Sebelum ni saya pernah kongsikan inisiatif tanggungjawab korporat (Corporate Responsibility-CR) oleh MBI menerusi paparan kita tentang MBI Prihatin Keperluan Sekolah 55,000 Anak Selangor.
Siri Jelajah Jom Ke Sekolah oleh MBI Selangor |
Pada 30 Disember yang lalu, saya pula telah berpeluang untuk menghadiri dan menyaksikan majlis penyerahan atau Gimik Penyerahan Pakaian Sekolah Rendah oleh Menteri Besar Diperbadankan (Menteri Besar Incorporated -MBI) bertempat di Tempat Parkir Terbuka, SACC Mall, Shah Alam, Selangor.
Sejak November lagi, MBI Selangor telah melancarkan Siri Jelajah Jom Ke Sekolah di beberapa lokasi di seluruh Selangor antaranya Pulau Indah, TTDI Jaya, Yayasan Selangor, Gombak dan banyak lagi.
Menerusi siri Jelajah Jom Ke Sekolah Edisi SACC ini, MBI Selangor telah menyerahkan sumbangan berbentuk pakaian seragam sekolah dan peralatan sekolah berupa alat tulis ini kepada 25 sekolah dan sumbangan tersebut akan diagihkan kepada seramai 3,679 orang pelajar sekolah rendah.
Majlis penyerahan atau gimik tersebut telah diserikan dengan kehadiran Encik Soffan Affendi bin Aminudin,Ketua pegawai Operasi MBI, Ustaz Jaafaruddin Md Ali Ketua Pegawai CSR MBI serta Fairuz Ramdan, pereka fesyen dan usahawan tempatan.
Gembiranya cikgu...anak pun nak ikut bergambar |
Semua gembira dapat memberikan sumbangan |
Cikgu, jasa mu tiada taranya |
Terima kasih MBI Selangor dan Fairuz Ramdan |
Semua yang hadir pada Jelajah Jom Ke Sekolah Edisi SACC |
Tahniah MBI! |
Inisiatif MBI bagi pakaian seragam sekolah ini adalah dengan kerjasama pereka fesyen tempatan, Fairuz Ramdan dengan clothing line untuk kanak-kanaknya iaitu FR Junior. Kerjasama ini dikatakan sebagai pendekatan menang-menang (win-win situation) kerana bukan sahaja dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan malah juga dapat mempromosi produk tempatan dan jenama pereka fesyen tempatan.
Sebenarnya, selain terharu dengan keprihatinan MBI dan pengasas itsfr dan FR Junior, saya turut tersentuh dengan komitmen dan guru-guru sekolah yang hadir dari jauh hanya untuk memastikan para pelajarnya menerima bantuan persekolahan yang ada. Bayangkan, mereka sanggup bangun awal dan hadir ke majlis tersebut walaupun pada hari Sabtu iaitu pada hari cuti mereka.
Benarlah kata orang, selain ibu bapa, gurulah orang yang paling patut disanjungi kerana komitmen dan jasa mereka dalam mendidik warisan anak bangsa sememangnya tiada taranya.
Menerusi kesempatan ini, saya turut mengambil kesempatan untuk bersembang dan berkongsi buah fikiran dengan Saudara Fairuz Ramdan tentang inisiatif dan usahasama beliau dengan MBI Selangor.
Antara rahsia kejayaan yang dikongsikan oleh saudara Fairuz Ramdan yang telah menceburi dunia keusahawanan sejak beliau berusia 6 tahun lagi ialah kenali dan ketahui pasaran sasaran anda, dan jangan mudah berputus asa, kerana kita tidak tahu betapa hampirnya kita dengan kejayaan. Insyallah, kalau ada kesempatan, saya akan ceritakan pula kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh saudara Fairuz Ramdan.
Selfie sikit dengan Fairuz Ramdan |
Majlis pada hari Sabtu yang saya fikirkn hanyalah satu gimik ringkas dan biasa, menjadi satu pengalaman yang luar biasa bagi saya apabila memikirkan masih ada yang prihatin dan komited dengan watak dan peranan masing-masing.
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti dan inisiatif tanggungjawab korporat terkini MBI, bolehlah ikuti MBI di Instagram rasmi mereka iaitu CSRMBISELANGOR.
Bagi mereka yang berminat untuk melihat rekaan fesyen oleh Fairuz Ramdan pula, boleh ikutinya di:
Instagram FR Junior: FR Junior
Instagram itsfr: ITSFR
Bagi mereka yang berminat untuk melihat rekaan fesyen oleh Fairuz Ramdan pula, boleh ikutinya di:
Instagram FR Junior: FR Junior
Instagram itsfr: ITSFR
Baca juga:
MBI Prihatin Keperluan Sekolah 55,000 Anak Selangor.
13 Tips dan Panduan Tukar/Pilih Kerja
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga
MBI Prihatin Keperluan Sekolah 55,000 Anak Selangor.
13 Tips dan Panduan Tukar/Pilih Kerja
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga
sekarangbyk bantuan untuk budak2 sekolah kan?
ReplyDeleteBagus jugak dieorang buat macam ni. Mempermudahkan lagi budak-budak yang kurang berkemampuan untuk sediakan barang-barang sebelum masuk sekolah.
ReplyDeleteRamai juga yg dpt bantuan ni ye. Meringankan beban bg yg tak berkemampuan. Bagusnya lagi program ni dpt promote jenama tempatan lagi.
ReplyDeleteSuka tengok ramai pihak2 tertentu memberi sumbangan kepada- anak- anak yang kurang berkemampuan..harap diteruskan program ini sampai bila2
ReplyDeletebagus sumbagan sebegini... smoga membantu meringan kan beban mereka yang memrlukan..
ReplyDeletelooks like a good event to give back to the society!
ReplyDeleteBagus betul kan program mcm nie. Membantu org kurang berkemampun untuk kelangsungan hidup.
ReplyDeleteInisiatif yang baik untuk bantu pelajar sekolah.
ReplyDeleteBagus MBI adakan program macam ni sangat membantu mereka yg tidak berkemampuan. Tahniah MBI
ReplyDeletewow bagusnya program ni dapat membantu mereka yang memerlukan tahniah juga pada MBI and sis sebab sharing this info love love love
ReplyDeleteTahniah kepada MBI kerana usaha membantu orang-orang yang tidak berkemampuan.. moga usaha murni ini mendapat balasan kebaikan ..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah MBI atas usaha murni ini.
ReplyDeletei totally agree that know and know your target market, and do not give up easily! looked like a great time sharing a wealth of knowledge. Hope I can go next time! www.ccfoodtravel.com
ReplyDeletekegiatan sangat bermanfaat
ReplyDeleteMemang bagus program macam ni secara tak langsung boleh memupuk nilai murni dalam diri gitu hee
ReplyDeleteThis programme is just lovely and I love how it assists the people who need it. Well done.
ReplyDelete