Harini nak cerita fasal topi kewangan pulak. Lama dah saya tak sentuh topik kewangan. Mula-mula sekali nak tanya dulu, korang ada kad kredit takkkkk?
Kat pasaran ni, macam-macam kad kredit ada wooo.... |
Okey, sedikit latar belakang sis tentang kad kredit. Kita memang tak minat kad kredit. Sebab dulu penah buat research paper fasal kad kredit. Memang ramai golongan muda yang muflis disebabkan hutang kad kredit. Yalah, mana taknya? Kad kredit punya faedah memang tinggi gila-gila okey.
Makanya, memang sis tak berminatlah nak apply kad kredit. Tapi oleh kerana keperluan untuk ke luar negara atas urusan kerja, ramailah yang mengesyorkan sis untuk mendapatkan kad kredit terutamanya rakan sekerja dan bos. Katanya, kalau selalu melancong, memang lebih baik kalau ada kad kredit sebagai langkah keselamatan. Yalah, kot kalau ada apa-apa macam jatuh sakit atau kemalangan atau kecurian, senanglah ada kad kredit untuk bayar apa-apa.
Cuma sis tak pernah terfikir pon nak dapatkan kad kredit sebab sis rasa bukankah kad debit pun boleh digunakan dalam saat-saat kecemasan seperti ini? Perlu ke kad kredit? Lagipun, sis pelupa orangnya, kalau kad debit, tolak terus duit yang kita ada. Pastu takyah fikir susah-susah dah. Kad kredit ni pinjam duit orang, dah pakai, kenalah bayar balik. Ye dok? Bab bayar tulah sis liat. Lagipun kad kredit ni kadang-kadang ada macam-macam caj. Contohnya caj GST la, annual feelah, processing feelah. Kad debit takdelah caj-caj tambahan camni.
Dipendekkan cerita akhirnya tah macam mana, pada Mac 2017, akhirnya sis termakan pujuk juga untuk isi borang untuk mohon kad kredit. Katanya kad kredit ni takde annual fee. Diberinya pula 2 kad kredit. Satu One Card, satu lagi Visa Platinum. Lepas dah terima. Mula-mula simpan je buat tukun kat dalam dompet. Lagipun masa tu dah nak bertolak ke Jepun atas urusan kerja, simpan jelah.
Ternyata sepanjang ada kad kredit ni, tak pernah sekali pun kita pakai sebab tak ada keperluan. Pernahlah nak beli tiket penerbangan pakai kad kredit sebab nak bayar untuk family sekali, tengok-tengok ada caj processing fee. RM50 hengget lak tu. Terus sis tak jadi. Baik pakai cash je. Takde caj. Tak fasal-fasal je nak kena bayar RM50. RM50 tu boleh makan sedap tau.
Makanya pi mai pi mai tangtu jelah. Setiap kali nak pakai, tengok ada caj tulah caj nilah. Heish, tak kuasalah nak kena caj tak fasal-fasal. Lebih baik pakai cash saja. Oleh itu kad kredit kita teruslah menjadi tukun. Ha, nilah salah satu bahaya kad kredit. Caj-caj tambahan ni.
Pada awal bulan Mei yang lalu, sis yang rajin mengira duit ni, semaklah laporan CCRIS sis. Sekali tup tup, ada amaun tambahan yang sangat mengejutkan. Hei! kenapa ada caj ni? Sis jenis tak suka berhutang tau. Kalau ada hutang, mesti sis langsaikan. Nampak je ada amaun tertunggak kat CCRIS ni, teruslah jadi tak tentu arah. Apa? Kad Kredit kena hack ke cemana?
Dah penyata CCRIS kita jadi tak cun. Apa ni ada tunggakan? |
Maka dengan secepat kilat sis pon pergilah log masuk ke dalam akaun bank kad kredit tersebut. Waduh-waduh, rupa-rupanya kedua-dua kad kredit sis tu dikenakan caj tahunan dan cukai servis ya.
Tak fasal-fasal wooo kena caj |
Yang paling menyampah ada pula klausa yang mengatakan kad kredit dikenakan caj RM25 cukai servis setiap tahun berkuat kuasa 1 September 2018 ya...
Amboi amboi amboi, dengan bahagia je korang nak caj macam-macam kat benda yang sis tak guna ya? Bahaya betul kad kredit ni. Diam-diam je dia caj kita ehhhh... Walhal tak guna langsung.
Pehal nak caj-caj kita padahal kita tak guna. Kalau guna tak kisahlah juga kan nak bayar. Pfftt....
Yang paling geramnya, satu kad tu annual fee dia 168 + 25, satu lagi 198 +25 hengget. Total dalam 416 hengget juga tu. Gila kau! Sekarang nak raya dah ehhh... Baik sis jimat duit tu beli baju raya daripada bayar kat bank atas perkhidmatan yang sis langsung tak guna. Marah tau ni, marah.
Ha, nampak tak permainan bank di situ? Kat sinilah orang boleh muflis weh. Cuba korang bayangkan, kalau 416 hengget ni tak bayar, pastu tiap-tiap bulan kena interest, kemudiannya, tiap-tiap tahun kena lagi RM416. Jumlah keseluruhan dah berapa tu? Tak ke beribu-ribu?
Ni pun nasib baik sis jenis yang check laporan CCRIS selang beberapa bulan. Kalau jenis yang acuh tak acuh, langsung tak reti nak semak kesihatan kewangan tu, macam mana pula? Tak fasal-fasal je dapat surat muflis nanti.
Okey, sekian saja nak cerita fasal betapa bahayanya kad kredit terutamanya bagi mereka yang tak financial savvy. Sis nak pergi marah bank sat. Nanti sis sambung cerita fasal kad kredit ni dalam post yang berikutnya ya? Muah!
Baca juga:
Cara semakan CCRIS Bank Negara
Cara dan Pengalaman Batalkan Loan ASB
Cara Dapatkan Pengecualian Yuran Tahunan Kad Kredit
Cara Batalkan Kad Kredit
No comments:
Post a Comment