Saturday, 3 March 2018

Kursus Terjemahan Am Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)


Hai semua,

Harini just nak berkongsi tentang kursus yang telah kita jalani selama dua minggu pada bulan Disember 2017 yang lalu. Kerana kursus ni, maka terhapus dan terbatallah niatku untuk ke Hong Kong. Sob sob sob... Takziah Hong Kong... Tunggu daku nanti.

Ha, kisah di sebalik kursus ini pulak cenggini. Sebelum ni kita kerja dalam industri kreatif dan kerja pula banyak tentang penulisan dan terjemahan. Ramai yang akan fikir, ala, terjemahan je. Bukannya susah pon. Google Translate kan ada. No... Salah! Terjemahan sebenarnya merupakan sejenis seni yang memerlukan olahan kreativiti manusia yang bersesuaian dengan konteks dan teks.

Terjemahan perlukan olahan manusia...

Lagipun, kalau terjemahan teks biasa, mungkin mudah. Tapi kalau dah terlibat dalam dunia kreatif yang mana semua penggiat dunia kreatif ni terlalu berseni dan di luar jangkaan, memang mencabar untuk menterjemah konteks-konteks dan teks-teks tertentu.

Dilema mengenai keterbatasan ilmu untuk menterjemah ini akhirnya menemui jawapannya apabila kawan dalam industri yang sama telah dihantar untuk menghadiri Kursus Terjemahan Am (Intensif) selama dua minggu di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Apa lagi? Sebagai seorang yang as curious as cat, kita pun hantar mesej secara peribadi pada kawan tersebut dan dia dedahkan, banyak alatan menterjemah, tips dan kemahiran menterjemah yang akan dikongsikan oleh pakar-pakar di ITBM. Makanya, berita ini sangat mengujakan dan sepantas kilat, kita pun tak sabar-sabar mendaftarkan diri untuk menyertai kursus yang sangat berguna untuk tugasan kita ini.

Kursus yang saya hadiri adalah pada 11 Disember 2017 sehingga 22 Disember 2017. Harga kursus untuk 10 hari ini hanyalah RM1,200. Sangat berbaloi kerana termasuk makan dan minum sebanyak 3 kali (minum pagi,  makan tengah hari dan minum petang)  dan pengisiannya juga sangat mantap. Kurus Terjemahan Am selama 2 minggu atau bersamaan dengan 10 hari bekerja ini terdiri daripada 9 hari kursus terjemahan dan amali serta 1 hari peperiksaan.

Dalam 9 hari tersebut, antara topik-topik yang dikupas adalah seperti berikut:

1. Asas, Teori dan Teknik Penterjemahan
2. Sintaksis, Semantik, Laras dan peristilahan dalam Terjemahan
3. Bahasa Melayu dalam Terejamahan
4. Penterjemahan Teks Undang-Undang
5. Penterjemahan Teks Sains Sosial
6. Penterjemahan Teks Sastera Kreatif
7. Penerjemahan Teks Umum
8. Penterejamahan Teks Komunikasi Massa
9. Penterjemahaan Teks Sains & Teknologi
10. Pandauan Menghadapi Peperiksaan

Ha, tengok tu!! Mantap ke tidak pengisian Kursus Terjemahan Am oleh Institut Terjemahan Buku Negara ni? Yang paling kita terharu, semua tenaga pengajar bukan sahaja sangat berpengalaman dalam bidang masing-masing, malah juga langsung tidak lokek untuk berkongsi ilmu, pengalaman, alatan mahupun bahan rujukan yang sangat berguna dalam kerja-kerja terjemahan.

Khusyuk wooo.. fikir fasal cemana nak translate


Dari kursus ini juga saya dapat tahu tentang kesilapan terjemahan yang selalu berlaku iaitu lewah atau dikenali sebagai over translation dan juga undertranslation iaitu makna tak sampai. Hahaha... Guilty as charged! Kita pun perasan kekadang terover juga dalam terjemahan. Kekadang pula, informasi yang diberikan tak terjemah sepenuhnya.

Selain daripada ilmu menterjemah, saya rasa sangat berbangga dapat menyertai kursus ni kerana dapat mengembangkan lagi rangkaian kenalan. Tak sangka orang yang menyertai kursus ni datang dari pelbagai latarbelakang. Antaranya, golongan profesional seperti doktor, peguam, pensyarah dan sebagainya. Tak kurang juga mereka yang datang untuk mendapatkan kelayakan untuk memulakan kerjaya sebagai penterjemah.

Antara bidang kerja yang berkaitan dengan terjemahan dan bahasa ialah penterjemah, jurubahasa, penyari kata dan pengalih suara. Menurut daripada salah seorang tenaga pengajar, ada juga di kalangn rakannya yang mampu meraih pendapatan puluhan ribu hanya dengan bekerja dari rumah sebagai penyari kata. Menarik bukan?

Sebenarnya, kita tidak perlu mempunyai kelayakan rasmi seperti ini untuk memulakan kerjaya sebagai penterjemah. Saya sendiri sebagai contohnya telah mula mengambil tugas-tugasan terjemahan sebelum mempunyai pengiktirafan dari mana-maa badan. Namun demikian, ada juga syarikat yang menetapkan penterjemah yang bekerja dengan mereka perlulah mempunyai kelayakan daripada badan yang diiktiraf.

Jadinya, selepas mempunyai sijil dari ITBM, peluang untuk mendapatkan tugasan adalah lebih banyak dan anda juga akan lebih yakin untuk mengambil kerja-kerja dan tugasan yang diamanahkan.

Selepas peperiksaan dijalankan, kebiasaannya, keputusan dan sijil akan diperoleh dalam tempoh 1-2 bulan selepas tarikh peperiksaan. Gred  adalah seperti berikut:

ITBM
Gred 

Manakala pengiraan markah pula seperti berikut:

Marking System
Pengiraan markah

Sewaktu saya menulis entri ini, markah bagi batch kami iaitu bagi kursus yang berlangsung pada 11-22 Disember 2018 telah pun diumumkan. Alhamdulillah. Keputusan memberangsangkan. Tak sia-sia perah otak sampai dah nak strok. Mana taknya? seharian suntuk kena terjemah 6 jenis teks berbeza... Tu tak masuk lagi soalan-soalan amali dan teori yang sangat membunuh sel otak.

1
Semua muka gembira dah habis exam

Walaupun tak tahu lagi result, tapi tetap lega exam dah habis

Senang kata, kursus ini sangat mantap dan sangat membantu bagi mereka yang benar-benar berminat dalam bidang terjemahan. Bagi mereka yang selalu perlu terlibat dalam kerja terjemahan, saya akan syorkan juga kursus yang sangat membantu ini.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah layari laman rasmi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk mengetahui kursus yang ditawarkan. Oh, ya. Kalau anda rasa tak mampu untuk ambil cuti 10 hari. Kursus ini juga diadakan secara sambilan iaitu setiap Hari Sabtu. Jadual boleh dapatkan daripada laman rasmi mereka juga iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia .

Sekian, perkongsian ikhlas dari
Prettily Rare


Baca juga:


24 comments:

  1. it's great to have intensif course for translation... many ppl very much needing it... Let's go and learn something great..

    ReplyDelete
  2. Wahh tahniah! Seronok dapat peluang sertai kursus terjemahan sebegini

    ReplyDelete
  3. Grammar English ke Bahasa Melayu ke semua ke laut. Tahniah Nana memang hebat dan saya doakan berjaya di dalam bidang yang di ceburi ni. Jadi lah penterjemah yg hebat.

    ReplyDelete
  4. Nice info. Peluang mereka di luar yang nak terlibat dalam penterjemahan.. woww lumayan juga jadi penterjemah ni ya... Moga nana lebih maju jaya

    ReplyDelete
  5. Kursus mcm ni mmg sgt menarik dan bermanfaat disertai.. peluang utk mengasah minat dan bakat penterjemahan, selain tu dapat mengenali lebih ramai individu yang terlibat dalam bidang penulisan juga. Semoga terus sukses :)

    ReplyDelete
  6. RM1200 utk semua module tu memang sangat- sangat berbaloi..banyak benefits dan manfaat yang dapat dari mereka yang berpengalaman kan..bukan senang nak dapat perkongsian macam ni...akak dah lama x pi kursus..good luck Maya, all the best

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya. Kalau dulu kita pergi penterjemahan brille al-quran utk org buta. Tp yg ni mesti seronok... Nmpk mudah tp sebenarnya ada caranye juga kan.. Bgus kursus2 ni dibuat utk mendalami lg ilmu penterjemahan...

    ReplyDelete
  8. Bagusnya terlibat dengan kursus terjemahan nih.tambah olmu dan pengetahuan. Mesti seronok belajar benda baru kan

    ReplyDelete
  9. i have a fren, dia memang keje translate other people work.
    yes, lumayan. english - bm - english la.
    kagum. biasa la kalau dia update fb dgn stress nyer pekerjaan dia tu.
    but, dia enjoy dgn stress dia tu :)
    masih lagi jadi translator...

    ReplyDelete
  10. Wowwww....xsangka susahkan...itu la mana boleh main translate guna google translate ja kan..itu yg nanti ntah hapa2 ke laut ayatnya.

    ReplyDelete
  11. pergh lumanyan sungguh. memang berbaloilah dengan kursus yang makan masa lama tu kan.

    ReplyDelete
  12. Kursus ini best, boleh belajar dan harga pun berpatutan sebab termasuk makanan. Baik boleh menambah pengetahuan tetapi saya selalu rasa terlalu tua untuk belajar lagi.

    ReplyDelete
  13. thanks for sharing, tu la nak jadi translator sebenarnya bukan mudah tu yang benggang orang suruh jadi translator free of chagre kan / apa apa pun berbaloi lah kursus ni...

    ReplyDelete
  14. Takziah untuk hongkong! Hehehe untung lah bagalkan niat p hongkong! Macam mana awak boleh kuatkan niat tak nak p hongkong. Kalau uzu, memang cannot ! ehhehe btw kursus ni pon ok ape kan

    ReplyDelete
  15. Is challenging job. I have done one of translation job. Sometime I lost of word and the work take time and need more patience for the translation.

    ReplyDelete
  16. That's one compact course. I would agree that translating isn't easy. Even til today despite working for a malay-based website, translating from english to malay can be quite complicated especially when you are trying to get the right 'tone' for the other language.

    ReplyDelete
  17. It is always great to learn something new and when it comes to translation, it can be very helpful later on as well. Even many businesses are doing similar courses now, due to the fact that it is much needed in the workforce too.

    ReplyDelete
  18. As I know this is what I wanted learnt those days but to based my family to focus on business so I could help them with their business. It seems not easy to learn this ya.

    Racheal

    ReplyDelete
  19. Wah tabik spring lah handal dalam pemterjemahan...jarang org ada skill ini

    ReplyDelete
  20. Wow! this is quite a tough course also, I am not so good with translations and yes to learn m ore new skills is important for career also.

    ReplyDelete
  21. berbaloi dapat join kursus macam ni.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  22. Tahniah. Ada any platform nak dpt job penterjemahan ka? Batch 3-7 September 2018.

    ReplyDelete
  23. Salam cik,
    Ada tak orang yang tak berpengalaman langsung yang turut serta kursus penterjemahan ni? Terima kasih

    ReplyDelete
  24. Taniah and terima kasih atas kongsian Maya! Saya dah ambil keputusan untuk menyertai kursus ini =]

    ReplyDelete