Wednesday, 19 September 2018

Review: ALOE AC Clean Bubble Cleanser & Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Hai semua, 

Harini kita nak cerita fasal skincare yang kita dah cuba for the past few weeks. Excited betul nak share fasal skincare by Hansagee ni. Kalau nak tahu Hansaegee ni jenama skincare, produk dari Korea. Jenama ni memang dah lama, lebih daripada 6 tahun tau.  Bukan sahaja established, malah juga diyakini.

 


Memandangkan Hansaegee ni jenama yang diyakini, makanya dah tentulah tak perlulah korang risau tentang side effects yang menakutkan bilamana korang cuba bahan-bahan kosmetik yang tidak diyakini dan tiada kelulusan KKM. Almaklumlah, sekarang ni kan memang banyak produk-produk timbang kilo yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Viral pulak tu macam-macam tentang kesan-kesan menakutkannya. Contohnya, ada yang kulit menggelupas teruk, penuh jerawat yang bernanah dan macam-macam lagi. Heish.. senang kata memang seramlah.

Baiklah, watak utama aka produk yang kita nak perkenalkan hari ini ada dua sebenarnya. Satu ALOE AC Clean Bubble Cleanser iaitu pencuci muka berbuih-buih dan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream iaitu krim pelembap. Jangan tak tahu, kedua-dua produk by Hansaegee ni adalah produk top-seller, laris dan terhangat di pasaran gitu. Tu yang kita jadi tak keruan untuk mencubanya dan kongsikan pengalaman menggunakan kedua-dua produk ni kepada semua pembaca. Sejak pakai kedua-dua produk ni, tiap-tiap hari kita akan jadi teruja dua kali. Sekali waktu cuci muka dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan sapu krim pelembap wajah ni, dan sekali lagi waktu bangun pagi ngadap cermin. Muahahahhaha! Biasalah tu pompuan, dah pakai mestilah nak tengok kesannya. Hari-hari cermin.

Tada! Memperkenalkan watak-watak utama hari ini!

First thing first, kita nak cerita fasal pencuci wajah ALOE AC Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegee Nature ni dulu. Dengan adanya ALOE AC Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegee Nature, saat mencuci wajah jadi begitu menyeronokkan sekali sebab ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni banyak buih. Weeee! Ingatkan budak-budak je ke sukakan buih? Gadis-gadis macam kita ni pun suka buih jugak tau!

 
ALOE AC Clean Bubble Cleanser 
Fungsi: Pencuci wajah
Jenis: Buih
Harga: RM65
Saiz: 150ml, 5.92 fl.oz
Gunakan Siang dan Malam 

ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni mengandungi Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil yang mana ia sangat bagus untuk kesihatan kulit. Oh ya, berita baik juga untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat sebab Tea Tree Oil memang lazim digunakan bagi merawat dan mencegah jerawat. Jadi gabungan Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil bukan sahaja berupaya membuang sebum dan minyak berlebihan kulit muka kita, mencuci wajah sehingga ke liang roma, mlaha juga mengekalkan lembapan kulit dengan kebaikan Aloe Barbadensis Leaf. Oleh itu, pencuci ni memang sesuai dengan semua jenis kulit tak kira sama ada kering, berminyak mahupun kombinasi. Kerlas!

Tada... Packagingnya simple sahaja dan mudah digunakan
Tengok ni... Tak payah lather the cleanser sampai berbuih penat-penat. Picit je dah berbuih.

Satu pump dua pump pun dah cukup untuk mencuci wajah

Ni bila sapu pada permukaan tak basah.

Cara menggunakan produk pencuci muka ALOE AC Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegee Nature ni pun sangat unik tau. Bukan main tenyeh je. Ish, ish, ish… Jangan! Kalau nak pakai, kena ikut step seperti di bawah:

1. Basahkan muka dan tangan sepenuhnya.
2. Picit keluar sedikit buih daripada ALOE AC Clean Bubble Cleanser (sepam dua dah mencukupi, jangan membazir)
3. Urutkan pada wajah anda. Ha, masa ni korang akan dapati buih tu akan beranak-pinak. Makin disapu dan diurut, semakin banyak buih yang akan terhasil. Memang menyeronokkan.
4. Bilas wajah sehingga bersih. 

Ha, okay tak buat explanation camni?

Nampak tak muka tak kering? Still moist je

Nilah antara sebab kita suka sangat dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni. Sebab pencuci muka lain, nak kena buihkan dulu baru boleh sapu kat wajah. Tapi yang ni dah save masa sebab memang dah dalam bentuk buih-buih cinta. Lagi sapu lagi banyak pulak tu. Rasa lembut je kulit. Kakak suka!

Yang best sekali, muka takkan rasa kering dan terik lepas dicuci. Tak macam sesetengah pencuci muka yang akan buat kulit rasa kering dan terik. Terik tu apa? Terik tu tegang semacam. Kalau lepas pakai terik tu, maknanya the chemical is too harsh on your skin.

Okay, lepas dah cuci muka, mestilah kena sapu sesuatu pada kulit juga kan? Kalau tak macam tergantung pulak. Tak habis prosedur gitu. Sesetengah orang akan pakai toner lepas cuci muka. Tapi to me, dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang amazing ni, tak pakai toner pun takpe. Sebab memang rasa moist gila kulit. 

Mempersembahkan watak utama kedua kita - Hansaegee Aqua Whitening Cream

Ha, sebelum apa-apa, jom kita tinjau sedikit sebanyak tentang watak kedua kita iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Kandungan utama Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni ialah Camellia Japonica Seed Oil di mana ia mampu melembap sehingga lapisan dalam kulit serta memperbaiki sunburn dan kemerah-merahan akibat  selaran matahari, tak semua perempuan nakkan kulit yang putih melepak, tapi semestinya tak nak kulit yang gelap dan tak bermaya akibat sunburn kan? So bila krim ni ada brightening dan whitening effect, nampaklah kulit muka tu kekal terpelihara dan bermaya walaupun terdedah lama di bawah pancaran matahari.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream 

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Fungsi: Pelembap dan pencerah kulit, memperbaiki kerosakan dan kemerahan-merahan pada kulit akibat selaran matahari (sunburn
Jenis: Krim berasaskan air
Harga: RM148.30
Saiz: 50ml, 65x65x50mm
Gunakan Siang dan Malam
Kegunaan muka dan leher

To me, hebatnya Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sebab selain melembap dan mencerahkan wajah, krim ni juga mampu memperbaiki kesan kemerah-merahan dan kerosakan kulit akibat selaran matahari (sunburn). Sebabnya? Tak semua krim pmutih wajah boleh disapu pada kulit yang rosak dan cedera akibat selaran matahari tau. Sesetengah krim pelembap, pemutih dan pencerah ni mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang melecet atau menggelupas akibat selaran matahari. Yerlah, bila dah sunburn mestilah kulit kita lebih sensitif daripada biasa. Jadi penggunaan produk-produk macam ni kenalah dielakkan sehinggalah kulit pulih seperti biasa.

Oh ya, jangan tak tahu pula ya, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni pun mengandungi niacinamide yang juga dikenali sebagai Vitamin B3. Niacinamide ni bagus untuk kulit kita kerana mampu melambatkan proses penuaan, mengecilkan liang roma, menganjalkan kulit serta memperbaiki tona kulit yang tak sekata.

Macam mana pula cara menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni? Jangan risau, mudah sahaja. Ikut sahaja langkah-langkah macam ni:

1. Selepas cuci muka, colek sedikit Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dan urutkan pada wajah anda. Dalam masa beberapa saat sahaja, titisan air akan terhasil.
2. Dab atau tepuk lembut pada wajah anda sehinggalah lembapan diserap sepenuhnya pada wajah anda
3. Voila! Lihat kesannya sebaik sahaja anda bangun tidur keesokan paginya (ni kalau pakai malam la) 

Ni lepas sapu terus moist... Bila bangun esok harinya, wajah masih lembap

Apa yang menarik fasal Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni, tekstur krim ni pada mulanya nampak sedikit likat bagaikan lilin cair atau wax. Tapi yang ajaibnya sebaik sahaja sapu pada wajah, terus teksturnya berubah jadi lembap dan berair. Memang magik betul. Bertambah ajaib bila kita sapu pada muka ia boleh meresap ke dalam kulit. Yerlah, kalau air biasa, jenuhlah korang usap pada kulit, takdenya air tu boleh meresap dalam kulit. Betul tak?

Ada nampak tak tekstur tu? Lain macam... tak macam krim atau losyen biasa

Susah nak describe.. Tapi tak berkilat macam krim biasa

Waktu sapu tekstur masih kekal sama

Tapi bila mula sapu terus cair macam awan jadi titisan hujan


Bila sapu lama-lama semua meresap ke dalam kulit.

Lepas beberapa minggu pakai memang boleh nampaklah kulit memang bertambah lembap. Masa mula-mula pakai haritu muka kita yang jarang-jarang berjerawat ni, tetiba tumbuh jerawat besar yang jenis sakit and bernanah tu. Perghh... sakit giler hati. Mujurlah dah ada ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni. Untuk mencuba keberkesanannya, kita pun tabahkan hati untuk tidak memicit jerawat besar bernanah tu. Kalau ikutkan hati, nak je ku tonyoh-tonyoh jerawat tu. Mujurlah lepas pakai ALOE AC Clean Bubble Cleanser tu, jerawat tu makin susut dari hari ke hari. 

Tak sampai seminggu pakai jerawat bernanah kat dahi dah surut. Kalau tak, lama tak hilang-hilang

Secara keseluruhannya, kita sangat adore dan berpuas hati dengan kedua-dua produk ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Memang terbaik! Memang recommended untuk digunakan!

Kelembapan: 5/5
Mencerahkan: 3.5/5
Seri: 4.5/5
Mencegah dan merawat jerawat: 4/5

Untuk maklumat lanjut, boleh semak social media handle Hansaegee Nature ni ya

Company name: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Sincerely Prettily Rare


3 comments:

  1. cantiknya kulit! macam best je cleanser tu

    ReplyDelete
  2. waa....makin cantikla dia nnt...cer share sikit hihihi

    ReplyDelete