Cemana nampak tasty tak? |
Ha, harini kita nak buat food review sedikit fasal Goobne, sebuah restoran yang menyediakan hidangan ayam panggang ketuhar Korea atau dalam Bahasa Inggerisnya, Korean oven-roasted chicken.
Oleh kerana kita jahat dan sengaja nak menggoda korang, kita saja letak gambar dulu baru tulis review ni. Kalau korang nak tahu, gambar kat atas tu ialah ayam panggang oven perisa kegemaran kita iaitu perisa Goobne Volcano. Almaklumlah kita ni jenis yang tak boleh takde pedas, sudah tentulah ia yang akan menjadi idaman kalbu.
Untuk makluman, Goobne merupakan jenama ayam panggang oven nombor 1 di Korea dengan lebih 1,000 buah restoran di negara itu sendiri. Apa yang menarik, Goobne ni BUKANNYA ayam goreng... Diulangi semula, BUKAN ayam goreng k!! Tapi yang hebatnya, yang rangup tetap rangup bak ayam goreng. Memang terbaiklah!!
Dan lagi menarik, Goobne sememangnya pilihan penggemar ayam yang baik kerana lebih menyihatkan memandangkan ia tak digoreng dan tidak dimasak menggunakan minyak, ayamnya bebas hormon, kurang kalori, kolestrol, sodium dan transfat. Ha, ni berita gembira bagi semua yang sangat pentingkan kesihatan ni.
Biasanya makanan sihat ni rasa dia mehhhhhh sikit. Tapi bagi seorang yang sangat menitikberatkan keenakan rasa apa-apa saja makanan, menu-menu di Goobne ni kebanyakannya memang menepati citarasa kita yang sangat ngada-ngada ni.
Apa yang buat kita rasa teruja ialah sos Volcanonya yang memang menawan hati dan lidah sebab Goobne berjaya membuatkan kita jatuh cinta pada tteok-bokki padahal selama ni dah banyak tempat kita rasa, tapi semua kita rasa mehhhhh....
Joms kita lihat apakah antara menu-menu yang dihidangkan di Goobne ni:
Volcano Cheese Tteok-Bokki |
Flying Fish Cheese Egg Roll |
Chicken Fried Rice With Volcano Sauce |
Cheese Fondue Chicken |
Jjampong Seafood |
Eh, kata Goobne ni restoran yang menghidangkan ayam panggang oven Korea. Mana ayam panggangnya? Sabar... Ni ha... Jom kita perkenalkan ayam-ayam sekalian. Semua sekali ada 6 jenis ayams....
Seperti kita kata tadi, perisa fevret kita ialah Goobne Volcano seperti yang korang nampak tadi. Tapi tak dinafikan, perisa-perisa lain pun mengikut citarasa tekak kita ni. Semua pun boleh tahan sedapnya.
Tada... Nilah Goobne Volcano tu. Aduh, lapar balik tengok gambar ni. |
Dip Cheese Chicken |
Pepper Crispy Chicken |
Fruity Soy Chicken |
Original Chicken |
Kakak approve makanan di sini. Sedap! |
Serius Goobne ni bagi kita recommended untuk dicuba. Harga pun kira range affordable. Kalau korang nak cuba ayam-ayam roasted yang enak dan sihat ni, boleh terjah ke sini:
Goobne
Lot L3-043A, Level 3,
MyTOWN Shopping Centre,
Cheras, Maluri,
55100 Kuala Lumpur
(SEBELAH GSC)
Baca juga:
Resepi dan Tips Puding Karamel Pasti Jadi
Resepi Roti Mini Keju Kranberi
semua pun nampak sedap la Maya ...
ReplyDeletenasib baik kat sini tiada ...
kalau tak, nak juga pergi merasa...
sedapnyaaaa tapi saya duduk kampng je. hmmmmm teringin jugak nak makan kat sini. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nak tunggu entri seterusnya. saya suka cara awak menylis, senang faham. kalau sudi meh la ke blog saya, saya followers ke 114
ReplyDelete