Selamat tahun baru. Semoga tahun baru ini membawa 1001 rahmat untuk anda semua. Maaf kerana telah lama menyepi. Mana taknya? Tak sangka pula hujung-hujung tahun begini kesibukan diri begitu memuncak. Sampaikan banyak deadline pun hanya ditepati paras-paras leher saja. Ngam-ngam sempat sajalah maknanya.
Sempena tahun baru ni kita nak kongsikan pengamatan baru kita setelah menimba pengalaman tentang 2 in 1 Nano Facial di Toscana Medi Clinic. Kalau diikutkan, sis memang terlalu sibuk untuk pergi mendapatkan rawatan muka, berspa dan bersantai bagai. Namun, apabila dipelawa oleh kawan, sis pun lembut hati dan luangkan juga masa dalam 1001 kesibukan untuk mencuba sendiri 2 in1 Nano Facial di Toscana Medi Clinic.
Rugi wo tak rebut Happy Hour Facial Promotion ni! |
Oleh kerana sis hanya pergi atas pelawaan orang dan terlalu sibuk, sis langsung tak buat apa-apa carian tentang facial atau rawatan wajah di Toscana Medi Clinic. Fikir sis, alah, it's just another facial for me. Sama je dengan facial-facial atau rawatan wajah yang sis pernah dapatkan sebelum ini.
Kebetulan kesibukan yang menghantui sis telah menyebabkan sis agak tertekan dan akhirnya membuahkan 'hasil' berupa jerawat di wajah. (Uwa!!!) Yang paling geram sekali, semua jerawat tu berkumpul di kawasan tengah aka centre part. Grrrr.... Tahu tak jerawat apa yang paling sis benci? Jerawat bernanah dan yang lokasinya tumbuh di bahagian tengah muka!! Pfffffft!! Geramlah!
Apa-apa pun, pada hari tersebut, sis pun pergilah ke Toscana Medi Clinic yang terletak di Solaris Dutamas (Ala, yang kat Publika tuuu). Sis diminta untuk mengisikan butiran pada borang yang diberikan kemudiannya diajak masuk ke dalam bilik rawatan.
Memandangkan sis dah tahu memang nak pergi facial, hari tu sis datang dengan wajah tanpa secalit solekan. Mat salleh kata bare atau naked face. Cuma pakai sunblock dan liptint saja. Kalau tak pakai liptint, nanti orang ingat mayat hidup mana pulak nanti kan? Bagi kesejahteraan sejagat, lebih baik kita jangan keluar takutkan orang ramai.
Lounge. Nampak classy dan kemas teratur
|
Makanya ahli terapi pun menyuntik keluar sejumlah serum slimming dan diasingkan untuk kegunaan sis. Mula-mula sekali, macam mana-mana facial, tentulah proses pembersihan wajah akan dilakukan bagi menanggalkan segala daki, debu dan solekan yang ada pada wajah.
Setelah itu, ahli terapi menyapukan skrub pada muka dan diikuti proses pengewapan wajah menggunakan 'steamer'. Okay, setakat ni sis masih dalam hati, see.... it's just another facial.
Sapu scrub kat muka dulu |
Pastu wapkan muka |
Urut muka ni paling best... |
Ni microdermabrasion device |
Oleh kerana sis mempunyai kulit sensitif, microdermabrasion ni agak menyengat pada muka. Tapi nak cantik punya pasal. Sis tahankan saja. Gitu!! Menurut Doktor Lashela, ia bertindak seperti kertas pasir untuk menyingkirkan apa yang tak rata dan cela pada kulit.
Selepas microdermabrasion, Tiba pula proses seterusnya iaitu extraction atau pengekstrakan. Kalau korang selalu baca blog sebelum ni, tentu korang tahu, kita ni jenis yang say no to extraction. Tapi bila fikir geram juga dengan jerawat bernanah 3 ketul tu, sis merelakan saja. Adoiiii... sakitnya. Biasalah, orang tak pernah buat extraction buat extraction.
Selesai proses extraction, kita beralih pula pada langkah yang seterusnya iaitu microneedling. Mula-mula sekali, slimming serum yang sis pilih tu disapukan pada wajah. Kemudiannya, mulalah mesin microneedling diaktifkan dan rawatannya dilakukan pada setiap bahagian muka.
Okay, yang ni bagi sis scary sikit. Microneedling ni proses mencucuh jarum-jarum yang halus pada kulit muka kita. Konsep microneedling ni berasaskan kulit kita akan regenerate atau memperbaiki dirinya sendiri apabila mengalami kecederaan. Jadi microneedling ni sebenarnya kecederaan sengaja yang dilakukan pada permukaan kulit untuk merangsang pembaharuan dan kerja-kerja pembaikan kulit. Hasilnya? Kulit baru yang lebih licin yang anjal dapat dihasilkan.
Nilah alat microneedling. Ada banyak jarum tu... |
Rawatan bermula |
Merah-merah muka sis |
Makanya, teruslah kita meneruskan langkah seterusnya iaitu calming mask ataupun Bahasa Melayunya pupur muka. Okey, selepas kena dera dengan microdermabrasion dan microneedling tu,
memang ni yang sis perlukan. Rasa sejuk dan sedap je wajah. Perghh! Nikmat. Sampai tertidurlah.
Tapi biasalah, yang best tulah sekejap je tamat. Selepas tanggalkan mask dan urutan wajah. Ahli terapi pun sapukan krim tabir suria atau sunblock. Okey. Boleh balik rumah dah.
Ni lepas abis treatment, terus sis check muka merah lagi tak |
Selepas tamat rawatan, sis juga diberi kesempatan untuk sesi konsultasi dengan doktor yang cukup manis oranngya. Namanya Doktor Lashela Darmadhass. Menurut Doktor Lashela, 2 in 1 Nano Facial ni digelar Nano Facial kerana ia menggabungkan dua rawatan micro iaitu microdermabrasion dan microneedling. Nano iaitu kecil sinonimlah kepada mikro. Huhuhu... Nasib baik doktor terangkan. Kalau tak sumpah tak tahu.
Nilah doktor si cantik manis. Busy betul dia. |
Lepas jumpa doktor, nak balik, tengok-tengok merah dah surut |
Menurut doktor lagi, selepas 5-7 hari kemudian, tentu sis dapat merasakan perbezaan pada kulit di mana kulit akan nampak lebih berseri dan licin. Masa entry ni dibuat, seminggu dah pun berlalu. Dna memang ya, kulit nampak lebih cantik dan lebih menyerap serum atau bahan penjagaan yang digunakan. Mekap pun tak bercapuk seperti dulu. Tulah, siapa suruh banyak kumpul kulit mati sebelum ni?
Banyak lagi yang Doktor Lashela terangkan kepada sis. Mujurlah dia sabar menjawab semua persoalan yang sis ajukan. Muahahaa... Kalau orang lain, dah kena tempeleng kot. Oh ya, selain facial atau rawatan wajah. Banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Toscana Medi Clinic. Boleh rujuk FBnya di bawah nanti.
Korang, sis ada kesimpulan yang nak disampaikan kepada para pembaca sekalian. Selepas mengalami sendiri 2 in 1 Nano. Banyak bacaan dan carian yang telah sis lakukan di internet. Apparently (wah, terus speaking), Medical-grade facial treatments, also known as medi-facials, are treatments that are designed to treat particular skin conditions and are safe for all skin types. These are done at medical cosmetologists office using certain devices and constituents like microdermabrasion, peels , Photo rejuenation (IPL), LED Therapy , microcurrents and dermaplaning and a combination of these"
Ha, tahu. Ada yang malas nak baca. Senang kata, rawatan wajah bergred medikal atau rawatan muka medi (medifacial) ni menggunakan satu atau kombinasi alatan yang canggih untuk tujuan kecantikan. Berbeza dengan facial biasa di spa walaupun macam-macam mesin dia pakai, ia adalah sama sekali berbeza ya! Berbeza. Kenapa? Sebab alatan ni hanya boleh digunakan bagi mereka yang certified sahaja.
Selepas merasai perbezaaan antara spa facial dan medical grade facial, sis terus rasa macam nak pecah tabung untuk buat medical grade facial yang positif hasilnya ni. Ketagih rasanya. Well, beauty is addictive. Khennn.... kalau tak, takdelah orang sesetengah orang jadi ketagih nak buat pembedahan kosmetik. Gitu! Sis jadi lagi tergoda bila melihatkan ahli terapi yang dah berusia 40-an tu mempunyai kulit yang anjal. Rahsianya? Dia kata setiap bulan dia buat sekali facial ni. Wow!!
Okey, sekian perkongsian kali ini. Memang sis teruja nak kongsikan tentang pengetahuan baru tentang perbezaan antara spa facial dan medi-facial ni. Muahahahah! Rasa nak jerit biar satu dunia tahu.
Da~~~
Toscana Medi Clinic
Lot 01 & 02 Level G4 Block D5
1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas,
1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
FB: Toscana Medi Clinic
Tel/Whatsapp: 0166088846 or 0122912137
Baca juga:
Losyen Clindamycin Ubati Jerawat Degil Bernanah
Cellina 5 Days Flawless Skin Challenge
Hada Labo Whitening Series Untuk Kulit Cantik
Tel/Whatsapp: 0166088846 or 0122912137
Baca juga:
Losyen Clindamycin Ubati Jerawat Degil Bernanah
Cellina 5 Days Flawless Skin Challenge
Hada Labo Whitening Series Untuk Kulit Cantik
Koleksi Lip Tint Wajib Cuba dan Beli
Rawatan Kolagen Beaute Library
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?
Rawatan Kolagen Beaute Library
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?
Thanks for the ppost
ReplyDeleteProstate cancer is the number one cancer affecting men in North America. Most men are familiar with the traditional treatment methods of surgery and radiation. There are alternative methods available that offer comparable cure rates, but with fewer significant side effects and down time. HIFU - High Intensity Focused Ultrasound is one of the alternative treatment options. Maple Leaf HIFU was First Clinic to Offer Prostate Cancer Treatment in North America, and it is staffed by top urologists. Learn more about this new procedure to destroy prostate cancer. https://dynamichealthstaff.com/nursing-jobs-in-saudi-arabia
ReplyDeleteIf you are looking for more information about flat rate locksmith Las Vegas check that right away. borsalo
ReplyDeleteSpace and data transmission given to sites by free hosting organizations are ordinarily tiny.
ReplyDeletehttps://onohosting.com/