Maaf kerana lama menyepi. Terlalu banyak urusan dan masalah hidup nak kena hadap lagi-lagi bila
anak-anak dah bersekolah. Kalau ikutkan hati, banyak yang nak diceritakan dalam blog, tapi atas kekangan masa, terpaksalah dibiarkan terbuku di dalam hati dulu.
Biasalah, kalau terlalu runsing dengan masalah, semua manusia perlukan satu tempoh bertenang untuk susun balik apa yang berselerak dan berselirat dalam otak fikiran. Masa tulah saya telah berkesempatan untuk merancang 'staycation' atau cuti inap pendek di The Pearl KL. Muahahaha...
The Pearl Kuala Lumpur |
Bagi sesetengah orang, kalau bercuti, biarlah pergi ke tempat jauh. Tapi bagi orang macam saya, kadangkala saya juga sukakan cuti inap pendek macam ni di hotel atau rumah inap yang berdekatan kerana tak perlu terkejar-kejar atau risau kalau tinggalkan anak terlalu lama, tak perlu mohon cuti panjang, tak perlu belanja yang banyak dan yang penting, tetap dapat relaks dan tenangkan fikiran.
Kalau korang perasan, sebelum ini memang banyak cuti inap pendek di hotel, resort atau rumah inap yang saya telah kongsikan sebelum ini. Boleh semak nanti ya...
Jadi lebih kurang dua minggu lepas, saya telah berpeluang untuk menikmati percutian pendek di Hotel The Pearl Kuala Lumpur. Kalau nak tahu, sejak daripada belasan tahun yang lalu lagi, saya memang dah kenal dengan hotel ini memandangkan arwah ayah saya pernah menginap di sini beberapa kali atas urusan kerja. Kiranya ni sesi menjejak kasih ayah balik juga la ni.
Apa yang saya ingat, hotel tersebut bersambung dengan mini pasaraya dan agak mudah untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Hotel ini terletak di jalan yang sibuk di Jalan Klang Lama dan ia kawasan yang didiami oleh penduduk yang majoritinya Cina. Selepas berbelas tahun, saya agak terkejut apabila kembali semula ke sini kerana mini pasaraya tersebut telah ditransformasi menjadi pusat beli-belah. Malah, ada juga satu bangunan pusat beli-belah baru di sebelah lagi hotel tersebut, yang mana terdapat jambatan yang menghubungkan hotel dengan pusat beli-belah tersebut.
Weee! Kalau cuti pendek, saya memang gemar pergi ke hotel yang boleh akses ke pasaraya atau gedung beli-belah dengan hanya berjalan. Memang tak sabarlah saya nak menjelajah hotel ni.
Kalau nak tahu, tempat letak kereta hotel kat sini dikongsi dengan tempat letak kereta pusat beli-belah. Kalau nak mudah, letakkan di tempat letak kereta berhampiran lif masuk ke hotel. Senanglah nak angkut beg semua.
Sebaik saja selesai meletakkan kereta, saya pun terus naik ke lobi hotel. Tak sangka hotel lama ini telah diubahsuai semula menjadi sebuah hotel yang nampak mewah dan updated. Malah ruang yang menyambung hotel tersebut ke pusat beli belah juga cantik dan baru. Daripada lorong di hotel itu saja, dah boleh nampak Watson. Saya masih ingat lagi, dulu lorong itu nampak agak gelap dan suram.
Sekarang, bukan main lagi!
Di lobi The Pearl KL, saya telah dilayan dengan mesra dan proses daftar masuk juga pantas. Malah, kakitangan hotel juga memaklumkan kepada saya, kalau nak solat, boleh pergi suraunya atau hanya telefon saja Room Service untuk minta sejadah. Setiap bilik juga dilengkapi dengan kiblat untuk kemudahan menunaikan ibadah. Terus tak sabar terus saya menerjah ke bilik. Al maklumlah, dah lama tak tidur hotel. Masuk-masuk saja, bilik. Saya sangat berpuas hati dengan biliknya yang luas. Biasanya hanya hotel lama saja akan memperuntukkan saiz bilik yang begitu luas. Hotel baru jangan haraplah. Semua nakkan bilik yang lebih banyak, jadi saiz bilik pun lebih kecil. Cumanya pemandangan hotel tidaklah segah mana disebabkan bilik tu menghadap ke arah apartment.
Gambar bilik |
Ada meja, bolehlah bawa laptop untuk buat kerja |
Majalah dan borang maklum balas |
Cerek dan beverage area |
Side desk with telephone and remote control |
Bagi mereka yang suka datang ke hotel untuk berendam tab mandi macam saya, aha! Inilah pilihan hotel yang tepat. Biasanya hanya hotel lama saja yang kebarangkalian mempunyai tab mandi itu tinggi. Hotel baru kebanyakan dah tak ada tab mandi. Almaklumlah Malaysia ni panas, nak berendam air panas apanya. Betul tak?
Bila dah daftar masuk hotel, biasalah, lain macam selesanya. Rasa tak nak keluar je daripada bilik. Fikiran jadi lapang dan tenang. Sebab itulah saya sukakan cuti inap di hotel untuk short escape walaupun hanya di hotel berdekatan. Lain dengan bercuti dan hanya duduk di rumah. Sebab saya jenis yang tak duduk diam. Kalau kat rumah, memang tak dapat bertenang. Semua benda nak dikemasnya. Ada saja tak kena.
Apa yang menarik kat hotel ni, mereka ada hidangkan bufet makan malam The King of Grill. Apalah erti di sebalik cuti inap pendek kalau tak disulami dengan makanan sedap kan? Yang menariknya, bufet The King of Grill ni bertemakan masakan Itali. Bukan senang tau kat Malaysia ni nak dapat makanan Itali yang asli dan halal. Biasanya mesti susah sebab masakan Itali banyak menggunakan alkohol. Oh, bercakap fasal halal ni, jangan tak tahu, The Pearl KL adalah salah satu antara hotel di Malaysia yang mempunyai sijil halal untuk semua hidangannya, malah ia juga diiktiraf sebagai hotel Muslim friendly sejak mereka mula mensasarkan Muslim sebagai audien utama mereka.
Meh, cuci mata jap apa yang ada kat bufet ni. Bufet eksklusif ni dibuka di tingkat 23. Pandangan dari sini memang cantik walaupun sekadar pandangan kota. Memang feeling orang have-havelah gayanya.
Sedapnya oyster |
Oyster di Formato katanya |
Oyster masakan berbeza |
Cuba teka, ni daging panggang ke turkey? |
Kupang ke kepah? |
Marinated Travelley Fish |
Ha, ni sis tau. Ni Kupang |
Spageti |
Fettuccine Carbonara |
Fruit Tartlet |
Aneka jenis kek |
Lagi-lagi kek |
Aneka jenis lauk-pauk |
ni bukan pokok ya |
Yums! Salmon |
Salad! |
Ni tak ingat dah apa |
Kalau korang peminat oyster ataupun tiram. Memang wajib datang kat sini untuk cuba bufetnya. Kalau diikutkan, saya ni bukanlah peminat tiram. Tapi jujur saya cakap, tiram kat sini tak kiralah sama ada mentah ataupun dimasak, memang sedap gila. Biasanya saya seram nak makan oyster sebab kembang tekak. Tapi kat bufet ni, memang asyik melantak tiram saja. Aduh duh duh! Mungkin orang Itali lebih pandai masak tiram kot. Tu yang sedap tak terkata. Sampai tutuplah bufet tu baru rasa ngantuk nak balik bilik.
Keesokan harinya, saya pergi menjamah pula bufet sarapan di hotel. Sarapannya menyajjikan sarapan ruji rakyat Malaysia dan Antarabangsa seperti nasi lemak, bubur, telur, roti, mi udang dan sebagainya. Lepas makan, terjah pula ke kemudahan yang ditawarkan oleh The Pearl KL. Biasalah, tak sah kalau pergi hotel tak pergi jenguk kolam renang. Ye dok? Luas, cantik dan boleh tahan juga. Sejuk mata memandang.
Posing bagi bukti sikit |
Selepas daftar keluar, saya bersiar-siar di pusat beli belah di The Pearl KL. Walaupun tak segah pusat beli-belah besar seperti MidValley, One Utama dan sebagainya, namun saya dapati banyak kedai-kedai yang menarik yang jarang didapati di pusat beli-belah yang lain terutamanya produk-produk bagi pasaran Cina seperti ubat-ubatan mereka, herba, produk makanan eksotik dan sebagainya. Memang satu pengalaman yang sangat unik bagi saya.
Maka, berakhirlah cuti inap pendek saya di The Pearl KL. Nampaknya, kalau tertekan, bolehlah saya luang-luangkan masa dengan anak-anak pula di sini.
P/S: Selepas saya balik, barulah saya tersedar yang saya tertinggal charger. Saya sangat berpuas hati kerana pihak hotel telah menguruskannya dengan baik sekali. Tu charger ori tau.... Mujur cuti tempat dekat-dekat, boleh patah balik dapatkan charger. Kalau kat Paris? Jangan mimpilah.
King Of The Grill - Chinese New Year ( 1 - 1 Feb 2019 )
Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM45+
Chinese New Year Eve
Dewasa : RM118+
Kanak-Kanak : RM45+
Chinese New Year Eve ( 4 Februari 2019 sahaja, Level 5, Cafe 5).
Menu seperti di Executive Lounge Level 23 ( King Of The Grill, Buffet Italian)
Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM35
Untuk maklumat lanjut:
The Pearl Kuala Lumpur
Batu 5, Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur
Tel : +603-79831111
Fax : +603-76219777
Email : enquiry@pearl.com.my
Website : www.pearl.com.my
Baca juga:
Review: Percutian Pendek di Sunway Pyramid Hotel, Sunway Lagoon Theme Park
Review: M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Pengalaman Bercuti di Hanoi
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Pengalaman Bercuti di Hanoi
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka
No comments:
Post a Comment