Wednesday, 19 June 2019

Cara Dapatkan Pengecualian Yuran Tahunan Kad Kredit


Hai semua,

Kesinambungan daripada posting kita Bahaya Kad Kredit, harini kita nak cerita macam mana cara-cara untuk korang dapatkan pengecualian caj yuran tahunan kad kredit terutamanya bagi orang yang mohon tapi tak pernah pakai kad kredit tu macam saya.
dapatkan pengecualian yuran tahunan kad kredit
Kalau tak payah bayar yuran tahunan, siapa tak suka?

Sebenarnya ni bukan kali pertama kita terkena dengan situasi tak fasal-fasal kena caj yuran tahunan dan caj-caj lain kad kredit. Pertama kali rasanya dalam 3-4 tahun yang lepas. Masa tu kad kredit Bank Rakyat ke apa entah. Tak ingat. Tahu-tahu dapat penyata kad kredit yang menyatakan sis ada tunggakan sebanyak ratusan ringgit. Padahal, langsung tak pernah guna. Tak sangka lepas 3-4 tahun kemudian pisang berbuah dua kali pulak. Terkena balik perkara yang sama.

Kalau benda ni pernah jadi kat diri sendiri, tentulah ia juga pernah terjadi kepada ramai orang di luar sana juga. Betul tak? Jadi hari ini sis nak kongsikan cara untuk dapatkan pengecualian bayaran caj kad kredit untuk kebaikan sejagat. Kih kih kih.

Okay, bersambung balik cerita. Cuba bayangkan, tak pernah korang pakai kad kredit tu, tetiba dapat penyata kad kredit yang mengatakan korang hutang bank ratusan ringgit sebab caj yuran tahunan. Apa perasaan korang? Tentulah cemas dan gelabah kan? Al-maklumlah, siapa pula yang pemurah sangat sampai tak kisah nak keluar duit tak tentu fasal? Alangkan kedai mamak caj lebih 20 sen pun korang bengang, apa lagi caj kad kredit ratus-ratus ni?

Bila benda ni berlaku, secara automatiknya kita telefon adik kita yang pernah bekerja di Pusat Khidmat Pelanggan Citibank. Adik kita ni banyak mengendalikan kes-kes kad kredit. Makanya kesimpulan yang diberikannya kedengaran begitu mudah sekali. Menurut adik kita, biasanya bank ni memang mengada-ngada tak nak bagi pengecualian (waiver) yuran tahunan melainkan korang buat panggilan dan membuat permintaan untuk dikecualikan caj yuran tahunan. Menyampah kan?

Sebenarnya, dari sudut perniagaan, normallah tu. Selagi boleh caj, memang pelanggan akan dicaj. Lagi-lagi kalau tak ada langsung aduan daripada korang. Bila korang tak bersuara, lagi galaklah dia caj korang. Sebab korang tak ada buat bunyi pun. Diam tandanya setujulah.

Selain bertanya terus kepada adik sis, sis juga telah membuat semakan di internet dan mendapati, dalam kedua-dua kes berikut, memang kebarangkalian korang untuk diberikan pengecualian sangat tinggi:

1. Korang tak pernah gunakan langsung kad kredit tu.
2. Korang memang jenis yang banyak menggunakan kad kredit tu.

Dapatkan pengecualian yuran tahunan kad kredit
Pengguna tegar kad kredit, pastikan yuran tahunan korang dikecualikan.

Apa-apa pun, bagi mereka yang penggunaannya biasa-biasa pun tetap boleh membuat permintaan pengecualian bayaran caj kad kredit dengan membuat panggilan kepada bank terbabit. Menurut pemerhatian dan kajian dibuat, rata-rata memang bank akan bagi pengecualian caj. Ada jugalah yang tak berikan pengecualian, tapi jarang-jarang. Dan kebanyakannya kad kredit Citibank.

Selepas baca artikel ni, sekarang tentu korang dah tahu hak korang kan? Ketahuilah korang ada hak untuk meminta pengecualian bayaran yuran tahunan kad kredit. Caranya?

1. Buat panggilan ke pusat khidmat pelanggan bank kad kredit tersebut.
2. Buat permohonan dan permintaan supaya yuran tahunan kad kredit anda dikecualikan
3. Minta nombor rujukan bagi tujuan susulan sekiranya ia tidak dikecualikan semata-mata
4. Semak semula penyata kad kredit anda untuk pastikan yuran tahunan telah dikecualikan
5. Kalau rajin, boleh juga hantar emel untuk tujuan meninggalkan bukti komunikasi yang lebih sahih

Tapi, macam mana pula kalau dah buat langkah-langkah ni tapi pihak bank berkeras tak mahu berikan pengecualian yuran tahunan tu?

Aha, senang je. Ni juga satu rahsia yang dikongsikan oleh adik saya tau. Kalau dah buat permintaan untuk dikecualikan yuran tahunan kad kredit, korang buat je permintaan untuk batalkan kad kredit tu. Insyallah dia akan pertimbangkan untuk kecualikan yuran tahunan korang. Yerlah, daripada hilang pelanggan, baik dia hilang berapa ratus tu je. Ye dok? Selagi korang pelanggan, selagi tulah ada bisnes yang masuk kat poket dia. Apalah sangat beberapa ratus tu jika dibandingkan dengan keuntungan jangka masa panjang?

Psst... susulan kes yuran tahunan kad kredit UOB kita yang kena caj tak fasal-fasal haritu tu, dah selesai dah semuanya. Selepas buat Langkah 1-3 di atas, pusat khidmat pelanggan cakap kes akan diuruskan dalam tempoh 5 hari bekerja. Tapi hampeh, lepas seminggu pun tak ada orang telefon kita balik. Terus kita  buat Langkah 5 seperti di atas tu. Emel supaya ada hitam putih. Tak dapatlah diorang putar belit atau menafikan apa-apa nanti. Ya tak?

Selepas hantar emel, adalah maklumbalas yang mengatakan kes saya sedang dirujuk dan diproses. Lepas tu, dalam tempoh 2-3 hari tu, ada pegawai dari Retention Unit telefon dan minta supaya kita tak batalkan kad kredit dan dia akan berikan pengecualian yuran tahunan serta GST yang telah dikenakan. Malah, dia juga berikan pengecualian yuran tahunan tambahan selama 2 tahun.

Biasalah, Retention Unit ni fungsinya untuk pujuk pelanggan supaya tak batalkan kad kredit. Dia cuma buat kerja dia je. Jadi kita pun setujulah supaya tak batalkan dulu kad kredit tu. Sis siap tanya lagi bila pengecualian tu akan reflect dalam penyata akaun kita. Katanya, bulan depan. Maka sis pun berpuas hati.

La ni, baru je semak balik penyata dan CCRIS. Yeay! Bahagia dan bila tengok laporan CCRIS terbaru clean and clear. Dalam penyata kad kredit UOB pun dah tak ada tunggakan. Inilah erti kebahagiaan. Inilah kebahagiaan bebas hutang. Eh!!
CCRIS
Bila semua angka di bawah Kad Kredit UOB semuanya kosong, barulah hepi
PrettilyRare
Yeay. Dah check juga kat penyata UOB. Semuanya dah kembali kosong.


Okey, sekian update kali ini.
Da~~~

Baca juga:

Cara Batalkan Kad Kredit
Bahaya Kad Kredit

2 comments:

  1. nk tanya.. mcm mana nak cek ccris tu? secara percuma..kat online mcm kena byar je rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun berminat nak tahu, ada cara ke sis untuk semak ccris secara online & jimat, kalau free lagi bagus

      Delete