Harini nak tulis fasal review KHM Strawberries & Farm, Cameron Highlands pula. Susulan review Highlands Steamboat Grill & Cheese tempoh hari, kita nak cerita kat mana pula kita jalan-jalan cari pemanis mulut di Cameron Highlands.
Menarikss kannn... ni gambar di sini |
Antara pemanis mulut yang wajib dinikmati di Cameron Highlands ialah tak lain dan tak bukan, sejenis makanan British yang bergelar skon aka scone. Skon ni memang biasanya dimakan dengan jem, mentega ataupun krim. Memang nikmat dunia kalau korang dapat menjamah skon dengan jem strawberi ala home made sambil menghirup secawan teh yang mana semuanya dihasilkan di Cameron Highlands. Dengan cuaca yang nyaman serta pemandangan indah, semuanya jadi sempurna gitu. Lagilah kalau ditemani orang yang tersayang. Perfecto bak kata Mexican.
Dari luar, beginilah rupanya. |
Sesampainya di KHM Strawberries & Farm, memang tak dinafikan ramai orang yang berkunjung ke sini. Oleh kerana tempat ni jenis layan diri yang mana pengunjung perlu membuat pesanan dan bayaran di kaunter sambil menunggu giliran untuk mengambil makanan yang dipesan, maka barisannya agak panjang.
Pintu utama |
Ramai wo beratur |
Setelah menelaah, kami telah memilih beberapa jenis pemanis mulut untuk dijamah dan dikongsi bersama selain skon, antaranya pavlova strawberi serta strawberry and chocolate dip.
Ni sorang makan memang tak abis. Bolehlah kongsi berdua. |
Pavlova dia memang menggoda |
Dip coklat dia sedap. Tak semua dip coklat sedap tauu... |
Kalau korang jangkakan ada pemandangan ala-ala lembah teh di sini, korang akan hampa. Malah kalau korang tersilap pilih tempat, mungkin korang juga akan kepanasan dipancar matahari di sini kerana ia berkonsep terbuka atau open air.
Ramai juga yang datang sekeluarga di sini |
Pendek kata, makanan di sini sememangnya sedap dan betullah penilaian saya bahawa jem strawberi di sini memang lazat. Sebelum balik pun saya sempat lagi membeli jem strawberi untuk dimakan di rumah. Bila sampai rumah pula, tak sampai seminggu dah licin jem strawberi tu dimakan anak. Menyesal pula tak beli lebih.
Bab harga pula, saya rasa harganya sangat berpatutan. Dengan hanya RM15, korang boleh dapat set skon iaitu 4 ketul skon, jem strawberi, krim dan seteko teh berperisa (boleh pilih). Kalau makan skon kat Lembah Klang, jangan haraplah korang boleh dapat harga macam tu. Skon sebijik pun dah berapa ringgit. Tu pun takde krim, mentega dan jem. Kena beli asing pula tu.
Oh ya, ada nurseri strawberi mini di sini. Rasanya kalau nak masuk kena bayar kot. Entah, tak pasti. Tapi tak boleh petik strawberinya kalau tak sikap. Ada racun serangga katanya.
KHM Strawberries & Farm
No 9, Kampung Taman Sedia,
Tanah Rata, 39000, Pahang
Terus rasa nak pi CH lagi...hahahaha...takkan setiap tahun nak pi CH kan...
ReplyDeletePernah pergi sini sangat best suasananya. Pavlova tu alahaiii.. :D
ReplyDeleteExcellent article. Very interesting to read. I really love to read such a nice article. Thanks! keep rocking. This is Pictaram Online Instagram User Posts and Story web viewer.
ReplyDelete