Kesinambungan kepada kisah saya yang telah ditahan di wad selama 8 hari di Hospital Pakar KPJ Shah Alam, Selangor, di sini saya nak kongsikan ulasan saya mengenai perkhidmatan perubatan sepanjang tempoh penginapan saya di sana.
Gambar Google je. Kredit Astro Awani |
Korang semua pernah ditahan di wad tak? Kalau mereka yang jenis keluar masuk hospital, mesti banyak kisah dan pengalaman pahit manis di wad kan? Saya pernah ditahan di wad beberapa kali. Antara wad yang pernah dihuni saya ialah wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Pakar UKM (UKM Specialist), Hospital Assunta, Petaling Jaya, Ara Damansara Medical Centre dan terbaru, Hospital Pakar KPJ Shah Alam.
Selain itu, anak-anak saya pula pernah menerima rawatan wad di Pantai Medical Centre, Pantai Dalam dan Subang Jaya Medical Centre. Alhamdulillah, kebanyakannya dibiaya oleh majikan mahupun syarikat insurans yang mana saya telah langgan perkhidmatannya.
Secara jujurnya, kalau boleh buat pilihan, saya lebih sukakan Hospital Pakar Shah Alam (SALAM Specialist) ataupun Avisena atas faktor peribadi. Namun saya tidak mempunyai pilihan kerana Hospital Pakar KPJ Shah Alam merupakan satu-satunya hospital panel yang dilantik dalam kes saya ni.
Kali terakhir saya pergi ke sini kerana Mia perlu dimasukkan ke wad kerana Influenza B namun keadaan tidak memihak apabila semua wad di SALAM, KPJ, Avisena dan SJMC penuh dan akhirnya kami terpaksa ditempatkan di Ara Damansara Medical Centre.
Apabila ditahan di wad sebanyak 2 kali ni, barulah saya tahu sebenarnya kemasukan wad di KPJ Shah Alam terbahagi kepada dua jenis. Satunya apabila berjumpa doktor/pakar dan ditahan manakala satu lagi saluran pula apabila kita ditahan wad setelah merujuk kes kepada bahagian kecemasan.
Wad pakar di tingkat 3 manakala wad kecemasan di tingkat 2. Kedua-dua wad tersebut mempunyai suasana dan rekabentuk yang berbeza. Seingat saya, wad di tingkat 3 lebih riuh rendah manakala wad di tingkat 2 pula senyap sepi. Tapi mungkin juga kerana lebih banyak kes yang serius di wad tingkat 2 berbanding wad tingkat 3. Wallahualam.
1. Pek Permulaan
Apa-apa pun, sesiapa sahaja yang dimasukkan ke wad atau ditahan di wad di KPJ Shah Alam, mereka akan menerima starter pack atau digelar pek permulaan (ala-ala menginap di hotel) yang berupa cawan jenis mug dan penutupnya serta pek keperluan asas peribadi aka toiletries yang terdiri daripada berus gigi, ubat gigi, mandian, syampu dan tuala muka. Kerlas u! Dalam banyak-banyak hospital, nilah hospital pertama yang disediakan semua ini. Ke hospital lain pun ada? Cuma saya je tak tahu?
Mula-mula masuk ingatkan ada orang tertinggal. Rupa-rupanya nilah pek permulaannya |
Isi kandungan dalam beg hitam |
Ada juga tuala muka. Lupa nak bagitau |
Hi, inilah mug KPJ Selangor |
Secara keseluruhannya, ada pelbagai jenis wad yang ditawarkan di KPJ Shah Alam. Yang ni saya puji sebab ini menandakan KPJ Shah Alam lebih prihatin kepada permintaan atau keperluan pesakit yang mungkin mempunyai bajet yang terhad namun ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Jom tengok jenis-jenis wad yang ada di sini:
2. Kemudahan dan bilik wad
Sewaktu saya baru ditahan di wad, saya ditempatkan di bilik 4 katil dan perlu berkongsi bilik dengan tiga orang lagi pesakit. Namun ia tetap cukup selesa kerana setiap katil disediakan langsir, rak, kabinet, meja, tv dan sofa pelawat masing-masing. Memandangkan ini pengalaman pertama kali saya ditahan di sini, saya tidak tahu apakah perbezaannya dengan wad-wad lain.
Untuk makluman, penaiktarafan katil mengikut peruntukan katil anda adalah mengikut giliran (queue) dan permintaan, jadi mereka hanya akan menaik taraf bilik sekiranya ada kekosongan bilik double bed atau single bed.
Okay selepas beberapa hari menginap di bilik four bedded. Saya telah ditukarkan ke bilik single pula. Tak pastilah bilik single jenis apa. Kemudiannya, beberapa hari kemudian pula, saya dimasukkan semula ke wad ke bilik double sharing.
Daripada pemerhatian saya, kemudahan bilik single dan double sharing tak banyak jauhnya. Tetapi banyak perbezaan dari segi bilik single dan double sharing dengan four bedded antaranya:
ni ambil dari laman sesawang KPJ je. Segan nak amik gambar kat bilik ramai pesakit |
Ni masa masuk kali kedua menerusi kaunter kecemasan |
Ni masa masa first time, dah nak balik baru dapat katil single |
i. Katil auto dan manual
Jujur saya katakan, selama beberapa kali dimasukkan ke wad, tak pernah pula saya belek katilnya betul-betul. Namun pengalaman kali ini barulah saya sedar, katil untuk four bedded hanya boleh diubah kedudukan secara manual manakala untuk single dan double sharing, katilnya boleh disesuaikan secara auto dengan hanya menekan butang di sisi. Oh, patutlah katil 4 bedded RM75 sahaja semalam.
Ni katil masa kat 4 bedded |
Ini pula katil auto di bilik double sharing atau single |
ii. TV dan Saluran TV
Rupa-rupanya saluran television katil 4 bedded juga terhad kepada beberapa saluran asas sahaja manakala bagi single bedded dan double sharing, saluran yang ditawarkan adalah lebih pelbagai antaranya saluran Tamil, Cina dan juga filem. Oh, TV four bedded tu dia punya posisi tak berapa memberangsangkan. Kira tak syok lah nak tonton tv. Then tak boleh bukalah suara kuat-kuat. Dah kongsi, kenalah fikirkan orang lain juga. Ye dok?
iii. Robok dan laci
Oh ya, kalau bilik single room tu ada disediakan penyangkut baju (hanger). Kat bilik four bedded dan double sharing, tak nampak pula penyangkut tu.
iv. Peti Besi Keselamatan
Setiap robok anda disediakan peti besi keselamatan supaya pesakit dapat menyimpan barang-barang berharga dengan selamat. Yerlah, tak semua pesakit ada orang temankan. Kotnya nak buat pemeriksaan atau ujian apa-apa, siapa pula nak jaga barang kan? Itulah gunanya peti besi
v. Tandas
Untuk four bedded atau double sharing, nisbah tandas adalah satu tandas untuk 2 orang pesakit. Kalau single, bolehlah conquer satu bilik air tu. Korang yang punya. Maka bolehlah susun segala keperluan dalam tandas yang diconquer seorang diri tu.
vi. Air panas dan air minum
Jangan risau. Air panas dan air masak disediakan oleh pihak hospital. Kalau habis, serulah misi-misi yang sangat membantu. Nescaya mereka akan tolong isikan.
Sakit-sakit macam mana pun, hidup mestilah diteruskan, makan pun haruslah ditelan. Ye dok? Seterusnya mari kita buat ulasan mengenai Makanan dan Minuman di KPJ Shah Alam.
3. Makanan dan Minuman (F&B)
Untuk makluman, makanan yang disediakan di KPJ Shah Alam adalah sebanyak 3 kali hidangan dan satu kali snek. Tiga kali hidangan tu biasalah. Sarapan pagi, tengah hari dan makan malam. Sarapan pagi dalam pukul 8-9, tengah hari dalam pukul 12-1 dan makan malam dalam pukul 5-6. Snek pula dihidangkan pada pukul 3 petang.
Untuk hidangan utama, pesakit akan diberikan pilihan menu untuk keesokan harinya. Untuk hari kemasukan pula, mereka akan berikan apa-apa saja hidangan yang berkenaan. Bagi snek pula, biasanya pesakit akan diberikan air bancuh (milo/coklat/susu) berserta kuih muih/kek atau biskut.
Yang menariknya, untuk hidangan tengah hari dan malam, jika anda memilih nasi, anda diberikan pilihan untuk makan sama ada beras putih atau beras perang. Yang ni saya suka.
Boleh dikatakan saya dah cuba hampir semua menu Isnin- Ahad yang ada dan secara amnya makanan di KPJ Shah Alam boleh dikatakan agak sedap bagi menu hospital. Tapi kalau nak saya jujur, saya pernah makan hidangan hospital yang jauh lebih sedap iaitu di Assunta. Di sana kalau tak silap, makanan dihidangkan lebih kerap daripada di KPJ Shah Alam. Yang pastinya, setiap hari saya ternanti-nanti waktu makan sewaktu di Assunta.
Day 2 Sarapan dapatlah nasi lemak |
Nasi tomato ayam merah ni boleh tahan. Tapi kuah sikit sangat |
Ni ikan masak kicap kot |
Ni ginger Dory |
Menu bubur dan susu |
Cabaran memilih menu |
Lagi-lagi cabaran memilih menu |
Oh seperkara lagi. Jangan ingat semua pesakit akan dihidangkan dengan mangkuk seperti di atas ya? Masa kita mula-mula warded tu diagnosisnya bronkitis. Dapatlah pinggan mangkuk kaca yang bagaikan di restoran tu.
Lepas kita masuk kali kedua sebab Influenza A iaitu sejenis flu yang mudah berjangkit, semua makanan dipek dalam bungkusan pakai buang saja yer. Yerlah, siapa suruh ko dapat penyakit berjangkit kan!! Rasakan. Makanan semua dalam bekas plastik je. Malah orang yang hidangkan makanan pun tak masuk dalam bilik anda yer.... Collect pun tidak. Misi je kekadang bawak masuk. Itulah manusia, kalau ada penyakit berjangkit. Kenalah kuarantin.
Tray anda pun berlapik yer. Siapa suruh jadi pembawa virus? |
Ni je sempat ambil. Kali kedua masuk wad, sakitnya lain macam. Tak kuasa nak amik gambar bebanyak |
4. Kadar Letak Kereta
Seperkara lagi yang saya suka di KPJ Shah Alam ini adalah kadar letak keretanya yang sangat berpatutan yang mana pesakit boleh menikmati kadar rata RM6 sehari dengan akses keluar masuk sebanyak 3 kali dalam tempoh 24 jam. Kadar ini dan kelonggaran ini nyata sekali sangat prihatin dengan keperluan pesakit dan keluarga pesakit di sini.
Masa follow up aritu sempatlah snap. Nah, kadar letak kereta |
5. Tempat Letak Kereta
Sepanjang saya dirawat di Hospital Pakar KPJ Shah Alam, saya dapati setelah bangunan baru dibina, tempat letak kereta di sini juga telah menjadi lebih luas. Kadarnya juga agak berpatutan. Lagipun, pengunjung juga diberik pilihan sama ada mahu letak kereta di tempat berbumbung atau terbuka. Jika di tempat terbuka, ada juga shuttle yang membawa anda untuk ke lobi utama. Sekiranya anda tidak mahu meletakkan kereta di kawasan hospital, anda juga boleh meletakkan di kawasan kedai di seberang hospital.
Ha, yang ni yang berbumbung. Tah ada berapa tingkat. Ada jambatan menuju ke hospital. Takyah berpanasan |
Tempat letak kereta tanpa bumbung. Sis tangkap dari tempat letak kereta berbumbung je. Sis takut panas |
6. Kemudahan Kedai/Restoran di Hospital
Sejujurnya, kemudahan kedai dan restoran di KPJ Shah Alam tidaklah begitu menarik jika dibandingkan dengan SJMC ataupun Pantai Medical Centre. Mujurlah deretan kedai di seberang agak banyak. Tetapi itu pun tidaklah menarik dan meriah jika dibandingkan dengan SJMC dan Pantai Medical Centre. Saya masih belum pernah mencuba makan di kafe di hospital. Jadi saya tak dapat mengulas lanjut tentang makanan di sana mahupun harganya.
Kafe di bangunan lama |
Kedai cenderahati. Cenderahati ke cenderamata ke buah tangan? Lantaklah |
Kat bangunan baru pun ada kedai-kedai juga. Malas sis nak round-round. Snap ala kadar je |
Sekian ulasan saya untuk hospital kali ini.
OXOXO
Baca juga:
Siapa cakap makanan hospital boring? Tengok sedap je menu pelbagai. Untung duduk dalam bilik single dah rupa hotel dah.
ReplyDeletenana sakit apa ni? bunyi cam teruk je tuh. apa2 kak lily doakan cepat baik ye. btw bagus review nana pasal hospital ni, very details cuma besarkan gambar kalau boleh tau
ReplyDeleteWah.. kemas dan selesa je KPJ Selangor ni.. TB tengok makanan dia pun hebat juga tu.. cuma tekak orang sakit ni tak tau dapat terima ke tak kan.. hehehe.. TB dah pernah merasa dok wad dulu.. makan pun macam tak lalu je.. sebab stress tak dapat keluar wad.. huhu ..
ReplyDeleteselesanya suasana wad di KPJ, makanan hospital pun nampak sedap, zul pernah masuk wad 2 kali je, tapi layanan hospital kerajaan berbeza dengan swasta. lagipun zul memang susah sakit sebab tak suka bau hospital dan ubat. Hehehe
ReplyDeleteWow dah macam hotel hospital ni sebab ada pack tu heheheh kita pergi mana-mana hotel pun tak ada mcam ni wakakaka.. Nak besalin pun selesa dan orang yang sakit jadi cepat baik bila duduk hospital cantik macam ni...
ReplyDeletePernah masuk hospital, tapi hospitak klang.. Tu pun dh lama.. Tu pun sebb sakit.. Lepas tu masuk hospital sebb beraalin.. Hahaha.. Tak oernh lagi ke kpj ni.. Wah selesa dan cantik.. Makanan hospital pun sedp tau.. Ahhaha
ReplyDeleteSaya x pernah lagi ke sini menerima rawatan. Tapi yg bagi komen positif bila kongsikan tentang fasiliti disini. Dan biasanya selain selesa pengaruh utama dalam pemilihan hospital adalah kepakaran doktor
ReplyDeleteFamily saya pun normally pergi kpj kalau sakit. Kami pergi ke kph seremban. Tapi saya tak suka makanan dekat sana. Tak sedap langsung.
ReplyDeleteLorrr baru tahu Nana sakit n masuk hlspital, tapi sempat lagi tu snap sana sini walau sakit ekk..hehehe.
ReplyDeleteSis kerap gak lah masuk hospital. Tawakal lah, ampang putri lah, damansara specelist,glenegale lah dn beberapa tmpat lagi..tapi yg paling kerap Assunta. Paling tak syiok dok sepital coz suasana dia serammmm..hehehe
Siapa siapa yang check in kat KPJ memang best sebab servisnya bagus. Bilik kemas dan bersi . Makanan pun sedapkan . Servis pun terbaik dan tiptop. Tapi tuhlah saya tak pernah warded kat kpj. Selalu hospital kerajaan jer
ReplyDeleteMenarik gak servis yang ada di KPJ kan. Rawlins pernah masuk hospital 3 kali setakat nie, 1 kali di Hospital Kajang dan 2 lagi di PPUKM. Tak semacam di KPJ la, tapi alhamdulilah selesa. Masa masuk tu fikir nak sembuh dan keluar cepat je. hehe
ReplyDeletepernah sekali jer lah anak masuk private hospital..double sharing..syok jugak dilayan mcm queen walaupun double sharing..makan mmg sedap..nak apa bg tau..mak yang lebih..anak masih baby..hahaha..tp servis oklah..tp i sllu jer masuk hospital kerajaan..hospital kerajaan pun ok juga..
ReplyDeleteSaya selalu lalu depan hospital ni masa hantar dan ambil anak dari sekolah dia. Dekat je dengan hospital ni. Tapi yang tak berapa bestnya, waktu puncak, area ni agak jem sikit
ReplyDeletehospital kpj ni dekat jugak dengan rumah ...major keluarga kalau sakit mesti pergi sini...katanya layanan pun bagus doc pun berpengalaman..nampak makin besar dah ruang hospital nih demi keselesaan peasakit..terbaiklah kpj
ReplyDeleteThanks for the info, now i can refer to your blog for the type wad available at the hospital.
ReplyDeletethanks for the sharing. nampak mewah dan selesa betul yer hotel KPJ nie. mmg tahu servis dan facility di KPJ sangat tiptop. alhamdulillah belum pernah ditahan wad, minta dijauhkan lah. tp kalau dh takdir, dan boleh pilih hospital, nak lah duduk dekat kpj nie
ReplyDeleteWah tak terfikir nak review hospital. Nanti nak buat juga la. Tapi hospital kerajaan. Cuma mungkin kena tapis beberapa gambar la kan. Sebab kawasan larangan ambil gambar dan video. KPJ tu nampak selesa. Ruby pernah masuk swasta di DEMC aje. Heaven sungguh tenang berada dalam wad. hahaha.
ReplyDeleteHospital swasta memang best! Pernah admitted kat KPJ dan SJMC. Bilik best, doktor nurse best, food best dah macam food review gamaknya. HAhaa..
ReplyDeleteThese new emergency clinic beds can help make the life of a medical attendant or parental figure simpler, are more secure for both patient and guardian and can even assist patients with recovering, or move all the more rapidly to bring down keenness care suites. hasta yatağı kiralama
ReplyDeleteWhat settles on stage beds such an incredible decision is, that they are planned nearer to the ground than most sleeping pad/box spring beds making them simple to get in and out of. hasta yatağı
ReplyDelete