Tuesday, 27 March 2018

Bufet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang

March 27, 2018 3
Bufet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang

Hai semua,



Harini nak cerita fasal Bufet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang pula. Sebenarnya sebelum ni tak pernah sampai lagi Royale Chulan Bukit Bintang. Yang kita selalu pergi, Royale Chulan Damansara. Masa kerja di syarikat sebelum ni, hampir setiap tahun berbuka puasa di Royale Chulan Damansara sebab dekat ngan ofis. So, bila ada peluang untuk merasai bufet Ramadan di Royale Chulan Bukit Bintang, nak juga merasa. Almaklumlah, tentu cefnya lain-lain. Ye dok?

Tahun ini Hotel Royale Chulan Bukit Bintang memilih tema Bufet Aneka Selera kerana terdapat pelbagai aneka jenis masakan dari ke hidangan utama sehinggalah ke pemanis mulutnya. Antara hidangan yang disyorkan oleh Cef Eksekutifnya, Cef Raja Kamaroszaman ialah Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan menu wajib setiap kali berbuka puasa iaitu Bubur Lambuk.
Food Counter

Royale Chulan Bukit Bintang
Ikan Patin Masak Tempoyak
Royal Chulan BB
Pajeri Nanas


Royale Chulan BB
Daging Dendeng

Royale Chulan BB
Udang Masak Lemak Cili Api

Royale Chulan BB
Lemang dan serunding

Royale Chulan BB
Cef bersama kambing bakarnya

Bagi hidangan pemanis mulut pula, Royale Chulan Bukit Bintang juga menawarkan pelbagai jenis kuih-muih tradisional dan pemanis mulut ala barat termasuklah Serawa Durian, Sagu Gula Melaka, Tepung Pelita, French Pastries, Cheese Tart, Cream Caramel dan banyak lagi.


Royale Chulan BB
Semua buah-buahan yang disajikan segar-segar belaka

Royale Chulan BB
Pelbagai jenis kuih muih dan pencuci mulut turut dihidangkan


Bufet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang ini akan bermula dari 16 Mei 2018 sehinggalah 14 Jun 2018.

Harga:
Dewasa RM 98 bersih
Kanak-kanak dan warga emas RM 60 bersih

Kemudahan surau adalah disediakan bagi para pengunjung yang berbuka di sini. Sempena bulan mulia yang bakal menjelma ini, Royale Chulan Bukit Bintang juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan Kempen Kebajikan Ramadannya yang dikenali sebagai 'We Care' menerusi aktiviti kad ketupat.

Mereka yang ingin menyumbang boleh membeli kad ketupat tersebut dengan harga RM10 dan menggantungkan kad tersebut di pokok kelapa sawit yang terletak di lobi hotel sepanjang bulan mulia itu. Hasil kutipan akan disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Shifa.

Jadi bagi mereka yang berminat untuk berbuka puasa sambil beramal di Royale Chulan Bukit Bintang, boleh hubungi:

Royale Chulan Bukit Bintang
17-21, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
No Tel: 03-2147 9898
Laman Web:  http://www.royalechulan-bukitbintang.com/

Baca juga:




Tuesday, 20 March 2018

Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak Dugro

March 20, 2018 1
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak Dugro

Hai semua,

Harini saya nak share resepi kegemaran saya yang dipelajari sewaktu Sesi Mama-mama Penyayang Dugro. Seperti tajuk ini, resepi tersebut ialah resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak.

Quiche Ayamdan Cendawan Enak
Resepi Quiche ini menggunakan susu dugro

Nak dijadikan cerita, saya telah berkesempatan menyertai kelas memasak anjuran Dugro dalam Sesi Mama-mama Penyayang Dugro di Bangsar pada 18 Mac 2018. Menerusi sesi ini, Mama-mama penyayang telah mempelajari dua resepi mudah hasil perkongsian Cef Lin di mana semuanya bukan sahaja senang disediakan, malah juga berkhasiat dan enak dan pastinya sesuai bagi anak-anak yang banyak songeh sekalipun. Gitu!!

Dugro
Khusyuk semua mendengar
Biasalah, hal anak susah nak makan ni, boleh dikatakan isu mak-mak seantero dunia. Isu kering idea tak tahu nak masak apa pun, isu yang sering dialami oleh mak-mak di seluruh dunia juga. Yalah, bukan mudah nak tarik minat budak-budak nak makan sebenarnya. Nak-nak kalau budak tu jenis memilih makan macam anak sulung kita si Mia Qaisara tu. Kalau adik dia Hariz, tolak batu kayu je. Macam maknya nilah. Ha, senang kerja.  Bagi kayu asalkan letak jem pun dia telah punyalah.

Dugro sebagai pihak yang sangat prihatin tentang keperluan anak-anak dan mak-mak dengan itu telah pun menyenaraikan 6 resepi-resepi istimewa yang diteliti oleh pakar-pakar nutrisi bagi memastikan si kecil mempunyai pemakanan yang seimbang. Antara resepi- resepi yang dikongsikan adalah Kebab Ikan Comel, Bubur Ikan Riang Ria, Nasi Goreng Meriah, Burger Ayam Sayangku, Quiche Ayam dan Cendawan Enak dan Pasta Si Manja.

Dugro
Kebab Ayam Comel

Dugro

Dugro


Tapi kali ini kita nak kongsikan resepi kegemaran kita iaitu Quiche Ayam dan Cendawan Enak. Sebenarnya, kita jatuh cinta kat Quiche sejak makan waktu kenduri 8 tahun yang lalu. Tah siapa yang masak tah, tapi tulah pertama kali kita mencuba makanan yang bernama Quiche ni. Memang sedap. Banyak kali jugalah konon nak cuba buat sendiri, tapi kah kah kah... Ilek. Dalam mimpi je buat.

Tak sangka pula dalam Sesi Mama-Mama Penyayang ni akhirnya kita telah berpeluang untuk memasak dan merasa sendiri Quiche Ayam dan Cendawan Enak hasil air tangan sendiri. Memang berjuta-juta lemon lah kita telan. Sodap! Tak sangka seringkas ini sahaja cara untuk menghasilkannya.

Quiche Ayam dan Cendawan Enak

Bahan-bahan:
Kepingan ayam (ham) secukupnya, dipotong kecil (boleh tukar jadi isi ayam dan sebagainya)
1/2 sudu bawang besar, didadu
2 sudu besar lobak merah, didadu.
2 biji cendawan butang, dihiris nipis
2 biji telur, dipukul
100 ml susu Dugro
1/2 cawan parutan keju Cheddar atau Parmesan
1 sudu besar minyak
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Paf pastri secukupny
Acuan pai aluminium secukupnya

Cara Penyediaan
1. Panaskan ketuhar pada 170 darjah selsius. Alas acuan pai dengan paf pastri
2. Panaskan minyak. Tumis hirisan ayam sehingga masak
3. Masukkan bawang besar, lobak merah dan cendawan. Angkat.
4. Sudukan sayuran ke dalam paf pastri
5. Campurkan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Tuang sehingga menutupi sauran.
6. Taburkan keju di atasnya.
7. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

Tada!! Inilah hasilnya. Memang sedap. Kaya dengan protin sebab menggunakan susu, telur dan keju. Baguslah untuk tulang anak.

Bagus juga untuk mak-mak yang nak diet atau mengamalkan diet Atkins. Caranya? Tak payah pakai paf pastri. Tuang je dalam acuan. Kemudian masa nak makan, guna je sudu. Mudah kan?

Semoga resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak ini berguna untuk anda semua. Sumpah senang je cara nak buatnya. Kita ada bawak balik untuk bebudak dua orang tu. Diorang pun suka.

Cubalah!

Sekian perkongsian ikhlas
Prettily Rare

Baca juga:




Sunday, 11 March 2018

grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Perkhidmatan Futuristik dan Automatik

March 11, 2018 25
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Perkhidmatan Futuristik dan Automatik

Hai semua,

Harini kita nak cerita fasal Restoran grEAT, sebuah restoran makanan segera yang menawarkan menu vegetarian yang serba sihat. Apa yang lebih menariknya ialah restoran ini direka khas dengan konsep futuristik iaitu tanpa pelayan dan tanpa tunai. Semuanya serba automatik. Perghh.. Memang canggih tiada tandingannyalah.

healthier fast food
grEAT, makanan segera yang lebih sihat
Menurut pengasasnya iaitu Tan Yong Jen. Restoran grEAT juga merupakan nama yang tidak asing dalam industri makanan dan minuman kerana telah mempunyai beberapa cawangan antaranya di Pulau Pinang, tetapi cawangan grEAT di One Utama ini merupakan cawangan pertama yang futuristik dan serba automatik. Restoran sebegini sudah banyak didapati di luar negara, tetapi di Malaysia, grEAT merupakan restoran serba automatik yang pertama di negara kita.

Jadinya, kalau tak ada pelayan dan tiada tunai, cemana agak-agak mekanisma untuk membuat pesanan agak-agaknya ek? Dalam dunia serba canggih ni, teknologi memungkinkan segala-galaya. Dunia di hujung jarilah katakn. Makanya, anda cuma perlu membuat pesanan dan membuat bayaran menggunakan aplikasi Wechat sahaja. Malah, aplikasi ni juga akan memaklumkan bila makanan anda akan siap disediakan. Jadi, sambil-sambil menunggu tu, bolehlah pergi membeli-belah atau setelkan apa-apa urusan dulu. Dekat-dekat dah nak siap nanti, baru pergi ambil pesanan dan makan. Tak perlu risau pun orang lain akan terambil makanan kita. Kotak hidangan automatik tu cuma boleh dibuka kalau kita scan QRcode kita. Hebat tak?

how to order
Langkah-langkah untuk memesan,buat bayaran dan menikmati hidangan grEAT
Interior of restaurant
Lepas pick up order, leh dok diam-diam makan kat sini tanpa diganggu sesiapa
Bercakap mengenai menu vegetarian, rasanya ia lebih terkenal dan lazim di kalangan kaum Cina dan India berikutan tuntutan kepercayaan mereka. Di kalangan kaum Melayu, rasanya tak begitu lazim. Kalau makan pun rasanya waktu melancong sahaja, terutamanya kalau susah nak dapat makanan yang halal. Tapi sebenarnya, saya sendiri memang kadangkala mengamalkan diet pemakanan vegetarian kerana faktor kesihatan. Yalah, dari segi saintifiknya, sayur-sayuran lebih mudah dicerna berbanding daging. Jadinya, kalau musim-musim perayaan, gathering atau rasa terlebih makan sangat beberapa hari, terus saya akan makan makanan vegetarian untuk berikan masa berehat kepada perut dan usus. Almaklumlah, faktor usia. Proses penghadaman dah jadi lambat, perut senang gastrik dan berangin. Sekali-sekala, tak mahulah perut terlalu dibeban makanan-makanan berat seperti makanan proses dan berdaging. Ala-ala detoks gitu.

Salah satu faktor tercetusnya konsep makanan segera yang lebih sihat ini adalah kerana statistik yang mengatakan bahawa jika kita makan kurang 15% daging secara global, kebaikannya adalah sama dengan kita mengurangkan 240 juta penggunaan kereta di seluruh dunia. Karbon dan methane yang dihasilkan juga akan dapat dikurangkan secara drastik. Dengan itu, grEAT juga telah melancarkan kempen untuk makan makanan vegetarian pada setiap hari Isnin dalam usaha mengurangkan penghasilan karbon dan methane di dunia. Menarik kan?

Cukup-cukuplah dengan fakta yang serba panjang sampai lima perenggan kat atas tu, jom kita jengah apakah antara menu-menu menarik yang ditawarkan oleh grEAT, the healthier fast food atau dalam Bahasa Melayunya, grEAT, makanan segera yang lebih sihat:

great
Semua menu nampak menarik

Pada pelancaran rasmi grEAT di One Utama yang diserikan oleh Datuk Dr Cef Wan ni, kami bukan sahaja dapat merasai sebahagian daripada menu-menu yang tertera, malah juga berpeluang untuk menyaksikan demo oleh Datuk Dr Cef Wan untuk salah satu menu yang paling digemari di Restoran grEAT ini iaitu kari hijau. Memang tergodalah bila Datuk Dr Cef Wan tumis bahan-bahan kari hijau tu, telan air liur je rasanya:

grEAT
Majlis pelancaran grEAT, the healthier fast food

grEAT
Demo masakan oleh Datuk Dr Cef Wan


grEAT
Green Curry Bowl - RM15.90
burger
Burger dia pun vegetarian patty. Boleh tahan juga

RM18.90
Passion Mango Bowl, RM18.90

Set Meal
Set Meal 

grEAT
Flavourful Satay Bowl, RM17.90

grEAT
Tempura Mushroom, RM10.90
Antara semua makanan ni, kegemaran saya ialah tempura mushroom dan kari hijau. Tengah taip blog ni pun meleleh air liur rasanya. Kih kih kih.

Jadi kalau rasa nak mencuba pengalaman makan di restoran futuristik serba canggih dan automatik yang hanya boleh didapati di luar negara atau cawangan One Utama grEAT ni, haruslah singgah. Sambil-sambil tu, bagi cuci itu perut. Gitu...

Maklumat lanjut boleh check it out FB mereka iaitu
grEAT - The Healthier Fast Food
Lot LG 328, Lower Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre
47800 Petaling Jaya, Malaysia

Sekian ulasan ikhlas
Prettily Rare....


Saturday, 3 March 2018

Kursus Terjemahan Am Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)

March 03, 2018 24
Kursus Terjemahan Am Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)

Hai semua,

Harini just nak berkongsi tentang kursus yang telah kita jalani selama dua minggu pada bulan Disember 2017 yang lalu. Kerana kursus ni, maka terhapus dan terbatallah niatku untuk ke Hong Kong. Sob sob sob... Takziah Hong Kong... Tunggu daku nanti.

Ha, kisah di sebalik kursus ini pulak cenggini. Sebelum ni kita kerja dalam industri kreatif dan kerja pula banyak tentang penulisan dan terjemahan. Ramai yang akan fikir, ala, terjemahan je. Bukannya susah pon. Google Translate kan ada. No... Salah! Terjemahan sebenarnya merupakan sejenis seni yang memerlukan olahan kreativiti manusia yang bersesuaian dengan konteks dan teks.

Terjemahan perlukan olahan manusia...

Lagipun, kalau terjemahan teks biasa, mungkin mudah. Tapi kalau dah terlibat dalam dunia kreatif yang mana semua penggiat dunia kreatif ni terlalu berseni dan di luar jangkaan, memang mencabar untuk menterjemah konteks-konteks dan teks-teks tertentu.

Dilema mengenai keterbatasan ilmu untuk menterjemah ini akhirnya menemui jawapannya apabila kawan dalam industri yang sama telah dihantar untuk menghadiri Kursus Terjemahan Am (Intensif) selama dua minggu di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Apa lagi? Sebagai seorang yang as curious as cat, kita pun hantar mesej secara peribadi pada kawan tersebut dan dia dedahkan, banyak alatan menterjemah, tips dan kemahiran menterjemah yang akan dikongsikan oleh pakar-pakar di ITBM. Makanya, berita ini sangat mengujakan dan sepantas kilat, kita pun tak sabar-sabar mendaftarkan diri untuk menyertai kursus yang sangat berguna untuk tugasan kita ini.

Kursus yang saya hadiri adalah pada 11 Disember 2017 sehingga 22 Disember 2017. Harga kursus untuk 10 hari ini hanyalah RM1,200. Sangat berbaloi kerana termasuk makan dan minum sebanyak 3 kali (minum pagi,  makan tengah hari dan minum petang)  dan pengisiannya juga sangat mantap. Kurus Terjemahan Am selama 2 minggu atau bersamaan dengan 10 hari bekerja ini terdiri daripada 9 hari kursus terjemahan dan amali serta 1 hari peperiksaan.

Dalam 9 hari tersebut, antara topik-topik yang dikupas adalah seperti berikut:

1. Asas, Teori dan Teknik Penterjemahan
2. Sintaksis, Semantik, Laras dan peristilahan dalam Terjemahan
3. Bahasa Melayu dalam Terejamahan
4. Penterjemahan Teks Undang-Undang
5. Penterjemahan Teks Sains Sosial
6. Penterjemahan Teks Sastera Kreatif
7. Penerjemahan Teks Umum
8. Penterejamahan Teks Komunikasi Massa
9. Penterjemahaan Teks Sains & Teknologi
10. Pandauan Menghadapi Peperiksaan

Ha, tengok tu!! Mantap ke tidak pengisian Kursus Terjemahan Am oleh Institut Terjemahan Buku Negara ni? Yang paling kita terharu, semua tenaga pengajar bukan sahaja sangat berpengalaman dalam bidang masing-masing, malah juga langsung tidak lokek untuk berkongsi ilmu, pengalaman, alatan mahupun bahan rujukan yang sangat berguna dalam kerja-kerja terjemahan.

Khusyuk wooo.. fikir fasal cemana nak translate


Dari kursus ini juga saya dapat tahu tentang kesilapan terjemahan yang selalu berlaku iaitu lewah atau dikenali sebagai over translation dan juga undertranslation iaitu makna tak sampai. Hahaha... Guilty as charged! Kita pun perasan kekadang terover juga dalam terjemahan. Kekadang pula, informasi yang diberikan tak terjemah sepenuhnya.

Selain daripada ilmu menterjemah, saya rasa sangat berbangga dapat menyertai kursus ni kerana dapat mengembangkan lagi rangkaian kenalan. Tak sangka orang yang menyertai kursus ni datang dari pelbagai latarbelakang. Antaranya, golongan profesional seperti doktor, peguam, pensyarah dan sebagainya. Tak kurang juga mereka yang datang untuk mendapatkan kelayakan untuk memulakan kerjaya sebagai penterjemah.

Antara bidang kerja yang berkaitan dengan terjemahan dan bahasa ialah penterjemah, jurubahasa, penyari kata dan pengalih suara. Menurut daripada salah seorang tenaga pengajar, ada juga di kalangn rakannya yang mampu meraih pendapatan puluhan ribu hanya dengan bekerja dari rumah sebagai penyari kata. Menarik bukan?

Sebenarnya, kita tidak perlu mempunyai kelayakan rasmi seperti ini untuk memulakan kerjaya sebagai penterjemah. Saya sendiri sebagai contohnya telah mula mengambil tugas-tugasan terjemahan sebelum mempunyai pengiktirafan dari mana-maa badan. Namun demikian, ada juga syarikat yang menetapkan penterjemah yang bekerja dengan mereka perlulah mempunyai kelayakan daripada badan yang diiktiraf.

Jadinya, selepas mempunyai sijil dari ITBM, peluang untuk mendapatkan tugasan adalah lebih banyak dan anda juga akan lebih yakin untuk mengambil kerja-kerja dan tugasan yang diamanahkan.

Selepas peperiksaan dijalankan, kebiasaannya, keputusan dan sijil akan diperoleh dalam tempoh 1-2 bulan selepas tarikh peperiksaan. Gred  adalah seperti berikut:

ITBM
Gred 

Manakala pengiraan markah pula seperti berikut:

Marking System
Pengiraan markah

Sewaktu saya menulis entri ini, markah bagi batch kami iaitu bagi kursus yang berlangsung pada 11-22 Disember 2018 telah pun diumumkan. Alhamdulillah. Keputusan memberangsangkan. Tak sia-sia perah otak sampai dah nak strok. Mana taknya? seharian suntuk kena terjemah 6 jenis teks berbeza... Tu tak masuk lagi soalan-soalan amali dan teori yang sangat membunuh sel otak.

1
Semua muka gembira dah habis exam

Walaupun tak tahu lagi result, tapi tetap lega exam dah habis

Senang kata, kursus ini sangat mantap dan sangat membantu bagi mereka yang benar-benar berminat dalam bidang terjemahan. Bagi mereka yang selalu perlu terlibat dalam kerja terjemahan, saya akan syorkan juga kursus yang sangat membantu ini.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah layari laman rasmi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk mengetahui kursus yang ditawarkan. Oh, ya. Kalau anda rasa tak mampu untuk ambil cuti 10 hari. Kursus ini juga diadakan secara sambilan iaitu setiap Hari Sabtu. Jadual boleh dapatkan daripada laman rasmi mereka juga iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia .

Sekian, perkongsian ikhlas dari
Prettily Rare


Baca juga:


Friday, 2 March 2018

Pengalaman ke Anime Japan 2017

March 02, 2018 29
Pengalaman ke Anime Japan 2017

Hai semua,

Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, dah pun masuk bulan Mac. Jadi hari ini kita nak tulis tentang pengalaman 'throwback' atau imbas kembali kita ke Anime Japan 2017 di mana kita telah pun pergi ke Jepun pada Mac 2017. 

Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan di Jepun ialah menghadiri salah satu event anime atau animasi terbesar di Tokyo Big Sight, Tokyo, Japan iaitu Anime Japan 2017.

header
Anime Japan 2017
Kebiasaannya, Anime Japan 2017 ini diadakan pada hujung bulan Mac bersempenakan musim bunga Sakura di Jepun. Jadi, mereka bercadang untuk menarik pengunjung ke Jepun bukan sahaja untuk menyertai Anime Japan 2017 tetapi juga untuk menikmati pemandangan bunga sakura.

Anime Japan 2017 telah menyaksikan penglibatan oleh lebih 200 syarikat animasi di Jepun dan seluruh dunia. Selain memaparkan tentang produk anime mereka, Anime Japan 2017 juga mempunyai inisiatif untuk mewujudkan kesedaran orang ramai tentang pelbagai jawatan dan kerja yang berkaitan dengan industri ini selain proses-proses penghasilan anime. Industri anime merupakan salah satu industri yang telah memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Jepun menerusi pelbagai cara antaranya voice talent. 

Antara booth pameran yaang ada

Memang menarik semuanya

Antara anime kegemaran kita, Conan
Jika di Malaysia, voice talent tidak dikenali, tetapi di Jepun ini, voice talent seseuatu watak boleh menjadi begitu terkenal sehingga mempunyai barisan peminatnya sendiri malah juga mampu untuk mengeluarkan single dan mengadakan persembahaan.

Anime Japan 2017 telah diadakan selama 4 hari tetapi hari pertama dan kedua adalah untuk tujuan perdagangan (trade) di mana dua hari selebihnya dibuka kepada orang ramai bagi tujuan lawatan cosplay dan bermacam lagi.  Malah pengunjung juga boleh membeli barangan anime ataupun dikenali merchandise anime yang mereka minati.

Comel sungguh kan?

Rasa nak borong je semua ni

Macam kartun Doraemon karakter ni.

Figurin

Anime bertemakan bola keranjang

Aiyak..mana satu lagi figurin?

Bantal kepala anime yang comel

Beg pun boleh...

Merchandise pin pula

Berbeza dengan Anime Japan 2016, Anime Japan 2017 mempunyai pengisian yang lebih mantap lagi di mana mereka telah menambah beberapa program yang sangat menarik termasuklah Food Park dan Family Anime Park 2017 selain daripada acara biasa seperti Cosplayer's World, Open Stage,  Red/ Green /Blue Stage dan sebagainya.

Terdapat juga sesi perkongsian dan tips mengenai Anime yang dikongsikan dengan orang berpengalaman namun sayangnya hanya dianjurkan dalam Bahasa Jepun tanpa sebarang terjemahan. Makanya, saya dan kakak tidak dapat menyertainya.

Yang menariknya, walaupun kami tak dapat menyertai seminar dan talks yang diadakan dalam Bahasa Jepun, pihak penganjur telah mengaturkan ramai penterjemah untuk mengadakan trip lawatan ke seluruh kawasan Anime Japan 2017 secara berkumpulan. Jadi, terubat jugalah hati tak dapat dengar talk kerana kami telah diberikan penjelasan penuh tentang acara yang dijalankan oleh penterjemah tersebut.

Antara kejayaan yang kita rasa semua dapat pelajari daripada penganjur Anime Japan berjaya mencantumkan sisi budaya mereka dengan Anime Japan 2017 dengan inisiatif Food Park mereka. Di Food Park, pengunjung dapat membeli makanan Jepun yang bertemakan anime kegemaran mereka. Menarik kan? Ini merupakan salah satu tarikan kenapa saya mahu menyertai Anime Japan 2017 berbanding pameran dan conference yang lain.

Antara makanan-makanan Anime Japan 2017

Jom lihat makanan-makanan tersebut dengan lebih terperinci:

Terliur, tapi apa kan daya? Tak boleh  beli

Semuanya nampak menarik

Memang terliur tengok


Ruangan Family Anime Park 2017 pula bagi saya satu acara yang sangat menarik kerana bukan saja dapat memperuntukkan satu program khas hujung minggu bagi mereka yang berkeluarga, tetapi mereka juga secara tak langsung telah mendidik anak-anak bangsa mereka untuk mencintai anime keluaran negara mereka. Sekarang, saya faham kenapa Upin Ipin selalu mengadakan karnival sedemikian. Dengan aktiviti sep erti ini, akan terpahat lagi brand recoginition dalam minda kanak-kanak ini sehingga mereka dewasa.

Antara aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak

Aktiviti main kad

Ibu bapa beratur untuk mendaftar

Sambutan yang diterima oleh Anime Japan 2017 sangat mengagumkan dengan adanya penambahan aktiviti-aktiviti yang menarik pada tahun 2017. Mereka telah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 145,453 di mana ini menyaksikan peningkatan sebanyak 107% berbanding tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2016. Hebat bukan?

Aktiviti dan pengisian beginilah yang saya rasakan mungkin perlu diselit oleh penggiat seni di Malaysia untuk menaikkan dan memartabatkan lagi industri kreatif negara.  Saya sangat terharu melihat penglibatan anak-anak Jepun dalam meraikan kejayaan Anime negara mereka. Bagaimana pula dengan kita? Sejauh manakah kita menyokong industri kreatif negara?

Yang paling sedih sekali, kartun tempatan seperti Ujang, Apo dan Gila-gila dan sebagainya semakin ditelan zaman dek kerana globalisasi memandangkan ramai orang lebih sukakan kartun berbentuk anime yang lebih cantik dan kemas walhal bagi saya itulah identiti lukisan dan kartun kita yang tersendiri. Rindunya dengan majalah-majalah kartun dulu. Sob sob..

Rindu betul kartun dulu-dulu

Baiklah, jadi bagi mereka yang berminat untuk merasai pengalaman sendiri ke Anime Japan, bolehlah pergi ke laman rasmi mereka iaitu Anime Japan

Sekian laporan
Prettily Rare