Friday, 29 June 2018

Patut Ke Dapatkan Kerja Pakai Kabel?


Hai semua,

Harini nak bebel-bebel sikit fasal kerja pulak. Topik panas ni, fasal kabel. Ni bukan membawang tau. Tapi tips kerja gitu. Ha....

satu perkara biasa
Kabel di tempat kerja, satu perkara biasa

Dalam dunia pekerjaan ni, selalulah dengar fasal kabel atau kroni ni. Ikut pengalaman kita, kerjalah kat mana-mana sekalipun, tentu ada pengalaman orang bisik-bisik. Eh, dia tu kabel besar. Dia dulu masuk sini pun sebab kabel. Ko jangan main-main dengan dia, kang dia report dengan kabel dia kang, mampus ko.

So, apa pendapat korang tentang kabel-kabel atau kroni ni? Patut ke kerja pakai kroni atau kabel ni? Betul ke orang yang pakai kroni atau kabel ni kebanyakannya tak layak dihormati? Betul ke mereka ni tak laku, tu yang terpaksa pakai kabel?

Sejujurnya daripada pengamatan dan pengalaman yang kita lalui. Memang mana-mana pun mesti ada istilah kroni atau kabel ni. Biasalah, kalau boleh ikut jalan senang, siapa pula nak jalan yang susah betul tak? Sebab tulah orang gunakan kabel.

jalan mudah atau payah?
Ada jalan mudah, siapa pula nak ikut jalan susah. Ye tak?

Seperkara lagi, kadang-kadang dalam sesuatu industri tu, sesetengah majikan lebih suka upah pekerja berdasarkan pengesyoran atau recommendation. Tapi kalau yang macam ni, tak semestinya berdasarkan kenalan atau kabel tu power tak power, tapi sebaliknya daripada pengalaman kerja individu tu sendiri.

Yerlah, mungkin individu tu memang hebat dalam pekerjaan dia dan mendapat penilaian yang bagus daripada rakan-rakan sekerja dia. So, mestilah orang akan puji betapa baiknya. Lagipun, kalau dah ada yang pernah bekerja dengan orang tersebut dan ada review baik, siapa tak nak amik dia kerja, betul tak? Daripada amik risiko dengan orang yang kita langsung tak kenal, baik ambil pekerja yang dah dikenali dalam industri. Kalau ikut beli produk pun, mestilah kita beli yang ada good review. Betul tak???

Kalau pattern-pattern camni, biasa kita tak kategorikan sebagai kabel. Kita akan kategorikan sebagai pengesyoran atau reccomendation daripada kenalan. Tapi, bagi sesetengah orang, alah, kabel jugalah tu. Ha gitu... Tapi kalau ni kira kabel, kira kabel low voltage la kot. Yang biasa orang menyampah ni, kabel high voltage ala-ala Maxis Fibre Optic gitu... Kalah kabel-kabel internet lain. Laju je dapat kerja walaupun hampeh. Eh!!

Kabel mungkin mencetus konflik
Photo of Overtime from Shutterstock.  Kabel juga mungkin mencetuskan konflik di tempat kerja

Jadi tak kiralah orang tu melalui kabel atau pengesyoran.  Baik buruk penggunaan kabel atau kroni ni sebenarnya berdasarkan individu tersebut sendiri. Baik yang dibuatnya, baiklah di mata orang dan buruk yang dibuatnya, buruklah pada pandangan mata orang.

Sebenarnya kabel atau kroni ni tak semuanya hampeh. Malah ada juga yang ada kabel tapi takkan sewenang-wenang menggunakan kabel dan hanya menggunakan kabel apabila ada keperluan. Tapi biasalah tu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Yang hampeh-hampeh tulah yang menyebabkan individu baik yang menggunakan kabel ni turut terpalit sama.

Daripada apa yang kita nampak, ada beberapa jenis penggunaan kabel dan kroni, antaranya:

1. Yang minta direkemenkan kerja, mungkin untuk dapat interview je. Kemudiannya semua atas usaha sendiri. Kira buka laluanlah. Kuasa sama ada nak ambil bekerja atau tak, masih pada tangan majikan. Biasanya ni dasar tolong kengkawan/kenalan/pengesyoran.

2. Yang minta terus kerja, memanglah lalu proses normal tapi sebenarnya cuma fomaliti. Tapi hakikatnya, dah sah-sah kerja tu dalam genggaman dia. Yang ni biasanya faktor politikus. Kira nilah kabel high voltage.

3. Yang memang tu company mak bapak/saudara-mara dia. So, baik buruk memang tetap dia akan bekerja di situ nanti. Ha, yang nilah digelar kroni. Dah memang cucu cicit, sedara-mara, anak-beranak dia. Korang tu siapa nak tak puas hati? Ha camtulah kiranya.

Tapi tak kisahlah kabel tu tahap yang mana sekalipun, nak tak nak kita kena akurlah yang tu memang rezeki dia untuk diterima bekerja di situ. Tulah, siapa suruh korang takde kabel? Kenalah usaha lebih kalau nak dapatkan kerja. Sob sob sob....

Tak kiralah orang tu kabel tahap berapa sekalipun, sebenarnya tak menjadi masalah bagi sesiapa pun. Sebab kebanyakan orang faham, orang macam ni memang ada 'keistimewaan' dan 'kelebihan' daripada segi tu. Apa yang membuat orang menyampah dah meluat ialah sebenarnya bila orang-orang yang masuk sebab kabel tu mendatangkan sesuatu yang negatif. Ye dok?

Saya sendiri pun pernah bekerja dengan ramai 'somebody' yang dikatakan diterima bekerja kerana kabel atau kroni. Tapi mereka semua mempunyai kebolehan bekerja dan perwatakan yang sangat disenangi. Walaupun anak 'somebody', diorang ni berusaha keras untuk menjalankan tugas, sentiasa merendah diri, menjaga disiplin, bertanggungjawab dan membuatkan orang hormat dan respek terhadap keupayaan mereka. Kenapa? Sebab diorang tak naklah dicop tak pandai buat kerja dan hanya dapat kerja disebabkan kabel je. Tak dinafikan memang ramai yang masih berintegriti dan bermaruah dalam menjalankan tugasan, tak kisahlah kabel atau tidak.

Saya yakin, apa yang salah dan dibenci tentang penggunaan kabel atau kroni ni berpunca daripada sesetengah individu yang menyalahgunakna kabel untuk kepentingan  dan kesenangan diri sendiri. Contohnya, dah dapat kerja tapi tak nak bekerja betul-betul, tak jaga disiplin, dapat kerja gaji besar dan pangkat tinggi tapi tak boleh nak perform. Malah ada juga yang sampai tahap selalu mengular, culas tanggungjawab dan menyalahgunakan kuasa sehingga menyebabkan orang naik meluat dan menyampah. Itulah sebenarnya yang membuatkan golongan ni dibenci.

Aiyoh
Kalau berdepan dua kabel yang mencetuskan masalah, tak ke lagi pening kepala?
Bagi individu macam ni, cuba semak perbuatan dan tindakan anda serta muhasabah diri. Kerana cara anda ini bukan sahaja mendatangkan ketidakpuashatian orang yang terpaksa cover kerja anda, tetapi tak fasal-fasal kabel yang bawa korang masuk pun akan turut dipandang rendah, dicaci dan mungkin dikeji. Walhal kabel atau kroni tu cuma berniat baik nak menolong. Tapi bila korang buat tahi macam ni, siapalah yang nak mendoakan yang baik-baik. Ye dok?

Bukankah lebih baik kalau bersyukur dengan pertolongan kabel yang diberi dan membalas balik pertolongan tersebut dengan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berintergriti? In the first place memang korang juga yang nak kerja tu kan? So apa kata buat je kerja tu baik-baik. Barulah tak sia-sia kabel korang tu rekemen bekerja di situ.

Kesimpulannya, tak salah pun sebenarnya pakai kabel. Untung lagi ada kabel. Orang yang takde kabel atau tak pandai guna kabel ni juga yang kesian. Tapi apa  boleh buat, terpaksalah usaha lebih. Tapi ingat, orang mengata bukan kerana cemburu korang ni ada kabel atau kroni. Tapi sebaliknya orang mengata dan mengeji sebab korang tak pandai bawa diri dan tak sedar diri. Harap faham.


Sekian bebelan ikhlas dan nota untuk diri sendiri.
Prettily Rare



Baca juga:

Pilih Bos Baik Atau Syarikat Yang Baik
Senarai 7 Hadiah Yang Paling Mengecewakan
Batalkan Niat Dekati Ibu Tunggal Jikalau Kamu....
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

6 comments:

  1. saya dapat kerja gomen sekarang, tak guna sebarang kabel..mak abah mmg bukan orang gomen pun..selalu kita dengar, org yg ada kabel macam mak pak, sedara mara keja gomen senang dapat keja gomen tapi saya proudly ckp, dpt keja ni tanpa sebarang kabel..usaha sendiri.. #fliphair..hehe

    ReplyDelete
  2. mungkin sudah tertulis rezeki diorang.. :)

    jemput join segmen ejulz kalau sudi :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. ejulz follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  4. Nak ke taknak, suka ke tidak. itulah realiti. Semua bangsa terlibat. Kala kita ada somebody yg kenal pun, kita akan mintak tolong or dia akan tolong kita..

    ReplyDelete
  5. Ikut rezeki masing-masing. Tapi kalau ada yang dapat kerja sebab pakai kabel Alhamdulillah. Janji buat kerja dengan berhemah selepas Tu.

    ReplyDelete
  6. Dengan kabel ni,walaupun yang kerja tu memang terbukti pekerja yang kompetitif pun akan tetap serba sedikit dipandang enteng, melainkan yang memilih (ketua tu) ada alasan kukuh untuk justifikasi dan adil dengan pekerja lain untuk elak isu nepotism.. Selalunya, jarang begitu.

    ReplyDelete