Harini kita nak buat food review tambahan menu Boat Noodle sempena tahun 2018. Kisahnya, kita berbesar hati kerana berkesempatan untuk menyertai Majlis Blogger Boat Noodle pada 20 Januari lepas. Oleh kerana terlalu banyak drama swasta yang telah berlaku selepas tu, antaranya Hariz masuk wad dan sebagainya, makanya entri ini telah lama tertangguh.
Mi sampan ni portionnya kecil je, tu leh makan bermangkuk-mangkuk |
Oh ya, sebelum sambung tentang menu tambahan Boat Noodle, mari kita ceritakan sedikit sebanyak tentang Boat Noodle terlebih dahulu. Idea restoran Boat Noodle ni diinspirasikan daripada konsep makanan jalanan Thailand iaitu Kuey Teow Ruer atau mi sampan (boat noodle). Mi sampan /boat noodle atau kuey teow ruer dalam Bahasa Siamnya ini berasal dari Ayutthaya, iaitu pasar terapung di Thailand.
Ha, nilah pasar terapung yang kita maksudkan tu |
Ha, pada yang dah pernah makan kat Boat Noodle ni, janganlah marah yer baca pengenalan ni. Sebabnya, ramai je yang tak pernah makan lagi kat sini.
Majlis blogger kalini diadakan dengan ofis lama kita di Empire Damansara. Apa yang kita paling suka tentang menyertai majlis-majlis blogger ni adalah kerana kita dapat jumpa dengan rakan-rakan blogger dan kenal blogger-blogger baru. Ramai juga blogger-blogger yang datang event kali ini.
Semuanya bukan main berdedikasi lagi buat review, ada yang ambil gambar sampai berdiri atas kerusi, tertonggeng, terliuk, terlentok Semata-mata untuk menghasilkan gambar dan kandungan media sosial yang terbaik.
Restoran ditutup kepada orang ramai kerana ada majlis blogger ni |
Zass!! Jom kita lihat apakah antara menu-menu tambahan tahun 2018 ini...
1. Prosperity Yum (Beef/Chicken) Springy Noodles
Yang dua belah atas tu yang Springy Noodlenya. Yang bawah tu bukan |
Komen: Springy noodles ni memang kenyal. Rupanya macam mi maggi tetapi jauh lebih kenyal. Kuah tomyamnya pada mulanya saya rasa kurang menyengat rasanya terutamanya bagi mereka yang sukakan makanan pedas macam saya. Tapi bila difikirkan kembali, mestilah diorang kena buat yang sedang-sedang sebab nak sajikan kepada pelanggan yang lain kehendak dan citarasanya. Sebab itulah diorang letak pelbagai bahan perasa supaya pelanggan boleh adjust sesedap rasa. Lepas tambah chili flakes, ternyata kuah tomyamnya sangat memikat kalbu. Yums!!
2. Prosperity Yum (Beef/Chicken) Thai Rice Noodle
Aha, yang ni semuanya rice noodle |
Komen: Saya lebih gemarkan rasa Thai Rice Noodle jika dibandingkan dengan Springy Noodle. Rasanya sedikit seperti suun tetapi lebih tebal dan warnanya juga agak jernih. Bab kuah tomyamnya. Sama sahajalah seperti komen di atas.
3. Thai Fried Chicken
Harga: RM12.90
Komen: Aha, inilah menu baru kegemaran saya dan saya pasti semua blogger lain pun turut bersetuju. Mana taknya? Setiap kali hidang je, terus licin. Hidang lagi, licin lagi. Memang rangup betul Thai Fried Chicken ni, rasanya yang berempah dan sedikit pedas lagilah menambah kejutan anak tekakku dan rasa macam nak makan lagi, dan lagi dan lagi. Biasanya kalau makanan bergoreng ni, kita akan rasa cepat muak. Tetapi Thai Fried Chicken ini tidak. Asyik rasa nak sumbat dalam mulut tanpa henti je. Walaupun digoreng, tapi tak rasa berminyak langsung. Memang super recommended.
4. Blue Butterfly
Sekejap biru... piring belah kiri tulah air perahan limau |
Sekejap purple.. Aha, dah letak je air perahan limau, terus jadi purple |
Komen:Bila dah makan makanan bergoreng, memang bestlah kalau dapat air manis yang sejuk-sejuk. Memang gandingan yang bagus. Magiknya minuman Blue Butterfly ni, ia boleh bertukar warna apabila minuman ini dicampur dengan perahan limau nipis yang disediakan. Daripada warna biru, terus tukar jadi warna ungu. Sungguh mempesona begitu. Rasanya macam minuman soda + air limau nipis, rasanya memang sangat menyegarkan sekali. Manis pula sedang-sedang sahaja. Kalau bukan kerana fikirkan faktor kalori minuman lebih tidak berbaloi, dah lama kita order dua tiga gelas lagi.
5. Mango Smoothie
Yummy, mango smoothie |
Harga: RM5.50
Komen: Aha, pandai betul Boat Noodle kerana keluarkan smoothie berperisa mangga. Yalah, kalau kat Malayia ni, siapa mampu katakan tidak kepada mangga? Eh, gitu. Mangga ni memang dah macam buah-buahan yang malar segar kat Malaysia ni. Apa-apa sekalipun terutamanya pencuci mulut kalau letak mangga je terus nampak menariklah. Gitu! Tapi bagi kita minuman ni kalah kat Blue Butterfly sebab rasanya terlalu manis. Tapi lain orang lain citarasanya kan?
Jadi bagi mereka yang ada rancangan nak pergi makan tengah hari atau makan malam atau bila-bila masa sahajalah, jangan lupa untuk cuba menu baru dan menu tambahan Boat Noodle ni tau. Rugi weh kalau tak cuba.
Semuanya menyelerakan. Rasa nak telan semua je |
Yumms... ada yang sudi belanja? |
Semua menu ini adalah terhad sehingga hujung bulan Februari sahaja. Oh tidak! Makanya kenalah bertindak segera ya? Dan, kalau anda dah cuba dan suka, jangan lupa untuk rekemenkan kepada rakan-rakan yang lain. Kenapa? Kerana kalau sambutan terhadap menu ini tinggi, maka pihak Boat Noodle akan mengekalkan menu-menu tersebut dalam menu mereka. Yeay!!!
Boat Noodle, tolonglah kekalkan menu kegemaran kita iaitu Blue Butterfly dan Thai Fried Chicken tu ya? Please~~~~
Memang delicious dua-dua ni. Nak repeat! |
Sekian ulasan ikhlas oleh
Prettily Rare
Baca juga:
Rsnya br sekali mkn dkt boat noodle. Tertarik dgn konsep kedai dan foodsnya
ReplyDeleteI always thought all sama je the flavour, didn't know got so many flavours and also noodles! The drinks macam yes eh.
ReplyDeleteI like this boar noodles. I love that they ahve many flavors
ReplyDeleteWah...sedapnya me byk mkn maya! xajak pun akak yer!!
ReplyDeleteI have tried Boot Noodle before but it's too spicy for me. I also wish they would put more noodles in 1 bowl instead of having us eat 3 or more bowls to be full. Haha...
ReplyDeleteThose noodles looks delicious! Good to enjoy especially during rainy season, i want it hot :)
ReplyDeleteTengok makanan2 tu mmg berselera.. tak pernah makan di boat noodle lagi.. ok nanti nak singgah juga makan sekeluarga.. thanks sharing :)
ReplyDeleteNew dishes added into the menu? OMG! I gonna check them out. It has been so long since my last visit.
ReplyDeleteSeeing this making me even miss the new taste of new CNY menu.. kind of love their food..
ReplyDeleteRacheal
Tak pernah makan lagi , kena cuba sekali ni
ReplyDeleteI like the concept of boat noodles where I can try many different food at smaller portions. The price is friendly as well at RM1.99 per bowl. Of course there are items that are more expensive, those will be tried when a group of friends or family go and eat together.
ReplyDelete