Hai semua,
Harini nak sambung cerita fasal Cameron Highlands. Lepas cerita fasal hotel haritu, harini sis nak cerita fasal makan pula. Perasan tak? Kalau ada kat tempat sejuk je, mesti perut tu senang je lapar. Kalau makan pula, mestilah nak cari makanan yang panas-panas untuk hangatkan badan. Ye tak?
|
Photo credit: Highland Steamboat Grill & Cheese Facebook |
Bila tahu ada kerja kat Cameron Highlands tempoh hari, kita dan makan buddy kita telah membuat carian di Google untuk senarai pendekkan makanan-makanan yang perlu dicuba. Salah satunya ialah stimbot. Oleh kerana banyak yang sarankan Highland Steamboat Grill & Cheese, maka menjadi kewajipanlah bagi kami untuk merasainya sendiri keenakan Highland Steamboat Grill & Cheese ni. Adakah kami berpuas hati? Teruskan bacaan.
Okay, nak dijadikan cerita, sehabis je kerja dan selepas solat Maghrib, perut kitorang pun mulaah berkeroncong minta diisi. Maka laju-laju kami waze ke Highland Steamboat Grill & Cheese. Nampaknya je parkir, terus laju-laju kitorang letakkan kereta dan serbu ke restoran. Memang ramai orang. Tapi mujurlah ada tempat kosong.
Ingatkan dah nak mula makan, tapi menurut pelayan di Highland Steamboat Grill & Cheese, ni cawangan saja, ada lagi sebuah Highland Steamboat Grill & Cheese yang terletak tak jauh dari tempat itu. Katanya, line bufet di sana lebih banyak pilihan, malah tempatnya juga lebih luas dan selesa. Katanya lagi, tempat tu cuma lebih kurang 5 minit saja dari lokasi pertama.
Makanya, tanpa berfikir panjang, kitorang yang sememangnya kuat makan ni, terus masuk balik dalam kereta, dan bergegas ke lokasi yang kedua.
Sesampainya lokasi kedua tu, baru kami perasan yang lokasi kedua ni lebih tersorok dan ia terletak di dalam sebuah nurseri. Dah ada beberapa buah kereta yang diletakkan di kawasan tepi nurseri dan mujurlah nurseri tersebut terang, jadi senang nak kenal pasti bahagian masuknya.
|
Bahagian depan pintu masuk |
|
Nurseri yang dihias cantik |
|
Ruang yang selesa dengan dekorasi menarik |
Berdasarkan perbandingan dengan lokasi sebelum tu, kami dapati memang benar Highland Steamboat Grill & Cheese di sini mempunyai hidangan bufet yang lebih meriah berbanding yang pertama. Malah, harganya juga berpatutan dan jauh lebih murah daripada restoran stimbot yang terdapat di Lembah Klang.
Dengan hanya RM35 sekepala korang boleh menikmati hidangan dan pilihan makanan bufet seperti pelbagai jenis perapan ayam, daging lembu dan daging kambing, ketam, udang, kepah, lala dan pelbagai jenis makanan laut, wafel, stik telur ala Thailand, buah strawberi dengan dip gula-gula marshmallow dan coklat,bertih jagung, minuman float bersaiz besar, pelbagai jenis minuman aiskrim ala McD, nasi goreng, mihun goreng, pelbagai jenis sayur-sayuran dan cendawan, bebola beku dan macam-macam lagi, Kalau korang penggemar keju pula, hanya perlu tambah RM10 untuk keju mozarella buatan sendiri.
|
Antara bufet line yang ada |
|
Ada banyak jenis pilihan minuman |
|
Aiskrim pon hader |
|
Pelbagai jenis bebola |
|
Ada juga kupang kepah dan lala |
|
Ada juga sayur-sayuran dan cendawan |
|
Pelbagai jenis sos dan perencah |
|
Mihun dan nasi goreng |
|
Buah-buahan dan dip |
|
Nyam-nyam |
|
Kitorang pilih kuah tomyam |
Walaupun ada beberapa restoran stimbot yang terdapat di Cameron Highlands, kitorang telah memilih restoran ni disebabkan restoran ni je yang ada keju. Ngehehehehe... Lagipon, semakan mendapati, lebih banyak komen dan ulasan positif di restoran ini jika dibandingkan dengan beberapa restoran yang lain.
|
Nampak makanan je happy |
Kawasannya juga lebih luas dan memandangkan ia terletak di dalam nurseri strawberi, jadi bolehlah melawat nurseri dan sambil-sambil tu bergambar. Secara keseluruhannya, memang benar tempat ini lebih selesa. Malah tandas yang disediakan juga bersih dan selesa.
|
Ada juga barangan berasaskan strawberi yang dijual di sini |
|
Deko-deko yang Instagram-worthy |
|
Tandas pon cantik |
|
Hisaan yang menarik |
|
Nurseri strawberi |
|
Boleh bergambar di sini |
|
Nak beli strawberi pon boleh |
|
Memang best |
|
Welcome |
Lokasi pertama:
Highland Steamboat Cheese & Grill
Robinson Falls, Jalan Persiaran Dayang Endah,
Tanah Rata, 39000, Tanah Rata, pahang
Lokasi kedua:
Rainbow Garden Centre and Strawberry Farm (berhadapan mardi tanah rataTanah Rata, pahang)
FB:
Highland Steamboat Cheese & Grill
Call/Reservation: 011-11005529
cuaca sejuk, makan steamboat, layaaannn...
ReplyDeleteRed Linda ~ https://anakperak.com
Nanti next trip bleh la pi makan kat sini..lama x makan stimboat..tp kena make sure dah boleh makan la kan...
ReplyDeleteReally appreciate this wonderful post that you have provided for us.Great site and a great topic as well i really get amazed to read this. Its really good. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...
ReplyDeleteVery informative post! There is a lot of information here that can help any business get started with a successful social networking campaign. best gas grills under $300
ReplyDeleteVery intresting, thanks for sharing such amazing information with us. Visit Ogen Infosystem for creative Web Designing Company in Delhi and Digital Marketing Company in Delhi, India.
ReplyDeleteWeb Designing Company in Delhi
Try not to stress over those things, simply get the promoting out there and leave it.four seasons residence beverly hills
ReplyDeletemilestone credit card dowload
ReplyDeleteTransitions: Smooth transitions between clips for professional-looking videos.
ReplyDeleteMusic and sound effects: Add music tracks or sound effects.