Hari ini kita nak cerita sikit topik yang kurang hangat tetapi banyak berlaku di sekitar kita iaitu topik perceraian. Seperti yang kita tahu, semua orang mengimpikan kebahagiaan apabila berkahwin, namun sayangnya, tak semua yang kita impikan itu tercapai. Maka, terjadilah perceraian iaitu perkara halal yang dibenci olehNya.
Hakikatnya, alam perkahwinan tidaklah semudah yang diangan-angankan kerana terlalu banyak faktor pembolehubah dalam hidup kita. Statistik menunjukkan bahawa terlalu banyak faktor yang menyumbang kepada perceraian, antaranya culas menunaikan tanggungjawab, tiada persefahaman, kecurangan serta campur tangan menta atau ipar duai.
1. Komitmen dan Pendapatan
Kalau sebelum ini semua perbelanjaan dan komitmen ditanggung bersama menerusi pendapatan bersama atau salah satu pihak, setelah perceraian, tentu tanggungjawab dan pendapatan tersebut perlu dibahagikan menurut yang sepatutnya.
Maka, fikir masak-masak dulu apakah bahagian komitmen yang perlu anda tanggung dan semak semula punca pendapatan anda. Bagi surirumah yang ditanggung sepenuhnya oleh suami anda sebelum ini, anda perlu pertimbangkan bagaimanakah perbelanjaan anda akan ditampung setelah bercerai.
Manakala bagi suami atau isteri yang bekerja, renung-renungkanlah bagaimana komitmen, perbelanjaan dan pendapatan anda selepas bercerai nanti. Fikirkan sama ada pendapatan tunggal anda itu cukup untuk menampung komitmen nanti. Kalau tak cukup, lebih baik fikirkan alternatifnya nanti supaya tak kelam-kabut dan mati kutu
Oh ya, bagi kaum bapa, jangan lupa masukkan sekali nafkah anak-anak dalam pertimbangan komitmen anda ya. Jadilah bapa yang bertanggungjawab. Jangan fikir si ibunya yang perlu menanggung bulat-bulat.
Bagi si ibu pula, sentiasa ikhtiar untuk mencari pendapatan lebih, manalah tahu, si bapanya tak guna dan tak bertanggungjawab. Jadi kenalah ada pelan sampingan juga kalau-kalau senario yang paling buruk terjadi. Kalau terlalu berharap, nanti takut kelak merana diri saja.
2. Tempat Tinggal
Kalau sebelum ini tinggal bersama, selepas bercerai, tentulah ada yang perlu berpindah keluar. Almaklumlah selepas ini bukan lagi muhrim. Jadi tentunya ada pihak yang perlu keluar daripada tempat tinggal yang dikongsi bersama.
Jika dulu-dulu sama-sama menyewa, mungkin juga selepas bercerai, kedua-duanya perlu berpindah keluar dan menyewa di tempat lain kerana perbelanjaan tidak lagi dikongsi dua.
Ini satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Bukannya semua orang ada keluarga untuk menumpang. Jadi, pertimbangkanlah faktor bumbung di atas kepala ni ya?
3. Hutang/Hutang Bersama
Kalau komitmen tadi tu, mungkin merujuk kepada benda-benda remeh macam bil api air, bil coway, yuran tuisyen anak-anak. Ha yang ni pulak mungkin merujuk kepada hutang peribadi nak kawen dulu, hutang kereta, rumah, melancong serta hutang antara laki bini. Hei! Jangan ingat dah cerai je tak payah amik kira fasal ni. Hutang tetap perlu dibayar dan tetap dibawa mati tau.
Apa yang lazim berlaku, hutang seperti rumah biasanya akan menjadi masalah apabila salah satu pihak tak nak bayar yang mana menyebabkan pihak lagi satu pula yang terpaksa disenarai hitam bersama. Kiranya, dua-dua tak mahu beralah, lepas tu dua-dua masalah.
Bagi yang lelaki dan masih berhutang mahar perkahwinan atau duit mas kahwin tu, jangan lupa juga ya untuk jelaskannya.
Jadi, sebelum bercerai tu cubalah cari penyelesaian. Habiskan utang dulu ke, pindah nama ke. Gitu!
4. Harta/Aset Sepencarian
Ha, ni leceh. Nak-nak kalau masa kahwin, masa bahagia, masa suka beli sama-sama, letaklah dua-dua nama. Bila nak cerai, tak sesiapa pun mahu beralah. Kalau hutang ada yang lepas tangan, biasanya aset ni pula ada yang tak mahu lepas tangan.
5. Hak Penjagaan Anak-anak
Selepas hak penjagaan anak-anak, perlu juga dipertimbangkan waktu lawatan untuk yang tidak dapat hak penjagaan anak-anak. Perlu juga diperuntukkan masa untuk melawat supaya hubungan sillaturrahim tak terputus.
6. Nafkah Anak
Bab ni, ramai yang dengan dungunya merasakan siapa dapat hak penjagaan anak, dialah yang kena tanggung anak. Hmm.... Dasar tak celik agama. Ada segelintir kaum bapa yang sering lepas tangan dalam hal ini terutamanya kalau dah bini keluarga baru dan ada anak-anak 'baru'. Terus dilupanya tanggungjawab pada yang dulu. Jadi kaum-kaum mak pun kena sedar risiko nafkah anak ni ya.
7. Urusan Kehidupan Harian Anak-anak
Ni salah satu lagi yang membelenggu ibu atau bapa tunggal masa kini. Yalah, kadang-kadang kita sibuk fikir fasal hak penjagaan anak-anak je. Bila dah dapat anak, tak pandai pulak jaga anak dan uruskan kehidupan harian anak-anak.
Taks semua yang dapat hak penjagaan anak-anak tu beruntung sebab dapat dok rumah je tengok anak-anak dan tak perlu bekerja untuk cari nafkah diri sendiri. Ye dok?
Makanya, perlu juga pertimbangkan pengasuh/penjaga anak-anak sewaktu kita bekerja, pengangkutan anak-anak ke sekolah, transit, dan sebagainya.
Sebenarnya banyak lagi faktor yang harus dipertimbangkan kerana perceraian ini ialah satu perkara yang sangat serius. Pertimbangkan semua faktor ini dan persiapkan semuanya sebaik mungkin.
Kalau anda rasa pening untuk memikirkan semua ini, fikirlah, ada yang tidak sempat untuk memikirkan semua ini sebelum diceraikan secara tak diduga.
Semoga kita sentiasa dapat mencari hikmah dalam semua musibah yang melanda.
Insyallah. Amin.
Baca juga:
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga
Ä°nside Benzeri Oyunlar
ReplyDeleteFM Benzeri Oyunlar
Rigorz Benzeri Oyunlar
MPSVD