Lama dah tak cerita fasal jalan-jalan. Harini nak ceritalah pengalaman berjalan-jalan aka melancong di Hanoi, Vietnam dulu. Kisahnya kita ni kalau bercuti mesti nak pergi negara sejuk. Yerlah, Malaysia ni dah cukup panasss dah. Takkanlah nak bayar duit mahal-mahal untuk pergi negara panas lagi. Kat Malaysian ni setakat keluar pergi lunch pun dah rasa kering dan terbakar macam Sponge Bob keluar daripada laut. Inikan pula nak pergi negara panas-panas pastu tak pergi jalan-jalan. Rugi woo.. .Takkanlah nak melepak dalam bilik je?
Makanya, dengan bajet kita yang seciput tu, kita pun ushar-ushar lah tempat sejuk untuk diterokai tanpa perlu berbelanja lebih. Masa tu baru perasan, eh, Hanoi, Vietnam ni waktu hujung tahun, cuacanya sejuk gitu. Ingatkan mana-mana negara Asia Tenggara ni semuanya panas-panas belaka. Tak sangka Hanoi ni sejuk. Baru berbelas darjah selsius je.Tak macam Ho Chi Minh, panas. Sama je macam kat Malaysia. Makanya, dengan itu, terus kita mengambil keputusan untuk melawat Ho Chi Minh
Masa pergi Jepun dulu, dah pergi dengan kakak. Memandangkan saya tak pernah pergi melancong dengan adik-adik, maka trip kali ini, kita pun ajaklah adik-adik for an all sisters trip. Kebetulan kedua-duanya berkelapangan. Yeay!! Excited bukan main sebab nak pergi melancong dengan adik-adik.
Dari bulan Oktober lagilah dah start planning, masa bulan November, satu per satu persediaan dilakukan untuk trip melancong ke Hanoi, Vietnam ni. Yang pertama sekali, beli tiket penerbangan, rangka perjalanan kat sana, beli pakej-pakej pelancongan, tempah tempat tinggal, tempah kenderaan dan sebagainya. Semuanya kita rancang sendiri je. Cuma penat sikitlah nak google dan kumpul maklumat sana sini.
Cumanya, kebetulan sekali tarikh penerbangan 15 Disember 2019 yang kami tempah itu juga tarikh yang sama perlawanan akhir bola Malaysia lawan Vietnam. Makanya, ramailah yang ingatkan kitorang datang ke Hanoi untuk menyaksikan perlawanan bola. Walhal tidak, kerana dah lama buat perancangan untuk ke sana. Makanya banyaklah pengalaman yang lain daripada yang lain yang saya dan adik-adik alami sepanjang percutian kami:
1. Perlawanan Bola Piala AFF Malaysia lawan Vietnam
Dalam flight lagi, memang ramai penyokong bola Malaysia datang dengan semangat berkobar-kobar untuk menyaksikan perlawanan bola. Masing-masing pakai jersi atau pakaian bertemakan warna-warna Harimau Malaya.
Sampai je lapangan terbang, kami disapa dengan pemandu kami yang bertanyakan adakah kami datang untuk menyaksikan perlawanan bola. Malah pemandu tersebut juga tanya sama ada Malaysia atau Vietnam yang akan menang dalam perlawanan tersebut.
Pada waktu petang, ramai penduduk Vietnam telah berkumpul di depan televisyen ataupun gerai-gerai dan kedai-kedai minum dengan semangat berkobar-kobar untuk menonton perlawanan tersebut.
Sebaik saja menang, semua penduduk Vietnam bersorak dan meraikan kemenangan mereka dengan membuat rondaan di sekitar bandar sambil bertiup trompet dan mengibarkan bendera Vietnam.
Yang paling parah, kalau lalu je sebelah kami, mereka akan bertiup trompet sambil tanya are you from Malaysia. Waduh! Sakit pula hati.
2. Train Street, Ngo 224 Le Duan, Hanoi
Berdasarkan maklumat yang kita kumpul, antara pengalaman yang perlu kitorang rasai ialah melihat sendiri bagaimana keretapi lama ni lalu di depan mata, di celah-celah perumahan yang terletak di Ngo 224, Le Duan. Untuk ke sini, korang boleh saja cari tempat ini dengan cara carian Google Maps search. Kalau diikutkan jadual sebenar, keretapi akan lalu di sini setiap hari jam 3.30 petang atau 7 petang setiap hari. Oleh kerana tak nak bergelap, kami pun mengambil keputusan untuk datang ke sini pada jam 3.30 petang. Itupun dah ramai orang yang datang.
Oh ya, perlu diingatkan jadual keretapi ni tak tepat dan mungkin berubah-rubah ya. Saya dan adik-adik sendiri pun terpaksa tunggu sehingga hampir ke pukul 5 petang, barulah dapat merasai sendiri pengalaman keretapi lalu lalu hanya beberapa inci daripada muka kami. Seram wooo! Kalau diikutkan hati, memang dah nak putus asa menunggunya sebab banyak lagi tempat yang kami belum sempat terokai. Tapi ternyata ia satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan!
3. Hanoi Weekend Night Market/ Dong Xuan Market/Hang Gai Street/Hang Da Market
Sebenarnya semua market ni agak tertumpu di kawasan bandarnya dah bolehlah berjalan saja ke sana.
Walking distance katanya. Cuma yang kat Hoan Kiem Lake tu je jauh sikit. Tapi sepanjang percutian kami, memang kami banyak berjalan je. Almaklumlah bila bercuti baru nak bersenam. Alang-alang senam tu, biar senam untuk setahun je terus. Konsep qada' balik gitu!
4. Hoan Kiem Lake
Ehei.... Kat Hoan Kiem Lake ni, kalau pagi-pagi atau petang-petang boleh nampak ada orang tengah praktis menari. Pada hujung minggu pula, lebih banyak aktiviti riadah keluarga seperti kereta mini atau motor mini yang boleh dipandu anak-anak. Tasik ini agak luas, bolehlah berjalan mengelilingi seluruh Hoan Kiem. Ada restoran, warung, dataran dan pelbagai lagi kemudahan dan juga monumen di sekitarnya. Sewaktu ke sana, kebetulan ada Aktiviti Kebudayaan Perancis yang diadakan yang mana pelbagai jenis makanan Perancis, pakaian, lagu dan perbahasan Perancis diadakan. Rupa-rupanya, Vietnam pernah dijajah Perancis satu ketika dulu. Oleh itu, kalau diamati, terdapat sesetengah bangunan di Vietnam yang masih mengekalkan ciri-ciri seni bina Perancis. Malah, kesan jajahan juga dapat diperhatikan daripada sesetengah jenis masakan Vietnam.
Selain bersiar-siar di sekitar bandar Hanoi, kami juga telah memperuntukkan 2 hari untuk perjalanan harian (day trip) ke 2 tempat yang telah kami bandingkan daripada Klook dan KKDay. Bagi tujuan perbandingan lanjut, kami telah memilih perjalanan ke Halong Bay dengan KKDay dan Trang Ang dengan Klook.
5. Halong Bay (KKDay)
Kalau diikutkan, sebenarnya apa yang membuatkan saya tertarik untuk pergi ke Hanoi ialah kerana tertarik dengan perjalanan Baki dalam majalah 'Taste of Memory' yang ditayangkan di TV2. Namun, atas faktor kesuntukan masa kerana perjalanan ke Sapa memerlukan masa yang panjang, kami beralih untuk ke Halong Bay dan Trang An.
Apa yang menyebabkan kami tertarik untuk ke Halong Bay ialah tempat yang dikenali sebagai Teluk Ha Long ini adalah sebuah teluk dan Tapak Warisan Dunia UNESCO di yang terletak dalam wilayah Quang Ninh, Vietnam utara, 160 km barat laut Hanoi, berhampiran sempadan Cina.
Kami telah berkumpul ke tempat yang ditetapkan kemudian menaiki bas ke pelabuhan dan dari sana, kami telah menaiki kapal untuk ke Teluk Halong. Kalau anda berminat, boleh juga untuk memilih pakej untuk bermalam di Halong Bay ni. Tapi kami suntuk masa, jadi cukuplah dengan berlayar di teluk yang cantik tu.
6. Trang Ang (Klook)
Setelah ke Halong Bay, keesokan harinya pula, kami telah bersiap-sedia untuk menerokai Majestic Trang Ang, pakej yang ditawarkan oleh Klook. Apa yang membuatkan kami tertarik untuk ke Trang Ang adalah kerana ia merupakan tempat penggambaran untuk Filem Kong.
Trang Ang juga mempunya gelaran ‘Halong Bay On Land'. Jadi kami pun tertarik untuk melihat apa perbezaan antar Halong Bay on Sea dengan on Land ni. Kami perlu menaiki bas untuk ke Ninh Bin dan kemudian dari sana, kami perlu menaiki sampan untuk ke set penggambaran Kong yang juga dikenali sebagai Pulau Kong (Kong Island).
Walaupun Halong Bay ialah di lautan dan Trang Ang pula di sungai, ternyata kedua-duanya pengalaman yang berbeza. Persamaannya? Kedua-dua tempat ini sungguh nyaman dan mendamaikan. Sesuai bagi mereka yang sudah selalu terperuk dalam kesibukan kota dan bandar. Memang kita sebagai hambanya perlu kadangkala kembali sejenak ke alam sekitar untuk mengagumi keindahan ciptaan alam dalam mencari ketenangan rohani.
Banyak lagi tempat yang menarik yang terdapat di Hanoi, namun tak sempat untuk diceritakan di sini. Mungkin lain kali.
Secara keseluruhannya, walaupun negara komunis ini tidak begitu maju jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Indonesia dan Thailand, namun negara mereka juga mempunyai banyak perkara menarik yang dipelopori. Insyallah saya akan kembali ke Hanoi untuk menerokai Sapa pula kalau diizinkanNya.
OXOXO
Prettily Rare
Baca juga:
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Percutian Pendek di The Pearl, Kuala Lumpur
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka
Wah bestnya dpt bercuti ke vietnam. Tak pernah smp kesana lagi. Insyaallah one day. Cantik jugak vietnam kan. hehehe
ReplyDeletewaa bestnya dapat bercuti ke Vietnam, lagi2 bila dapat jalan2 makan angin dengan family or adik beradik sendiri kan mesti best! Thank you for sharing, banyak jugak info2 menarik especially tempat2 yg menarik yg patut dilawati boleh dijadikan panduan if planning nk ke sana kan. Terbaiklah dpt tgk tmpt penggambaran filem Kong, mesti excited kan once jejak kaki ke Kong Island tu 😁
ReplyDeleteWow bestnya percutian ke Vietnam ni... Vietnam salah satu negara yang ada dalam whishlist saya.. Trima kasih kongsi info ni utk rujukan saya apabila berkunjung ke vietnam nanti..
ReplyDeleteAda pernah jugaklah tengok yang keretapi lalu depan2 tu kat socmedia..mmg ngeri tengok..dekat sgt..silap haribulan mau tercabut telinga kan hahaha..tp org sana dah mcm biasa je tengok..wahh kang trang ang tu tempat bikin filem kong ke..cantik nau tempat dia..halong bay pun nyaman je tengok..ntah bila nak pergi hanoi...hihi
ReplyDeletebestnya dapat travel ke vietnam tu, cantik betul view natural kat sana. oh bukan tu pasar yang keretapi lalu tengah-tengah jalan ke? seram tengok dorang niaga tepi landasan keretapi. insyallah kalu ada rezeki nak jugak fly pergi vietnam
ReplyDeleteMouse mommy tak pernah lagi ke Vietnam. Nampaknya bandar dengan luar bandar pun cantik dan best. Rasanya sesuai tak bawa sekali ank2 kecil ni dijadikan percutian sekeluarga ?
ReplyDeleteBestnya dapat jalan-jalan dengan family kan. Banyak juga tempat menarik yang ada di sana rupanya. Boleh plan next trip kesana. Tips yang sangat berguna.
ReplyDeletebanyak tempat menarik boleh lawat kat sini ya...kalau berpeluang datang ngan kengkawan sini lebih seronok rasanya...apatah lagi dapat explore satu tempat tu dengan lebih selesa (sbb x bw anak hehe)
ReplyDeleteTak pernah pergi vietnam, menarik juga baca pengalaman travel ke vietnam awak, boleh masuk dlm.list travel sy. Terima kasih diatas perkongsian... Cantik-cantik gambar travel awk.
ReplyDeletewow bestnya dapat pergi kong island. antara filem epik yang dan ada fight scene yang menarik. vietnam mmg masukk dalam list utk travel nanti
ReplyDeleteHanoi is a nice place. My family members have been there a few times. The weather and nice food there always keep us go and go again
ReplyDeleteBestnya jalan jalan Hano . Pemandangan kat Hanoi nampak cantik. Kita pun boleh menikmati pemandangan dan belajar budaya masyarakat Vietnam macam mana kan
ReplyDeletewalaupun bajet ciput tapi banyak jugak nak keluarkan tu. hanoi nie org cakap terkenal dengan kain ela yang murah2 dan cantik. teringin gak ke vietnam tp belum ada rezeki lagi. nampak macam satu negara yg menarik utk dilawati walaupun x semaju negara komunis yg lain
ReplyDeleteI'm putting the train street into my bucket list!! 😍😍 Never been to Hanoi but now I'm really interested to go.
ReplyDeletewahhh macam tetau jer kitapun nak pergi vietnam..tapi kat HCM jerlah sebab nak shopping raya...tapi suka jugak nak pergi Hanoi sebab banyak tempat menarik terutamanya jalan keretapi yang lalu kat tengah jalan tu....mesti besttt
ReplyDeleteSeronoknya dapat jalan ke negara orang. Cx baru tahu dekat sana sejuk. Bestnya! Selalunya orang ke vietnam sebab nak shopping je. Tak sangka dekat sana pon ada tempat menarik yang boleh kita terokai ya. Memang seronok bila dpaat pergi dengan adik beradik. Seronok dia lebih . Heheh. Bab tiup trompet tu kelakar. Hehe sakit pula hati kita ya? Hihi
ReplyDeleteRawlins tak sampai lagi ke Hanoi. Memang banyak lokasi yang best kat sana -macam teringin gak. Rawlins nie sejenis yang suka melawat pasar malam sebab boleh tengok memacam barangan rare.
ReplyDeletesyoknya dapat melancong ke Hanoi, Vietnam .. Best kan sebab dapat tengok budaya dan aktiviti orang disana.. Nak pulak banyak tempat menarik utnuk dilawati, boleh jadi kenangan sampai bila-bila..
ReplyDeleteWahh bestnya dah sampai sana. Camne ye penduduk sekitar boleh tahan bunyi train. Huhu.. bergegar telinga dibuatnya.. di hanoi takde tempat shopping best yang boleh borong ke? Hehe..nanti share la.
ReplyDeleteBestnya... Kita belum pernah sampai Vietnam. Kita suka laaa bila baca citer awak. Tingin nak pegi satu hari nanti. Kita save bookmark. Citer awakk
ReplyDelete