Monday, 12 February 2018

Berbaloi Tak Jadi Pengguna Setia Maxis Postpaid?


Hai semua, ada sesiapa pakai Maxis Postpaid di sini?

Hotlink
Adakah Maxis Postpaid pilihan anda?

Kebelakangan ni kita banyak sikit entri tentang kepenggunaan gitu. Hahaha... Kira reviewlah ni. Mana taknya? Awal tahun ni banyak pulak dugaan berkenaan isu kepenggunaan. Antaranya Maxis  Postpaid nilah.

Nak dijadikan cerita, kita ni setia orangnya. Ecececeh... Ni bukan nak angkat bakul. Tapi salah satu nak tengok orang tu setia ke tidak, bermasalah ke tidak, boleh analisa berdasarkan berapa lama dia guna nombor telefon yang sama. Kenapa? Biasanya orang yang suka tukar-tukar nombor ni jenis ada masalah. Ada masalah hutanglah, masalah cintalah, masalah kerjalah. So nak lari dari masalah tu, paling senang adalah dengan cara menukar nombor. Eh, kalau korang tukar nombor bukan sebab ada masalah-masalah ni, tak usahlah melatah pulak ya?

Yang keduanya, orang yang setia ni biasanya jenis yang sangat pentingkan nilai sentimental (sentimental value). So kalau nak suruh dia tukar or lupakan saja nombor tu, memang susah. Kalau jenis yang suka tukar-tukar tu, maknanya orang tu nilai sentimental dia kurang sedikit. Sayangnya pun kuranglah. Eh, again. Kalau korang tak, taklah ya. Biasalah, setiap perkara ada kekecualiannya.

Ha, berbalik pada nombor telefon dan Maxis pula, kalau tak silap kita telah menggunakan nombor dan talian Maxis Postpaid ni sejak universiti lagi. Menginjak 14 tahun jugalah. Dengan Maxis Postpaid ni sebenarnya lagi banyak kenangan pahit daripada manis.

First sekali, sebelum data belum diperkenalkan, bil telefon selalu mencanak tinggi kalau selalu telefon. Maklumlah masa tu berjauhan dengan family. So selalulah telefon balik rumah. Jadinya tinggilah bil. Tapi masa tu tak rasa lagi. Sebab abang yang bayarkan bil telefon.

Lepas data diperkenalkan, selalu jadi masalah sewaktu ke luar negara pula. Ish, pantang lupa tutup data, terus bila mencanak-canak naik. Geram sungguhlah. Pulak tu Maxis Postpaid ni bukannya nak setup, gembira je dia terus-menerus caj pelanggan dia.

Yang paling tak suka sekali ada satu masa tu, kalau ada mesej-mesej mengarut macam promosi, on cinta on apa bagai, kekadang walaupun kita tak subscribe pun pada promosi dan perkhidmatan tu, cajnya kena pulak kat kita. Eh, mengarut sungguh. Bila telefon Maxis katanya tu bukan perkhidmatan daripada mereka. Tapi sebaliknya, tu dari syarikat luar. Eh, hairanlah kita. Dah tu ko biar je dia hantar mesej kat kita, tapi senang-senang caj kat kita eh? Yang peliknya, bil dicaj atas pelanggan. Patutnya cajlah orang yang hantar tu. Ni dah terbalik pulak. Caj kat orang yang terima. Ish ish ish... Masa tu extra ratus-ratus juglah kena bayar. Bila dah jadi isu seantero Malaysia, barulah masalah ni berkurangan.

Lagipun dulu ramai yang malas nak bertukar ke telco lain atau port out sebab kena tukar nombor. Tapi lepas polisi telco berubah di mana nombor tidak lagi terhad kepada sesetengah telco sahaja, hak kepenggunaan menjadi lebih berkuasa di mana kalau kita tak suka je dengan telco tu, kita boleh bertukar ke telco lain tanpa perlu menukar nombor.

Terbaru sekali ialah masalah beberapa tahun lepas iaitu sewaktu semua telco lain berlumba-lumba keluarkan pakej data murah dan panggilan serta sms percuma untuk talian domestik. Masa tulah Maxis paling banyak kena kecam. Mana taknya? Semua telco lain offer bawah seratus untuk data berpuluh Gig dengan talian dan sms percuma. Cuma Maxis je tetap dengan sombong dia. Bayar mahal nak mampos. Tapi data ciput jek. Kenalah sentiasa tambah data. Tu semua kena caj ekstra pulak tu. Choy!! Benci!

Masa tu jugaklah ramai yang port out dari Maxis dan beralih ke telco-telco lain seperti Digi, UMobile dan juga Celcom. Cuma kita yang setia bodoh je ni bertahan dengan kerenah Maxis. Tapi apa yang kita dapat? Nada! Wish birthday pun ilek you!

Senang kata macam-macamlah Maxis ni buat kat kita. Tapi kita tetap setia. Sampailah awal tahun ni bila kita semak dan audit semula perbelanjaan bersama-sama adik auditor kita tu, kita telah dihasut untuk tak payah jadi setia bodoh lagi dengan Maxis ni. Beralihlah kepada telco yang lebih jimat duit dalam poket.

Makanya pada hari itu jugalah kita pergi ke Digi untuk port out. Ambil pakej paling murah sekali untuk lebih penjimatan. Lagipun kat ofis ada Wifi, kat rumah pun ada Wifi. So, apa motif nak data banyak-banyak tak guna tu? Bukannya leh bawak mati pun. Eh!! Gitu.... Maka kita pun dah bersedialah nak ucap sayonara kepada Maxis forever. Helo Digi. Time tu jugalah kita dapat kad SIM Digi. Senang je cara nak port out atau beralih ke telco lain tanpa menukar nombor ni rupa-rupanya. Cuma pastikan bil terakhir dijelaskan tanpa sebarang tunggakan, pergi ke pusat perkhidmatan telco yang anda berkenaan, pilih pelan yang diminati, berikan kad pengenalan dan bayar deposit sahaja. Zas siap.

Selepas itu, just sit back dan relax dan akan menerima dua mesej. Mesej yang pertama tu abaikan. Mesej yang kedua dia akan tanya betul ke nak beralih talian? Jawab je ya. Lepas tu talian pun tak boleh digunakan, maka bolehlah anda menukar kad SIM dan beralih kepada telco lain dengan jayanya.

Now
Yezzaa... semua orang lebih mudah untuk port out sekarang ni.

Tup-tup petang tu, kita terima panggilan dari Maxis. Pujuk rayu macam balak yang nak kena tinggal sebab selama ni abaikan makwe dia tau. Katanya kenapa nak berubah hati? Kita pun katalah. Eh, selama ni punyalah abaikan kita. Tak wish birthday, tak sayang dan tak hargai pun kehadiran kita yang setia dah rajin bayar bil ni. Bila kita dah keraskan hati, baru sibuk nak cari balik. Sudahlah. Kita dah cekalkan hati nak ke pangkuan Digi.

Punyalah panjang sesi merajuk kita dengan Maxis Postpaid tu. Tup-tup Maxis offer henpon. Ish. Henpon murah. Takmolah kita. Last sekali dia tawarkan henpon Axus Zenfone 4 Max yang katanya harganya hampir RM800. Memula macam takmo. Tapi lepas fikir-fikir henpon kita hanyalah satu dan baru je lepas jatuh dalam jamban haritu. Terus cair kau!! Tapi masih main tarik-tarik tali lagi. Komplen pulak mahal pakej Maxis ni. RM100+ (RM98 sebelum GST) tapi dapat 30 Gig je. Eh, dia punya pujuk... Terus dia offer bagi RM88 untuk dua tahun bersama-sama tepon Axus tu.

Zenfone Max
Hai telefon baru.
Fikir punya fikir. Okaylah. Kita cuba lagi 2 tahun na! Hahaha... Maka begitulah kisah kita yang senang termakan pujuk ni.

Kesimpulannya? Maxis, anda bertuah sebab dapat pelanggan macam saya ni. Jenis setia tak bertempat ni. Kalau diikutkan kesetiaan dan pelaburan saya selama 14 tahun ni dekat awak, saya berhak dapat Iphone X tau. Awak jangan ingat lepas 2 tahun saya akan tetap setia bersama awak. Saya dah bosan jadi orang yang baik dan setia. Sebab tak berbaloi pun jadi setia. Tengoklah 2 tahun lagi nanti. Kalau awak tak wish birthday saya lagi, saya akan tinggalkan awak. Forever. Kalini saya serius tau. Jangan cuba nak sogok saya.

OXOXO
Prettily Rare

Baca juga:




25 comments:

  1. Komunikasi.. Setia.. Menghargai.. 😊👌👍

    ReplyDelete
  2. Dulu saya Pakai maxis lepas tu mahal Giles bill nya. So tukar lah

    ReplyDelete
  3. Dah lama xguna maxis , area rumah takde line. Hohoho

    ReplyDelete
  4. Will you be availing this cool promotion? Seems a good one and i like the phone they offer!

    ReplyDelete
  5. Nyesal port out from Digi to Maxis 2 years ago. Serious! maxis line terrible at my place. My Sis use Celcom and recently they gave her Honor don't know which model for free.

    ReplyDelete
  6. ahahaha, ok. you win, setia sangat tu.

    ReplyDelete
  7. masa mula-mula pakai hp..memang pakai line maxis... tp banyak masalahnya..dahlah mahal...terus tukar celcom...dan sekranag dah pakai digi lak... tapi tetap nombor sama..itu yang suka..bukan sebab nak tukar nombor...tapi sebab nak tukar telco nya...hehehehe

    ReplyDelete
  8. celcom ada offer baru kot utk postpaid, utk sesapa yg subscribe celcom first plan lifestyle privileges baru ni, dorg ada offer rewards termasuk la tiket flight, free grab dgn tiket wayang pun ada. bunyi mcm syok gila

    ReplyDelete
  9. haha baru baru ni pun buat survey sbb nak tukar plan baru, pastu bila compare compare nampak mcm plan celcom baru ni mcm ok, feedback pasal coverage pun stable

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi pelan baru ada apa yang menarik ? sebab i perasan semua plan macam sama je sekarang

      Delete
  10. I used to use maxis but after that I have to changed for to some circumstances houseboat I believe every Telco is trying to do improvement

    Racheal

    ReplyDelete
  11. I am on Celcom for more than ten years. Also takde birthday wish. Takde loyalty bonus. Apa pun takde. Tapi nasib baik monthly bill murah.

    ReplyDelete
  12. I am a maxis subscriber. I switched from digi (more than 10 years user) to maxis 4 years back because of its line it so good! And yeah, its fee is more expensive but personally think worth the money la. At least more stable. And now because ppl bising again and again, the data limit is 10x more than last time. So yeah, i think i am okay with it still.

    ReplyDelete
  13. hurmmm maxis mahal ade byk lagi plan yg murah dgr cite celcom ade buat deal lagi gempak!

    ReplyDelete
  14. Celcom punya coverage lagi stable kot, dgn merata rata ada line. Promotion dia pun not bad lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap most of my friend also give me good feedback from Celcom plan , I think I am going to get the new plan also

      Delete
    2. Yang plan lifestyle tu ke? berbaloi ke bayar ? nak tau feedback

      Delete
  15. maxis ke celcom ke mahal bagi aku.... pakai digi lagi best.... murah line pun okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celcom punya line mmg cun ,xyah la risau banyak ni

      Delete
    2. kannnn skrg pnye plan mcm2 kot dorg offer.. free tiket flight la wyg la ape la yg pnting tealive weyhhhh dah lah mahal tealive skrg hahahaha

      Delete
  16. Saya dah terkena... Bil rm78... Jadi rm115... Mula2 ingat murah sbb bayar rm52.... Saya mula bulan 1/2018... Kepada sesiapa yg guna maxis. Ambil prepaid jelah... Ofer telepon murah rm300 je pun... 2tahun terikat sbb nk telepon china ni!!! Tak berbaloi dgn bil bulanan pakad rm78 tapi bayar rm100++++... Inga!!! Ambil prepaid je... Topup rm 10 x 4minggu baru rm40 sebulan.... Ni bil postpaid aku dah rm115... Pakad data rm78... Tak berbaloi ambil bil pospaid... Rugi berganda...

    ReplyDelete
  17. hye!
    Ecah guna redone sebab dengan postpaid redone kita boleh pilih pelan panggilan yang paling sesuai dengan kita. contoh sekarang ecah guna Amazing8. Komitmen bulan2 RM8. Percuma 1GB data Internet High Speed. Percuma panggilan tanpa had antara redone setiap bulan. klau macam ecah, dekat rumah guna wifi streamix n kat tempat kerja guna internet office. Jadi internet yang 1GB ni hanya untuk wassup n facebook time kat luar jelah. So tiap2 bulan memang cukup. Pada kawan2 semua boleh try tengok package kat bawah mana yang sesuai dengan korang:-

    1)Amazing28
    **komitmen bulanan RM28
    **PERCUMA data internet (5GB High Speed +5GB Basic)
    **PERCUMA panggilan tanpa had antara redONE setiap bulan
    2)Amazing48
    **komitmen bulanan RM48
    **PERCUMA data internet (15GB High Speed +5GB Basic)
    **PERCUMA 200 minit panggilan ke semua rangkaian (termasuk talian
    tetap)- bernilai RM30 setiap bulan
    **PERCUMA panggilan tanpa had antara redONE setiap bulan
    1)Amazing48 + redCALL
    **komitmen bulanan RM58
    **PERCUMA data internet (15GB High Speed +5GB Basic)
    **UNLIMITED CALL ke mana2 rangkaian (termasuk talian tetap)
    2)Amazing28 + redCALL
    **komitmen bulanan RM38
    **PERCUMA data internet (5GB High Speed +5GB Basic)
    **UNLIMITED CALL ke semua rangkaian (termasuk talian tetap)
    ada lagi beberapa pelan yang ecah tak nyatakan disini. Jika ada kawan2 yang nak tahu secara terperinci boleh wassup ecah 011-1066 5714

    ReplyDelete
  18. hye!
    Ecah guna redone sebab dengan postpaid redone kita boleh pilih pelan panggilan yang paling sesuai dengan kita. contoh sekarang ecah guna Amazing8. Komitmen bulan2 RM8. Percuma 1GB data Internet High Speed. Percuma panggilan tanpa had antara redone setiap bulan. klau macam ecah, dekat rumah guna wifi streamix n kat tempat kerja guna internet office. Jadi internet yang 1GB ni hanya untuk wassup n facebook time kat luar jelah. So tiap2 bulan memang cukup. Pada kawan2 semua boleh try tengok package kat bawah mana yang sesuai dengan korang:-

    1)Amazing28
    **komitmen bulanan RM28
    **PERCUMA data internet (5GB High Speed +5GB Basic)
    **PERCUMA panggilan tanpa had antara redONE setiap bulan
    2)Amazing48
    **komitmen bulanan RM48
    **PERCUMA data internet (15GB High Speed +5GB Basic)
    **PERCUMA 200 minit panggilan ke semua rangkaian (termasuk talian
    tetap)- bernilai RM30 setiap bulan
    **PERCUMA panggilan tanpa had antara redONE setiap bulan
    1)Amazing48 + redCALL
    **komitmen bulanan RM58
    **PERCUMA data internet (15GB High Speed +5GB Basic)
    **UNLIMITED CALL ke mana2 rangkaian (termasuk talian tetap)
    2)Amazing28 + redCALL
    **komitmen bulanan RM38
    **PERCUMA data internet (5GB High Speed +5GB Basic)
    **UNLIMITED CALL ke semua rangkaian (termasuk talian tetap)
    ada lagi beberapa pelan yang ecah tak nyatakan disini. Jika ada kawan2 yang nak tahu secara terperinci boleh wassup ecah 011-1066 5714

    ReplyDelete
  19. maxis ni mcm cilake, baru pakai 5 hari pospaid gps sistem x boleh, pegi center pun diorg x reti nk buat,call servive center x berangkat fon, mcm haram la maxis ni, sy fulltime grab driver, so 5 hari x boleh buat keje, line maxis problem x boleh on gps.....adoiiii....

    ReplyDelete
  20. Sekarang pakej HP baru + postpaid laku lagi ke skrg?

    ReplyDelete