Harini nak cerita fasal Nova Highlands Hotel and Resort. Baru saja beberapa hari lepas, saya telah menginap 3 hari 2 malam di Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Highlands atas urusan rasmi kerja.
Cantik pula tengok gambar tempat ni di Booking.com |
Rasanya dah berzaman saya tak jejakkan kaki di Cameron Highlands ni. Pertama kali pergi waktu kecil dulu dengan keluarga. Masa tu tak ada jalan baru menuju ke Cameron Highlands, memang wajib lalu Tapah. Saya ingat lagi masa tu berhimpit 4-5 orang di belakang, dengan jalan simpang-siur, memang rasa nak pitam saja sepanjang perjalanan. Saya masih ingat lagi saya dan adik memang dah berazam takkan jejakkan kaki lagi ke Cameron Highlands kalau kena lalu Tapah.
Lepas tu pernah lah juga kot jalan-jalan sekali kat Cameron. Lamaaaa lepas tu naik jugalah Cameron Highlands sebab nak mendaki Hutan Mossy. Itu pun lalu Simpang Pulai, tak kuasa nak lalu Tapah. Lepas tu haram dah tak jejak kaki ke Cameron Highlands. Ni kalau bukan ada kerja pun, memang taklah nak singgah di Cameron ni. Tak sangka, lepas 15 tahun berazam tak nak naik Cameron lalu Tapah, tetap perlu ku redah juga sebab rakan sekerja suka lalu jalan tu. Pfft....
Kalau diikutkan, kita tak tahu pun outstation kali ni tinggal kat mana. Tak ambil kisah. Semuanya dah siap diatur, kita datang bawak diri jelah. Huhuhu... Tetapi bila dah dekat sampai, terus rasa familiar. Eh, rasanya dah pernah datang sini dulu. Bila nampak depan tu ada jalan ke Mossy Forest, barulah teringat, oh dulu pernah tumpang letak kereta kat situ sebab nak panjat gunung. Patutlah nampak macam tak asing je. Kih kih kih. Tak sangka beberapa tahun kemudian, berpeluang juga kita menginap di Nova Highlands Hotel and Resort ni.
Nova Highlands Hotel and Resort ni secara kasarnya kita bahagikan kepada tiga bahagian iaitu pusat beli-belah, hotel dan apartment. Lobi untuk hotel adalah di tingkat 3. Tempat letak kereta agak luas tetapi kami dikenakan caj parkir RM5 setiap kali keluar masuk. Waktu masuk kali kedua, adalah penjaga parkir tu tanya, pakej hotel kita sekali dengan parkir tak, jadi, mungkin ada pakej penginapan hotel yang disekalikan dengan parkir. Wallahualam, tak tanya pula.
Memandangkan lobi di tingkat 3, makanya kenalah daftar masuk dan ambil kunci dulu di lobi, kemudian terus ke tingkat 5 iaitu bilik penginapan kami sepanjang 3 hari 2 malam ni. Sebelum masuk lagi dah pesan kat rakan sebilik, nak ambil gambar buat review. Hehehhee...
Masuk-masuk saja, memang terasa keluasan bilik kat Nova Highlands Hotel ni. Keseluruhan ruangan dibahagikan kepada ruang barangan, ruang tamu, bilik tidur, bilik air, pantry dan balkoni
Masuk-masuk je, nilah pemandangannya. |
Pastu ada pantri |
Ni pulak bilik tidur |
Kitorang pilih dua single bed |
Ni ruang tamu |
Bagi close up sikit ruang tamunya |
Ada TV, biasalah tu kan |
Termiss lak jamban kat tepi pintu tadi |
Ni pemandangan dari balkoni. Sejuk terus sis tutup pintu balkoni |
Korang juga boleh minta pengering rambut dan sejadah untuk kegunaan di hotel. Kalau nak seterika, boleh pergi ke hujung bilik. Jangan harap boleh seterika diam-diam dalam bilik ya? Kena keluar.
Sebab hotel ni kat Tanah Tinggi Cameron Highlands, jadi korang boleh nampak ada kipas yang dipasang pada bilik dan bukannya pendingin hawa. Yalah, cuaca dah sejuk, nak buat apa membazir pasang pendingin hawa pula kan? Itu pun sis dah menggigil.
Apa yang tak best? Tak ada peti besi. Ingatkan peti besi ni keperluan wajib mana-mana hotel. Rasanya selama ni hotel cikai pun ada gak peti besi. Tapi hotel ni takde la pulak. Cis!!
Seperkara lagi yang buat kita sarankan hotel ni adalah sebab kemudahan pusat beli-belah di sekitarnya. Sesuailah buat mak-mak yang ikut laki pergi kerja outstation. Bolehlah sambil menunggu laki balik tu, makan, jalan-jalan, beli-belah dan bawa anak-anak beriadah dekat pusat beli belah di Nova Highlands Hotel and Resort ni.
Apa kedai yang ada? Adalah pusat mainan kanak-kanak, karaoke, kedai baju, Watson, Mr DIY dan beberapa kedai makan seperti Teh Tarik Palace, Old Town White Coffee Jadilah. Kita suka sebab ada Watson. Dapatlah beli barangan keperluan harian yang asyik dok tertingal kat rumah je manjang tu.
Ada tempat jual pakaian |
Perhiasan pon ada juga |
Mr DIY pon ada |
Bolehlah, ada tempat hiburan untuk kanak-kanak |
Boleh gak beli buah tangan sedikit |
Sebelah Nova Highlands Hotel and Resort ni pula ada mini fun fair dan beberapa warung kecil. Adalah juga jagung bakar, makanan goreng-goreng dan sebagainya.
Walaupun kemudahan di sekitar Nova Highlands Hotel and Resort ni taklah semengah mana-mana hotel berpusat beli-belah yang ada kat KL, tapi bagi kita cukup memadai untuk mengisi masa lapang. Bak kata orang, bolehlah daripada tak ada apa-apa. Gitu!!
Secara kesimpulannya, memang kita rasa convenient duduk di sini. Sekurang-kurangnya bolehlah merayau kalau bosan tapi tak ada pengangkutan. Dah lah kat Cameron Highlands ni tak ada Grab. Kalau tak ada kemudahan di sekeliling Nova Highlands Hotel and Resort ni, boleh mati kutu juga jadinya.
Sekian ulasan sis kali ni.
Muah!
Baca juga:
Review: M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Pengalaman Bercuti di Hanoi
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Pengalaman Bercuti di Hanoi
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka
Haaa nampak menarik ni..next boleh la pi sini plak..Nova Highland resort eh..nak skodeng kat Agoda jap
ReplyDeleteluas bilik tuu...mmg teringin nak overnite kat hotel sini tapi tak tahu bila nak la waktunya sebab selalunya singgah untuk membeli jer otw balik ke KL
ReplyDeleteMmg cantik hotelnya..tq for info
ReplyDeleteLuas jugak bilik dia. Lama tak pergi ke Cameron. Akan masuk checklist next time nak mai ke sana.
ReplyDeletebest juga hotel ni, dekat dgn mall pula tu.
ReplyDelete