Hai semua,
Lagi kurang 2 bulan kita bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan. Kalau bulan Ramadan ni, antara perkara yang menarik ialah bufet-bufet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel dan juga restoran. Memang meriahlah sebab masing-masing akan fikirkan menu-menu yang dapat menarik pelanggan untuk berbuka puasa di tempat mereka.
Biasanya bufet ramadan di mana-mana restoran mahupun hotel banyak menawarkan selera kampung dan juadah hari raya untuk bufet Ramadan mereka. Namun kali ini kita nak memperkenalkan Bufet Ramadan Selera Indonesia di Nook, Aloft Kuala Lumpur.
Bagi mereka yang tak familiar dengan hidangan Indonesia, antara hidangan Indonesia yang menjadi santapan Bufet Ramadan Selera Indonesia di Nook, Aloft ni ialah Gado Gado, Urap Sayur, Rojek Uleh Indonesia, Pacel Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan Kerupuk, Bakso, Cabe Ijo, Tempeh Goreng, Berempah dan Ikan Bumbu Berempah.
 |
Lauk sotong pon ada |
 |
Antara menu yang bercirikan ikan |
 |
Terliur pulak tengok |
 |
Khas untuk peminat telur |
 |
Tempe wajib cuba |
 |
Enakk! |
Selain masakan Indonesia, terdapat juga masakan fusion Cina tauuu... Sedap!
 |
Ni butter chicken without the butter |
 |
Cer teka ni apa? hint: sejenis masakan telur |
 |
Sayur dan cendawan |
 |
Menggiurkan |
Hidangan wajib cuba yang dihidangkan di Nook Aloft KL Sentral ni pula ialah Daging Sapi Gongso. Rasanya memang enak dan menakjubkan kerana rempah-rempahnya yang meresap sehingga ke lapisan yang paling dalam. Walaupun baru pertama kali mencubanya, saya memang cukup suka rasanya yang lazat.
 |
Daging Sapi Gangso Must Try!! |
Selain makanan Indonesia, Nook, Aloft juga turut menghidangkan menu-menu wajib seperti bubur lambuk, sate, murtabak. Makanan kegemaran tempatan seperti nasi ayam, patin masak tempoyak, laksa sarawak juga antara juadah yang patut anda cuba.
 |
Ni patin masak tempoyak |
 |
Hidangan Mi, Mihu dan kuey teow |
Selain juadah-juadah berat ini, tidak dilupakan juga pemanis mulut dan aneka manisan yang menjadi pelengkap kepada makanan-makanan tersebut.
 |
Aneka Kuih Melayu |
 |
Krim Karamel pujaan hati |
 |
Berries Brown Trifle ni sedap |
 |
Bertih jagung pun ada |
Terletak di tengah Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral. Tentunya ia menjadi salah satu hotel yang begitu mudah diakses. Sebagai hub pengangkutan yang menawarkan perkhidmatan bas, LRT, KTM, Monorel dan juga MRT ni, Nook bukan sahaja sesuai untuk dijadikan destinasi berbuka puasa bersama keluarga, tetapi juga bagi majlis berbuka puasa korporat mahupun syarikat dan organisasi-organisasi.
Bagi mereka yang tertanya-tanya atau tercari-cari bufet Ramadan yang lain daripada yang lain, Bufet Ramadan di Nook, Aloft ini memang sesuai. Harganya? RM138 net bagi dewasa dan ia akan dibuka dari 7 Mei hingga 3 Jun 2019 sepanjang bulan Ramadan ini.
Baucar early bird untuk Nook Selera Indonesia akan dijual mulai 1 april – 3 Mei 2019. Baucar berharga RM105 nett setiap baucer untuk pembelian 1 – 35 baucer dan RM95 nett baucer untuk pembelian 36 baucar ke atas.
Berminat untuk berbuka di Nook Selera Indonesia? Sila hubungi 03-32723 1188 untuk tempahan.
Selera Indonesi Nook Aloft KL Sentral
Tempoh: 7 Mei hingga 3 Jun 2019
No comments:
Post a Comment