Friday, 24 May 2019

Cara Paling Berkesan Selesai Masalah Sinki Tersumbat


Hai semua,

Sebelum nak mula, saya nak tanya dulu, ada ke yang tak pernah menghadapi masalah sinki tersumbat atau air sinki turun perlahan? Kalau tak ada memang hebatlah korang. Sebab rasanya saya sendiri dari kecik sampailah tua ni, tah berapa juta kali dah mengalami masalah ni. Masalah ni dah macam masalah universal pulak.

prettily Rare
Bosannya kalau sinki tersumbat. Kan?

Kalau sebelum ni, duduk rumah mak bapak, duduk rumah sewa, saya memanglah tak ambil kisah sangat. Almaklumlah rumah orang, apa-apa cakap je dengan tuan rumah. 'Mak, abah. Sinki tersumbat'. Tau-tau setel dah masalah. Tapi bila dah dok sendiri, nak tak nak memang kena setel sendirilah masalah.

Jangan ingat sis ni jenis tak pandai buat kerja-kerja bertukang yer... Rasanya sikit haribulan, kalau takde orang yang boleh diharap, memang terus jadi wanita serba boleh dah ni. Yerlah, kekadang nak harap lelaki or plumber (yang biasanya pun memang lelaki juga), memang sedihlah.

Dari yang tak berupah sampai ke yang berupah, semuanya penat nak tunggu. Makanya dari situ perlahan-lahan banyak benda kita kena belajar untuk selesaikan sendiri. Jadi bagi wanita-wanita yang dah bosan suruh lelaki buatkan tapi tak setel-setel, atau minta plumber datang tapi tak kunjung tiba, atau bagi lelaki tapi jenis tak reti bertukang, marilah baca posting berupa self-empowerment ni.

Sudah-sudahlah baca tips yang kata curah cukalah, curah asidlah, curah baking soda, pakai pamlah. Semuanya tak merawat masalah dari akar umbinya. Saya sendiri dah bosan baca, makanya baik saya sendiri hasilkan posting yang lebih berkesan. Gituuu...

Pada saya, paling senang sekali nak setel masalah sinik tersumbat ni ialah dengan buka perangkapnya dan cuci perangkapnya. Mula-mula sekali, kaji dulu sinki korang jenis perangkap sinki macam mana.

prettily rare
Jenis-jenis perangkap sinki

Puaslah sis google gambar perangkap sinki beserta sinkinya. Tapi tak jumpa pulak gambarnya. Cet. Terpaksalah ambil gambar lakaran camni je. Baiklah, rata-rata biasanya pemerhatian saya mendapati perangkap sinki yang biasa digunakan adalah perangkap botol seperti di atas. Kalau korang gunakan mana-mana di atas. Tahniah. Sila teruskan bacaaan.

Okey, mula-mula sekali, kalau nak selesaikan masalah ni. Pastikan air dalam sinki tu dah surut. Cara ni tak sesuai bagi mereka yang pattern gatal, dah tau sinki dah start tersumbat dan air perlahan, tapi tetap nak pakai jugak. Bila air dah tak turun-turun baru sibuk nak menggelabah. Elakkan ya perangai seperti ini.

Bila air dah kering dah surut bagai, barulah kita ambil tindakan. Mula-mula sekali, buka perangkap botol korang yang bermacam-macam gaya tu, kemudian campak je terus ke dalam tong sampah dengan penuh angkuh. Biasanya kalau korang amati, banyak tah apa-apa yang tersumbat dalam tu dan menyebabkan sinki korang selalu tersumbat. Kalau clear je, makanya bukan bahagian sinilah yang bermasalah. Tapi jaranglah clear, mesti ada apa-apa hampas. Kalau nak pakai balik, boleh, cuci hampas tu untuk dipasang balik kemudian. Tapi sis tak sarankan. Sis sarankan ikut step seterusnya.

Ambil ukuran lobang pada dinding dan salur sinki tu dan pergilah ke kedai hardware dengan penuh bergaya dan cari dua barang ini:


Yang pertama:
Flexible sink trap atau nama Bahasa Malaysianya, perangkap siniki fleksibel.

prettily rare
Ni dia perangkap jenis fleksible



prettily rare
Aha... macam cantik je kan


prettily rare
Ni sis beli kat kedai hardware


Yang kedua:
Teflon tape

prettily rare
Teflon tape

Bahan-bahan lain yang diperlukan tanpa perlu ke kedai hardware ialah benda atau batang panjang yang halus untuk dibuat jolok. Yang ni ikut kreativiti koranglah. Pakai chopstick ke, batang lidi ke, memana pon bolehlah. Kalau feeling-feeling nak macam profesional gak, bolehlah pergi cuba cari benda alah ni kat hardware:


prettily rare
Kerlas gitu
Tapi biasanya sis tak guna pon benda ni. Sebab berdasarkan pengalaman sepanjang hidup ni, sinki kat rumah tu bukannya tersumbat fasal rambut pon. Tersumbat fasal daki or habuk-habuk kot. Entah. Apa benda tah. Tak kaji pulak. Yang penting bukan rambut. Satg korang tengoklah sendiri benda alah tu.

Okay, setelah selesai persiapan semua tu, marilah kita bertukang dengan gembiranya. Mula-mula sekali,  kenal pasti selain daripada perangkap sinki lama yang penuh hampas tu, adakah bahagian lain yang tersumbat. Sebab biasanya ada juga hampas yang tersekat kat lubang sinki tapi tak sampai perangkap kerana ia telah tersekat. Jadi cara kenal pasti ialah tengok dari lubang sinki. Kalau gelap gelita seperti di bawah, ha memang sahlah ada hampas tersangkut di sini. Ni yang kena jolok ni.

prettily rare
Gelap gelita ni maknanya berpenghuni. Ada hampaslah tu.

Kalau korang nak tahu, lubang sinki yang sihat sepatutnya dipenuhi cahaya keimanan seperti di bawah:

Prettily rare
Ha nampak tak? Boleh see through sampai ke bawah.
Makanya, bolehlah korang jolok dengan peralatan yang terpilih tadi. Sis guna batang putik kapas je tau. Dah tu je yang ada di rumah. Pastikan semua hampas bersih dan dikeluarkan sampai korang boleh see through daripada lubang sinki.


Prettily rare
Euw, inilah hampas yang telah berjaya dijolok keluar.


Selepas agak-agak semua benda yang tersangkut, sama ada hampas, mahupun rambut etc, jangan lupa untuk buka paip sekuat-kuat mungkin untuk flush sisa-sisa hampas yang ada.

Prettily Rare
Flushing penting untuk pastikan sisa-sisa kecil semuanya disembur keluar
Lepas dah flushing, bolehlah pasang perangkap sinki yang baru.Pasang bahagian atas dulu. Mudah je, cuma perlu 'skru' kan ke atas, ala, ketatkan je pemusing tu sampai ketat. Pastu buka air tengok, ada tak air meleleh keluar celah-celah tu. Kalau ada buka balik then pasang teflon tape dan ketatkan semula sampai takde air meleleh dari celah-celah.

Lepas tu pasang bahagian bawah pula. Ala, senang je. Cucuk je pada bahagian lubang kat dinding tu. Simple.

Oh ya, menurut plumber yang pernah berkhidmat dulu, better pakai perangkap sinki fleksibel ni. Kalau perangkap ni air boleh mengalir keluar secara terus ke saluran paip. Paip jenis S, P dan botol tu leceh sikit sebab bentuknya yang berbelok-belok bonggol bagai, mudah menyebabkan sampah atau hampas terperangkap.

Lagipun perangkap sinki fleksibel ni murah je, baru berapa hengget. So setiap 6 bulan sekali, check je kalau-kalau ada tanda-tanda sinki dah nak tersumbat, air mengalir perlahan, tukar je terus dengan mengulangi langkah-langkah seperti di atas.

Dengan cara ni, korang dapat mengelakkan saluran paip utama tersumbat. Sebab kalau saluran paip air utama tu yang tersumbat, lagilah leceh. Memang nak kena panggil plumber lah.

Okey, sekian perkongsian kali ini.

Da~~~

Bahaya Kad Kredit
Cara Dapatkan Pengecualian Yuran Tahunan Kad Kredit
Cara Batalkan Kad Kredit
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

No comments:

Post a Comment