Harini kita nak kongsikan pengalaman berbarbeku dengan rakan-rakan di Restoran SeoulNami Korean BBQ yang terletak di Level 1, The Gardens.
Nyams.. |
Oleh kerana masing-masing agak jakun sebab tak pernah mencuba Korean BBQ, jadi pengalaman ini agak menarik buat kami semua. Mula-mula keliru juga macam mana kaedah nak buat pesanannya. Tapi setelah diberikan penerangan oleh pekerja di SeoulNami yang ramah, kami pun buatlah pesanan untuk mencuba hampir semua menu yang ditawarkan di sini.
Okay, kalau nak makan di sini. Mula-mula korang kena pakatlah dengan kawan-kawan korang tentang menu barbeku apa yang korang nak makan? Kami telah sepakat untuk pilih ayam, daging dan juga sotong. Berikut adalah menu pilihan kami: Chuncheon Chicken dengan tiga jenis rasa (Spicy Hot Pepper Chicken, Savory Ganjang Chicken, Sweet Honey Butter Chicken), Beef Platter (Gabungan Bulgogi, Beef Rib Fingers dan Beef Belly) dan juga Spicy Octopus. Yums!
Ni koleksi ayam yang kami pesan |
Beef Platter |
Spicy Octopus |
Korean Pow Wow Ssamjang dan Roasted Injeolmi Power) juga disediakan sebagai pencicah. Dan lebih menarik lagi apabila mereka hidangkan telur kukus untuk santapan anda secara percuma. Kalau kat restoran Korea lain, jangan harap boleh dapat.
Semua jenis hidangan dah datang. Tapi daging-daging belum sampai. |
Fist Rice ni best sebab takkan ada nasi sejuk yang dihidangkan. Setiap kali korang buat pesanan setiap kali tulah baru dia tanak nasi supaya korang dapat gaul dan makan panas-panas. Bolehlah feeling-feeling orang Korea wakkk.. Adun nasi untuk dibebolakan pastu agihkan nasi kepal (mandrem) tu kat semua orang. Eh!! Pastikan orang yang kepal nasi tu mengepal dengan penuh kasih sayang ya!
Oh ya, kalau dah makan Korea, kimchi sudah semestinya tidak boleh dilupakan. Di Restoran SeoulNami Korean BBQ ni terdapat Kimchi Trio yang wajib dicuba dan dipesan. Kalau kat restoran Korea lain, biasanya hanya ada satu jenis kimchi saja. Tapi dengan Kimchi Trio ni, korang dapat merasai tiga jenis kimchi (Fresh on Grill, Fried and Smoked Kimchi) yang berbeza tau!
Tada... Tiga jenis Kimchi berbeza |
Apa yang misteri sangat berbungkus ni? Hehheeh... |
Fizzy Sour Plum Cooler, Sparkling Orange Cream Soda ,Binggrae Banana Uyu Colada dan Out-of-This-World Lemonade
Fizzy Sour Plum Cooler, Sparkling Orange Cream Soda ,Binggrae Banana Uyu Colada dan Out-of-This-World Lemonade |
Berbeza dengan mana-mana barbeku yang mana menggunakan hot plate dan dapur elektrik, Restoran SeoulNami Korean BBQ menawarkan barbeku menggunakan arang! Wow. Yang penting, dengan penyedut asap yang direka khas ni, korang tak perlu risau baju dan rambut korang akan jadi berbau. Memang canggih!
Arang-arang. Panas wooo... |
Senang kata, restoran ini bukan sahaja mempunyai suasana yang ceria dan menggembirakan dengan rekaan dalamannya yang tampak hipster, malah makanan dan minumannya juga enak.
Dari luar. |
Rekaan dalaman restoran |
Burnt Cheesecake yang mantap setelah dibakar |
Nak tahu lebih lanjut tentang restoran ini? Ha, ni maklumatnya:
SeoulNami Korean BBQ
Level 1, The Gardens Mall
Mid Valley City KL.
Facebook: SeoulNami Korean BBQ
Instagram: SeoulNami Korean BBQ
No. Tel: 03-2202 3336
Baca juga:
Review: Pokok KL Cafe
semua makanan nampak sooo delicious. and style makan macam di Korea tu yang mahal tu.. tak ada di sebarangan tempat =D
ReplyDelete