah, kalau kahwin dengan anak dara, tentulah bela kamu berdua sahaja. Kalau kahwin dengan ibu tunggal atau janda, tentulah akan ada perbelanjaan tambahan.  Jangan pula kamu minta kongsi-kongsi perbelanjaan asas yang patutnya menjadi tanggungjawab kamu seperti tempat tinggal, bil-bil air, elekterik dan sebagainya. Ya, anak-anak ibu tunggal tersebut kalau diikutkan, adalah menjadi tanggungjawab ayah kandung anak-anak tersebut dan bukannya ayah tiri. Memang betul. Tetapi rata-rata lelaki, kalau dah bercerai dengan isteri, lepas sahaja semua tanggungjawab tersebut kepada bekas isterinya dengan alasan tak mampu, dengan alasan isteri tersebut bergaji. Makanya, kalau kamu enggan membantu sedikit sebanyak,  batalkan sajalah niat kamu tu untuk memperisterikan ibu tunggal. Cari sajalah yang masih solo ya? Lagipun, kasihan ibu tunggal itu kalau masih kena bertungkus-lumus untuk mencari duit tambahan untuk menampung anak-anaknya itu walhal sudah berkahwin baru. Sudahnya dicop nusyuz kerana tidak meluangkan masa yang cukup untuk suami baru dan perkahwinan barunya, walhal soal kehidupan anak-anaknya pun kamu tak mahu bantu.

tinggalkan sahaja
Kalau kamu anggap anak-anaknya beban, tak usahlah pertimbangkan lagi

4. Fikir Janda atau Ibu Tunggal Lebih Mudah Dipikat Berbanding Anak Dara
Stigma, ramai lelaki yang tahu dirinya tak laku nak pikat anak dara, kadangkala ada hati nak memikat ibu tunggal atau janda. Kata mereka, anak dara lebih memilih dan lebih layak untuk memilih. Sebab mereka masih dara. Kalau golongan janda dan ibu tunggal pula, dah cukup beruntung kalau masih ada lelaki yang mahukan mereka, lagi-lagi jika beranak ramai. Macamlah kami ni barangan 'second hand'. Maafkan saya, tetapi saya ingin betulkan kenyataan ini, kami kaum ibu tunggal tidak murah dan tidak mudah  dipikat. Sejujurnya, pengalaman dan kegagalan perkahwinan malah membuatkan kami lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Kalau waktu berstatus anak dara, kami fikir tak mengapa yang sedang-sedang, asalkan boleh susah hingga senang bersama, apabila menjadi ibu tunggal dan mempunyai anak, kami tidak lagi boleh pentingkan diri dan hanya memikirkan perasaan sendiri. Yalah, dah puas hidup susah. Takkanlah bila kahwin baru nak menyusahkan diri sendiri dan anak-anak pula? Nilah orang kata, tiada beban batu digalas!
Tak semestinya mudah dipikat
Pengalaman berkahwin membuatkan kami lebih sukar untuk terpikat

5. Fikir Janda atau Ibu Tunggal ini Kurang Kasih Sayang
Lumrah stigma ibu tunggal dan janda, sering dicop kurang kasih sayang. Sejujurnya, tanpa kasih sayang pun kami boleh teruskan hidup. Kalau apa yang kamu boleh tawarkan hanyalah 'kasih sayang', silalah berambus! Rata-rata lelaki yang katakan dia tak ada duit dan hanya boleh tawarkan kasih sayang ni, maknanya dia hanya boleh tawarkan air liur sahaja. Mungkin duit gaji untuk diri sendiri pun tak mencukupi. Ada hati lagi nak bela anak orang. Apatah  lagi ibu tunggal yang mempunyai anak-anak?
ibu tunggal dan janda
Jangan fikir kaum ini kurang kasih sayang...

6. Ingin Menumpang Kesenangan
Okay, bab kahwin ni, lelaki ramai sangat kononnya nak mengikut sunnah. Rasulullah pun katanya menikahi ibu tunggal yang mempunyai empayar perniagaan yang besar. Ehem... Bukan main ramai lelaki yang fikir bab ni sahaja, tapi fikir tak, Rasulullah membesarkan lagi empayar perniagan Siti Khadijah, tapi ramai lelaki sekarang, hanya nak menumpang kesenangan dan menghabiskan harta kekayan sahaja.
bukan untuk ditumpang
Jangan fikir mahu menumpang kesenangan sahaja

7. Ingin Mengambil Kesempatan
Ramai lelaki buaya darat dan lelaki yang tak mengaku buaya darat ni, pandai mengambil hati wanita dan menjanjikan untuk menikahi wanita tersebut. Tetapi mereka sebenarnya mahu mengambil kesempatan sahaja. Tak kiralah kesempatan apa sekalipun, ingatlah, kaum wanita tak kira bujang, janda atau ibu tunggal adalah untuk dilindungi, bukannya untuk dijahanamkan ya?

Senang kata, kami sudah trauma dalam perkahwinan kali pertama, jadinya, janganlah menyumbang kepada statistik lelaki hidung belang, buaya darat mahupun lelaki tak guna yang membuatkan wanita fikir tiada lelaki yang baik di luar sana. Kalau anda tak bersedia, batalkan sajalah niat kamu tu. Kalau selama ini kami hidup senang dan bahagia tanpa lelaki, janganlah kamu rosakkan kebahagiaan kami dengan menjanjikan dengan apa yang kamu tak mampu tawarkan dan tunaikan.
ke atas wanita
Jangan ambil kesempatan kaum wanita terutamanya ibu tunggal dan janda

Sekian sahaja tips, panduan, amaran dan nasihat saya buat para jejaka di luar sana.

OXOXO

Faktor Yang Harus Dipertimbangkan Dalam Meniti Perceraian
I Am Worth A Lot
Senarai 7 Hadiah Yang Paling Mengecewakan
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

Saturday, 6 January 2018

Jelajah Jom Ke Sekolah MBI Serah Bantuan 25 Sekolah

January 06, 2018 16
Jelajah Jom Ke Sekolah MBI Serah Bantuan 25 Sekolah

Hai semua,

Sebelum ni saya pernah kongsikan inisiatif tanggungjawab korporat (Corporate Responsibility-CR) oleh MBI menerusi paparan kita tentang MBI Prihatin Keperluan Sekolah 55,000 Anak Selangor.

MBI Selangor
Siri Jelajah Jom Ke Sekolah oleh MBI Selangor

Pada 30 Disember yang lalu, saya pula telah berpeluang untuk menghadiri dan menyaksikan majlis penyerahan atau Gimik Penyerahan Pakaian Sekolah Rendah oleh Menteri Besar Diperbadankan (Menteri Besar Incorporated -MBI) bertempat di Tempat Parkir Terbuka, SACC Mall, Shah Alam, Selangor.

Sejak November lagi, MBI Selangor telah melancarkan Siri Jelajah Jom Ke Sekolah di beberapa lokasi di seluruh Selangor antaranya Pulau Indah, TTDI Jaya, Yayasan Selangor, Gombak dan banyak lagi.

Menerusi siri Jelajah Jom Ke Sekolah Edisi SACC ini, MBI Selangor telah menyerahkan sumbangan berbentuk pakaian seragam sekolah dan peralatan sekolah berupa alat tulis ini kepada 25 sekolah dan sumbangan tersebut akan diagihkan kepada seramai 3,679 orang pelajar sekolah rendah.

Majlis penyerahan atau gimik tersebut telah diserikan dengan kehadiran Encik Soffan Affendi bin Aminudin,Ketua pegawai Operasi MBI, Ustaz Jaafaruddin Md Ali Ketua Pegawai CSR MBI serta Fairuz Ramdan, pereka fesyen dan usahawan tempatan.

Jelajah Jom Ke Sekolah 1
Gembiranya cikgu...anak pun nak ikut bergambar

Jelajah Jom Ke Sekolah 2
Semua gembira dapat memberikan sumbangan


Jelajah Jom Ke Sekolah
Cikgu, jasa mu tiada taranya

Jom Jelajah ke Sekolah
Terima kasih MBI Selangor dan Fairuz Ramdan

Semua yang hadir pada Jelajah Jom Ke Sekolah Edisi SACC

Tahniah MBI!

Inisiatif MBI bagi pakaian seragam sekolah ini adalah dengan kerjasama pereka fesyen tempatan, Fairuz Ramdan dengan clothing line untuk kanak-kanaknya iaitu FR Junior. Kerjasama ini dikatakan sebagai pendekatan menang-menang (win-win situation) kerana bukan sahaja dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan malah juga dapat mempromosi produk tempatan dan jenama pereka fesyen tempatan.

Sebenarnya, selain terharu dengan keprihatinan MBI dan pengasas itsfr dan FR Junior, saya turut tersentuh dengan komitmen dan guru-guru sekolah yang hadir dari jauh hanya untuk memastikan para pelajarnya menerima bantuan persekolahan yang ada. Bayangkan, mereka sanggup bangun awal dan hadir ke majlis tersebut walaupun pada hari Sabtu iaitu pada hari cuti mereka. 

Benarlah kata orang, selain ibu bapa, gurulah orang yang paling patut disanjungi kerana komitmen dan jasa mereka dalam mendidik warisan anak bangsa sememangnya tiada taranya. 

Menerusi kesempatan ini, saya turut mengambil kesempatan untuk bersembang dan berkongsi buah fikiran dengan Saudara Fairuz Ramdan tentang inisiatif dan usahasama beliau dengan MBI Selangor.

Antara rahsia kejayaan yang dikongsikan oleh saudara Fairuz Ramdan yang telah menceburi dunia keusahawanan sejak beliau berusia 6 tahun lagi ialah kenali dan ketahui pasaran sasaran anda, dan jangan mudah berputus asa, kerana kita tidak tahu betapa hampirnya kita dengan kejayaan. Insyallah, kalau ada kesempatan, saya akan ceritakan pula kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh saudara Fairuz Ramdan.
Fairuz Ramdan dan Maya
Selfie sikit dengan Fairuz Ramdan

Majlis pada hari Sabtu yang saya fikirkn hanyalah satu gimik ringkas dan biasa, menjadi satu pengalaman yang luar biasa  bagi saya apabila memikirkan masih ada yang prihatin dan komited dengan watak dan peranan masing-masing.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti dan inisiatif tanggungjawab korporat terkini MBI, bolehlah ikuti MBI di Instagram rasmi mereka iaitu CSRMBISELANGOR.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat rekaan fesyen oleh Fairuz Ramdan pula, boleh ikutinya di:

Instagram FR Junior: FR Junior
Instagram itsfr: ITSFR