Sunday, 1 April 2018

Bufet Selera Muhibbah TPC KL Hidang Pelbagai Menu Istimewa


Hai semua,
Selera Muhibbah
Zass...
Harini kita nak cerita sedikit tentang bufet Ramadan kegemaran kita, seharusnya di Tournaments Player Club (TPC), Kuala Lumpur. Kalau anda tercari-cari tempat berbuka puasa yang menawarkan hidangan enak serta menu yang lain daripada yang lain, maka sudah semestinya TPC KL yang patut menjadi pilihan anda.

Jika selama ini anda dah jemu dengan suasana bufet Ramadan di ruangan hotel atau di restoran, TPC KL menawarkan pengalaman yang menikmati bufet Ramadan dengan eksklusif dan berbeza. Nikmatilah juadah berbuka puasa anda di tepi kolam renang ataupun berlatarbelakangkan pemandangan padang golf yang menghijau dan luas. Malah, hendak ke restorannya iaitu Golfer's Terrace pun, anda perlu menaiki buggy dari tempat parkirnya yang disediakan percuma. Ada kelas gitu!

TPC KL
Ni wajib sebagai hidangan pembuka...gitu!

TPC KL
Tengok orang yang jaga tu pun dah tahu mi rebus tu sedap

TPC KL
Muka yakin dengan keenakan mash potatonya. Tapi memang sedap! Menu baru ni

TPC KL
Apalah buka puasa kalau tanpa kuih-muih. Betul tak?

TPC KL
Kaunter ulam-ulaman
Selain daripada masakan-masakan tradisi seperti Gulai Ikan Patin Tempoyak, Rendang Hati Lembu, Daging Masak Merah, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi dan sebagainya, terdapat juga menu-menu 'street food' yang sukar didapati di mana-mana bufet Ramadan yang lain.

TPC KL
Pelbagai ulam-ulaman

Udang Masak Merah dengan Kacang Peas
TPC
Pucuk Ubi Masak Lemak dengan Keledek Merah

TPC KL
Pajeri Terung

TPC KL
Ikan Patin Asam Pedas

TPC
Paru Goreng Berlada

Antara menu 'street food' dan menu-menu menarik yang ditawarkan di gerai-gerai di TPC KL ialah Char Kuey Teow, Sate, Kambing Panggang, Lidah Bakar, Seafood Kava, Asam Laksa, Kek Lobak Goreng, Asam Pedas Lok-lok dan sebagainya

TPC KL
Sate kat sini pun sodap! Juicy!
TPC KL
Asam pedas lok-lok pun ada

Kegemaran saya? Sudah semestinya kek lobak goreng atau fried carrot cake kerana sungguh sukar sekali untuk mencari makanan street food Cina yang halal ini. Jadinya, setiap tahun, pasti saya akan berbuka puasa di TPC yang dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLBCC). Kalau anda nak tahu apakah rasa kek lobak goreng yang sentiasa membuat saya termimpi-mimpi ini, wajib datang dan cuba sendiri. Memang tentu tak rugi. 

TPC KL
Aha! Inila makanan fevret kita di TPC, kek lobak goreng, Bukan kuey teow tau!


Selain daripada kek lobak goreng, kambing panggang dan lidah goreng di TPC juga antara yang menerima banyak pujian daripada pengunjungnya. 

TPC KL
Bagi penggemar lidah bakar. TPClah tempat yang anda perlu kunjungi

Sebenarnya sejak pertama kali berbuka puasa di TPC KL 2 tahun dahulu, kita memang tak pernah ketinggalan untuk menikmati bufet Ramadan setiap tahun. Kalau sebelum-sebelum ini saya hanya mempromosikannya di media sosial atau mengesyorkannya kepada rakan-rakan, tahun ini saya rasa sudah masanya saya perkenalkan menerusi blog saya memandangkan selama 2 tahun ini, keenakan masakannya serta kualitinya tak pernah menghampakan.

Bagi mereka yang ingin mencuba keenakan masakan di TPC KL, rebutlah peluang untuk mendapatkan baucar 'early-bird' yang berharga RM95 untuk pelawat dan RM80 untuk ahli kelab sebelum 18 Mei 2018. Malah, TPC KL juga memperuntukkan RM1 daripada setiap jualan baucar ini untuk didermakan kepada pusat-pusat kebajikan. Maka, marilah kita membeli sambil beramal menerusi jualan baucar Selara Muhibbah ini. Harga biasa bagi bufet adalah RM110 bagi dewasa dan RM47.50 bagi kanak-kanak yang berusia 7 tahun dan ke atas.

Jika anda bercadang untuk berbuka puasa di TPC KL tahun ini, jangan lupa untuk rancang dan buat tempahan awal berbuka puasa di TPC KL memandangkan tempatnya terhad dan selalu penuh ya!

TPC Kuala Lumpur
Jalan Bukit Kiara
Tel: 03-2011 9187/189
Website: TPC KL

17 comments:

  1. Semua menu tu nampak best especially udang kacang peas ngan paru goreng berlada tu..memang fav sangat2..TPC ni macam pernah nampak tp sampai sekarang tak dapat recall lagi..

    ReplyDelete
  2. Terliurnya tengok semua menu yang dihidangkan.bulan puasa nanti boleh la ajak husband berbuka sini

    ReplyDelete
  3. sangat menyelerakan boleh masuk dalam list ni

    ReplyDelete
  4. Gamabar-gambar ni buat Del rasa lapar pula nak makan. Nice share info pasal tempat ni

    ReplyDelete
  5. Lapar lah tengok gambar-gambar tu. Tak makan lagi ni. Kalau size gambar tu lagi besar mesti lagi terliur ai tengok.

    ReplyDelete
  6. Uii.. Rambang mata tgk pelbagai jenis makanan yg ada ni... Rasa nak cuba je semua menu smpai kembung perut.... Adoii ttbe jd lapo.. Hahhaa.. Menggoda sangat niii

    ReplyDelete
  7. udang dan ikan patin tu alahai buat ainy rasa lapar balik je ni. apa best sangat menu2 dia?? (cry sebab lapar haha)

    ReplyDelete
  8. Scroll laju-laju..mommy tengah diet ni..kekeke... Dah boleh booking dah untuk berbuka puasa kat sini..yumyum

    ReplyDelete
  9. Kek lobak goreng baru pertama kali dengar. Best bestnya menu buffet kat sana. Mesti puas hati makan makanan yang sedap sedap

    ReplyDelete
  10. Pernah mkn kek lobak kat singapore dulu..mmg sedap juga..kat Malaysia mmg susah nak jumpa kan..neway lapo tgk masak lemak pucuk ubi tu...

    ReplyDelete
  11. nampak sedap semua lauk ni... mari menjamu selera bersama sama....

    yummy and delicious!~

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat naik buggy nak ke restoran ni. Menu pun pelbagai dan menarik. Ada menu tempatan dan street food. Berbaloi berbuka dekat sini.

    ReplyDelete
  13. sangat2 menyelerakan. tengok la udang besar besar tu

    ReplyDelete
  14. Wow tengok semua makanan ni memang membuat selera dan rasa dekat sangat nak puasa dah ganti ker semua huhuhuhuh... Jangan marah..

    ReplyDelete
  15. terus jadi lapooo...huhu...sedap2 dan banyak betul pilihan makanan. harga pun not bad kan...

    ReplyDelete
  16. Eh awaaaaakkkk fried radish cake tu fav kita tau...sedap nom nom nommm...belanja buleh?

    ReplyDelete
  17. sebenarnya hampir nak kesini. tapi khai boikot sebab ada staff dia buat hal. so totally not in my list

    ReplyDelete