Hai sesayang sekalian,
Harini nak cerita fasal Nasi Bamboo Sungai Klah yang terletak tak jauh dari Tol Sungkai, Perak. Dengar kata Nasi Bamboo Sungai Klah ni memang terkenal di kalangan mat-mat motor. Malah, ia juga menjadi salah satu port persinggahan wajib bagi mereka yang pulang ke kampung atau kembali ke bandar dari Utara (utara ehhh... ke Pantai Timur? Kah kah kah! Sis buta geografi. Maaf)
Kitorang tahu tempat ni pon sebab salah seorang kawan sangat-sangat sarankan singgah ke sini untuk makan tengah hari lepas turun dari Cameron Highlands. Makanya, sebagai pencinta tegar makanan, haruslah kami datang mengesahkan ura-ura tentang keenakan Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungai, Perak yang sering digembar-gemburkan ni.
|
Nampak tak motor-motor itu? |
Sejujurnya, turun dari Cameron Highlands menerusi jalan yang bersimpang-siur tu membuatkan kita tak dapat menikmati keindahan flora dan fauna dengan baik. Bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini, kita terus turn off bateri dan tidur. Bangun-bangun je, tau-tau dah sampai dah Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak ni.
Sejujurnya, bagi first-timer, sis agak keliru dengan aliran proses di sini sebab ada beberapa stesen yang berbeza dan semuanya panjang barisannya. Bila diamati lagi, setiap stesen menghidangkan juadah yang berbeza iaitu Nasi, Lauk-pauk dan juga Bakar.
Makanya, kami pun berpecah tiga untuk mengambil nasi bamboo, lauk-pauk dan daging-daging bakar yang dihidangkan, membuat pesanan air serta mengecop tempat. (Cop tempat tu penting. Kang makan kat lantai pulak kang.
|
Tadaa... |
|
Ramai woo orang. Ni pon dah pukul 3, tapi masih ramai orang |
|
Bahagian mengambil nasi |
|
Lauk-pauk |
|
Antara lauk yang ada |
|
Fuyoo! siap ada tahap kepedasan tu |
|
Yang ni memang sedap. |
|
Ayam bakar |
Nak senang, kena ambil dulang. Barulah boleh capai macam-macam makanan. Ngehehehe... Sis jamin, lepas tengok hidangan yang ditawarkan, tentu korang pun gagal mengawal nafsu dan menjadi rambang mata.
|
Ha, ambil dulang pastu letak semua lauk camni kan senang |
Lepas dah siap sesi ambil-mengambil, barulah korang boleh terus ke kaunter dengan dulang yang dipenuhi pelbagai makanan tu untuk sesi bayar-membayar pulak. Setelah selesai menjelaskan bayaran, silalah ke tempat duduk yang telah dicop tadi untuk sesi makan-memakan.
|
Inilah makanan pilihan kami |
Seperti namanya, nasi bamboo ni adalah nasi yang dimasak dalam buluh. Mula-mula berangan konon satu bamboo tu boleh kongsi 4 orang. Jangan berangan! Satu bamboo tu untuk hidangan seorang saja ya. Wee! Mari kita lihat gaya nasi tersebut.
|
Inilah rupa nasi bamboo itu |
|
Cak-cak |
|
Inilah di dalamnya. |
Nasib saya agak malang pada hari tersebut sebab dapat nasi yang keras tak berapa masak. Nasi jelantah kata orang. Yer, saya tak silap taip, walaupun orang biasa kata jelatah, tetapi DBP kata jelantah. Tapi kawan-kawan yang lain bertuah sebab kata mereka, nasi lembut saja. Bagi saya, tak ada apa-apa rasa unik dan menarik pun pada nasi bamboo ni. Sama je macam nasi biasa. Dah tu, apa yang best kat Nasi Bamboo Sungai Klah ni? Ha! Kalau korang nak tahu, tarikan sebenarnya ialah pada lauk-pauk yang dihidangkannya.
Jujur saya katakan semua lauk-pauk yang kami pilih adalah 100% menepati citarasa. Cukup masin, tawar, manis, rempah dan lemaknya. Memang kena dengan tekak. Jadi kesimpulan yang boleh saya buat ialah, nasinya biasa-biasa, lauknya yang umph. Tapi disebabkan nasinya unik, terpaksalah dinamakan sebagai Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. Takkanlah nak namakan Restoran Lauk-Pauk sedap pulokkk!
|
Menggiurkan sungguh |
|
Ikan tilapia ni serius sedap nak mati |
|
Kenalah ambil sayur-sayuran supaya tak sembelit |
Oleh kerana kami semua memang kelaparan, walaupun ada yang risau kitorang yang tamak haloba ambil lauk-pauk banyak-banyak ni akan menyebabkan pembaziran makanan, jelas sekali perkara tersebut tidak berlaku ya. Yalah, lauk-pauknya memang sedap. Kenyang pun boleh layan lagi.
Berdasarkan pengalaman pertama kitorang ke Nasi Bamboo Sungaik Klah ni, memang benarlah omong-omong yang mengatakan tempat ni sodap. Maka kami dapatlah sahihkan dan fahami kenapa Nasi Bamboo Sungai Klah menjadi port wajib singgah kepada orang ramai setiap kali lalu di laluan ini.
Kalau korang ada lalu tol Sungkai, jangan lupa singgah ke sini untuk menjamu selera.
Nasi Bamboo Sungai Klah,
Jalan Sungkai- Slim River 35600, Sungkai Perak
Exit Tol Sungkai, Lampu Isyarat Belok Kanan, jalan baper minit je dah sampai.
Waktu Operasi:
Isnin - Khamis, Sabtu, Ahad (Jumaat Tutup)
10.30 pagi hingga 6 petang
Sis tengok pun aduhaiiiii....meleleh air liur..nasib baik sis masih dalam pantang dan menjaga pemakanan..
ReplyDeleteYa ampunnnn , terliur bah kalau mcm ni...
ReplyDeleteMore bamboo items will be accessible for normal buyers than only competitors, for instance. Bambo land
ReplyDelete